Thursday, December 31, 2009

Cuti aku dah nak abes....

Cuti aku semakin hampir ke penghujungnya. Lepas nie rutin harian aku macam biasa balik. Bosannya....... Hari ahad nie dah kena balik Melaka semula. Barang2 sume aku dah pack petang tadi. Awalkan. Actually aku pack barang awal2 sebabnya aku tak nak buat last minute. Kalo buat last minute lagi rasa malas nak balik. So nanti ari sabtu ahad nie aku rilek saje.

Tapi takpelah aku kat sana pun dah tak lama lagi. Lebih kurang empat lima bulan saja lagi. Lepas tu dah practical. Kata orang last2 sem nie lah kita patut enjoy sepuas2nya. Lepas nie life kita dah tak sama dengan time belajar. Erm... betul juga. Tapi aku kalo last2 sem ni lagi rasa malas adalah.

Monday, December 28, 2009

Yummy.... Yummy!!

Weekend aritu juz tinggal berdua je dgn angah kat rumah. Duduk berdua kat rumah macam2 resepi yg kitorang cuba. Nak pegi jalan2 susah sbb kenderaan yg biasa digunakan xde. Sebenarnya ada kenderaan tapi kami tak pandai nak memanfaatkannya. Sampaikan cik yah sebelah rumah ni pun tegur sbb kitorang pergi pasar jalan kaki. Katanya: "Pergi pasar ke? Napa tak naik kereta?" Dan jawapan paling selamat yg angah berikan, "saja nak exercise".

Resepi pertama yang kitorang cuba ialah kek masam manis. Raya aritu mak uda de buat, memang sedap. So kitorang pun teringinlah nak cuba. Apalagi beleklah buku resepi ibu yang dah 16 tahun tu.

Bahan-bahan:
10 biji telur (asingkan yang putih)
1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung biskut tawar
1 camca esen vanila
1 lb mentega
1 camca teh baking powder
1 tin susu pekat
10 bungkus asam
Pewarna (ikut suka hati)

Cara-caranya:

Kisar biskut tawar dan diayak bersama baking powder. Ketepikan. Pukul putih telur bersama gula hingga kembang.



Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega dan kuning telur. Masukkan susu dan esen vanilla.



Apabila telah siap dipukul, campurkan ke dalam bancuhan yang pertama tadi dan kacau rata. Masukkan tepung biskut.



Bahagi kepada 2 adunan dan letakkan sedikit pewarna. Kitorang juz letak satu pewarna saja iaitu hijau. Lagi satu adunan warna original. Adunan dan warna ni terpulang pada masing2. Nak buat lebih pada 2 adunan pun tak mengapa.



Sapu mentega pada loyang. Tuangkan bancuhan hijau dan kukus selama 15 minit. Opps!! sebelum tu jangan lupa panaskan pengukus dulu. Dah 15 minit, angkat dan susun asam duit2. Lapiskan dengan bancuhan warna yang lain pula. Kukus semula selama 15 minit dan begitulah seterusnya sampai habis.



Dan inilah hasilnya....



Rasanya memang best tapi nk buatnya agak rumit. Iyalah selepas 15 minit nak kena angkat then letak asam, lapiskan semula... kukus balik. Erm.... memang leceh. Daripada pukul 3 petang kitorang buat kul 7 baru siap. Itupun kitorang mengelat sebab kitorang campur balik dua2 adunan tu, letak asam dan terus kukus. Malas punya pasal, jadilah begini....



Pastu try buat nasi ayam pula. Saja takde kerjakan. Malaslah nk upload gambar satu2. So aku juz letak gambar nasi ayam yang dah siap punya. Ha.... tengok ni. Ada macam kat kedai tak?

Monday, December 14, 2009

Apa Sudah Jadi?

Lepas incident di KB Mall, Jusco Bandaraya Melaka pula meletup. Meletup disebabkan kebocoran gas yang berlaku sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan. Actually perkara begini aku selalu rasa bila pegi shopping kat Melaka dalam sebulan dua yang lepas. Time tue pegi Mahkota Parade (MP). MP sekarang masih dalam pembinaan. Elok je aku jejakkan kaki kat situ, aku rasa lantai dia semacam je. Almaklumlah dalam renovation, rasa bergegar, jalan tak selesa, dengan escalatornya yang berbunyi2 dan sesekali rasa macam menakutkan. Retak2 kat dinding tok sah cakaplah.

Aku kalo jalan kat situ mesti rasa takut sampaikan Kyra selalu gelakkan aku. Dia kata aku nie terpengaruh tengok citer Final Destination 4. Iyelah, sedikit sebanyak memanglah terpengaruh gak tapi kan elok kalo kita berhati2.

Then, arini Jusco kat bandaraya tu yang dikatakan jusco terbesar di Malaysia dan baru je dibuka tetiba je meletup. Actually, ikut perancangan awal aku dengan boy nak pergi Jusco bandaraya tu sama ada ari Sabtu atau Ahad semalam. Tapi memandangkan Jusco tu baru buka, then tentu ramai orang so kitorang pun tak jadilah pergi. Syukur alhamdulillah, de gak hikmahnya.

Entahlah.. aku pun tak tahu. Kalo diikutkan Jusco tu memang cepat giler siapnya. Tak sampai setahun kot. Dan akan datang nie Tesco akan bertambah satu lagi kat Melaka. Tu pun dah naik dah bangunannya. So lepas nie, kalau nak pergi shopping tu berhati-hatilah selalu. Bukan kata nak shopping je, lalu bawah jejantas ke, fly over ke, kat jalan raya ke sentiasalah beringat kerana malang tidak berbau.

Kenduri Kahwin

Hari Sabtu aritu de kenduri kahwin kat rumah pak itam, sepupu ayah... anak dia yang kahwin kiranya dua pupu kitorang lah. Actually dia nikah dah lama, dua tiga ari sebelum puasa then baru skrang bersanding. Isteri dia cikgu, kalo diorang lambat kahwin nanti isteri dia kena transfer kat Sabah. Lebih kurang gitulah gayanya.

Selalunya kalo de kenduri kahwin ibu mesti tanya dulu nak pergi tak tapi kali nie ibu kata "cepatlah siap nak pergi rumah pak itam". Owh.... kalo dah ayat gitu maknanya kena pergilah. Iyelah, sedara kan, lagipun dalam bulan nie dah beberapa kali pak itam tu datang umah dengan anak2 dia. Dalam kul 11:30 dah sampai dah kat dewan PGA Cheras. Sampai2 je jumpa pak long n famili dan diorang terus ajak makan. Pengantin bersanding lebih kurang kul 1:45 dan cam biasalah tukang silatnya adalah Azmal.





Tak banyak gambar yang aku amik walaupun kitorang lama kat sana. Dari start majlis sampailah dewan tu dah hampir kosong dah. Mana tak lamanya kalo dah jumpa sedara mara, pupu2, papat2..... Daripada kami tak kenal, tak mesra terus jadi geng. Contohnya macam Amirul Fikri, anak cik Mamat dah besar dah... siap dah boleh jadi driver untuk ayah dia. Ingatkan dia malu2 tapi rupa2 nya pandai bergurau dan walaupun kami tak rapat sangat tapi dia still ingat.

Dari Cheras terus kitorang gerak pergi rumah Along kat Kota Damansara. Sepatutnya bang long keje kul 7 tapi memandangkan kitorang datang umah dia, so dia pun pergilah lambat sikit. Wah, Firas dah makin besar sikit, dah kurang nangisnya dan penting dia dah pandai nak duduk selesa, nak tengok??


Dekat kul 10 kitorang gerak balik Seremban. Along ajak tido umah dia tapi memandangkan aku tak bawa baju dan barang2 keperluan yang lain, so lain kali jelah.

Friday, December 11, 2009

Semester 4??.. Goodbye!!

Petang tadi check result. Oh my God dah kuar rupanye!... tu pun dapat tau drp fb. Hm... berguna gak fb nie kan.. Okeylah juz nak komen sket pasal result. Kali nie pointer turun sket but still maintain......... tu yang best. Turun2 pointer pun tapi at least CGPA aku makin naik, okeylah kan. Alhamdulillah... dan yang paling penting aku tak menjangkakan aku dapat result sebaik nie sbb masa final aritu memang susah giler. So aku tak expect apa2. Tapi bile tengok je result tadi, mmg terkejut especially suject Performance. Huish... gila lah... ape pun thanks to Dr. Rozman yang jadi pemeriksanya.

Dr. Rozman - the best lecturer for me. Selalu datang setengah jam lebih awal dari waktu class. So bile die datang awal aku dengan Kyra slalu berborak dengan die. Banyak gaklah yang dia ceritakan kat kitorang, daripada pengalaman dia sampailah ke rahsia besar UiTM Melaka.... huhu....

Assoc. Prof. Abd Halim - Labor Economics, subject yang paling aku takut skali. Sebab apa??.. Sebab lec nie dia akan tanya sapa2 yang dia nak. Dia akan tunggu kita jawab sampai betul. Kalo mood dia baik, dia soh orang len tolong kalo tak jawablah sampai dapat. Tapi bila difikirkan bagus gak dpt lec camni, so kitorang taklah main2 dalam class dan sentiasa bersedia.

Pn. Ridhawati - paling suka subject Pn. Ridha, Recruitment & Selection. Sangat best dia ajar dan senang faham. Tapi Pn. Ridha nie sangatlah serious dalam class, jarang senyum. Kalo time dia marah, memang menakutkan.

En. Azree - lec yang sporting tapi........................ Tapi xpe, En. Azree nie baik walaupun dia ajar Personal Development, tapi dia tak lokek ajar kitorang untuk subject Quality. Dan tak lokek gak belanja kitorang makan aritu. Hehehe.... Dengan En. Azree slalu gak kitorang berborak dan banyak nasihat yang dia bagi sampaikan ada amanat yang perlu aku laksanakan. Tak pe En. Azree, bila tiba masanya saya akan laksanakannya. Don't worry....

Madam Azzura - hmmm..... last sem Miss Azzura this sem Madam Azzura. Madam ke Miss tapi tetap sama cara dan gaya mengajar. Tapi rasanya kali nie lagi dahsyat kot. Kalo next sem dengan madam lagi........ entahlah.....

En. Za'bah - tak tau nk describe camne. Kelakar memang kelakar tahap 18PL punya. Tapi kalo bab2 notes memang dia serious. Semua student dia kena jawab exam ikut notes yang dia bagi sebiji2. Tak boleh guna sumber2 yang lain. Dan masalahnya notes dia bukanlah notes macam lecturer2 yang lain, yang dah bertaip tapi yang tulis tangan punya. Dia tulis kat papan putih sampailah penuh satu papan tu, so kenalah salin. Dahlah tulisan dia xberapa nak faham sangat, memang lenguhlah tangan.

Apapun, dengan adanya sume lecturer2 nie aku dah tamatkan semester 4 dengan jayanya. Thanks to all. So lepas nie kira semester akhirlah pula sebelum aku pergi practical. Hopefully next sem lebih baik dari sem2 yang lepas.... Amin~


Saturday, December 5, 2009

Cherita Lama

Petang tadi jenjalan pegi KM Plaza, ingat nk cari selendang. Jalan punya jalan sekali de lah seorang minah nie, die boleh hayunkan plastik beg dia kat aku. Okey fine... maybe die tak sengaja kot. Tapi yang aku peliknya jalan tu sikitlah punya besar.... macam saje je.... dah tu boleh die buat tak tau lak tu.

Tapi tiba-tiba aku dengar.. "hoi Aida!!"... alamak! de orang panggil akulah. Sekali pusing, la.... Amy rupanya! Hamizatul Mirza.... rakan seperjuangan dari form 1 sampai form 5, yang kadang2 sekelas kadang2 tak. Memang aku tak cam langsung die. Tapi bak kata Amy aku bukan tak cam, tapi jalan memang tak pandang orang. Hehehe.... Tak sangka dah 5 tahun tak jumpa tup tup terserempak kat KM Plaza. Dan dia cam biasalah tetap tak berubah dari dulu smpai sekarang.... bila bercerita memang tak boleh nak stop. Jumpa kat tengah jalan, kat depan kedai kain... kat situlah kitorang dok rancak bercerita tanpa mempedulikan tauke kedai yang asyik dok mandang2 kat kitorang, tanpa mempedulikan boy dengan angah yang dua tiga kali lalu situ dan tanpa mempedulikan mak dengan adik dia yang jenuh menunggu kat tepi kedai tu...

Jumpa Amy memang banyak cerita2 yang aku dah tertinggal rupanya. Aku ingatkan setakat nie kawan2 aku yang dah kahwin cuma 2 orang tp rupa2nya dah ramai yang kahwin. Yang dah ada anak pun ada. Tak sangka aku banyak gak yang aku ketinggalan. Bak kata kawan2 aku yg len (masa zaman sekolah lah...), aku nie memang bz memanjang, kalo cuti semester mmg xpenah nak contact kawan2.... dan kalo de renunion jarang nak join.

Bukan xpenah contact tp asal aku cuti je diorang lak sibuk. Sibuk kejelah, kenduri lah, tak de kat sinilah... macam2 lagilah. Dan kalo pasal renunion tu aku rasa sekali aritu je aku pegi tu pun taun 2007 kalo x silap. Last year diorang wat time along kahwin, so camne nak pegi?...

Memang banyaklah kenangan2 dan cerita2 lama yang kami bualkan. Apapun, jumpa Amy tadi memang best. At least banyak gaklah yang aku tau tentang kawan2 aku masa zaman sekolah dulu.

Thursday, December 3, 2009

Weekday's Schedule

Cuti aku tinggal lebih kurang sebulan lagi, so pas nie kene teruskan balik rutin harian aku sebagai student. Kalo time cuti nie rutin harian aku dah macam suri rumah lebih2 lagi bile skrang nie boy dah tak keje dan Nuar pun weekday slalu aje balik. Jadinya aku kenalah memasak utk mereka. Kalo aku sorang xpe, senang sket.... bila2 aku nk makan pandailah aku cari sendiri.

Setiap ari jadual aku sama jerk. Bangun tido tengok de kain perlu disidai tak. Kalo dah sidai senang sket. Selalunya ibu yang akan basuh baju (gune mesin ye!...) dan terus sidai. Cuma kalo ibu kene pergi awal atau dah terlewat ke pejabat barulah aku yang kene sidai. Then, masak lak. Kalo rajin kemas rumah. Masa along ade aritu rajin gak tengok ulangan Anak Betung. Tapi semenjak along dah balik, malas dah nak tengok. Pastu kul 3 tengok Amazing Race Asia 3. Ulang pun ulanglah... janji de cite nk tengok. Abis je cite terus angkat kain... pastu kul 4:30 tengok Nenek Kebaya. Actually dulu aku tak minat tengok cite nie tp semenjak along slalu tengok aku pun dah terikut skali. Lagipun cite nie dah nk abis.

Malam cam biasa kul 9 tengok jap detik sehati berdansa. Itu pun kalo rasa nk tengok. Pastu layan jelah ape2 cite kat tv. Tengah malam pula online. Dah bosan.... tengok movie lak. Kadang2 tengok balik cite Nur Kasih tak pun rancangan spontan ataupun My Girl. Tapi sekarang nie aku tengah gile tengok cite Pangako Sayo. Dulu2 tengok gak tapi selalu je missed. So sekaranglah masanya aku nak enjoy tengok movie puas-puas.