Saturday, October 11, 2014

Borneo Trip - Part 1

Setelah macam2 halangan yang terjadi, akhirnya berjaya juga kami pergi holiday bersama2. Bukan senang tau kami nk ambil cuti. Kami berdua HR. Hanya 2 orang saja Melayu di situ tapi kami lain2 team dan lain2 lady boss. Hanya berkongsi big boss yang sama. Kalau bagitahu awal2 kami nak bercuti bersama confirm tak dapat. Sebab kami dah cubanya tahun lepas.

Jadi tahun ini kami pun plan la cuti senyap2. Farah start ambil cuti dulu sebab mommy dia prefer apply cuti lebih awal. So sebulan sebelum dia dah submit form. Compare dengan mommy aku dia prefer apply cuti satu minggu sebelum. Sebab katanya nanti dia ingat. Tak mudah lupa. Tapi bila time aku apply cuti maka terbongkarlah rahsia kami bercuti pada tarikh yang sama. Nasib baik big boss approved u'olls..

Kesudahan cerita dapat gak kami berjalan ke negeri di bawah bayu. Kami decide mau bercuti ke Sandakan tapi akhirnya tukar ke KK. Tapi turun kat Sandakan airport camne tu??? Reasonnya kami ada kawan2 di SDK. Sebab SDK kami ada main office dan banyak estate & oil mills. Jadi tak perlu risau tentang transportation. Ramai orang boleh tolong. Bukan nak ambil kesempatan tapi mereka yang meng'ofer' diri. Huhu...

Tapi nak jadikan cerita patutnya ada 3 orang dari SDK yang akan menemani kami akhirnya tinggal sorang je. Sorang nie pulak kebetulan tuan punya kereta. Nasib baik kan ada Tuan H.. terima kasih Tuan H... Ok jom sambung cerita.

Flight kami berlepas jam 6.30 pagi. Oleh kerana sekarang dah ada airport baru dan aku masih tak biasa dengan KLIA2 so haruslah gerak awal kan. Takut terlepas flight aje. Kata orang nak ke pintu gate tu jauh. Bak kata  mommy aku, mau makan 45 minit jalan kaki. Yelah sebab ada banyak kedai2 yang perlu kita lalu. Tapi bagi aku, taklah jauh mana pun. Biasa2 je sama cam LCCT dulu. Tapi entahlah. Mungkin aku dapat gate yang dekat so takde masalah atau flight aku pagi jadi orang tak berapa ramai. Tapi apapun, memang terbaiklah KLIA2. Boleh dibanggakan...
 







Sampai airport haruslah amik gambar dulu kan.  


Tapi masuk je dalam airport, speechless kejap. Aku tak tahu nak cakap ape. Airport nie tengah dalam renovation. Kata Tuan H nie dah kira eloklah compare dulu. So aku tak boleh nak bayangkan kalau dulu punye camne rupenya.




Dari SDK kami ke Kundasang dan terus ke Kota Kinabalu. Walaupun pada mulanya kami tak yakin, yelah perjalanan dari SDK ke KK lebih kurang 7-8 jam. Kesian kat si driver yang kesorangan. Kalau ada 2 member lagi tu oklah. Tapi katanya dia ok takde masalah jadi kami pun setuju jelah kan. Dia pun dah biasa driver jauh2. Sebulan sekali akan turun KK jadi kami follow aje:)

Kami gerak dari SDK lebih kurang jam 12.30. Maklumlah tunggu member abis kerja kan. So sampai Kundasang dalam jam 3.00 petang. Sampai2 terus la isi perut. Lepas tu terus pergi ke tempat penginapan. Kami stay satu malam kat Kiram Village. Tempat nie memang sangat tenang. Sejuk toksah cakapla. Aku rasa Kundasanglah tempat paling sejuk aku pernah pergi. Sejuk dan berangin2 maklumlah dekat dengan Gunung Kinabalu kan. Kawasan gunung memang gigil la.


Pemandangan dari rumah kami


Inilah rumahnya


 


Kalau kat Kundasang, malam2 takde aktiviti yang boleh dibuat melainkan dok dalam bilik je. Sebabnya takde pasar malam, takde shopping complex, takde kedai2 makan yang dibuka, mahupun mini market. Hanya ada kedai runcit je. Tu pun sangat jauh dibawah sana. Kiram Village nie terletak atas bukit. Dari bukit nak turun ke pekan bawah sana lebih kurang 20 minit. Jalan berbukit, sangat tinggi dan gelap. So baiklah dok atas tu diam2. Tuan H siap pesan awal2 lagi "nak beli ape2 tak untuk makan malam ni? bila dah naik nanti kita dah tak turun lagi tau"... bila dah sampai sana baru aku paham maksudnya.

Ape je yang kami buat waktu malam? Jalan2 sekitar Kiram Village tapi kejap je. Sebabnya takde ape yang boleh dilihat di waktu malam. Kat sana kul 7 dah macam kul 9 dah. Aku dah siap tido, mandi then turun bawah tengok2 berita pun belum start lagi. 

Jadinya kami pun mulalah meraikan hari jadi kami. Sebulan awal tau. Aku 24hb kawan aku si Farah tu 27hb. Tiap2 tahun kami akan celebrate birthday together dengan big boss kami. Boss kami pun October gak. Tahun ni kami rancang untuk raikan di Sabah. Cewah.. jauh betul kan. Saje suka2. Ne tau lepas nie aku dah tak bersama GENP lagi kan. Sadis lak tetibe...


happy birthday to us~


Octoberian girls always sweet ^_^




ini semua poyos....



Untuk esok punya schedule Tuan H dah siap pesan awal2. Katanya kul 6 pagi mesti dah siap cantik2, pakai mekap cantik2 pastu leh amik gambar and terus gerak mulakan perjalanan. What??? Kul 6 pagi?? Biar betul!!!  Dah dah.. tak yah nak buat tak tau lak. Sini kan Sabah subuh diorang awal so 6 pagi tu dah macam kul 8 dah. Tak payah nak berdrama sangat oke!


 
Masa ni pukul 4.30 pagi. Subhanallah~ Sangat cantik waktu tu. Sukar untuk digambarkan. Aku bangun awal tau semata2 nak lihat keindahan ciptaan-Nya..



kami duduk di Celery




masa ni pukul 6.30 pagi. aku suka tengok jam bila di Sabah sebab aku sangat teruja dengan perubahan masa.. hehehe...









itulah puncak gunung kinabalu


Tempat pertama yang kami tuju selepas check-out adalah Poring Hot Springs. Kat sini ada macam2 tempat yang boleh dilawat.

dah nama pun Poring Hot Spring mestilah ada kolam air panas kan


pilih je mana nak pergi. larat tak larat je





Pergi dengan orang oil mill yang dah lama tercampak kat kawasan estate, jawapannya memang banyaklah aktiviti jungle tracking. Nak tak nak ikut jelah sebab kami dah kata awal2 kami ikut je mana dia nak bawa tanpa banyak soal. So tak boleh lah nak cakap ape2 lepas tu kan. Tapi takpe, kami strong lady. Even naik kereta pun dia dah pesan bawa ubat mabuk bawa beg plastik bagai tapi kami kuat. Takde rasa pening, mual mahupun mabuk. We are strong oke!


jom redah hutan belantara


akhirnya jumplah air terjun



ada jambatan gantung



jom wefie setelah penat berjalan. time nie kaki kami tengah diurut. ada dalam kolam air panas. huhu...


Next destination is Desa Dairy Farm, Kundasang. Jom tengok lembu then boleh feeling2 konon ada kat New Zealand. Lembu kat sini gumuukkss2 tau. Geram je tengok



Tapi serious. Kundasang adalah tempat paling cantik aku rasa. sebab aku suka kawasan peranginan. terasa damai je. cuma aku tak tahan sejuk je itulah masalahnya. apapun Kundasang memang terbaik!!!







 


Then kami terus ke Kinabalu Park pula. Masa nie dah start gerimis dah. Memang bertambah sejuklah time tu. Gigil la jugak aku tapi still maintain lagi.





again... mendaki lagi untuk ke Gunung Kinabalu



tengok tu embun... sangat berangin time nie


Abis dah jalan2 area Kundasang kami terus ke KK lak. On the way ke sana, haruslah singgah ke Tamparuli dulu. Jom naik Jambatan Tamparuli. Satu jalan kan rugi kalau tak singgah.









Lepas tu singgah pulak ke Rumah Terbalik. Dekat kawasan Tamparuli gak. Tuan H katanya dia tak mau masuk sebab rugi. Dia dah pernah masuk. Oklah fine at least dia tak mau masuk dia bawa gak kami ke sana. Kira oklah kan. Dia memang totally jadi kami punya tourist guide. Thumbs up lah!


Sebelum masuk kena dengar ceramah dulu. masuk by group oke. bayaran rm10. masuk dalam rumah tu tak boleh bergambar. alasannya dia nak jaga kualiti. katanya kalau orang bergambar nanti dah takde value dah tempat tu.


Rumah terbalik pertama di Malaysia dan satu-satunya di Asia Tenggara. rumah ini jadi terbalik kerana dulu rumah ini di diami oleh sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki. anak lelaki mereka nie sangat nakal. suka sangat terbalik kan barang. nampak je barang mesti dia nak terbalikkan. akibat suka sangat terbalikkan barang satu hari rumah mereka pun jadi terbalik. itulah mitos cerita ini. jadi jangan percaya. ok bye!



ada pelangi yang cantik. sekali lagi aku terpesona dengan keindahan ciptaan-Nya. Subhanallah~


tiada kata2 untuk di zahirkan~




Setelah seharian berjalan masa inilah masanya untuk isi perut. Kami makan kat Gayang Seafood. Masa tu dah sampai KK dah. So datang Sabah jangan lupa makan seafood ya. Sini seafood diorang fresh2 tau dan berbaloi. Tu yang penting.




 Belut... tapi kami tak order lah sebab sapa nak makan????






antara menu yang kami order



ini nama dia siput sedut. walaupun rupa buruk dan agak menggelikan tapi rasanya sedap. 


Sudah kenyang kan jom kita check-in hotel. Sepanjang di KK kami stay kat Marina Condominium. Nape pilih condo? Sebabnya patut kami ada lagi 2 orang teman tapi tak jadi kan. So memang bestlah tinggal sana berdua je. Bilik pun banyak jadi boleh tukar2 nak dok mana.

.... to be continue

No comments: