Thursday, December 30, 2010

I'm not a secretary

Oleh kerana ramai yg sibuk nk berpindah, jadi incoming calls yg terima pun xlah banyak mana. Kat RGS nie dh confirm2 lah lagi sunyi. Tapi bila ada je calls kebanyakkannya nk cari Mr. A takpun Mr. VP. Dan akulah yang jadi mangsanya. Tak pasal2 kena catit apa yg diorang tu nak. Macam tadi, orang tanya mana Mr. A. Aku manalah tau die pegi mana sbb die pun xcakap ape2. So nk tak nak terpaksalah aku kena call hp die sbb die patut attend meeting. Bila dah call macam2 lak yg dia soh aku buat. Samalah dengan case Mr. VP gak. Adakalanya aku kena jadi setiausaha mereka. Apa mau buat.. dah makan gaji. Kenalah terima....

Harimau Malaya

Aku bukanlah peminat setia bola sepak. Jangan kata setia, minat pun tidak apatah lagi nak kenal pemain2 bola. Tak kisahlah dunia ke atau tempatan punye. Nak aku keluarkan statement ke?.. Hehe.. tak perlulah kot.

Okey, berbalik cite pasal bola tadi.. seperti yg sume sedia maklum semalam perlawanan bola antara Malaysia - Indonesia. Aku tak tengok pun. Tapi aku hanya mendengar jeritan dan sokongan pasukan Malaysia dari dalam bilik aku. Dengar dari mana ntah aku pun xbrp nk sure. Memang kuatlah bunyinye. Mungkin de org pasang projector kat apartment MINDEF blakang umah aku ni kot. Yang penting bukan dari tv okey sbb bilik aku takde tv. Even housemate aku lak takde kat umah. Walaupun aku tak minat bola tapi aku still ikut perkembangan gak. Everyday aku beli KOSMO. Dan malam perlawanan tu aku dengar ERA. Setiap sepuluh minit ERA de update keputusan semasa. So takdelah aku tertinggal sangat. Huhu...

Then pagi tadi cam biasa smbil siap2 nk pegi keje aku mesti buka radio. Dan sekali lagi ERA pilihan aku. Pastu aku dengar berita kata esok cuti. Yahooo!!!!!!!

Sampai office je, lom sempat aku nk swipe access card, Mr. A dari jauh dah jerit kat aku. Katanya, "Aida, tomorrow is holiday"... aku pun xmo ketinggalan dengan pantas menjawab, "yeah, I know".. huhu...

Tapi kelakar gak sbb still de orang yg tak tau esok cuti. So maknanya aku ni ikut perkembangan semasa lah kan. Hehehe.... Tapikan, kalo aku tau esok cuti dah lama aku apply cuti. Walaupun aku entitled 14 ari cuti tapi disebabkan aku baru masuk dan cuti pun diproratekan, so aku hanya dapat 2 hari saje. Tapi sayang aku tak leh nak gunakan. Sebabnya, cuti ni tak boleh nk di carry forwardkan utk tahun depan. Isk.. isk... isk....

Wednesday, December 29, 2010

I'm Back

Sudah lama tak mengupdate blog. Nak kata bz sangat taklah. Tapi masa tak mengizinkan. Cuma hari ni rasa sangat free. Sebab apa? Sebab kat opis tinggal 3 orang je. Juz only girls in RGS. Can u imagine? Yang lain sume dah berhijrah ke tempat baru. Lelaki yg tinggal pun hanya Mr. VP dengan Mr. A jer. Aku hanya tunggu arahan saja. Entah bila masanya aku pun tak tau. Bila ladies je yg tinggal memanglah terasa sunyi gile tempat nie. Mana taknye selalu RGS nie meriah. Havoc dengan sore2 kenakalan diorang. Sampaikan orang2 kat RBSB selalu tegur sbb suka wat bising. Tapi sekarang yg kedengaran hanya bunyi aircond jer. So bored!... Walaupun dah tak sama tempat, tapi time lunch mmg kitorang akan berkumpul semula. Tak diorang datang sini, kitorang yang akan ke sana. Hehehe... Almaklumlah kaum melayu kat sini tak ramai. Ciput jer.. Tu sebablah kitorang rapat.

Tuesday, December 21, 2010

My New Place

For the second time I went to visit a new office. Very large, beautiful even though not as beautiful as current building but I really like it. Tak sabar nk pergi tempat baru. Tapi sampai sekarang aku tak tau bila tarikh yg sebenar aku patut ditukarkan. Macam arini, tiba2 Mr. A kata 2 org my frenz dh kena pergi dulu. Pagi tadi diberitahu, then diorang pack2 barang pastu terus gerak ke sana. Ala, lelaki... barang bukan banyak pun. Dahtu tadi siap pesan kat aku soh bawakan barang die sket nnti. Huhu.... So tadi lepas je balik dari melawat tempat baru terus aku pack sume barang2 aku. Personal belonging memang xde tp yg banyaknye adalah fail2. Pening pale nk susun. Esok dh nak kena anta sume barang2 tu. Yeay, aku suka tempat baru. Cuma satu perkara yg aku musykilkan. Workstation aku.. napalah diletakkan betul2 kat pintu bilik Mr. Vice President tu. Nanti kalo orang nk jumpe Mr. VP mesti diorang ingat aku ni secretary die. Secretary VP tu lak, dok tempat yg tersembunyi. Pasni agak2 nye senang tak aku nk on9. Tapi xpe, Mr. VP tu okay compare pada Mr. A.. hahaha.....

Monday, December 20, 2010

Where's others?

Pagi ini naik bas kul 6:30. Dah dikira lewat dari biasa. Tapi orang tak ramai dalam bas. Sampai KL jalan tak berapa nk jem. Sampai CM, orang tak ramai. Nak naik train tak perlu berebut cam selalu. Di Oldtown, sorang pun xde. McD sunyi sepi. Jalan Tun Razak yg selama ni bz memanjang pun still lengang. Kat lobi pun xde orang. Masa tunggu lif tadi senang jer sbb aku sorang je kat situ. Masuk office, office gelap. Sampai sekarang hanya ada beberapa kerat jer. Peliklah... Hari ini ari Isnin, 20 Disember. No such holiday. But why do I feel today just kind of holiday? Did I miss something?

Saturday, December 18, 2010

Kak Limah

Hantu kak Limah Balik Rumah.... best ke? Tengok promo cam best. Kawan2 kat opis yg dh tengok pun kata best. Tapi bila tengok sendiri erm.... hurm... entahlah. Aku bagi 2 bintang jelah sbb aku tak berapa nk minat sangat. Yelah, lain orang lain pandangan kan.

Petang tadi mula2 ingat nk tengok kul 9 malam punye. Tapi disebabkan ada bola malam ni, maka terpaksalah tunda ke pukul 11. Aku tak heran pun dgn bola tu tp de orang tu sibuk nk tgk bola sgt2. Hahaha.... So last2 minit punye decision kami tgklah kul 5 punye. Juz only me, my sis, my bro and my mom. My adik ucuk tak nk pergi sbb dh tengok and my dad xpergi of courselah sbb keje. Tapi sbnrnye xdpt tgk hantu kak limah tu pun xpe kot.

I hate meeting!!!

Sebelum nie aku suka masuk meeting. Tapi itu dulu. Sekarang aku benci!.. Sebab apa? Sebab secara rasminya aku jadi secretary. Aku tak mahu! Aku tak mahu tulis minutes... time aku belajar dlu tulis minit mmg senang tp skrang aku tak tahu. Aku dah confuse. Masuk RGS mmg totally sumenye lain. Apa aku nk tulis dlam minit. Aku tak tahu. Solutionnya, time meeting aku rakam semuanya. Tapi bila dah rakam dan dgr balik still tak faham2 camne tu. Aiyo.... tak suka! tak suka!

Satu lagi... next week aku kena present ttg satu system yang aku dah buat. Oh, tu satu lagi hal. Juz ajar administrator je tak boleh ke. Yang Mr. A tu sibuk nk tau gak watpe. Dahtu nk kena explain kat meeting lak tu. Serious aku tak tau nk present camne. Dahla abis meeting smalam lambat, ish geram jer rasa.

Tapi takpe, malam tu kami sume de dinner kat AU4, de orang belanja makan. Thanks to them. Pastu, terus gerak ramai2 gi tengok wayang kat Wangsa Walk. Mula2 nk tgk cite Hantu kak Limah tu tapi sbb tiket dh abis tukarla tgk cite lain. Layan je lah cite tu walaupun entah apa2 entah. Tapi still okey kot. Abislah satu baris kosi tu kitorang booked.

[p/s: geram kat sorang user nie... suka2 ati je nk marah2 orang. then, nak ngarah no.1... tp leh tak bila die tgh angin tu aku leh gelak.. xterkesan langsung.. hahaha... tp sian dgn member sorang tu...]

Monday, December 13, 2010

Monday Blues

Hari yang paling ngantuk. Serious, tak leh tahan. Smalam dekat kul 3 pagi baru tido. Padan muka! Then kul 5:30 dh kena bangun. Dalam bas bukan leh tido nyenyak pun. Pagi tadi okey jer. Almaklumlah, smbil2 wat keje smbil2 ym. Hihi... Then, lepas lunch ni la, pergh.... ngntuk tahap tak ingat. Agak2 nye penangan mkn nasi lemak kot. Huhu... Balik ni nak tido awal. Nak tido awal... nak tido awal... hopefully tercapailah hajat tu ea...

Friday, December 10, 2010

Holiday Weekend - Part II

Okey sambung cite pasal holiday kat Perlis. Sebenarnya ikutkan hati mmg xnak pergi tp tulah tak tau camne leh terjoin. Bila dah separuh perjalanan pun aku still berbelah bagi lagi. Iyelah, aku sensorang je staff pompuan yg ikut. Dahtu nnti nk gi tido umah orang lagi. Alamak... segannya. Dahlah xde geng pompuan. Yang ada kak Tie, wife abg Lan je.... tapi sib baik ada anak2 diorang. Sufi Shahleena dgn Na'il Shaheem. Diorang ni pantang tengok kakak (bak kata babah diorang).

So bile jer diorang jumpe aku baru aku tau camne tahap kepantangan diorang bila ada kakak. Tapi ikutkan, mak diorang tak bagi panggil kakak. Aku disuruh panggil sbg Auntie Aida. Alamak... panggilan yg aku tunggu2 selama ini. Nak tunggu Drama King panggil mmg lmbt lagilah. Itu pun kalau die nk panggil aku Auntie Aida. Takpelah, at least aku dpt gak dgr orang panggil aku sbg Auntie Aida. Hehehe....

Masa nie kat Rawang lagi. Dinner dlu sebelum bertolak. Time nie pun masih dalam dilema lagi sebenarnya. Huhu....



Makan time...


Tapi memang tak menyesallah ikut diorang sume gi sana. Memang seronok gile. Selain gi Thailand, of courselah satu Perlis tu kitorang jelajah. Kangar, Kuala Perlis, Arau, Gua Kelam, Wang Kelian, entah apa nama lagi ntah.. macam2 lah. Destinasi pertama kitorang adalah gi mandi kat Bukit Ayer. Memang terbaiklah tempat tu. Kalah ulu bendul!.. (tak aci sungguh nk comparekan dgn Ulu Bendul!)


Aku rasa inilah air terjun yg paling cantik sekali yang pernah aku pergi. Selain mendamaikan, orang pun tak ramai yang datang. Itu yg paling best!



Hutan Lipur Bukit Ayer, Perlis



Jom gambar!


Yang nie Na'il Shaheem. Budak nie tak leh tengok penindasan. Bila aku dibuli oleh mereka2 semua, Na'il pasti akan menangis. Wah, terharu sungguh aku!


Time lunch memang best. Makan seafood. Sume lauk tengahari adalah makanan laut. Ketam, sotong, udang lipan, kerang, ikan. Makan memang puas. Bayangkan udang lipan yang dua mangkuk besar tu pun baru RM6 harganye. Sangat murah!

Lunch yang sangat mengenyangkan


Lepas dh kenyang cam biasalah terus gi jenjalan. Aku tak ingat dah tempat2 yg aku dah lawat. Terlalu banyak. Juz layan jelah gambar2 kat bawah nie. Kebanyakkannya gambar time shoppinglah. Aku xbeli apa2 pun. Jalan2 cuci mata sambil melayan kerenah Na'il dan Sufi.

Masa nie kat Padang Besar









Dah puas shopping, jalan2 cuci mata kitorang pun menuju ke puncak pula. Puncak bukit apa aku tak tau. Lupe sudah. Yang aku tau, tempat nilah diorang wat penggambaran filem Jangan Pandang Belakang.




View yang sangat cantik


Tapi dalam byk2 tempat paling aku suka pergi adalah masuk gua. Memang best gile masuk situ sbb sgt mencabar. Ikut perancangan nk gi masuk Gua Kelam. Tapi sebab banjir aritu, titi dalam gua tu pun dah pecah. Maka, utk tidak merasa kecewa kami pun buatlah decision masuk gua kat area2 rumah Syaiful tu.

Actually, gua tu jarang orang masuk sbb orang sume tak berani. Macam2 lah diorang kata. Ada penunggulah, ada ularlah.. ada itulah inilah. Tapi kitorang hati kebal. Bersemangat sume nk pergi masuk. Na'il yang baru 4 tahun tu pun ikut masuk sekali. Ayah Syaiful siap pesan macam2. Pastu dibaginya kami dengan parang, pisau, kayu, batang paip sbg langkah2 keselamatan.

Keadaaan di dalam gua



Terkesima jap bila aku dah masuk dalam gua tu. Untuk ke sana, memang banyak halangan dan dugaannya. Aku sendiri pun hampir2 terjatuh. Almaklumlah pakai selipar. Kasut tak de. Then, pakai lak baju putih memang kotorlah lepas tu. Dahlah baru lepas ujan. Tanah licin... nasib baik pacat tak de. Dan akibatnya tangan aku luka terkena duri. Perit seyh. Tapi okey lagi kot kena kat tangan. Sian Na'il... dia kena duri kat telinga dia. Abis terkoyak sket telinga dia. Apalagi, meraunglah budak kecik tu dalam hutan. Tapi kejap jer. Sampai je kat gua terus becok mulut dia tanya macam2. Lupa sudah sakit kat telinga dia bila dah masuk dlm gua yg sangat cantik itu.

Petang Ahad, kami sume bertolak menuju ke KL. Ikutkan mmg tak puas berjalan2 lagi. Nak je smbung cuti terus smpai Maal Hijrah. Tapi memandangkan si Haslam de temu janji dgn "Gen 2" dia tu, nak tak nak terpaksalah balik awal. Kul 10 dah smpai Rawang. Then, Syaiful terus anta aku balik Keramat. Kul 1130 smpai umah. Memang penat lebih2 lagi esoknye kena kerja. Tapi percutian ni, walaupun pendek tapi sangat enjoy. Lepas nie, CNY diorang rancang nk ke sana lagi. Then, terus ke Hadyai pula. Almaklumlah cuti hampir seminggu.

Wednesday, December 8, 2010

Last Momento

Arini hari terakhir 2 org pelajar praktikal dari UPNM. Dua orang bakal tentera. Sorang udara sorang laut. Semoga lepas nie dptlah jadi tentera yg berteknologi tinggi. Ari terakhir diorang kami sume wat farewall kat luar. Tadi satu opis gi lunch kat Kg. Baru. Semalam pun de lunch dgn diorang. Tapi tu juz utk yg team2 kitorang je lah. Lunch kat Rawang. Then, pastu terus gerak gi Sogo. Sambil teman diorang gi beli barang nk masuk kem, kitorang pun cucilah mata sekali. Heheh... Dinner lak kat Sg. Besi. Balik umah dekat kul 12 malam. Gosok baju terus tido. Memang minggu2 yg memenatkan tapi still enjoy.

RGS... with our big big boss, Mr Vice President



Aku je sorang yang perempuan kat situ. That's my team...


Navy-to-be.... another one, airforce-to-be.. tp gmbar xde.. sori..


Monday, December 6, 2010

Holiday Weekend - Part I

Minggu lepas aku pergi bercuti nun jauh di utara bersama teman2 di RGS. Tapi tak semua pergi. Last minit, hanya 4 orang je. Aku tak tau camne aku leh tersesat sekali nk join diorang. Diorang nie suka wat perancangan last minit. Petang Khamis tu baru dok nk bitau. Dan aku mengambil masa yg agak lama utk berfikir. Kenalah consider macam2 perkara. Dahlah kat RGS pompuan 5 kerat, then xsume yg leh ikut sbb dh berkeluarga. Tapi setelah difikirkan de yg bw family so aku pun turut serta utk trip kali ini.

Ikut perancangan kami sume kene berkumpul kul 10 malam kat Rawang, umah sorang brother ni. Then, utk ke sana aku tumpang orang. Elok je aku bagi pelan umah aku kat die then tanya kul bp nk gerak, dia kata... "kite dah ubah plan sebenarnya. Kul 8 dah kene ada kat umah abg Lan. So, dalam kul 7 sy datang amik awak." Umang ai! Aku terus tgk jam time tu. Pukul 5:55 petang. Kalau tau kul 5 aku dah chow. Kat opis bukan ade orang sangat. De masa lg lebih kurang satu jam. Sempat ke nak siap. Nk packing barang. Nk gosok baju. Nk balik rebut train. Nk jalan kaki. Nk beli barang sket. Itulah lelaki... buat perancangan bukan nak betul2. Suka last minit. Dahtu bukan nk bagi tau kite awal2. Kul 6:30 aku smpai umah dan terus bersiap. Bilik mmg tunggang langgang. Macam tongkang pecah!

Sampai Rawang 10 minit sblm kul 8 malam. Sampai2 sana je tuan rumah takde. Sang suami pergi mengambil sang isteri dari tempat keje. Then, tersangkut dlm kesesakan. Menunggulah kitorang. Nasib baik depan umah die ada tasik. So lepak2 situ smbil bergambar. Last2 ikut balik perancangan asal. Dekat kul 10 baru gerak. Tapi gi makan dulu. Kul 11 baru betul2 gerak menuju ke Perlis dengan satu kereta.

On da way ke sana aku takleh tido. Tido2 ayam jer. Then, smpai Perlis kul 5 pagi. Kami dok umah Syaiful. Maknenya jimatlah duit. Xyah nk sewa hotel. Lgpun mmg die yg ajak balik kampung die sebnrnye. Smapi je umah dia, borak2 kejap dengan mak ayah die then terus smbung tido. Yang pompuan tido dlam bilik dan yg lelaki tido luar.

Okeylah, malas nk cite lagi. Smbung lain kali jerk. Wat sementara nie layanlah dulu gmbar2 yg dah diupload nie. Tunggu smbungannye nnti okey...

Ini sajalah rombongan yg pergi ke Perlis. Aku, Syaiful, Haslam dan abg Lan sekeluarga.


Nie entah bukit apa ntah namanye aku pun tak ingat sudah. Memang cantik tempat dia.



Pastu gi masuk Thailand pula. Dah lama tak datang situ. Last pergi masa kecik2 dulu. Memang dah totally lain. Kawalan pun makin ketat.



Welcome to Thailand. Sawadikap!



Time tgh nak makan. Tempat full so just tunggu tepi jalan. Tapi last2 tempat tu de orang len amiklah.



Akhirnya.. makan di tengah2 divider. Tapi aku tak makanlah. Juz tgk jer. Nape tak makan? Heheh...



Terima kasih tuan rumah sbb tumpangkan kami semua dan layan dengan baik sekali. Juga kepada Syaiful sbb sudi bawa kitorang bercuti kat Perlis + Thailand.

...to be continue

Friday, December 3, 2010

Bila angin berterbangan

Masa dalam lif tadi de orang telah mengeluarkan angin. Baunye, fulamak..... memang terbaik! Bayangkan dari lobby aku nak ke 26th floor, gila lama kena tahan. Tapi at least respectlah kat pakcik tu sbb die minta kebenaran dulu walaupun terlepas gak kentutnya itu. Bila dah berbau satu lif masing2 dok pandang sesama sendiri. Senyum jelah smpailah pakcik tu keluar lif masing2 baru bersuara.

[p/s: malam nie nk gerak gi Perlis. Jalan2 makan angin dgn office-mates]

Thursday, December 2, 2010

Versus

Jam hmpir menunjukkan pukul 3 pagi. Aku tgh struggle nk abskan novel ni. Lg sket jer lg. Igtkan nk abiskan arini gak. Tp bile pk kan esok de meeting tpksalah stop smpai sni dlu. Nanti kang ble msk meeting, mata dh mcm panda, fikiran kat tmpt len. Time aku kne prsnt lain lak yg kuar nanti. Tak ke haru je nanti..