Sunday, January 31, 2010

"Sangat Busuk Owh......"

Bas aku kul 5:30. Sampai T2 around kul 5:10. Sempat gaklah aku singgah ladies sekejap. Aku tengok bas ke Melaka masih takde lagi. Then, de satu bas trans tu terletak kat hujung sket. Tak tulis ape2 pun ke mana destinasinya. Pastu aku tgk de sorang girl nie die pegi sana then terus naik. Dan aku tak naklah tertinggal bas lagi cam dulu, aku pun terus je menapak sket ke sana dan tanya driver tu. "Melaka ye, kul 5:30". Bile aku tanya barulah dia mengiyakan. Tengok tu, bukannya nk buat announcement ke, panggil ke.... die boleh buat derk je, soh penumpang sendiri yg dtg tanya. Kalo betul2 kat depan pintu nie tak pe, nie kat hujung sana. Susahlah org nk pergi.

De satu lagi cite. Mula2 dalam bas aku dok sensorang, seblah xde orang. Then, kat bawah tu aku nampaklah de 2 orang warga asing nie , Mynmar kot tgh kaw-tim baek punye dgn driver bus. Nak beli tiketlah tu... Bile die naik je aku berdoalah agar 2 org nie xdok seblah aku. Tapi nk wat camne kan, tempat pun terhad. Sorang dok dgn amoi depan aku dan sorang dok seblah aku. Sekali bile die duduk, perghhhhhhh.............. bau die tak boleh blah!

Tetiba aku rasa pening dan loyanya rasa tekak aku. Aku tak taulah tu bau badan dier ke, rambut ke atau armpitnya. Tak boleh tahan aku. Time tulah aku terasa 'alangkah bagusnya kalo hidung aku tersumbat sekarang.' Solutionnya aku asyik nk tutup idung jer. Aku perasan die pun pandang2 aku bile aku asyik dok tutup idung. Ahh, peduli ape aku! Dah bau die tu amatlah menyakitkan hidung, kepala dan tekak aku.

Dalam 15 minint perjalanan, aku dengar amoi depan tu kata kat mamat seblah aku nie, "kite tukar tempat ya." Alhamdulillah.... lega aku. Elok je amoi tu duduk seblah aku, terus baunya pun hilang. Amoi tu senyum2 kat aku. Aku tanya amoi tu, "you tak boleh tahan ye?"... Then, amoi tu jawab, "I tak boleh tahanlah bau dia. Sangat busuk owh..." Nasib baik amoi tu mengoffer diri dia nk dok seblah aku. Jadi biarlah dia dok dgn kawan dier tu. Kalo tak, tak tahu seberapa lama aku boleh bertahan dok sebelah die.


[nota kaki: jagalah kebersihan diri anda. kalo bukan utk diri sendiri, tapi fikirkanlah orang di sekeliling anda]

Thursday, January 28, 2010

Pilihanraya Kampus

Minggu ini merupakan pilihanraya kampus. Serentak hampir di kesemua IPTA seluruh negara. Dan hari ini adalah hari untuk mengundi bagi pelajar2 di UiTM Bandaraya Melaka. Inilah pertama kali dalam hidup, aku pergi mengundi. Walaupun sebenarnya aku dah cukup 21 tahun utk mengundi dalam pilihanraya umum hari tu, tapi sampai hari ni aku masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Bukan aku ni tak nak pergi mengundi, tapi malas rasanya nak beratur panjang sampai berjam2 lamanya padahal nk pangkah calon cume mengambil masa dalam seminit dua je. Sama gak dgn pilihanraya kampus nie. Cuma ianya lebih bersistematik kerana mengundi menggunakan sistem online. Jadinya tak bolehlah orang sengaja nk wat undi rosak. Tapi masih lagi kena beratur gak sebelum masuk dalam lab tu, kena ambil nombor pin dulu. Nak beratur tu pula ikut abjad nama. Siapa yang pangkal namanya bermula dgn huruf 'N' memanglah terpaksa beratur panjang. Dan akulah salah seorang daripadanya.

Sejak dari hari Isnin haritu, KBM ni dah penuh dengan poster. Bukan takat poster, siap tu de yang buat banner, bunting, name card, flyers, berkempen sana sini dan macam2 lagilah. Tu belum lagi dikira dengan agendanya, manifesto, tabur janji dan harapan yg diberikan oleh calon2 MPP baru kepada siswa siswi.

Untuk HR saja ada hantar 4 wakil. Dan of courselah sbg student HR aku mengundi utk calon HR. Actually sebelum hari berkempen lagi aku mmg dah buat pilihan utk calon MPP akan datang yg aku rasakan sesuai. Hopefully dia ni dapatlah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Siapakah dia? Jeng jeng jeng.....



Sebahagian daripada perang poster di tingkat 6





























Thursday, January 21, 2010

Saya Suka Hari Khamis

Sangat seronok hari ni. Sebab ape??... Sebab hari ni sepanjang hari takde class langsung. Huhu... Class Issues dah seminggu tak de sbb PM Shahariah de meeting kat Shah Alam. Tapi walaupun class xde, event kitorang ttp kena jalan gak. Dahlah malam tadi de meeting dengan PM Zaiton dengan student PD & Challenge Management. Citer pasal event ni macam2 perubahan yang ade dan macam2 cadangan yg diusulkan. Dan seperti biasa asal event jerk akulah yg kena jadi secretarynya. Tapi nasib baik utk kali nie aku de assistant. Sape lagi kalo bukan Norazilah Ab Jabar, my housemate plus si birthday girl yang telah diraikan hari jadinya di atas pentas semasa AGM HR Society baru-baru ini.

Dan secara tak rasminya class CTU pun dianggap batal. Kwang kwang kwang..... Class Law pun xde arini. Alhamdulillah.... Masuk class Employment Law nie kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Lecturernya, Miss Afzan tersangatlah macam cikgu sekolah. Huhu... jangan marah miss! De sekali tu die soh kitorang baca satu chapter tu, then die tanya. "kamu dah baca ke belum?"... dan kami sume nie teramatlah pemalu nk mengaku. Cuma Aina je yg angkat tangan. Apalagi mengamuklah miss Afzan, sampai merajuk tak nak ajar kitorang. Actually bukannya kitorang tak baca, tapi kitorang takut kalo angkat tangan kata dah baca then tentu miss akan soal. Bile dia soal dan kami tak dapat jawab dah tentulah dia akan marah. So sama je konsepnya.

Then, ari Selasa lepas pula, miss tanya apa beza antara wages dengan salary. Dan seperti biasa kami ni amatlah pemalu utk nak jawab. Jadi dia pun suruhlah the only thorn among the roses, si abong da boom tu untuk menjawab. Miss kata jawapan dari abong tu akan mewakili semua pelajar. Dan abong pun dengan confidentnya menjawab,....

"wages is a fixed income received by employees and salary is paid according to the work hours."

Lebih kurang begitulah jawapannya. Dan dengan tak semena-mena miss pun kata, "okey, sume berdiri atas kerusi." Oh my God! memang macam budak sekolah. Nasib baiklah aku duduk barisan 2 dari belakang yang agak tersorok sikit. Iye ke?.... Takpelah, lagi pun rasa2 nye takde kot orang yg lalu lalang kat luar tu. Agaknyalah kot..... Tapi bila fikir2 balik, rasa cam best jerk. Sweet rasanya sbb dah lama tak rasa berdiri atas kerusi. Hahaha....

Monday, January 18, 2010

Escape from the seminar

Seminar Pemantapan Akademik anjuran HR Society yang mewajibkan part 1 sampai part 5 untuk attend memanglah tersangat boring. Konon kata start pukul 8 tapi sebenarnya pukul 9:30 baru terhengeh2 nak mula. Tampuk pemerintahan HRS yang baru nie, wah gitu sekali ayatnya......... agak kureng sedikit berbanding sem2 yang lepas. Tapi tak pelah, bagilah peluang pada adik2 junior nie untuk diorang gerakkan society HR ni.

Tapi apa yang nk aku story mori di sini bukan pasal tampuk pemerintahan yang baru tu tapi pasal seminar yang sepatutnya kitorang kene attend dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Katanya........

Actually slot untuk pagi tadi iaitu Penampilan Diri (dah selalu aku attend seminar yang macam nie, bosan sudah...) kitorang satu rumah telah menghadirkan diri dengan jayanya. Then, lepas je speaker tu kata "Okey, untuk sesi LDK selepas nie, kita akan bahagikan nama anda mengikut kumpulan."

Pergh... dengar je nk bahagikan kumpulan terus kitorang berpakat ramai2 untuk tidak menghadirkan diri. Lepas je minum pagi terus naik bilik lecturer jumpa Encik Helmi dengan Encik Azree. Nasib baik dua orang lecturer nie amatlah sporting sekali. Walaupun diorang perli2 kitorang yg lari dari seminar tapi still diorang tetap melayan kerenah kitorang yang banyak sangat menanya tentang latihan praktikal.

Alah.... rilex lah... Encik Fadhly yang bekas koordinator kitorang pun still maintain jerk. Agaknya Encik Fad pun tau kitorang nie antara muka2 yang rajin support menyaport bile HRS de buat event. So maybe die pun tak kisah kalo kitorang skip seminar tu. Agaknya lah kot....

Even PM Zaihan yang sengaja kitorang jumpa pun buat tak kisah aje. Siap dia boleh kata lagi, "baiklah awak attend class saya daripada attend seminar tu." Wah... alangkah bertuahnya kitorang sebab dapat support daripada lecturer2 KBM yang tersayang.

Wednesday, January 6, 2010

Issues atau IR?

Pening pale bile pkkan 2 subjct ni. Sama ada nk amik Issues in HR atau Industrial Relations (IR). Kata org kalo nk knwldge amik IR tp sp nk xprience amik issues. Lgpun issues xde final juz wat prsntation dgn organize event.
Actually aku dh pun msuk class issue aritu, hnya ade 9 org je. Bak kata PM Shahariah, kalo 9 org sng sket xpyh nk booking bas bile nk wat lawatan, naik van je lg sng. Hehehe..


Yg peliknye sem lps rmai yg amik issues. Diorg amik IR pn sbb class dh pnuh. Sem ni lain lak jdnye. Mgkn terpngruh dgn Pn. Ridha kot. Pn. Ridha penah kata kalo stdnt HR elok amik IR sbb die ada kaitan. Dan aku ni lak mlas nk amik final. IR byk ttg akta mst byk mau igt. 


So ksmpulannya td jmpe lec mnta pndpt. Bak kata En. Fadhly dua2 de pros n cons. So die pn bglah pndpt. En. Helmy lak kata nk sng amik issues xyah pning sbb zaman die blajar dlu pn die amik issues. En. Azree tu lg la, die mmg suke kalo bab2 wat event ni.
 Dan stlah dtimbg tara dan tnye pndpt rmai phk, maka aku pun tetaplah dgn kptsn aku nk dftr utk sbjct Issues in HR. Hopefully decision yg aku buat ni tepat.

Saturday, January 2, 2010

Malam New Year

New year semalam kitorang adik beradik hang out kat luar gi tengok wayang. Sebelum keluar rumah tu macam2 lah pesanan ayah almaklumlah malam tahun baru mesti banyak operasi. Nasib baik jalan tak jem sangat. Sampai je Jusco dalam kul 11:00. Tapi pelik gak sebab kedai kat Jusco tu masih lagi buka. Selalunya pukul 10 dah tutup kecuali wayang, karaoke dengan bowling. Tanya staff kat situ die kata Jusco buka sampai kul 12:00 malam. Okeylah, sambil nk tunggu wayang start bolehlah jenjalan dulu. Sempat gaklah aku sambar sehelai baju. Hehehe...
















Then dalam kul 11:30 terus naik atas. Wayang start kul 11:55. Kitorang tengok cite Duhai Si Pari-Pari. Itu pun sebab dah takde pilihan. Actually aku nak tengok cite Muallaf tapi kat situ xkuar lagi. Tengok cite Pari-pari tu punyelah lembssss..... agak bosan gaklah. Sampaikan angah baik punye lentok kepala kat kerusi sebelah. Almaklumlah kerusi sebelah tu kosong. Habis movie dalam kul 2:00 then terus gerak balik rumah.