Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

e-Day


Hari ini Ahad semalam Sabtu. Dua hari ni rasa penat sket almaklumlah waktu cuti2 nie mmg ramailah orang datang rumah. Semalam de kenduri tunang. Ha.. jangan salah anggap ye. Gambar kat sebelah tu bukan aku yang bertunang tapi SIL along yang bertunang. Semalam kami ke Perak utk meraikan majlis pertunangan SIL Along. Secara tak langsung tu pergilah beraya sekali kan. Hehehehe.... Moh tengok orang sebenarnya yang bertunang.



Seminggu cuti esok dah kena keje. Ish.. malas je rasa nak keje. Cuti lama2 nie confirm keje byk yang menanti lebih2 lagi dah 2 minggu aku tak jumpe Mr VP. Hai semangat... datanglah cepat!!!

Thursday, September 1, 2011

Syawal 1432H

Hari raya selalunya ape yang aku buat?



Kalau sebelum2 nie tugas aku menganyam ketupat. Tapi dis year aku dapat buat satu je. Tu pun tak berapa nak abis. Sebabnya banyak benda yang aku perlu settlekan. Dan oleh kerana dis year my eldest sis balik Senawang so tugas2 menganyam ketupat tu dialah yg perlu buat. Aku pula ditugaskan utk berada di dapur. Kalau tahun2 sebelum nie aku hanya perlu memasak sambal goreng tp tahun nie bertambah lak menu yg perlu aku masak. Sambal kacang daaa..... Tapi takpe, at least aku dapat belajar dan yang penting cepat je sambal kacang tu abis ye.. dapat sambutan tau!!!

Malam raya apalagi susun2 lah kuih raya dalam balang. Tapi banyak cabarannya tau. Sebab si kecil Firas tu sibuk je mau nolong. Orang menganyam ketupat dia pun nak... orang nak masuk kuih dalam balang dia pun sibuk nak buat. Siap tak bagi tu orang tolong dia. Dia mau buat sorang2. Suka atilah Firas... janji balang tu tak pecah ye.



Raya pertama kami sambut di Senawang je. Malam hari raya tu baru kami semua bertolak pulang ke Johor. Almaklumlah my ayah keje pada hari raya. Bila dah balik Johor tu, tempat wajib yang perlu dikunjungi bila tiba hari raya dah tentulah ke kubur.




Kalau kat Johor ikutkan mmg ramai sedara mara kami kat sana. Tapi memandangkan masa tak cukup dan my ayah dan ibu pun akan keje pada raya ke-3 makanya hanya sehari semalam je kami beraya di Johor.

Tempat pertama yg kami pergi of courselah ke Kluang. First kami ke rumah Usu. Sambil beraya sambil melawat sepupu kami yang terakhir yang baru saja dilahirkan.





Pagi raya ke-2


Lepas tu terus ke rumah Mak Uda. Pun tempat wajib yang perlu disinggah bila berada di Kluang. Tapi tahun nie takde gambar ramai2 cam selalu. Almaklumlah pagi2 lagi kami dah sampai. Lagipun kami tak lama kat sana. Then, terus ke rumah mak ndak pula. Ha... kat sana agak lama lah juga kami beraya. Mak ndak siap hidangkan laksa johor lagi utk kitorang.


Tengoklah Firas tu. Bukan tak sabar nak makan tapi sibuk nak menolong



Kat sini wajib bergambar. Sebab kitorang selalunya akan berjumpa pada Hari Raya saja.


Dari Kluang kami terus ke Simpang Renggam. Lepas tu terus balik Senawang. Jalan tak jem dan kereta pun taklah banyak sangat pun. Kira okeylah perjalanan kali ni. Ingatkan bila dah balik Senawang nak terus update blog tapi tak boleh sbbnya bila Firas ada sume keje tak menjadi.


Firas yang kusyuk tengok Upin dan Ipin


Jadinya raya tahun nie masa banyak di habiskan di Senawang saja. Gambar satu famili pun kami tak sempat nak snap sbbnya first raya my ayah kena keje. Yang ada ni pun hanya gambar kami 5 beradik ni je..


Ee eh... Firas pun ada?? Sibuk jer. Owh... lupa lak. Dia tu adik bongsu kami. Dia panggil ayah kami pun dengan panggilan AYAH juga



Ladies... tapi cam biasa, Firas tu mesti nak menyelit sama..


(p/s: tahun nie aku tetap dapat duit raya lagi walaupun dah berkurang. syukur Alhamdulillah)

Friday, August 26, 2011

menjelang hari raya

Malam tadi kami staff2 di RGS ramai2 pegi shopping di Jalan TAR. Alah... tempat standard orang shopping raya tu. Termasuk aku adalah dalam 9 orang. Ramainye orang toksah cakaplah. Jalanraya lagilah pula. Bila jalan ramai2 nie rasa seronok je. Tak rasa penat pun. Bayangkanlah dari Medan Tuanku tu kitorang jalan kaki smpai ke Masjid Jamek. Pastu patah balik semula ke MT. Jalan punye jalan dapatlah aku sambar sehelai baju. Hehehe.... Tak abis kat situ lagi.. kitorang teruskan perjalanan ke area2 Gombak pulak. Member2 aku kebanyakannya borong macam2. Aku cukuplah sekadar sepasang baju kurung.

Dah alang2 kitorang shopping sakan, pe lagi sebelum balik singgahlah bersahur kejap kat NZ. Pukul 10 kuar rumah pukul 6 baru kitorang balik. Balik umah kemas2 pe yg patut then tido jap. Kul 7.30 aku dah bangun. Bangun dengan penuh semangat. Pegi keje pun ceria je sbb arini kira ari terakhir aku keje. Jalan pun dah tak jem sgt. Smalam mmg jem teruk. Hopefully arini oklah. Tapi takpe... ini ari aku mau pulang awal. Sejam lebih awal... hahahha.. sesuka ati aku je kan. Tu yg syoknye keje baru aku skrg nie. Lagipun Mr VP takde. Bila boss takde leh balik awal.

Kepada semua umat Islam, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin... hati2 pada mereka yang akan pulang ke kampung masing2.

Saturday, September 25, 2010

Fully-booked

N3 sblm nie aku de mention yg boss aku de wat makan2 kat umah dia ari Sabtu. Tapi de latest news yg aku terima boss nk wat open house hari Ahad nie. Maksudnya kalo wat open house bukanlah hanya kami di HR department je tapi seluruh kenalan ahli keluarganya. Ikutkan email jemputan yg aku terima tu mmg ramailah yg dijemput, siap pasang khemah lagi tu. Lagilah aku segan nk datang.

So tadi sekali lagi boss pesan soh datang umah dia. Aku mmg dh berniat nk balik Seremban so jawapan selamat yg aku bagi pada dia, "saya tak tau rumah akak katne." Pastu dia tanya aku, "penah pergi One Utama?" Dalam fikiran aku, One Utama tu dekat dengan rumah Along. Jadinya sekali lagi aku bagi jawapan selamat, "saya xde transport" (padahal secretary dia dh ajak aku pergi sekali.. saja cari alasan, huhu....). Bila aku jawab camtu, terus dia kata "alah, apa susahnya. xxx kan ada. Tak pun tumpang xxx, xxx ke... tak susah pun. Datang ye nanti." Erm.... sume nama yg dicadangkan tu sumenya lelaki. Tak maulah aku tumpang. Last2 xmau panjang cite aku kata "tengoklah nanti tapi saya tak janji ya".

Dan akhirnya lepas abis keje aku terus pulang ke Seremban. Dalam bas pun de cite yg tersendiri. Aku dan Angah akan naik bas 2 tingkat, laluan khas ke Senawang. Selalunya kami akan dok tingkat atas tp sebab atas dh hampir penuh tu yg kena dok bawah. Tapi aku tak sangka pula kat tingkat bawah nie pun dah hampir penuh. Nasib baik Angah dah naik dulu. Bukan penuh apa tapi diorang sudah copkan tempat utk kawan2 dioarang. Amboi... macam bas sekolah pula nak main cop2 tempat nie.

Actually tak salah nk cop utk orang lain tp berpada2 lah. Nie kat setiap seat ada diletakkan barang tanda tempat tu konon dah berpunya. Letak beglah, letak pastiklah, letak paperlah..... Tapi takpe aku tak kisah pun. Cume yg aku rasa bagusnya sbb diorang yg kat tingkat bawah nie bukanlah satu pejabat tapi diorang macam dah lama kenal. Mungkin ari2 dah travel Seremban-KL yg membuatkan diorang kenal antara satu-sama lain. Siap boleh passing2 kuih raya lagi tu.

Then, kat tingkat bawah nie de sorang kakak yg bertindak selaku ketua. Tiba2 je dia minta "ha... 6 inggit 6 inggit, tambang bas." Aku dan angah dah saling berpandangan. Owh.. termasuk kite berdua gak ya. Hahaha.. senanglah keje konduktor bas tu xyah nk kutip pada setiap orang. Paling best, selain jadi tukang cop tempat dan konduktor xbertauliah, kakak tu juga jadi tukang belikan pas bulanan pada sesiapa yg berminat. Wah, dahsyat sungguh diorang!

Sunday, September 19, 2010

Raya dah abes....

Hari nie kire last day bagi aku utk beraya. Esok dh start keje betul2 mesti dah kureng rasa nk beraya. Malasnya nk mulakan keje walaupun ari Jumaat aritu aku dh start keje. Boleh tak nak sambung cuti lagi. Takpelah, tinggal lagi sebulan je. Tabahkanlah hati. Pastu leh rehat sepuas-puasnya.

Pagi2 lagi aku dah dikejutkan untuk jadi chef. Ada tetamu yang datang dari Segamat. Erm, nak tak nak kenalah bangun pagi2. Dahlah malam tadi tido lambat. Then, lepas tetamu balik ikut ayah pergi kenduri akikah dan kenduri kawin di 2 buah rumah yang berbeza. Walaupun penat tapi at least rasa seronok gaklah sbb dapat jumpa balik jiran2 lama dulu.

Kejap lagi nak bertolak ke KL, nak melawat orang di KL pula. Dan alang2 tu leh lah aku terus balik Keramat. Makanya esok aku tak perlulah nk bangun pagi2. Huhu...

Friday, September 17, 2010

Lagi Cerita Raya

Hari nie aku dah start keje. Perkara pertama yg ada dalam fikiran aku ialah Nescaffe. Uish.. lama dah tak rasa nikmat air buatan tea lady tu, sangat sedaaap.... Mood utk keje tak berapa nk ada tapi keje still kena teruskan. Time keje tu terbayang2 kuih raya kat rumah, terbayang2 time pergi beraya aritu.

Seronoknya bila sume orang berkumpul...



Dapat bergambar bersama-sama...



Macam-macam aksi yang ada....



Tengok ada apa kat tangan aku... duit raya!!!



Raya ke-4 kami ke sini pula...



Beraya di rumah omm....



Aik!! Yang nie kenapa pula? Sian Firas asyik kena buli aje...

Monday, September 13, 2010

Raya... Raya... Raya

Hari Raya tak sah kalo tak pulang ke kampung kan. Dan seperti tahun2 sebelumnya tahun ni kami sekeluarga pulang ke Johor except Along yg pulang ke rumah mertuanya di Perak. Sehari sebelum raya aku still lagi bekerja. Tapi mood utk bekerja tak terasa sbb kat office dah tak ramai. Tak mengapalah, yang penting lepas raya aku cuti selama 3 hari. Tu tak termasuk dengan Sabtu Ahad dan hari Malaysia lagi. Yahooo.... cuti lama!!

Memandangkan esok nak raya, ari ni company isytihar half day bagi Muslim. Makanya tepat kul 1 tgh terus aku gerak balik. Best gile kat KL sbb orang xramai dan paling syok jalan tak jem. Makanya cepatlah aku sampai Seremban. Then, balik umah ingatkan leh terus rehat tapi kena masak daa. Sempena nk raya esoknya, ayah soh aku masak sambal goreng iaitu menu popular di negeri Johor. Lepas berbuka baru gerak balik Johor.


Meriahkan raya di Johor. Selain ada marhabban, rumah2 di sana meriah dengan pelita minyak tanah.



Cantikkan pelita yang dipasang...


Pagi-pagi raya, lepas bermaaf-maafan kami terus pergi ke kubur. Tempat wajib yang perlu dikunjungi walaupun hujan di pagi raya.



Pastu pergi beraya di rumah sanak-saudara. Dari Kluang kami ke Simpang Renggam kemudian ke Kota Tinggi pula.


Jom ikut kami pergi beraya...


Tahun nie memang beraya sakan, dari pagi sampailah ke malam. Baju pun tak sempat nk salin. Paling best bila tahun nie aku still dapat duit raya lagi. Cam tak caye je kan. Iyalah umur pun dah meningkat. Lagipun aku still belajar lagi. Mungkin ini tahun terakhir aku dapat duit raya agaknya. Tapi bukan aku saja yg dapat Angah yg dah bekerja tu pun tetap dapat duit raya. Tapi takleh lawan akulah. Huhu....

Bila datang berkunjung ke rumah saudara mara, dah tentulah akan mengambil masa yg lama. Iyalah, orang dok sibuk nk tanya khabar... borak2. Macam gambar kat bawah nie...


Para-para ibu sedang kusyuk bercerita....



Kaum-kaum lelaki duduk berborak di bawah... huhu....


Bila dah sembang-menyembang dah tentulah ada makan2. Paling best kami taklah dihadapkan makan dgn makanan raya saja macam ketupat, lontong atau lemang tapi setiap rumah yg kami pergi mesti akan hidangkan makanan yg berbeza. Antaranya nasi beriyani, laksa, soto, mee goreng dan macam2 lagi.


Time nie kat rumah mak long Kimah makan nasi beriyani...



Makan sampai kenyang



Makan lagi....


Dan lagi...


Selain tu, aktiviti wajib kami setiap tahun adalah bergambar.


Tak kira walau di mana pun kami berada...



Bersama anak-anak buah sepupu kami...



Cousins...



Kami memang suka bergambar....



Bergambar itu hobi kami...



Tengoklah gambar sekerat nie. Tak taulah cameramannye dengki ke atau terlebih kreatif. Thanks ye Fadhil. Apapun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Wednesday, September 8, 2010

Multi-tasking

Confirm opis sunyi. Sangat bebas aku rasa. Pagi2 je lagi, belum pun aku sempat on PC, Manager dari HR Group tanya aku.... "Aida, you tau anyam ketupat?"... Dan aku apalagi, bersinar2 mata! Almaklumlah dah setahun tak mengasah bakat. Dan raya tahun nie, confirm aku tak dapat menganyam kat rumah sbb dah kesuntukan masa. And for your information, nie bukan anyam ketupat yg mengumpat tu ye tapi nie anyam ketupat betul2 punye. Hahaha... satu beg plastik Manager tu bawa daun utk dianyam di opis, sangat best. Agak2 tugas menganyam ketupat tu, leh tak aku letak dalam buku log?...

Cite aku menganyam ketupat tak abis sampai di situ. Orang kat tingkat bawah pun tau. Abis aku kalau "orang besar" dapat tau aku dok sibuk menganyam ketupat dengan staff dia. Almaklumlah Manager dari HR Group nie bukan under company aku tapi merangkumi keseluruhan anak syarikat yang ada. Kira Manager nie pangkat dia lagi besar dari boss aku sekarang. Erm... paham ke? Peningkan... Tulah, banyak sangat boss. Okeylah, smbung balik cite pasal ketupat tadi. Satu Vista Tower nie tau aku dok sibuk menganyam ketupat sampaikan akunye AM call tanya aku,

"betul ke I dengar you menganyam ketupat dengan xxx tadi? Pandainya kamu menganyam".

AM aku tak dok satu floor dengan aku tu sbb dia tak tau. Huhu.. sib baik AM aku nie sporting gile. Siap mention lagi tu, "kalo taulah, I bawa daun ketupat soh you anyam". Erm.. rata2 orang kat opis tu tak tau menganyam ketupat. Tu pasallah bila diorang tau aku tgh bz menganyam dengan Manager tu, diorang jadi terkesima kejap. Tu belum boss aku sendiri yg tau. Almaklumlah dia dah cuti. Kalau dia tau lagi dia bangga agaknya. Huhu.... Sbb dia nie lain daripada yg lain.

Untuk arinie aku rasa sangat seronok sbb macam2 keje aku buat. Dari menganyam ketupat sampailah keje kerani, keje postman, receptionist pun aku gak, jadi secretary kejap, customer service, macam2 lah. Nak wat camne orang dah takde. Sampaikan orang lain pun leh perasan. Jadi, macam2 lah ayat yg aku dengar....

"Eh, receptionist baru ke?"
"Tadi u bukan dekat level 26 ke? Camne leh sampai kat sini?"
"You orang baru ye. Bila masuk?"
"La... kat sini pula dia"

Tapi dalam banyak2 pertanyaan + pendapat + ayat penyata yg aku dengar arini, satu je pertanyaan yg aku akan ingat sampai bila2. Tapi xleh nk reveal kat sinilah ye. Agak surprise gaklah bila dia tanya soalan tu pada aku sbb selama nie aku tak pernah bercakap dengan dia. Juz bertembung gitu2 then senyum jelah. Tak sangka lak dia sanggup berpatah balik bila dia nampak aku kat situ semata2 nk tanya satu soalan yang sukar untuk ditafsirkan.

Oklah, stop cite pasal opis. Kalau cite pasal opis confirm satu hari pun tak abis. Huhu... Esok last puasa. Aku rasa cam baru je aku berpose tup2 lusa dah nak raya. Kejap je kan. Arini aku berbuka makan McD saja sbb kat bazar orang dah xberapa jual. Yang ada pun cuma orang2 yg aku tak berkenan saja. Pagi2 sebelum pegi keje, jalan mmg jem gila sbb tepi jalan orang dah dok sibuk jual ayam. Then, de yg bakar lemang gak. Nie baru waktu pagi. Paling aku teruja bila tengok orang dah gantung daging lembu. Pergh... semangat nk raya. Tapi bila balik keje jalan lenggang sbb orang dah tak pergi bazar. Ingatkan pas abis keje tadi nk terus balik Seremban tapi bila fikirkan baju tak kering lagi alamatnya esoklah aku pulang. Dan nasib baik raya bukan esokkan. Hehehe....

Suasana Hari Raya

Sebelum balik tadi, sumenya dok sibuk bermaaf-maafan. Almaklumlah esok ramai yang dah mula bercuti. Makanya tinggallah aku bertiga sahaja di office nanti. Boss xde xsyok gak sbb pasnie dah takde dah orang yg nak panggil aku lagi. Dan bila orang xde makanya keje mmg banyak. Apapun, tak sabar nak tunggu ari Khamis sbb aritu half-day boleh balik awal, yahoo!!!

Tadi Boy dengan ibu datang. Angah ari rabu dah cuti, syoklah. Jadinya masa boy + ibu datang, kakak angah pun ikutlah balik sekali. Aku tengah pk... nak ikut ke tak. Nak berulang ke tidak pergi keje nnti. Oklah, ikutlah diorang balik Seremban.

Elok tengah kemas barang, tetiba aku teringat "alamak! baju tengah basuh. camne nie?" Ibu kata bawa jelah balik. Okey gak tu. Tapi bila difikir2 kan semula, nnti susah aku nk angkut semula, then bilik nk kena kemas. Barang pun xabis packing lagi. Nanti kalo last minit kemas mesti de barang yg tertinggal. Akhirnya, aku tak jadi ikut mereka balik. Huwaa... tak syoknye. Takpelah, insyaAllah esok aku leh terus balik Seremban even though Khamis kena keje. Ulang alik pun ulang aliklah. Macam tak biasa lakkan.

By da way, di kesempatan nie aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Ampun dan maaf di pinta atas setiap kesalahan, tingkah laku, tutur kata, tulisan serta setiap perkara yang telah terjadi. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang tiba akan lebih bermakna dan diberkati. Amin~

Sunday, October 11, 2009

Seminggu Bersama FPP

Juz nk review balik tentang program hari raya Seminggu Bersama FPP (Fakulti Pengurusan Perniagaan) bermula dari 3 - 10 Oktober. Dalam masa seminggu banyak program yg berlangsung macam program hari raya, seminar, konsert UNIC, career's day, solat hajat, catur bestari, erm.... banyak lagi lah. Tapi aku taklah involve dlm sume program, de lah dalam dua tiga program je macam:

1) Program Hari Raya : Jadi fasilitator utk LDK bersama anak yatim
2) Konsert UNIC: Peserta
3) Seminar Menjana Keunggulan Diri: Peserta
4) Solat Hajat: Peserta

Sekarang nie, nk post pic tentang program hari raya pada 3 Oct aritu. Ape yang berlaku sepanjang satu hari, dari pagi sampailah ke malam.


8:00 - 10:30 pagi

Pendaftaran



Tak cukup kat rumah, kat sana pun kami masih lagi berbincang



Khemah HRS (Human Resource Society) menang khemah tercantik



Antara khemah yang terlibat: MASA (Marketing Society), FIASSO (Finance Association, IBUC (International Business Club) dan INSSO (Insurance Society)


Berbaju merah tu, koordinator kami.. orang kuat HRS... En. Ahmad Fadhly. Yang pakai jubah tu PM Shahariah


Masa nie kitorang tgh iring anak yatim, tp masih sempat bergambar...



Suasana kemeriahan Hari Raya UiTM 2009


10:30 - 12:30 tengahari


Ceramah motivasi oleh Pak Tam



Tayangan video


12:30 - 3:00 petang


Persembahan tarian dari Kelab Warisan & Budaya



Jejaka Kacak + Gadis Ayu bersama Dato' Dr. Mizan dengan En. Nor Azman


Sesi beramah mesra bersama Dato' Pengarah + anak yatim sambil diperhatikan PM Zaiton (berbaju hijau) dan dijeling oleh Ziela (berbaju biru)


Persembahan nyanyian daripada Nana. Kalo sape2 tengok rancangan bintang kecil 2007 kat tv 9 dulu, yang dapat no. 2 tu.. adik Nana, Syaz nama dier.... adik pandai nyanyi, kakak pun pandai nyanyi....


Nak pergi tandas pun kena escort


Mengiringi anak yatim untuk sesi LDK

3:00 - 4:00 petang

LDK: Ice breaking... me in a group 1 as a faci



Tutup mata utk permainan 'Burung Mencari Sarang'



Anak-anak yatim yang sporting...



Time nie memang happening giler...



'Win-and-lose'... teka peribahasa



'Ketupat Beracun'.. apa agaknya yg diorang kena wat.....



En. Azree tu tengok2, mesti nak wat penilaian tentang kitorang


4:00 - 5:00 petang



Sesi bagi hadiah + duit raya. Dimulakan dengan kumpulan 1.....
(Fasilitator dari kiri: Ku Ai, Kyra, Aida, Sue)


Adik-adik... sila beratur yea...


Rasa macam dalam tv lak... YB bagi hadiah... huhu....


Menghantar anak2 yatim menaiki bas


8:30 - 11:30 malam

Konsert UNIC