Minggu ini merupakan pilihanraya kampus. Serentak hampir di kesemua IPTA seluruh negara. Dan hari ini adalah hari untuk mengundi bagi pelajar2 di UiTM Bandaraya Melaka. Inilah pertama kali dalam hidup, aku pergi mengundi. Walaupun sebenarnya aku dah cukup 21 tahun utk mengundi dalam pilihanraya umum hari tu, tapi sampai hari ni aku masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Bukan aku ni tak nak pergi mengundi, tapi malas rasanya nak beratur panjang sampai berjam2 lamanya padahal nk pangkah calon cume mengambil masa dalam seminit dua je. Sama gak dgn pilihanraya kampus nie. Cuma ianya lebih bersistematik kerana mengundi menggunakan sistem online. Jadinya tak bolehlah orang sengaja nk wat undi rosak. Tapi masih lagi kena beratur gak sebelum masuk dalam lab tu, kena ambil nombor pin dulu. Nak beratur tu pula ikut abjad nama. Siapa yang pangkal namanya bermula dgn huruf 'N' memanglah terpaksa beratur panjang. Dan akulah salah seorang daripadanya.
Sejak dari hari Isnin haritu, KBM ni dah penuh dengan poster. Bukan takat poster, siap tu de yang buat banner, bunting, name card, flyers, berkempen sana sini dan macam2 lagilah. Tu belum lagi dikira dengan agendanya, manifesto, tabur janji dan harapan yg diberikan oleh calon2 MPP baru kepada siswa siswi.
Untuk HR saja ada hantar 4 wakil. Dan of courselah sbg student HR aku mengundi utk calon HR. Actually sebelum hari berkempen lagi aku mmg dah buat pilihan utk calon MPP akan datang yg aku rasakan sesuai. Hopefully dia ni dapatlah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Siapakah dia? Jeng jeng jeng.....
Sebahagian daripada perang poster di tingkat 6
No comments:
Post a Comment