Minggu lepas aku pergi bercuti nun jauh di utara bersama teman2 di RGS. Tapi tak semua pergi. Last minit, hanya 4 orang je. Aku tak tau camne aku leh tersesat sekali nk join diorang. Diorang nie suka wat perancangan last minit. Petang Khamis tu baru dok nk bitau. Dan aku mengambil masa yg agak lama utk berfikir. Kenalah consider macam2 perkara. Dahlah kat RGS pompuan 5 kerat, then xsume yg leh ikut sbb dh berkeluarga. Tapi setelah difikirkan de yg bw family so aku pun turut serta utk trip kali ini.
Ikut perancangan kami sume kene berkumpul kul 10 malam kat Rawang, umah sorang brother ni. Then, utk ke sana aku tumpang orang. Elok je aku bagi pelan umah aku kat die then tanya kul bp nk gerak, dia kata... "kite dah ubah plan sebenarnya. Kul 8 dah kene ada kat umah abg Lan. So, dalam kul 7 sy datang amik awak." Umang ai! Aku terus tgk jam time tu. Pukul 5:55 petang. Kalau tau kul 5 aku dah chow. Kat opis bukan ade orang sangat. De masa lg lebih kurang satu jam. Sempat ke nak siap. Nk packing barang. Nk gosok baju. Nk balik rebut train. Nk jalan kaki. Nk beli barang sket. Itulah lelaki... buat perancangan bukan nak betul2. Suka last minit. Dahtu bukan nk bagi tau kite awal2. Kul 6:30 aku smpai umah dan terus bersiap. Bilik mmg tunggang langgang. Macam tongkang pecah!
Sampai Rawang 10 minit sblm kul 8 malam. Sampai2 sana je tuan rumah takde. Sang suami pergi mengambil sang isteri dari tempat keje. Then, tersangkut dlm kesesakan. Menunggulah kitorang. Nasib baik depan umah die ada tasik. So lepak2 situ smbil bergambar. Last2 ikut balik perancangan asal. Dekat kul 10 baru gerak. Tapi gi makan dulu. Kul 11 baru betul2 gerak menuju ke Perlis dengan satu kereta.
On da way ke sana aku takleh tido. Tido2 ayam jer. Then, smpai Perlis kul 5 pagi. Kami dok umah Syaiful. Maknenya jimatlah duit. Xyah nk sewa hotel. Lgpun mmg die yg ajak balik kampung die sebnrnye. Smapi je umah dia, borak2 kejap dengan mak ayah die then terus smbung tido. Yang pompuan tido dlam bilik dan yg lelaki tido luar.
Okeylah, malas nk cite lagi. Smbung lain kali jerk. Wat sementara nie layanlah dulu gmbar2 yg dah diupload nie. Tunggu smbungannye nnti okey...
Ini sajalah rombongan yg pergi ke Perlis. Aku, Syaiful, Haslam dan abg Lan sekeluarga.
Nie entah bukit apa ntah namanye aku pun tak ingat sudah. Memang cantik tempat dia.
Pastu gi masuk Thailand pula. Dah lama tak datang situ. Last pergi masa kecik2 dulu. Memang dah totally lain. Kawalan pun makin ketat.
Welcome to Thailand. Sawadikap!
Time tgh nak makan. Tempat full so just tunggu tepi jalan. Tapi last2 tempat tu de orang len amiklah.
Akhirnya.. makan di tengah2 divider. Tapi aku tak makanlah. Juz tgk jer. Nape tak makan? Heheh...
Terima kasih tuan rumah sbb tumpangkan kami semua dan layan dengan baik sekali. Juga kepada Syaiful sbb sudi bawa kitorang bercuti kat Perlis + Thailand.
...to be continue
2 comments:
ooo..g bukit kayu hitam ke?
tu kat area chuping ke tempat tebu...gambar yg byk lalang tu??
Bkn Bkt Kayu Hitam tp Pdg Besar. Yg byk lalang tu kawasan tempat tinggi. Tmpt tgk view. Tmpt shooting Jgn Pndg Blkg Congkak
Post a Comment