Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Food Channel

Sekarang jam menunjukkan 2 pagi. Nape aku masih tak tido2 lagi sedangkan esok aku keje. Nak kena bangun seawal kul 5:30. Tapi gara2 aku tengok AFC tadi, chef tu masak something yg menyebabkan aku teringin nak makan sekali lagi... oh tidak, kali ketiga sebenarnya selepas dah makan nasi kul 11 then telur separuh masak kul 12 lebih dan sekarang ini dia. Tada........




Aku makan 3 kali bukan sebab aku lapar tapi aku tak berselera. Almaklumlah skrang nie tekak tak berapa sedap. Selesema lagi, batuk lagi... Dah 2 ari aku demam. Sumenya gara2 aircond dan cuaca yg tak menentu. Tapi arini dah okey sket. So, xbolehlah nk amik MC esok sbb demam dah kebah. But.. who knows?????.................

Wednesday, October 20, 2010

Seminggu di rumah

Dok seminggu di rumah tak rasa apa2 pun sebenarnya. Sebabnya dah 3 ari aku demam. Elok je dah abis keje nie demam pun datang. Mungkin stress sbb nk kena settlekan project paper kot. Iye ke? Ke sebab aku gi Melaka aritu? Atau gi Terminal One? Erm... entahlah. Macam dulu, time aku gi Terminal One je time tu aku demam. Aritu denggi, arini rasanya demam biasa kot.

Tapikan.... dlm aku dok demam2 nie, aku nyer selera makan still tak berubah. Malah, asyik rasa nak makan jer. Even tekak rasa payau semacam pun aku tibai je apa2 makanan. Dan paling penting masih kuat untuk mengupdate blog. Huhu.....

Hopefully cepatlah demam aku nie baik. Jumaat nie nak turun Melaka semula. Mudah2 an penyakit nie taklah berlarutan smpai next week. Susahlah kalo nnti nk kena minta cuti. Dan hari ini ibu pun demam. Erm.. berjangkit dengan aku ke?

Friday, September 4, 2009

?@;&%

Tetibe je rasa arini cam sakit tekak. Badan pun de sket2 panas. Pagi tadi bangun tido rasa sakit pale sesangat. Hm... cam nk demam je. Takkan nk demam lagi kot. Hari tu baru je baik dr demam denggi seminggu. Tak sanggup dh nk gi sepital amik darah lagi. Dahlah seblom raya nie byk test. Next 2 week ader role play utk recruitment. Aiyo...

Actually semalam gi Dataran Pahlawan + MP dengan Kyra. Sempena bln pose nie die bawa kete. Kat sana leh tahan ramai gak oranglah. Takut gak kalo2 terkena virus H1N1. Hopefully takde apa2 kot.

Friday, July 24, 2009

Demam lagi???

Hari ni g amik darah dlm kul 3:30 ptg. Nasib baik sampai sana tak ramai org yg amik darah sbb mungkin dh petang agknye. So lepas dftar aku trus masuk bilik menunggu. Masuk je dalam tu aku nampak nurse India semalam dgn benggali sorang tu. So, aku terus g kat benggali tu. Takut aku nk soh nurse tu amik darah aku lagi. Kali ni sng je darah aku diambil, tak sakit pun. Then, skali lg masuk bilik saringan. Masuk2 je nurse tu tanya dh bp ari demam. Aku ckap la mule hari Ahad. Pastu tetibe dier marah aku. Dia kata ari ahad demam baru ari ni datang. Erk??? Aku blur kejap. Dier tak tengok ke kad aku tu. So aku cakaplah hari2 aku datang, hari2 aku kena amik darah. Baru dier senyap sket. Pastu dier lmbat die salahkan aku lak. Itulah ragam org yg keje kerajaan kan... Habis je saringan, masuk bilik doc. Hari ini jumpe Dr. Nita. Doc yg comel, cantik dan muda orangnye. Dr. Nita kata demam aku dah okey sket n kalo esok aku masih demam lg aku kena dtang sekali lagi dan kena amik darah lagi. Hopefully, esok aku tak demam lah....

Yang seronoknye time aku tgh wat entry ni, Kyra message aku. Dier kata next week start mid term break. Mid term break?? Setahu aku mid term break disekalikan dgn cuti raya sekali. Biar betul Kyra ni. Kyra kata pg tadi lec sume de meeting dan shah alam dh arahkan semua kampus UiTM seluruh negara ditutup atau dlm bhasa yg lembut sket, cuti sem start next week. Erm, maybe ini sume disebabkan virus influenza A H1N1 yg dah merebak. Lgpun dh 3 kmpus uitm ditutup so dier nk selaraskanlah. Nampak gayanya aku smbung cuti lg la. 2 minggu la aku di seremban.

H1N1

Sekarang ni virus Influenza A telah mula merebak ke serata dunia. UiTM Lendu dah tutup selama 9 hari begitu juga dengan kampus Seri Iskandar dan Penang. Tapi yang peliknya kat tempat aku pun wabak ni dah mula menyerang 2 orang pelajar. Kedua2 nya perempuan. Tapi mengapa Pengarah Kampus xnk tutup je?.. Erm... mungkin dier nk tunggu ramai org yang kena dlu kot. Hari Jumaat hari tu aku balik Seremban naik bas. Sampai je terminal 1 aku dah rasa pening2 dan batuk2. Mungkin time tu orang ramai sangat kot. Yelah, N9 kan cuti sempena Israk Mikraj. Malam tu tengok berita pasal H1N1, aku pun citerla yg kat tmpat aku dah kena juga. Ayah dah soh aku g klinik esoknye tp aku katakan aku tak demam so xyahlah pergi wat rugi je.

Tapi nk dijadikan citer, ari Ahad tu lepas je aku bgn tido, aku dah rasa tak sedap badan. Pening, sakit tekak, batuk.... Almaklumlah sekarang ni kan heboh pasal H1N1, so ayah soh aku g hospital. Erm, dah bertahun aku tak menjejakkan kaki ke hospital Seremban atau skrg dah ditukar nama kpd Hospital Tuanku Jaafar. Nak tahu, satu family anta aku g hospital.

Sampai di hospital, perkara yg aku malas sekali adlh di soal siasat. Kalau sekali tak pe ni sampai je hospital die tanya sakit apa, then masuk bilik saringan pun dier tnya sakit apa, bila mula deman, ade travel mane2 ke?..... Pastu jumpa doktor pun dier tanya benda yg sama. Aku dhlah demam tak larat nk cakap banyak. Aiseh men.... Suhu bdan aku tersangatlah tinggi bak kata doc tu, 39.8... Dahsyat tak?.. So sbg langkah berjaga2 aku disuruh pakai mask. Org pndang pun semacam je. Menurut kata doc aku demam biasa so dier bg aku mc 2 hari. Dier ckp kalo ari Selasa xbaik lagi datang balik wat check-up.




Selasa, 21 Julai

Pagi tu aku dh siap berkemas nk balik Melaka. Then, tengahari ibu kata badan aku msh panas lg tp aku rasa dh okey. Ibu ajk g klinik kesihatan dpn hospital tu. Ibu cakap kalo bdn panas, xyah balik lg. Ibu kata drp aku xdpt H1N1 trus aku kena nnti. Yelah, antibodi aku msh lemah dan mgkin senang berjangkit. Bila difikirkan balik betul gak.

Sampai sana, sekali lg aku kena msk bilik saringan dan mcm biasa kenalah soal siasat. Then, pegawai kesihatan yg aku panggil pakcik die soh aku g wat pemeriksaan darah. Dengar je wat pemeriksaan darah aku dh jadi takut. Seumur hidup aku tak pernah nk amik darah, ni lah first time. Sampai tempat ambil darah tu aku tengok de sorang minah ni die wat ujian darah utk HIV. Orang nk kawin. Aku tengok die puaslah menutup mata dan tahan sakit. Seolah2 sakit yg teramat sangat. Then, smpai giliran aku... aku pun jadi takut. Aku tak pandang pun jarum tu. Tapi bila aku pndang jarum tu aku tengok dh terbenam pun dlm tangan aku. Aku tak rasa sakit langsung. Okeylah tu....

Lepas ambik darah aku jmpa doc. Masuk bilik doc pun kena siasat lagi. Doc kata aku suspek denggi. Jadinya aku bebas daripada H1N1. Syukur Alhamduillah. Cuma yg xbestnye doc tu soh dtg lg esoknya, buat lg pemeriksaan darah sekali lg. Oh no!!! Dan ini bermaknya mc aku dah ditambah lagi 2 hari.

Rabu, 22 Julai

Hari ni aku g klinik dengan boy saja. Ibu kerja. Sampai sana terus ambik darah. Hari ini org yg amik darah aku banggali. Dia dah tua sket. Aku igtkan kalo org tua mesti tak rasa sakit sbb die dh berpengalaman. Tapi rupa2 nye ya Allah..... hanya tuhan saja yg tau betapa sakitnya bila dier cucuk tgn aku. Aku tak taulah mmg sakit ke atau sbb gangguan. Sbb bila time aku nk cucuk tu, de sorang budak ni die menangis2 xnk kena cucuk. Mungkin sbb itu kot. Then lepas dh cucuk tu sample darah aku bawa ke makmal nk tunggu keputusan ujian. Semalam plaletes aku 158 hari ni naik 174. Boy kata msti esok aku kena wat ujian darah lagi. Masuk je jmpe doc, mmg btul skali lagi aku kena wat ujian darah. So nampak gayanye, skali lagi aku tak boleh balik Melaka lagi.

Khamis, 23 Julai

Pagi2 dh pegi klinik dgn ibu. Hari ini ibu cuti dan boy lak tak nk ikut sbb malas nk tunggu katanya. Aku cam biasa smpai sana terus pegi amik darah. Aku dah nekad aku xnk banggali tu yg amik darah aku. So aku pun tunggulah kat tempat abang yg amik drh aku ms mula2 dulu. Tapi elok je aku dok situ, de lak nurse i india ni die panggil aku. Maknenya, dia lah yg akan amik darah aku. Okeylah, die pun nurse, perempuan lak tu. Aku pun hulurlah tgn kanan sbb smlam dh tgn kiri. Die npk tgn kanan aku yg dh berkesan cucukkan tu.

Nurse : Nie bile kamu cucuk?
Aku : Kelmarin.

Then, die tgk tangan kiri aku lak.

Nurse : Yang ni?
Aku : Semalam.
Nurse : Okeylah, I cucuk kat tangan kanan ye.

Cucuk sekali aku dah rasa sakit.

Nurse : Sini, tak de darahlah. I cucuk sebelah sini ye.

Okey tak pe lagi. Sakitnye pun xlah macam semalam punya sakit.

Nurse : Dik, sini pun xde darah lah. I try cucuk dekat jari ye. Tapi sakit sikitlah.
Aku : Hah, dekat jari?... Kat atas ni tak boleh ke?
Nurse : Tak bolehlah dik. Situ dah tak de darah.

Aku pun dh mule panik. Memang stahu aku cucuk dekat jari tu sakit sbb situkan tulang. Tapi nak tak nak terpaksalah aku menerimanya.

Nurse : Kat sini pun tak bolehlah dik. Kita cuba sebelah sini pula.

Ya Rabbi!!! Ape dier ingat tangan aku ni bhn eksperimen ke?.. Main suka2 hati dier nk try cucuk mana. Patutnye die kena cek dulu bukan main cucuk je. Tapi nasib baik de darah kat situ tapi sket je la. Aku rasa nk pitam dah asyik kena cucuk je.


Lepas wat pemeriksaan darah sume, cam biasa jumpe doc. Tapi masuk je bilik doc, doc soh aku g bilik saringan sekali lagi. Jumpelah balik peg. kesihatan yg aku panggil pakcik tu. Tak sangka lak die kenal aku. Pakcik tu baik aku ske dengan dier. Pakcik tu ditugaskan amik blood pressure aku. Tapi aku nyer BP, xleh dapat. So, die soh misi lg sorang tu amikkan. Lepas dh amik BP, masuk balik bilik doc. Doc kata aku dh 5 hari demam tp xbaik2. Die kata sel darah putih aku xseimbang. Naik memang naik tp xde peningkatan. So, doc tu soh aku amik darah sekali lagi esok petang. Darah lagi..... Aku rasa badan aku makin kurus dah. Darah pun dah kering agaknya sbb hari2 kena ambil.. Jangan kata pasni kena amik darah lagi dhlah...