Sunday, January 31, 2010

"Sangat Busuk Owh......"

Bas aku kul 5:30. Sampai T2 around kul 5:10. Sempat gaklah aku singgah ladies sekejap. Aku tengok bas ke Melaka masih takde lagi. Then, de satu bas trans tu terletak kat hujung sket. Tak tulis ape2 pun ke mana destinasinya. Pastu aku tgk de sorang girl nie die pegi sana then terus naik. Dan aku tak naklah tertinggal bas lagi cam dulu, aku pun terus je menapak sket ke sana dan tanya driver tu. "Melaka ye, kul 5:30". Bile aku tanya barulah dia mengiyakan. Tengok tu, bukannya nk buat announcement ke, panggil ke.... die boleh buat derk je, soh penumpang sendiri yg dtg tanya. Kalo betul2 kat depan pintu nie tak pe, nie kat hujung sana. Susahlah org nk pergi.

De satu lagi cite. Mula2 dalam bas aku dok sensorang, seblah xde orang. Then, kat bawah tu aku nampaklah de 2 orang warga asing nie , Mynmar kot tgh kaw-tim baek punye dgn driver bus. Nak beli tiketlah tu... Bile die naik je aku berdoalah agar 2 org nie xdok seblah aku. Tapi nk wat camne kan, tempat pun terhad. Sorang dok dgn amoi depan aku dan sorang dok seblah aku. Sekali bile die duduk, perghhhhhhh.............. bau die tak boleh blah!

Tetiba aku rasa pening dan loyanya rasa tekak aku. Aku tak taulah tu bau badan dier ke, rambut ke atau armpitnya. Tak boleh tahan aku. Time tulah aku terasa 'alangkah bagusnya kalo hidung aku tersumbat sekarang.' Solutionnya aku asyik nk tutup idung jer. Aku perasan die pun pandang2 aku bile aku asyik dok tutup idung. Ahh, peduli ape aku! Dah bau die tu amatlah menyakitkan hidung, kepala dan tekak aku.

Dalam 15 minint perjalanan, aku dengar amoi depan tu kata kat mamat seblah aku nie, "kite tukar tempat ya." Alhamdulillah.... lega aku. Elok je amoi tu duduk seblah aku, terus baunya pun hilang. Amoi tu senyum2 kat aku. Aku tanya amoi tu, "you tak boleh tahan ye?"... Then, amoi tu jawab, "I tak boleh tahanlah bau dia. Sangat busuk owh..." Nasib baik amoi tu mengoffer diri dia nk dok seblah aku. Jadi biarlah dia dok dgn kawan dier tu. Kalo tak, tak tahu seberapa lama aku boleh bertahan dok sebelah die.


[nota kaki: jagalah kebersihan diri anda. kalo bukan utk diri sendiri, tapi fikirkanlah orang di sekeliling anda]

2 comments:

ms insiyur said...

sgt la cepat updatenye.huhuhuhuhu

Emiko said...

hahahaha.....cian ko....nasib ko x termuntah dlm bas kan?..hahaha