Tuesday, December 13, 2011

Year End

Baru sebulan aku kerja di GENP tapi rasa macam dah lama je. This month memang bz gile. Almaklumlah nak masuk tahun baru jadi keje makin hari makin bertimbun dan makin hari makin mencabar. Bila keje dah banyak jadi pressure pun makin tinggi. Bila semuanya nak cepat jadi banyaklah kesalahan yang aku buat. Akibatnya dua minggu kebelakangan nie mmg kena marah jelah ari2.

Tapi Alhamdulillah setakat nie aku masih boleh terima dan still boleh kawal tahap tekanan yang melampau2 tu. One of my frenz yang masuk seminggu lewat daripada aku dah anta surat resign petang tadi. Tak sampai pun sebulan die keje kat sini. Alasannya dia dah tak boleh tahan dengan bebanan kerja yg tahap maksima.

Aku tak taulah company lain tapi kat GENP kerja kat HR dept mmg pressure. Dulu masa aku kat RBSB atau RGS kerja HR taklah sesibuk dan seteruk di GENP. Dan kalau nk ikutkan dari segi turnover kat GENP, HR lah yang paling tinggi sekali. Bayangkan sebelum aku masuk, start dari bulan 9 smpailah sekarang setiap bulan akan ada staff HR yg resign. Bila difikirkan balik cam kelakar pun ada. Yelah, patutnya HR lah yg kena kurangkan masalah2 yg camni.

Kalau nak ikutkan benefit yg company bagi mmg bnyk. Tapi still tetap orang akan resign. Jadi salah siapa?? Boss?? Staff?? Environment?? atau sebenarnya masalah pekerja tu sendiri yg tak boleh terima tekanan???

No comments: