Thursday, January 21, 2010

Saya Suka Hari Khamis

Sangat seronok hari ni. Sebab ape??... Sebab hari ni sepanjang hari takde class langsung. Huhu... Class Issues dah seminggu tak de sbb PM Shahariah de meeting kat Shah Alam. Tapi walaupun class xde, event kitorang ttp kena jalan gak. Dahlah malam tadi de meeting dengan PM Zaiton dengan student PD & Challenge Management. Citer pasal event ni macam2 perubahan yang ade dan macam2 cadangan yg diusulkan. Dan seperti biasa asal event jerk akulah yg kena jadi secretarynya. Tapi nasib baik utk kali nie aku de assistant. Sape lagi kalo bukan Norazilah Ab Jabar, my housemate plus si birthday girl yang telah diraikan hari jadinya di atas pentas semasa AGM HR Society baru-baru ini.

Dan secara tak rasminya class CTU pun dianggap batal. Kwang kwang kwang..... Class Law pun xde arini. Alhamdulillah.... Masuk class Employment Law nie kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Lecturernya, Miss Afzan tersangatlah macam cikgu sekolah. Huhu... jangan marah miss! De sekali tu die soh kitorang baca satu chapter tu, then die tanya. "kamu dah baca ke belum?"... dan kami sume nie teramatlah pemalu nk mengaku. Cuma Aina je yg angkat tangan. Apalagi mengamuklah miss Afzan, sampai merajuk tak nak ajar kitorang. Actually bukannya kitorang tak baca, tapi kitorang takut kalo angkat tangan kata dah baca then tentu miss akan soal. Bile dia soal dan kami tak dapat jawab dah tentulah dia akan marah. So sama je konsepnya.

Then, ari Selasa lepas pula, miss tanya apa beza antara wages dengan salary. Dan seperti biasa kami ni amatlah pemalu utk nak jawab. Jadi dia pun suruhlah the only thorn among the roses, si abong da boom tu untuk menjawab. Miss kata jawapan dari abong tu akan mewakili semua pelajar. Dan abong pun dengan confidentnya menjawab,....

"wages is a fixed income received by employees and salary is paid according to the work hours."

Lebih kurang begitulah jawapannya. Dan dengan tak semena-mena miss pun kata, "okey, sume berdiri atas kerusi." Oh my God! memang macam budak sekolah. Nasib baiklah aku duduk barisan 2 dari belakang yang agak tersorok sikit. Iye ke?.... Takpelah, lagi pun rasa2 nye takde kot orang yg lalu lalang kat luar tu. Agaknyalah kot..... Tapi bila fikir2 balik, rasa cam best jerk. Sweet rasanya sbb dah lama tak rasa berdiri atas kerusi. Hahaha....

2 comments:

Emiko said...

haha...kene berdiri atas kosi...wakakka....gelakkan dier...

xhn said...

hahaaa skema giler lecturer ko nih ;p