Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

another episode of IFTAR

2 ari je lagi nk cuti. Rasa cam lambat je masa berlalu utk minggu nie. Aku kat sini mmg dah takde mood nk wat keje dah. Asyik pk nak balik nak cuti nak rehat nak raya. Tak mau pegi keje dah.. bosan!! Mr VP pun skrg dah jarang masuk opis. Tapi bile die xde kat opis tak bermakna aku leh dok bersenang lenang. Rasanya kalau die xde, aku lagi bz sebenarnya. Nak kena buat tu buat nie.. uruskan tu uruskan ni.. cari benda tu cari benda ni.. Mr VP tugasnya asyik nak menelefon je. Tak kira time weekday weekend pagi petang malam. De sekali tu time nk buke pose pun die leh nak menelefon lagi. Aiyoo... Tapi kalau die de kat opis aku relax sket sbb keje kebanyakannya dia yg buat sendiri. Hahahahah....


Oklah, stop cite pasal keje. Kite cite pasal makan lak ye. Dah nak abis pose nie, mmg aku dah jarang berbuka di rumah. Yelah, kalau kat umah sensorang je kan. Jadinya kebanyakan hari aku berbuka di luar bersama teman2 di RGS. Ex-staff dan staff RGS. De gak berbuka pose bersama cik meow meow, follow my sis berbuka bersama company die dan juga bersama my family. Yang terbaru semalam lah... masak then berbuka beramai2.



















Harini aku nak ke Putrajaya pula.. Nak ikut???

Saturday, March 12, 2011

masak masak

Tarikh : 8 Mac 2010 (Selasa)
Lokasi : AU4, Keramat
Masa : 7 ptg - 11:30 mlm


Tujuan
Ada orang dok bercerita aku masak sambal udang petai weekend yg lepas. Jadi, ada pula yg demand minta aku masakkan. Kononnya teringin nak makan sambal udang petai yg orang lain dok sibuk bercerita tuh. Nak tak nak aku penuhi jugalah permintaanya. Dengan muka yang berminyak lagi kepenatan dan badan melekit2 tak mandi tuh, maka bermulalah operasi masak memasak.


Setelah penat balik keje, amek kau... terus kena dera!



Menu yang sama... sambal udang petai



Bukan saja anak dara, anak teruna pun nak tunjuk skill memasak juga



Yang ini tunjuk skill memotong buah tembikai


Our dinner on that day



Ayam kunyit cili padi



Sosej & nugget sweet sour



Sayur taugeh goreng



Pembuka selera - ikan masin




Kari daging


Ayam goreng panggang



Yang ni hasil kerja aku - sambal udang petai




Macam biasa 2 jam aku berada di dapur. Tapi kali ni aku masak agak cepat berbanding sebelumnya. Almaklumlah masing2 dh penah dan perut dah berbunyi2. Then, ikut perancangan sepatutnya weekend kali ni nk masak nasi lemak. Tapi memandangkan aku pulang ke Seremban dan separuh drp kawan2 pun balik kampung sbb cuti sekolah maka rancangan tersebut ditangguhkan. Jadi, next week lah operasi membuat nasi lemak!

Wednesday, March 9, 2011

BBQ & Birthday Party

Ini last weekend punye cite. Kami adakan BBQ + birthday party anak2 staff RGS pada Jumaat yg lepas. Lokasi adalah di AU4 Keramat, rumah salah sorang staff RGS. Nape wat kat umah??? Saje... utk rasa lebih meriah dan lebih seronok. Jumaat lepas abis keje terus gerak ke AU4. Sampai sana rilex2 kejap, mandi dan setup apa2 yg patut. Oklah, malas nk cite lebih2, layan jelah gambar2 kat bawah nie....

Kaum adam ditugaskan untuk menyediakan minuman


Menu utama malam tu adalah chicken & lamb with black pepper source. Fuhh!!!! memang sangat best. Kalah Tony Romas tau! hehehe...





Makan malam tu memang mengenyangkan. Selain lamb & chicken grill, byk lagi menu2 yang lain. Ada nachos with salsa dip, grilled tomato with cheese, baked cheese potatos, sweet jelly desserts, snacks, banyak lagi lah. Paling penting... durian pun ada tau. D24 lagi tuh!








Abis je BBQ antara 8-10 malam, time for movie pula. Yang bestnye kitorang tgk movie cam tgk wayang. Tengok pakai projector lagi tu. Barulah puas bile tgk ramai2. First movie yg kami tengok adalah ROCK. Walaupun xberapa nk best tapi layan je lah.




Tepat je kul 12 malam time orang dok sibuk tgk cite Hantu kak Limah, wayang dihentikan buat seketika utk sambutan hari jadi Sufi, Na'il dan Dina yg sambut birthday pada bulan March. Utk Dina xdelah surprise sbb dia dah besar. Cuma Nai'l dan Sufi jelah yg telah disurprisekan.





Untuk sambutan birthday nie adalah 3 jenis kek disediakan. Cup cakes, lemon cheese cake dgn chocolate cake. Lebih kurang 1 jam sambut birthday party, sambung balik tgk kak Limah. Lepas tu cite Khurafat lak. Time khurafat tu lah mata aku dh xboleh nk buka. Sambil tgk sambil pejam mata. Tapi tak tido gak. Abis je khurafat, Paranormal Activity lak. Mula2 tgk 2nd punye pastu smbung yg first lak. Time tu aku dh tidolah. Sampailah kul 5 pagi, still de lg orang yg dok layan movie.

Pagi esok bangun kul 7. Sementara yg lain dok beli sarapan, aku ditugaskan utk buat air. Okey ape, senang sket. Agak tengahari sket baru balik umah masing2. Tapi malam tu, kami de misi iaitu masak beramai2. Tapi yang tak syoknye, anak dara saja yg kena masak. Wow! Dahlah anak dara tinggal 2 orang je. So nak tak nak terpaksalah. Paling tak ku sangka, aku diminta utk masak sambal udang petai. Mak ai! Time tu gak aku terkedu sebentar.

Yang bestnya bila kami berdua dok dapur tak de sape pun yg kacau. Cam tau2 je aku tak suka orang tengok bila aku masak. Hehehe... dan setelah 2 jam berada di dapur plus borak2 lagi, maka siaplah sambal udang petai aku dgn sup sayur. Pedas mmg tok sah cakaplah tp berbaloi2. Huhu....

Monday, February 14, 2011

Food Channel

Sekarang jam menunjukkan 2 pagi. Nape aku masih tak tido2 lagi sedangkan esok aku keje. Nak kena bangun seawal kul 5:30. Tapi gara2 aku tengok AFC tadi, chef tu masak something yg menyebabkan aku teringin nak makan sekali lagi... oh tidak, kali ketiga sebenarnya selepas dah makan nasi kul 11 then telur separuh masak kul 12 lebih dan sekarang ini dia. Tada........




Aku makan 3 kali bukan sebab aku lapar tapi aku tak berselera. Almaklumlah skrang nie tekak tak berapa sedap. Selesema lagi, batuk lagi... Dah 2 ari aku demam. Sumenya gara2 aircond dan cuaca yg tak menentu. Tapi arini dah okey sket. So, xbolehlah nk amik MC esok sbb demam dah kebah. But.. who knows?????.................

Sunday, August 29, 2010

Karipap vs. Ketupat = LULUS

Menu sampingan untuk berbuka pada hari ini ialah tadaa......... karipap pusing...



Walaupun karipap nie kakak Angah yang buat dengan bantuan ibu, tapi aku de gak try buat lima enam ketul. Dan hasilnya tengoklah yg de symbol pointing hand tu. Ha.. yg tu aku yg kelim sendiri. Cantik tak?... Oklah kan, not bad. At least menjadi gak. Dan aku masih ingat lagi kata2 Dr. Fazley. Waktu tu dia still belum kahwin. Dia kata mak dia bilang, kalau nk cari isteri carilah isteri yg pandai buat karipap dan yg pandai menganyam ketupat.

Aku tak tau apa kaitan antara nk cari isteri dengan karipap + anyam ketupat. Maybe sbb dua perkara nie memerlukan kesabaran yg tinggi di samping kreativiti. Almaklumlah di zaman yg serba moden nie tak semua orang boleh mengelim karipap dan tak semua orang boleh menganyam ketupat. Dan aku telah mempelajari kedua2 bidang nie. Kira okeylah kan. Lengkaplah ciri2 perempuan melayu sejati... *_*

Monday, August 23, 2010

Puasa ke-13

Hari nie dah 13 Ramadhan, rasa sekejap je rasa. Weekend aritu balik Seremban, buka ramai2. Along and family pun de sekali except Boy je yg takde. Menu macam biasalah. Time2 weekend nie barulah nk tunjukkan skill memasak. Oleh kerana last week kami wat roti jala + ondeh2, so dis week kami ulang balik menu tu. Almaklumlah kak An teringin nk merasanya. Dan untuk weekend next week kami dah de plan nk masak apa. Huhu...

Dan utk arini aku rasa lega sket sbb tak perlu nk rushing tiap2 malam nk settlekan thesis aku tu. Alhamdulillah, dah hampir 70% siap. Paling best lecturer aku pun dah terima aku punye proposal tanpa de sebarang pindaan. Untuk second advisor pun aku dah anta. Tapi bukan aku yg hantarlah. Aku punye lecturer yg tolong antakan.

Wednesday, August 18, 2010

Puasa ke-8

Hari ni dah masuk 8 Ramadhan dan Alhamdulillah aku masih lagi berpose cam biasa. Cuma kali nie every day aku dapat bangun sahur compare last week yg asyik terbabas je nk bersahur. Except kalo balik Seremban lah kan. Dan utk berbuka arinie aku juz beli kuih karipap singgit dengan cendol. Tetibe lak terliur nengok cendol yg dijual, tu yg terus beli je. Sikit kan menu berbuka aku?... Taklah, actually kang aku nk masak sardin. Kat opis semalam orang dok sibuk bercerita pasal sardin, tu yg aku teringin nk makan sardin + telur dadar yg gebu.

Keje cam biasa, still tak pernah abis. Even working hours dah dipendekkan, aku tetap ikut yg lama punya, 5:30. So tadi, masa aku dalam lif, aku sorang jelah yg Muslim dalam tu. Yang lain sume non-Muslim. Then de sorang bos nie tanya, "you're not going home yet?"... Macam mana nak balik kalo keje xsiap. Tapi tak pe, setiap ari Jumaat aku akan pastikan aku balik on-time.

On da way nk balik tadi masa kat Ampang Park orang dah dok sibuk pasang lagu raya. Pergh.. gila awal. Tapi suasana raya tu aku masih tak terasa lagi. Entahlah... mungkin aku dah dewasa kot, dah kurang rasanya sakan nak beraya. Dulu2 bolehlah. Dan untuk hari ni aku dapat hadiah dari Bank Muamalat. Ala, bukan hadiah apapun. Masa kat LRT tadi, diorang passing2 goodie bag tu bagi pada orang Muslim. So dapatlah mineral water, biskut dengan kurma 4 biji. Orang dah bagi apalagi.... kita promotelah!

Sunday, August 15, 2010

Diari Ramadhan

Hari Pertama

Sehari sebelum Ramadhan, lepas abis keje pergi KLCC beli barang dapur. Excite nk berpose besoknya, malam tu aku buat ayam masak lemak cili padi. Kalo orang lain masak gulai lemak diorang blend tapi aku tumbuk sumenya. Bukan rajin sgt pun sebenarnya tp cari blender xjumpe2. Huhu.... Pastu kul 4 pagi bangunlah bersahur then tido balik.

First day pose, kat office rasa sunyi sangat padahal orang ramai je. Tak taulah np sume orang senyap je. Simpan sore kot. Abis je keje, misi aku adalah mencari bazar Ramadhan. Kata Acik kat kawasan rumah aku tu mmg de bazar. Sampai je bazar tu, perkara pertama yg aku buat ialah dengar dulu peniaga tu "cakap". Owh... okey, aku suka bazar nie!


Hari ke-2


Kunci jam kul 4 pagi nk bangun sahur tapi kul 6:05 baru aku terjaga. Alamak, dah terlajak sudah. Hari kedua aku kuar opis lambat. Dekat kul 6 gaklah. Keluar lambat alamatnya memang jem teruklah. Jem kat bazar. Huish.. menyampah betul dengan keadaan yg sesak mesak tu. Sakit jiwa gaklah. Abis nk wat camne kan, dh sibuk sgt nk gi bazar kenalah tahan. Nak masak malas. Tapi dalam dok ramai2 orang tu aku pun tercari2 gaklah kot2 kalo terjumpe Acik ke... yelah, diorang nie suka shopping kuih muih kat bazar Keramat nie. Huhu....


Hari ke-3


Sama macam semalam punye cite. Sekali lagi aku tak bangun sahur. Kul 6 baru aku terjaga. Hari Jumaat aritu first time aku balik on-time. Pukul 4 suku aku dah get ready nk balik dah. Meja dah clear abis. Tinggal nk off-kan PC je. Tepat je 4:30 terus aku angkat kaki. Orang kat opis pun naik heran. Tapi diorang tak berapa nk heran sgt sbb diorang tahu setiap ari Jumaat je aku akan balik ke Seremban. Cume yg bezanya kali ni aku balik on time. Yahoo.... balik rumah! Kul 6 dah sampai Seremban, nasib baik sempat kan...


Hari ke-4

Hujung minggulah timenya nk tunjukkan skill memasak. Iyalah, kalo dok umah sewa sapa pulaklah yg nk makan. Then, semalam ari Sabtu masak daging bakar cicah dengan air asam. Then, first time try buat roti jala dan hasilnya memang menjadi. Rasa cam tak cukup pula. Tamak-minah sungguh aku nie kan!


Hari ke-5

Hari ni tiba2 kakak Angah teringin nk masak rendang style Negeri Sembilan. Even kami nie dah lebih 20 tahun dok sini, tapi bab masak memasak style N9 nie masih dlm proses pembelajaran. Bila dah berkawan dgn org2 yg mmg anak jati N9 barulah kenal dgn macam2 masakan N9. So untuk menu berbuka arini, Angah masak rendang N9 bersama daun puding. Daun puding tulah yg menyedapkan masakan nie sebenarnya.








Dan aku pula menunjukkan skill memasak kuih buah melaka atau orang panggil ondeh2 ataupun kuih kelempung. Camtu ke ejaannya?... Tibai je lah... Okey ape kuih nie dan cam biasa masih rasa tak cukup. Huish... sekali lagi perasaan tamak menguasai diri aku!

Tapi xpe, arini adik Ucuk de beli kuih donat atau ayah panggil "kuih Jepun". Hahaha... Mula2 aku ingatkan sushi tapi bila tgk balik donat daa..... Tapi style ala2 sushi gitu sampaikan diberi nama DonaShi.



Wednesday, July 7, 2010

Kelawar malam

[p/s: title utk entry kali nie pinjam profile name abg ngah kejap...]

Dah beberapa ari aku tido lewat. Tak larat seyh kalo hari2 camni. Kalo dulu xpe... still boleh bangun lambat. Tapi sekarang dah keje, kena bangun pagi. Adusshh.. ngantukla bile pergi keje. Tiap2 ari aku berazam nk tido awal tp de je yang menghalang. Untuk minggu nie dah beberapa ari aku jadi pakar motivasi cinta. Layakkah aku??...

Ingat malam nie nk tido awal.... erm, boleh aje sebenarnya. Tapi masalahnya esok aku nk kena bangun kul 4 pagi. Almaklumlah pagi2 buta esok aku nak jadi chef. Nak wat camne kan... aku nie memilih sket bab makan. Iya ke? Taklah.... aku kalo bab makan sume bedal. Kalo xcaya sualah apa saja pun, letaklah aku kat mana pun. Aku boleh hidup. Kat sini kedai makan tok sah cakaplah.. memang happening giler. Cuma satu je masalah bagi aku.... hurmm........

Tuesday, May 25, 2010

Supper

Supper ataupun dikenali sebagai last meal of the day biasanya orang akan ambil dalam pukul 10 malam. Tapi berbeza dengan aku, supper aku jam 1 pagi dengan makanan yang berat lak tu. Ala, actually bukanlah supper sangat pun saje je tetibe lak terajin nak masak. Masak apa??


Nasi goreng daging


Inilah dia makanan tengah pagi aku, nasi goreng daging bersama keropok. Yummy, yummy! Walaupun org kata tak elok makan malam2 tp aku bantai je. Xde aku nak diet2. Nasi goreng nie nampak je ala2 tak berapa nk cerah gitu. Tapi kalo sape yg dah pernah rasa masakan aku, mereka tau yg warna tak mencerminkan rasa. Rasa sesudu confirm berasap telinga dan tebal bibir. Maka berhati2 lah. Huhuhu....

Monday, December 28, 2009

Yummy.... Yummy!!

Weekend aritu juz tinggal berdua je dgn angah kat rumah. Duduk berdua kat rumah macam2 resepi yg kitorang cuba. Nak pegi jalan2 susah sbb kenderaan yg biasa digunakan xde. Sebenarnya ada kenderaan tapi kami tak pandai nak memanfaatkannya. Sampaikan cik yah sebelah rumah ni pun tegur sbb kitorang pergi pasar jalan kaki. Katanya: "Pergi pasar ke? Napa tak naik kereta?" Dan jawapan paling selamat yg angah berikan, "saja nak exercise".

Resepi pertama yang kitorang cuba ialah kek masam manis. Raya aritu mak uda de buat, memang sedap. So kitorang pun teringinlah nak cuba. Apalagi beleklah buku resepi ibu yang dah 16 tahun tu.

Bahan-bahan:
10 biji telur (asingkan yang putih)
1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung biskut tawar
1 camca esen vanila
1 lb mentega
1 camca teh baking powder
1 tin susu pekat
10 bungkus asam
Pewarna (ikut suka hati)

Cara-caranya:

Kisar biskut tawar dan diayak bersama baking powder. Ketepikan. Pukul putih telur bersama gula hingga kembang.



Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega dan kuning telur. Masukkan susu dan esen vanilla.



Apabila telah siap dipukul, campurkan ke dalam bancuhan yang pertama tadi dan kacau rata. Masukkan tepung biskut.



Bahagi kepada 2 adunan dan letakkan sedikit pewarna. Kitorang juz letak satu pewarna saja iaitu hijau. Lagi satu adunan warna original. Adunan dan warna ni terpulang pada masing2. Nak buat lebih pada 2 adunan pun tak mengapa.



Sapu mentega pada loyang. Tuangkan bancuhan hijau dan kukus selama 15 minit. Opps!! sebelum tu jangan lupa panaskan pengukus dulu. Dah 15 minit, angkat dan susun asam duit2. Lapiskan dengan bancuhan warna yang lain pula. Kukus semula selama 15 minit dan begitulah seterusnya sampai habis.



Dan inilah hasilnya....



Rasanya memang best tapi nk buatnya agak rumit. Iyalah selepas 15 minit nak kena angkat then letak asam, lapiskan semula... kukus balik. Erm.... memang leceh. Daripada pukul 3 petang kitorang buat kul 7 baru siap. Itupun kitorang mengelat sebab kitorang campur balik dua2 adunan tu, letak asam dan terus kukus. Malas punya pasal, jadilah begini....



Pastu try buat nasi ayam pula. Saja takde kerjakan. Malaslah nk upload gambar satu2. So aku juz letak gambar nasi ayam yang dah siap punya. Ha.... tengok ni. Ada macam kat kedai tak?

Saturday, November 28, 2009

Juadah Hari Raya

Sempena hari raya, tak kisahlah raya puasa atau raya haji mesti de ketupat. Dan menganyam ketupat macam dah jadi tugas aku. Tapi nasib baik tak banyak yg nak kena anyam. Adalah dalam 35 kelongsong. Apapun aku bangga sebab aku sekarang dah pandai menganyam ketupat.


Kalo dah de ketupat mestilah de rendang. Berbeza dengan raya puasa, kalo time raya haji nie masak taklah banyak sangat. Cume de ketupat dengan rendang, masak lodeh dengan kuah kacang.

Then, malam tu kitorang juz nk try2 wat brownies. So petang raya tu pegilah beli barang kat Seremban. Tapi dah balik umah, check punye check salah beli da!!!.... Patutnya kena guna choc emulco 20gram tp kitorang beli 10g choc emulco, 10g coffee emulco. Jadinya kitorang juz wat utk setengah adunan je lah..


Bahan-bahan:
250g butter
400g chocolate masak
6 biji telur
340g brown sugar
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g chocolote powder
140g kacang walnut/ pecan/ almond

Cara-cara:









Then, masak begedil goreng lak.



Satu lagi menu adalah ayam panggang Singapore. Resipi nie kitorang dapat daripada atuk itam yang duduk di Singapore. Actually dah lama dah resepi nie kitorang simpan. Rasanya dekat setengah tahun dah kot. Cuma baru hari nie kitorang berpeluang nk try. Tapi bukan aku yg buat, angah yang buat.....