Wednesday, July 27, 2011

11 tahun yang lalu

Dalam minggu nie je aku dah jumpa 2 orang kawan lama. Dua2 kawan sekolah. Dua2 lelaki. Sorang rakan sekelas sorang lagi rakan sekolah. Tapi dua2 aku tak bertegur. Rugi kan.. Kalau tak boleh berkongsi cerita. Time2 sekolah dulu bukan mesra alam lagi. Tapi bila dah bertahun tak jmpe then jumpe balik terasa segan lak. Huhu... almaklumlah cerita lama~

Sunday, July 24, 2011

Family Vacation

Last weekend we all satu family telah pergi bercuti ke satu tempat nie. Di mana??? Tadaa~~



Tu dia... ke bumi kenyalang, SARAWAK. Hampir setahun kami merancang utk ke sana. Akhirnya hanya kami ber8 saje yg pegi. So, utk tiket my BIL burn camtu jelah. Nak wat camne, xde rezeki nk pegi sama2.


"My abah tak dapat ikut. Tapi xpe, saya ada Pak Su yg boleh layan saya.. heheheh"


"Saya belum mandi lagi time nie tapi sy dah lapar"


Di sana, kami menyewa di Chesu Homestay. Memang terbaiklah tempat tu. Rumah lengkap dengan perabot, ruang tamu dan bilik ada aircond, rumah yang cantik... ish.. mmg bestlah!





Kami menyewa rumah sekali dengan kereta. Kereta yg dibagi pun dalam keadaan yg baik. Sangat bestlah Chesu nie. And fyi, chesu nie orang semenanjung dan bekerja sebagai guru di sekolah. Bukan satu rumah je yg die ada utk disewa tapi dia banyak rumah lagi. Rumah yg kami sewa terletak di Matang Jaya. 10 minit saje nk ke bandar Kuching.


Posing jap kat depan rumah


Orang Sarawak mmg mudah mesra. Masa kami singgah di Petronas utk bertanya arah orang2 kat sana melayan kami dgn baik sekali. Mgkin sbb tempat yg kami nk pergi tu agak jauh sedikit dan dia pun sukar nk menerangkan kpd kami, jadinya kami hanya mengikut saja dari belakang. Begitu juga dgn situasi di mana kami ingin menaiki bot serta mencari tempat makan. Sarawakian mmg ramah2.

Kalau ikutkan, di Kuching sebenarnya taklah byk sgt pun tempat utk dilawati. Tapi still seronok bila berada di tempat orang. Kita dapat melihat budaya dan adat mereka, dapat merasa makanan tradisi mereka.

Hurm.. sebut pasal makanan, aku kasi rating 5/10 jelah. Sebabnya makanan kat sana taklah menepati citarasa aku. Takde makanan yg pedas2. Sampaikan cili2 yg dijual pun tak rasa ape. Bile time camtu, rasa tak sabar nk balik ke Semenanjung. Tapi de gak makanan yg boleh aku terima. Tapi kena pandai cari tempat yg bestlah. Antara makanan yg aku suka mee kolok yg dijual di Kubah Place tu. Then, dalam dok sibuk cari tempat makan yg best, secara tak sengaja kami pun makanlah di satu restoran yg pekerjanya berasal dari Senawang. Heheheh... jumpe orang kampunglah!





Aktiviti kami sepanjang berada di sana adalah makan dan jalan2. Yelah, dah nama pun pergi bercuti kan. Takkanlah nak dok umah jer.


Bergambar di hadapan Kuching Waterfront


Kuching Waterfront nie dikira satu tempat yg menjadi kemestian bg pengunjung2 yg datang ke sini. Ianya berhadapan dengan Sungai Sarawak. Kalau nk rasa lagi seronok, bolehlah cuba naik sampan. Murah je tau. 50sen sekali perjalanan.







Berbaloi lah dengan harganya yg 50sen tu sbbnye nk ke seberang sana tu bukanlah jauh mana. Rasanya 2 minit je kot. Duduk kejap, baru nk posing2 sket.. eh dah sampai?? ??







Kalau pergi Sarawak, tak sah kalau tak pergi tengok orang utan kan. Kami ke sana time waktu pagi2. Nasib baik sempat tengok orang utan sbbnye ada time2 yg tertentu je pelawat2 boleh masuk. Bak kata petugas kat situ, "ini bukan zoo".. heheheh.....




Firas yg excited dapat tengok orang utan




Sempat lagi aku menurunkan tandatangan di situ




Excitednya die bila dapat berjalan. "dah.. dah..." kata Firas tiap kali kereta berhenti (tu maksudnya dah sampai...)


Tengok tu.. pantang bila dilepaskan


Lagi tempat yg kitorang pergi, Little India. Tapi tempat tu tak macam tak kena je dengan nama "Little India" tu. Actually, kat Sarawak nie susah nak jumpe masyarakat India. So, ingatkan kalau pergi LI tu, kawasan peniaga2 berketurunan India atau mamak. Cam kat Jalan Masjid India tu. Tapi sebenarnya tidak. Dan tapak kawasan meniaga nye pun taklah seberapa besar mana. Tapi tak taulah kan kot time weekend baru meriah. Yelah, kami datang bercuti pun time weekday, nak elak drp ramai orang. Hehehehe.....



Negeri Sarawak juga terkenal dengan ikan terubuk masin. Kami pun sempatlah singgah di Pasar Tamu Daerah Kuching. Kat sana mmg ramai peniaga2 ikan terubuk nie. Kenalah pandai pilih kan. Adalah berkotak2 juga yg kitorang beli.


UITM bukan Universiti Teknologi Mara ye.. tapi Usahawan Ikan Terubuk Masin... huhu....


Pastu kat bawah nie aku dah tak ingat dah ape nama tempat yg kitorang pegi tu. Tapi dari situ leh nampak dengan jelaslah pemandangan daerah Kuching nie.






Masa nie time nak tunggu sampan datang


Antara tempat2 yg dilawati


Berhadapan kawasan Fort Margharitta


Hari2 berikutnya, kami sempat ke Serikin. Serikin ni hanya dibuka pada hujung minggu saje. Tempat nie macam ala2 Padang Besar kat Perlis, Betong kat Grik ataupun Rengit kat Johor. Lebih kurang je. Lepas subuh je terus kami gerak ke sana. Mengikut kata penduduk tempatan di sana, kalau nak ke Serikin kena pegi pagi2. Kalau tak nanti nk cari parking susah. Jadinya kul 6.30 pagi kami dah gerak dari Kuching. Alah, 6.30 tu kira normal kalau kat Sarawak. Bayangkan baru dok sana beberapa ari aku dah terikut dengan waktu di sana. Bangun dalam kul 4.30 pastu tido dalam kul 9.30 camtu. Hehehee....


Betullah seperti apa yg dikatakan. Time kami nak balik, masa tu dalam kul 10 lebih, mmg byk kereta yang beratur


Sebelum balik kenalah beli kek lapis dulu kan. Rugilah kalau gi Sarawak tak beli kek lapis. Kalau kat Semenanjung dijual dengan harga RM45-RM100, tapi kat sana cuma RM10. Murah aje kan.



Kalau masa datang setiap sorang hanya bawa satu beg sandang je, tapi bila balik.. faham2 jelah kan kalau dah pergi bercuti nie. Berbeg2 kitorang bawa balik. Mana taknye dengan sourvenirs, kain batik sarawak, kain pelikat, telekung, kek lapis, ikan terubuk... macam2 lah. Nak beli tuk diri sendiri, utk kenalan, utk sedara mara, pesanan orang lagi.. memang kenalah tambah utk luggage lagi.








Firas lah antara org yg paling excited sekali nak balik Semenanjung. Tengoklah aksi die tu..


Selamat tinggal bumi kenyalang. Moga kita berjumpa lagi di lain kali. Next time, by hook or by crook tetap nk cari obor2 gak!!!!!

Tuesday, July 12, 2011

Counting days

Baru 2 hari dah terasa penat yang teramat sangat. Letih + ngantuk... sume ada. Esok lagi teruk. Mesti lagi penat gila. Jumaat nie macam2 kena buat. Tapi aku camne??????

Sunday, July 10, 2011

Fantasy Bride

Semua orang ada impian perkahwinan masing2 kan. Kawin ala2 fairytale, nak bersanding atas kapal, dalam taman, dalam laut, naik kuda.. aish macam2 lagi lah. Sape yg bernasib baik bertuah badan dapatlah merasai sume nie. Kalau tak, kawin ala2 kampung pun okey ape. Lagi klasik tau!..

Okeylah, actually I nak share something. My frenz de masuk satu wedding competition di PICC Putrajaya. Competition tu bertemakan Fantasy Bride. Makanya dia pun telah memilih Snow White sebagai perkahwinan fantasinya. Dan hasilnya.... tadaaa!!!!


Sangat admire dengan epal yg dijadikan sebagai bunga tangan


Even my frenz dia tak menang apa2 tapi I still berkenan dengan hasil sentuhan makeup dia. Sangat simple dan menarik.


My frenz with her cousin as a model


Ape yg I perasan utk tema ni, ramai peserta yg buat sketch atas muka model masing2. De yang menarik de yang kurang menarik. Bak kata emcee tu, bulu mata dah macam ayam jadinya. Hahahahha.... sangat jujur kot! Jom tengok gambar2 yg berjaya di snap.


Sebahagian fantasi yang ada. Jadi pari2, pegang mirror, bawa burung...



Barisan peserta dengan model masing2



Putih menjadi pilihan ramai


Pemenangnya I tak berapa nak pasti bertemakan fantasi ape. Tapi rasa2 nye lebih pada gaya pompuan jahat kot. Huhu... suka hati I je kan.


Tak rasa cam makeup ala2 pompuan jahat ke?...


Sesekali tengok contest perkahwinan ni syok ape. Selain dapat support kawan2, boleh cuci2 mata tengok pakaian pengantin, pelamin, persembahan yang ada, macam2 lagi lah. Paling best dapat tengok fashion show. Fashion show yg fokus pada wanita berjilbab.



Thursday, July 7, 2011

tik tok tik tok

Ee eah... baru sedar! Dah nak dekat kul 12 la. Rupe2 nye esok Jumaat ye. Ku fikir2 kan esok Khamis. Tetibe rasa cepat lak minggu nie. Agak2 esok aku bangun kul bape ye. Kalau u'olls sume nk tau, utk minggu nie je dah 2 kali aku bangun lambat tau. First masa ari Selasa aritu. Dahlah tu dikira first day aku betul2 dibawah Mr VP. Bayangkan pukul 9 pagi aku baru bangun. Kelam kabut aku mandi, bersiap. Sampai opis kul 10 pagi. Nasib baik Mr VP tak masuk lagi.

Pastu pagi tadi pun sama aku bangun lambat gak. Tapi arini okey sket kot. Kul 8 baru bangun. Sampai opis dalam kul 8.45. Kira okey lagi tu. Hehehe.... Aku perasan, asal aku bangun lambat je sbb time tu aku tgh charge hp. Bila aku charge hp, hp tu aku tak letak seblah aku. Aku letak jauh sket. Tu pasallah agaknye bile alarm berbunyi mmg langsung aku tak sedar. Ke aku sedar pastu aku turn-off alarm tu balik?.....

S.E.N.S.E

Pernah tak korang rasa tertipu? Rasa teraniaya? Erm.. teraniaya tak kot. Tapi rasa diperkotak katikkan (hahaha.... pinjam wording my fren jap). Actually aku tak tau pe yg ku rasa. Tapi entahlah.... rasa sesuatu yg tak best. Tu lah yg sebenarnya. Bosan!! bosan!!! bosan!!! If I wish I can follow my sister right now. Can't wait for next week. Btw, to both of my sister... juz fyi only, my leave application dah lama diluluskan. Since last week lagi. Kenalah apply cepat2 kan. Almaklumlah sekarang nie dah bertukar boss. Kalau lambat confirm tak dapat. Huhuhu...

Wednesday, July 6, 2011

Keinginan vs Keseronokan

50-50.... tak berapa nak pasti lagi. Kena tunggu sikit masa lagi. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Biarlah benda nie selesai dengan cepat barulah aku rasa lega. Tapi baru nak bernafas sket ada lagi cabaran yang datang. Sumenya berlaku secara serentak. Membuatkan aku dalam dilema. Dalam keadaan rasa bersalah.

Monday, July 4, 2011

I'm alone

Jumaat lepas aku cuti sbb de perkara yg perlu aku selesaikan. So arini memang bersemangat nk mulakan keje. Baru je nak cek email, suddenly nampak de orang baru sampai. Tak sempat aku nk wat ape2 kat PC terus aku dh kena hand over sume keje2 aku pada staff baru yg telah pun menggantikan tempat aku sekarang.

Tiba2 je rasa sedih. Sebab ape aku pun tak berapa nak pasti. Mungkin sbb sume benda nie berlaku secara tiba2. Yelah, Khamis lepas Mr VP panggil masuk bilik dia offer pasal tawaran Secretary tu. Jumaat aku cuti. Time tu gak aku dapat message dari Sec Mr VP yg mengatakan Mr VP nk cari orang baru utk gantikan aku kalau aku setuju nk jadi Sec dia. Pastu tiba2 pagi tadi baru je 5 min duduk dah de orang lain lak yg masuk. Bukan calang2 orang lak tu yg gantikan tempat aku.

Tak sangka begitu cepat sume ni berlaku. Dan aku tiba2 rasa lost. Rasa kehilangan yang teramat sangat. Sedih sbb kena meninggalkan keje yg dah 9 bulan aku buat. Aku belajar daripada zero. Baru nk belajar sket terus dah kena tinggalkan. Dan tadi Sec Mr VP brief aku mana2 yg patut. Oh God! Rasa cam nak lari je time tu. Sbb aku tak pasti camne keadaan aku nnti. Aku ada seminggu je utk belajar daripada dia. Sempatkah aku? Bolehkah aku? Harap2 sumenya berjalan dgn lancar. Perkara pertama yg Mr VP soh aku buat ialah... "make a milo for me".

Saturday, July 2, 2011

Produk keluaran ASTRO

Maharaja Lawak dah abis minggu lepas. Kalo orang tak tengok pun orang leh tau sape juaranya kan. Tahniah to Sepah. Lawak korang memang terbaek!! Tapi kalo orang tanye sape juara Imam Muda 2011 agak2 orang tau tak? Hehehe....

Tahniah pada anak jati Perak, Hassan yg berusia 26 tahun atau nama sebenarnya Mohd Hassan Adli Yahaya kerana telah memenuhi syarat2 utk menjadi juara Imam Muda unggul 2011. Juga pada Nazrul yang tak kurang hebatnya. Congrats to both of them dan lain2 juga. Tapi apapun Imam Muda musim pertama tetap di hati *_*


Hassan & Nazrul


(p/s: lepas ni ada program baru kat OASIS, ustazah pilihan... ermmm....)

1 Malaysia

Rasanya ramai dah tahu kot isu semasa skrg ni pasal BERSIH. Walaupun pihak berkuasa berkata akan memastikan tiada sebarang perhimpunan pada 9 Julai nnti, tapi ialah kan.. kita pun tak tahu apa yg bakal terjadi. Dan atas sebab itu semua rakyat diminta berhati2 terutamanya warga Kuala Lumpur. Jalan kat KL nanti mesti jem punyalah especially pada ari Jumaat nnti. Bak kata my uncle yg keje sebagai FRU, dalam masa seminggu tu janganlah pakai baju kale kuning dan merah. Takut2 nanti terperangkap dan tertangkap la pulak. Uish... susahnya kalau benda2 camni berlaku. Orang yg tak bersalah pulak yg jadi mangsa. Apa2 pun harap2 sumenya akan kembali stabil dan sebagai rakyat Malaysia kita perlu memastikan negara kita aman dan damai. Amin~