Monday, August 13, 2012
kehidupan
Wednesday, August 24, 2011
another episode of IFTAR
Harini aku nak ke Putrajaya pula.. Nak ikut???
Monday, August 22, 2011
Wednesday, September 8, 2010
Multi-tasking
Cite aku menganyam ketupat tak abis sampai di situ. Orang kat tingkat bawah pun tau. Abis aku kalau "orang besar" dapat tau aku dok sibuk menganyam ketupat dengan staff dia. Almaklumlah Manager dari HR Group nie bukan under company aku tapi merangkumi keseluruhan anak syarikat yang ada. Kira Manager nie pangkat dia lagi besar dari boss aku sekarang. Erm... paham ke? Peningkan... Tulah, banyak sangat boss. Okeylah, smbung balik cite pasal ketupat tadi. Satu Vista Tower nie tau aku dok sibuk menganyam ketupat sampaikan akunye AM call tanya aku,
"betul ke I dengar you menganyam ketupat dengan xxx tadi? Pandainya kamu menganyam".
AM aku tak dok satu floor dengan aku tu sbb dia tak tau. Huhu.. sib baik AM aku nie sporting gile. Siap mention lagi tu, "kalo taulah, I bawa daun ketupat soh you anyam". Erm.. rata2 orang kat opis tu tak tau menganyam ketupat. Tu pasallah bila diorang tau aku tgh bz menganyam dengan Manager tu, diorang jadi terkesima kejap. Tu belum boss aku sendiri yg tau. Almaklumlah dia dah cuti. Kalau dia tau lagi dia bangga agaknya. Huhu.... Sbb dia nie lain daripada yg lain.
Untuk arinie aku rasa sangat seronok sbb macam2 keje aku buat. Dari menganyam ketupat sampailah keje kerani, keje postman, receptionist pun aku gak, jadi secretary kejap, customer service, macam2 lah. Nak wat camne orang dah takde. Sampaikan orang lain pun leh perasan. Jadi, macam2 lah ayat yg aku dengar....
"Eh, receptionist baru ke?"
"You orang baru ye. Bila masuk?"
"La... kat sini pula dia"
Tapi dalam banyak2 pertanyaan + pendapat + ayat penyata yg aku dengar arini, satu je pertanyaan yg aku akan ingat sampai bila2. Tapi xleh nk reveal kat sinilah ye. Agak surprise gaklah bila dia tanya soalan tu pada aku sbb selama nie aku tak pernah bercakap dengan dia. Juz bertembung gitu2 then senyum jelah. Tak sangka lak dia sanggup berpatah balik bila dia nampak aku kat situ semata2 nk tanya satu soalan yang sukar untuk ditafsirkan.
Oklah, stop cite pasal opis. Kalau cite pasal opis confirm satu hari pun tak abis. Huhu... Esok last puasa. Aku rasa cam baru je aku berpose tup2 lusa dah nak raya. Kejap je kan. Arini aku berbuka makan McD saja sbb kat bazar orang dah xberapa jual. Yang ada pun cuma orang2 yg aku tak berkenan saja. Pagi2 sebelum pegi keje, jalan mmg jem gila sbb tepi jalan orang dah dok sibuk jual ayam. Then, de yg bakar lemang gak. Nie baru waktu pagi. Paling aku teruja bila tengok orang dah gantung daging lembu. Pergh... semangat nk raya. Tapi bila balik keje jalan lenggang sbb orang dah tak pergi bazar. Ingatkan pas abis keje tadi nk terus balik Seremban tapi bila fikirkan baju tak kering lagi alamatnya esoklah aku pulang. Dan nasib baik raya bukan esokkan. Hehehe....
Monday, September 6, 2010
Seminggu sebelum raya
Herankan... napalah tengah2 malam kami sibuk nak mengemas. Bukannya apa, dis week sume orang balik rumah. Jadinya mmg takde harapanlah kalau nak mengemas bila sumenya sudah berkumpul lebih2 lagi bila ada si kecil nie......

Untuk weekend kali nie, aku dah pencen untuk nak masak. Nak masak pun kena tengok mood gakkan. Hehe... tapi at least ari Sabtu aritu sempat gaklah aku menjala. Aku rasa roti jala tu dah macam menu favorite pula utk bulan pose kali nie. Erm.. kuih raya pun kami dah makan. Iyalah, kalo tunggu raya uish memang tak makanlah gamaknya. Jadi sementara teringin nk makan kuih raya nie, baiklah kite hadap je kan daripada membazir tak makan nanti, betul tak?
Monday, August 30, 2010
Hari yang ceria
Tengoklah mataku yg tak cukup tido tu....
Thanks to Niniey coz belanja aku makan. Almaklumlah orang dapat bonus. Pas nie leh belanja kat restoran berputar lak ye.. *_*
Sunday, August 29, 2010
Karipap vs. Ketupat = LULUS

Walaupun karipap nie kakak Angah yang buat dengan bantuan ibu, tapi aku de gak try buat lima enam ketul. Dan hasilnya tengoklah yg de symbol pointing hand tu. Ha.. yg tu aku yg kelim sendiri. Cantik tak?... Oklah kan, not bad. At least menjadi gak. Dan aku masih ingat lagi kata2 Dr. Fazley. Waktu tu dia still belum kahwin. Dia kata mak dia bilang, kalau nk cari isteri carilah isteri yg pandai buat karipap dan yg pandai menganyam ketupat.
Aku tak tau apa kaitan antara nk cari isteri dengan karipap + anyam ketupat. Maybe sbb dua perkara nie memerlukan kesabaran yg tinggi di samping kreativiti. Almaklumlah di zaman yg serba moden nie tak semua orang boleh mengelim karipap dan tak semua orang boleh menganyam ketupat. Dan aku telah mempelajari kedua2 bidang nie. Kira okeylah kan. Lengkaplah ciri2 perempuan melayu sejati... *_*
Monday, August 23, 2010
Puasa ke-13
Wednesday, August 18, 2010
Puasa ke-8

Sunday, August 15, 2010
Diari Ramadhan
First day pose, kat office rasa sunyi sangat padahal orang ramai je. Tak taulah np sume orang senyap je. Simpan sore kot. Abis je keje, misi aku adalah mencari bazar Ramadhan. Kata Acik kat kawasan rumah aku tu mmg de bazar. Sampai je bazar tu, perkara pertama yg aku buat ialah dengar dulu peniaga tu "cakap". Owh... okey, aku suka bazar nie!
Hari ke-2
Kunci jam kul 4 pagi nk bangun sahur tapi kul 6:05 baru aku terjaga. Alamak, dah terlajak sudah. Hari kedua aku kuar opis lambat. Dekat kul 6 gaklah. Keluar lambat alamatnya memang jem teruklah. Jem kat bazar. Huish.. menyampah betul dengan keadaan yg sesak mesak tu. Sakit jiwa gaklah. Abis nk wat camne kan, dh sibuk sgt nk gi bazar kenalah tahan. Nak masak malas. Tapi dalam dok ramai2 orang tu aku pun tercari2 gaklah kot2 kalo terjumpe Acik ke... yelah, diorang nie suka shopping kuih muih kat bazar Keramat nie. Huhu....
Thursday, August 12, 2010
Salam Ramadhan
Wednesday, August 4, 2010
pre-RAMADHAN mood
Minggu depan dah nak puasa. Kalo tahun sudah aku berpuasa di Melaka tapi tahun nie di Kuala Lumpur. Tapi tahun sudah de member2, tahun nie kesoranganlah. Sebelum nk puasa nie, murah rezeki aku. Semalam de sorang staff nie dia masak makaroni goreng dan sedekah pada department kitorang. Pagi tu pula, de orang belanja aku breakfast.
Then, ari Isnin aritu aku dapat sourvenior dari Libya. Actually minggu nie ramai staff2 dari Libya balik ke Malaysia. Ada drafter tu dia baru je abis project kat sana so bile dia balik sini, dia bagi aku cenderahati berbentuk kasut. Sangat comel ^-^. Selain tu dia bagi coklat gak. Memang bestlah coklatnya.
Pastu tadi de sorang engineer nie dia balik bercuti ke Malaysia, jd bila singgah ke office macam2 yg dia bawa. Dan of courselah HR department yg akan dapat segala macam yg dia bawa tu. Antaranya buah kurma, buah thin, kismis, coklat, gula2, minyak atar pun tak terkecuali. Memang banyaklah yg aku dapat. Syukur Alhamdulillah... De lagi..... untuk next Monday department aku de wat makan2. Of courselah makan free kan. Boss aku tak bagi bawa apa2 tapi tak syoklah pula kalo aku xbawa apa.
Cite pasal boss aku nie, tadi aku discuss dengan dia pasal research aku. Erm, tak sangka aku dalam diam2 dia ikut gak perkembangan aku. Ingatkan juz tau sket2 je tapi... dahsyat juga dia. Yelah, selama nie aku byk rujuk pada AM. AM yg jadi aku punye supervisor. Tapi tadi macam2 yg boss aku bagi idea dan dia sangat membantu aku.
Sunday, September 13, 2009
Parit Jawa, Batu Pahat
sambil tunggu ayah baik on9 dulu. Tengah2 on9 rasa ngantuk lak. Sempat gaklah aku tido2 ayam. Dekat kul 11 ayah sampai. Then, lalu AMJ ke Batu Pahat dlm 2 jam. Smpai kat Parit Jawa terus survey kerepek2 kat situ. Tapi aku taklah survey sgt juz ibu n angah je. Ayah pun jalan sekejap je. Nuar lagi lak. Tunggu dalam kete, tido. Aku juz tunggu kat tepi tu smbil memerhatikan gelagat orang. So aku tak sure sgt ibu beli kerepek apa. Yang aku tau satu beg plastik besar yg berat yg de kerepek ubi, kerepek pedas, batang buruk, popia.... apa ntah lagi....Friday, August 28, 2009
Ramadhan di Melaka
Isnin, 24 Ogos
Hari pertama je dah penat giler. Iyalah kami sume jalan kaki. Arini clas abis kul 4. Lepas class je terus gi bazar kat taman cempaka. Kitorang tak beli banyak pun sbb lauk smalam de lagi. Aku juz beli sup perut dengan satar je. Tu pun kongsi dengan Kyra. Abid n Huda beli nasi kerabu. Ziela n Syaza beli char kuew teow. Then, tunggu bas kat tepi jalan. Dahlah panas terik time tu, memang penat. Balik rumah sume melepek. Lepas je berbuka terus tido. Penat sangat.
Selasa, 25 Ogos
Cam biasa jalan kaki waktu bulan Ramadhan memang mencabar. Dengan matahari yang panas terik lagi. Fuh, gilerlah.... Hari ini tugas aku dgn Kyra masuk dapur. So, kitorang juz wat sup sayur yg rasanya macam sup daging (sbb pakai perencah sup masam manis) memang sedap! Dan yang paling penting menu kitorang yang paling spesel dah tentulah TEMPOYAK GORENG. Terangkat bile sume orang makan. Satu lagi menu tambahan, roti goreng hotdong. Tu Huda yang masak. Tu macam ala2 sampingan la....
Rabu, 26 Ogos
Hari ni berbuka kat luar sbb class abis kul 6:30. Kitorang gi Subaidah Corner. Tapi arini hujan memang lebat giler. Sampaikan 4x kitorang berpindah tempat duduk. De la dua tiga kali gak kitorang tetap buka payung masing2 kat Subaidah. Sampaikan mamak2 kat situ pun tersengih2 tengok gelagat kitorang. Abis nk wat camne, ujan... tempias....
Sume org order mee goreng pak hitam special. Aku minta yg pedas2. Kyra minta yg biasa tapi tambah cili potong. Yg len2 sume nye biasa. Bila dapat Kyra kata dier punye yg pedas. Bila aku rasa taklah pedas pun. Huda try pun tak rasa pedas. Pelik, sejak bile Kyra tak tahan pedas nie. Terbalik pulak dengan Huda.
Daripada 5 bintang dapatlah 3 bintang. Sotongnya banyak. Tapi aku rasa kalo aku masak lagi sedap kot. Huhu... perasan je lebey... Then, dlm kul 7:50 tu kitorang gerak balik.

Khamis, 27 Ogos
Seronoknye arini satu kelas pun xde. Kebanyakkan lec de meeting kat Lendu. Memang heaven... Tapi bosan gak sbb dok umah tak tau nk wat aper. Nk tgk tv pun xde citer menarik. Ikutkan ati nk je balik arini tp sayanglah nk skip class. Arini tugas Huda + Abid lak masak. Diorang masak sambal telur dengan sayur campur. Then, seperti biasa de menu tambahan iaitu mihun goreng. Dan ade lagi satu menu tambahan iaitu rendang ayam dari Kyra. Hehe... mak dier yg masaklah....
Jumaat, 28 Ogos
Yahooo... arini balik Seremban. Satu rumah balik. Mula2 Ziela kata xnk balik tp tetibe lak dier tukar fikiran. Sian Syaza. Tiket dier dah abis. So dier akan balik Sabtu pagi. Nasib baik aku beli tiket awal bulan aritu. Hari ni menu ape ea??... Entah.... tak tau lak ibu masak aper kat dapur tu. Tengok je la nnti...
Sunday, August 23, 2009
Salam Ramadhan
Kan best kalo 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad. So dapatlah cuti utk hari Isninya sbb Melaka ambil cuti sempena Ramadhan. Tapi apa nk wat kali ni 1 Ramadhan jatuh hari Sabtu. Tapi xpelah sbb next week Isnin cuti merdeka, so dapatlah balik umah lama sket.
Cakap pasal cuti nie, tetibe2 teringat lak pasal cuti sem. Macam2 rumors aku dengar. Ramai yg kata UiTM mungkin akan cuti selama 1 sem disebabkan H1N1 yang dah merebak. Lagipun de student UiTM Segamat yang dah meninggal dunia disebabkan virus nie. Hmm.... betul ke cuti? Itu aku xpasti sbb lec pun xcakap apa2. Ade baik dan buruknye sbnrnya kalo cuti nie. Yang bestnye, dh tentulah aku dapat duduk rumah lama2 tp yg xbestnya nanti lambat lagilah aku abis belajar. Tapi kalo study on9 pun xpe kot. Hehe.... Apa2 pun hopefully sume tu khabar angin semata-mata.
Sambutan Ramadhan kali nie aku rasa cam biase je. Taklah excited sangat macam sebelum2 nye. Ntahlah, tak tau ngape. Tapi mungkin salah satu sbbnye umah aku jauh dari kampus kot. Dalam bulan pose nie macam2 dugaannya. Dahlah jalan kaki 20 minit, pastu banyak anjing. Then, tengah panas lak tu. Tu belum lagi class yg abis kul 6:30. Kul bape agaknya nak sampai umah. Apepun harap2 dapatlah aku menempuhinya dengan penuh kesabaran.




