Petang tadi jenjalan pegi KM Plaza, ingat nk cari selendang. Jalan punya jalan sekali de lah seorang minah nie, die boleh hayunkan plastik beg dia kat aku. Okey fine... maybe die tak sengaja kot. Tapi yang aku peliknya jalan tu sikitlah punya besar.... macam saje je.... dah tu boleh die buat tak tau lak tu.
Tapi tiba-tiba aku dengar.. "hoi Aida!!"... alamak! de orang panggil akulah. Sekali pusing, la.... Amy rupanya! Hamizatul Mirza.... rakan seperjuangan dari form 1 sampai form 5, yang kadang2 sekelas kadang2 tak. Memang aku tak cam langsung die. Tapi bak kata Amy aku bukan tak cam, tapi jalan memang tak pandang orang. Hehehe.... Tak sangka dah 5 tahun tak jumpa tup tup terserempak kat KM Plaza. Dan dia cam biasalah tetap tak berubah dari dulu smpai sekarang.... bila bercerita memang tak boleh nak stop. Jumpa kat tengah jalan, kat depan kedai kain... kat situlah kitorang dok rancak bercerita tanpa mempedulikan tauke kedai yang asyik dok mandang2 kat kitorang, tanpa mempedulikan boy dengan angah yang dua tiga kali lalu situ dan tanpa mempedulikan mak dengan adik dia yang jenuh menunggu kat tepi kedai tu...
Jumpa Amy memang banyak cerita2 yang aku dah tertinggal rupanya. Aku ingatkan setakat nie kawan2 aku yang dah kahwin cuma 2 orang tp rupa2nya dah ramai yang kahwin. Yang dah ada anak pun ada. Tak sangka aku banyak gak yang aku ketinggalan. Bak kata kawan2 aku yg len (masa zaman sekolah lah...), aku nie memang bz memanjang, kalo cuti semester mmg xpenah nak contact kawan2.... dan kalo de renunion jarang nak join.
Bukan xpenah contact tp asal aku cuti je diorang lak sibuk. Sibuk kejelah, kenduri lah, tak de kat sinilah... macam2 lagilah. Dan kalo pasal renunion tu aku rasa sekali aritu je aku pegi tu pun taun 2007 kalo x silap. Last year diorang wat time along kahwin, so camne nak pegi?...
Memang banyaklah kenangan2 dan cerita2 lama yang kami bualkan. Apapun, jumpa Amy tadi memang best. At least banyak gaklah yang aku tau tentang kawan2 aku masa zaman sekolah dulu.
Memang banyaklah kenangan2 dan cerita2 lama yang kami bualkan. Apapun, jumpa Amy tadi memang best. At least banyak gaklah yang aku tau tentang kawan2 aku masa zaman sekolah dulu.
No comments:
Post a Comment