Lepas incident di KB Mall, Jusco Bandaraya Melaka pula meletup. Meletup disebabkan kebocoran gas yang berlaku sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan. Actually perkara begini aku selalu rasa bila pegi shopping kat Melaka dalam sebulan dua yang lepas. Time tue pegi Mahkota Parade (MP). MP sekarang masih dalam pembinaan. Elok je aku jejakkan kaki kat situ, aku rasa lantai dia semacam je. Almaklumlah dalam renovation, rasa bergegar, jalan tak selesa, dengan escalatornya yang berbunyi2 dan sesekali rasa macam menakutkan. Retak2 kat dinding tok sah cakaplah.
Aku kalo jalan kat situ mesti rasa takut sampaikan Kyra selalu gelakkan aku. Dia kata aku nie terpengaruh tengok citer Final Destination 4. Iyelah, sedikit sebanyak memanglah terpengaruh gak tapi kan elok kalo kita berhati2.
Then, arini Jusco kat bandaraya tu yang dikatakan jusco terbesar di Malaysia dan baru je dibuka tetiba je meletup. Actually, ikut perancangan awal aku dengan boy nak pergi Jusco bandaraya tu sama ada ari Sabtu atau Ahad semalam. Tapi memandangkan Jusco tu baru buka, then tentu ramai orang so kitorang pun tak jadilah pergi. Syukur alhamdulillah, de gak hikmahnya.
Entahlah.. aku pun tak tahu. Kalo diikutkan Jusco tu memang cepat giler siapnya. Tak sampai setahun kot. Dan akan datang nie Tesco akan bertambah satu lagi kat Melaka. Tu pun dah naik dah bangunannya. So lepas nie, kalau nak pergi shopping tu berhati-hatilah selalu. Bukan kata nak shopping je, lalu bawah jejantas ke, fly over ke, kat jalan raya ke sentiasalah beringat kerana malang tidak berbau.
No comments:
Post a Comment