Weekend aritu juz tinggal berdua je dgn angah kat rumah. Duduk berdua kat rumah macam2 resepi yg kitorang cuba. Nak pegi jalan2 susah sbb kenderaan yg biasa digunakan xde. Sebenarnya ada kenderaan tapi kami tak pandai nak memanfaatkannya. Sampaikan cik yah sebelah rumah ni pun tegur sbb kitorang pergi pasar jalan kaki. Katanya: "Pergi pasar ke? Napa tak naik kereta?" Dan jawapan paling selamat yg angah berikan, "saja nak exercise".
Resepi pertama yang kitorang cuba ialah kek masam manis. Raya aritu mak uda de buat, memang sedap. So kitorang pun teringinlah nak cuba. Apalagi beleklah buku resepi ibu yang dah 16 tahun tu.
Bahan-bahan:
10 biji telur (asingkan yang putih)
1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung biskut tawar
1 camca esen vanila
1 lb mentega
1 camca teh baking powder
1 tin susu pekat
10 bungkus asam
Pewarna (ikut suka hati)
Cara-caranya:
Kisar biskut tawar dan diayak bersama baking powder. Ketepikan. Pukul putih telur bersama gula hingga kembang.
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega dan kuning telur. Masukkan susu dan esen vanilla.
Apabila telah siap dipukul, campurkan ke dalam bancuhan yang pertama tadi dan kacau rata. Masukkan tepung biskut.
Bahagi kepada 2 adunan dan letakkan sedikit pewarna. Kitorang juz letak satu pewarna saja iaitu hijau. Lagi satu adunan warna original. Adunan dan warna ni terpulang pada masing2. Nak buat lebih pada 2 adunan pun tak mengapa.
Sapu mentega pada loyang. Tuangkan bancuhan hijau dan kukus selama 15 minit. Opps!! sebelum tu jangan lupa panaskan pengukus dulu. Dah 15 minit, angkat dan susun asam duit2. Lapiskan dengan bancuhan warna yang lain pula. Kukus semula selama 15 minit dan begitulah seterusnya sampai habis.
Dan inilah hasilnya....
Rasanya memang best tapi nk buatnya agak rumit. Iyalah selepas 15 minit nak kena angkat then letak asam, lapiskan semula... kukus balik. Erm.... memang leceh. Daripada pukul 3 petang kitorang buat kul 7 baru siap. Itupun kitorang mengelat sebab kitorang campur balik dua2 adunan tu, letak asam dan terus kukus. Malas punya pasal, jadilah begini....
Pastu try buat nasi ayam pula. Saja takde kerjakan. Malaslah nk upload gambar satu2. So aku juz letak gambar nasi ayam yang dah siap punya. Ha.... tengok ni. Ada macam kat kedai tak?
3 comments:
oooo saje je mms gmbr kt along ye.x aci btul!
xde2..nx week along blk nk gak nasi ayam sama kek tuh..
ko mmg pandai memasak.....cam sedap je kek ngan nasik ayam tuh...bleh lah bukak restoran nasi ayam Aida...sedapnya hingga menjilat jari kaki....hahahha
kak an : mms tu angah yg cadangkan bukan aidah ye.
emiko : kek tu memang sedapla. baik ko try
Post a Comment