Sunday, October 11, 2009

Seminggu Bersama FPP

Juz nk review balik tentang program hari raya Seminggu Bersama FPP (Fakulti Pengurusan Perniagaan) bermula dari 3 - 10 Oktober. Dalam masa seminggu banyak program yg berlangsung macam program hari raya, seminar, konsert UNIC, career's day, solat hajat, catur bestari, erm.... banyak lagi lah. Tapi aku taklah involve dlm sume program, de lah dalam dua tiga program je macam:

1) Program Hari Raya : Jadi fasilitator utk LDK bersama anak yatim
2) Konsert UNIC: Peserta
3) Seminar Menjana Keunggulan Diri: Peserta
4) Solat Hajat: Peserta

Sekarang nie, nk post pic tentang program hari raya pada 3 Oct aritu. Ape yang berlaku sepanjang satu hari, dari pagi sampailah ke malam.


8:00 - 10:30 pagi

Pendaftaran



Tak cukup kat rumah, kat sana pun kami masih lagi berbincang



Khemah HRS (Human Resource Society) menang khemah tercantik



Antara khemah yang terlibat: MASA (Marketing Society), FIASSO (Finance Association, IBUC (International Business Club) dan INSSO (Insurance Society)


Berbaju merah tu, koordinator kami.. orang kuat HRS... En. Ahmad Fadhly. Yang pakai jubah tu PM Shahariah


Masa nie kitorang tgh iring anak yatim, tp masih sempat bergambar...



Suasana kemeriahan Hari Raya UiTM 2009


10:30 - 12:30 tengahari


Ceramah motivasi oleh Pak Tam



Tayangan video


12:30 - 3:00 petang


Persembahan tarian dari Kelab Warisan & Budaya



Jejaka Kacak + Gadis Ayu bersama Dato' Dr. Mizan dengan En. Nor Azman


Sesi beramah mesra bersama Dato' Pengarah + anak yatim sambil diperhatikan PM Zaiton (berbaju hijau) dan dijeling oleh Ziela (berbaju biru)


Persembahan nyanyian daripada Nana. Kalo sape2 tengok rancangan bintang kecil 2007 kat tv 9 dulu, yang dapat no. 2 tu.. adik Nana, Syaz nama dier.... adik pandai nyanyi, kakak pun pandai nyanyi....


Nak pergi tandas pun kena escort


Mengiringi anak yatim untuk sesi LDK

3:00 - 4:00 petang

LDK: Ice breaking... me in a group 1 as a faci



Tutup mata utk permainan 'Burung Mencari Sarang'



Anak-anak yatim yang sporting...



Time nie memang happening giler...



'Win-and-lose'... teka peribahasa



'Ketupat Beracun'.. apa agaknya yg diorang kena wat.....



En. Azree tu tengok2, mesti nak wat penilaian tentang kitorang


4:00 - 5:00 petang



Sesi bagi hadiah + duit raya. Dimulakan dengan kumpulan 1.....
(Fasilitator dari kiri: Ku Ai, Kyra, Aida, Sue)


Adik-adik... sila beratur yea...


Rasa macam dalam tv lak... YB bagi hadiah... huhu....


Menghantar anak2 yatim menaiki bas


8:30 - 11:30 malam

Konsert UNIC


No comments: