KUL - MYY - KUL
16 - 18 January 2014
Jalan-jalan bersama teman seperjuangan. Agak lama kami merancang percutian bersama tetapi ada je yang menghalang. Alhamdulillah akhirnya kami diberi kesempatan untuk bercuti bersama walaupun masing2 mempunyai status yang berbeza kini. Lebih menyeronokkan dan menyenangkan, tempat percutian kami menjadi lebih mudah kerana adanya tourist guide. Almaklumlah salah seorang daripada kami merupakan anak jati Miri.
seperti biasa aku memilih penerbangan tambang murah untuk ke sana dan of course nak lebih murah lagi haruslah naik penerbangan awal pagi ^_^
Di Miri kami menetal di Parkcity Everly Hotel. Memang terbaik la otel ni. Lagi terbaik sbb kami dpt government rate. tu la syioknye berjalan dgn org gomen. Antara kami semua hanya aku je yg bukan org gomen. Huhu...
Satu bilik ni boleh masuk 4-5 orang. Tapi kami kan tamak. Satu bilik 2 orang je. lol~
Pergi time dekat-dekat nk CNY memang banyaklah tanglong yg bergantung2
Di sana makan cam biasalah masih lagi boleh diterima tekak cuma pedas tak pedas jelah. Tapi i no komplen ok sebab kita datang tempat orang kan. Semestinya kita dah bersedia mental fizikal untuk survive. I will survive!!
mee kolok a.k.a megi goreng
nasi ayam penyet
Di Miri antara tempat-tempat yang boleh dilawati adalah Taman Buaya. Buaya kat sana bukan macam buaya sini yg tak cukup makan. Sana memang sihat-sihat belaka. Gumuks2 u'olls...
sebelum jalan jom amik gambar dulu
bau buaya nye memang menyengat...
bukan kata buaya kambing gurun pun banyak kat sana
jom layankan gambar2 kami pulak..
keletihan
Abis melawat buaya jom kite ke pantai pulak. Luak Bay Esplanade. Moh kite ambil angin.
kat area pantai tu memang ramai peniaga yang menjual kepak ayam. yummy yummy~
Next day kami jalan-jalan sekitar bandar Miri. Mana lagi kalau bukan Canada Hill. Kat sini kita boleh melihat keseluruhan bandar Miri. Tapi sayangnya kami tak berkesempatan nak melihat sebabnya hari dah ujan. So hanya masuk dalam muzium jelah. Muzium Sains Petroleum.
nak ikut?? jomlah naik..
tengoklah cuaca mendung kat luar tu. dari situlah kite boleh melihat seluruh bandar Miri
kaki sape lagi kurus.. hahahah
im not the grand old lady but im a strong lady
see.. how strong i am
Abis jenjalan jom kite shopping kat kraftangan center. Aku pun tak tau nak beli apa. Asal cuti je asyik2 cari key-chain, freeze magnet, tshirt. Takpelah kan sesekali dapat bercuti ape salahnya.
Penat berjalan meh singgah minum petang dulu. Ini adalah antara makanan yang paling paling aku suka di Miri. Sotong Kangkung dalam banyak variasi. Nak cite tak pandai so tengok jelah gambar sotong nie. Tapi ini separuh je ada lagi yang tak sempat nak snap. Almaklumlah tengok sotong nie terus rasa nak makan cecepat. Huhu...
eh ni kat mana pula ni. ..
ada kuih muih la..
jom sambung minum lagi. maklumlah datang dengan orang Miri so menziarah la kita. pegi umah sedara mara, kengkawan. tapi yang syoknya setiap rumah yang kami pergi sume buka channel KBS. wah memang KPop la diorang. same to me.. hehehe
Waktu malam sekali lagi kami ke Luak Bay. Maklumlah situ kan berdekatan dengan pantai so apalagi moh la kita makan-makan sambil menghirup udara segar.
Pergi Sarawak tak sah la kan kalau tak beli kek lapis. Even though aku bukanlah peminat tegar kek lapis tapi dah ke sana haruslah membeli ye dok.
entah apa nama kedainya aku tak ingat. tapi katanya ramai orang2 kenamaan, selebriti2 datang ke situ.
Hari terakhir kami ke Taman Niah pula. Yang bestnya sebab tempat sini kami dapat layanan istimewa sebab adanya bapa saudara kepada seorang kawan kami. Untung bawa orang Miri kan ^_^
inilah dia orang Miri tu, Norazeda a.k.a Deng. Deng dalam bahasa Sarawak bermaksud sayang.
inilah bapa sedaranya. terima kasih uncle..
hati-hati tau sini banyak buaya
tengok saje warna airnya yang keroh
dahla takde tebing tepi tu. kalau tersadung confirm2 jatuh dalam sungai jumpe abang bujang. hahahha....
Sepanjang perjalanan kami selama 20 minit menyusuri sungai tu memang tak diberikan life jacket. Sangat bahaya sebenarnya sebab sungai tu agak dalam. Takut juga aku sebenarnya. Bayangkan masa time2 kami ronda2 kawasan sungai tu tetibe je ada bunyi "gedebussshh". Rupanya sang buaya sedang turun ke dalam sungai. Kata abang yang bawa bot tu jangan takut. Asalkan kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita. Besar weyh bujang senang tu.
Petang sebelum berangkat pulang kami singgah ke pasar dulu untuk beli apa2 yang perlu dibawa pulang ke Semenanjung. Apalagi macam2 la kawan2 aku borong. Dari yang kering sampailah ke basah. Aku hanya beli udang sekilo saja. Aku kan malas nak bawa bagasi bebanyak.
tengok ulat sagu ni. gomok gomok kan. ada bran mau makan???
ini aje yang aku beli pun...
handbag ni?? bukan aku punye. dak niniey yang punya handbag nie. dalam dia ada terubuk masin. huhu...
Beberapa jam sebelum balik moh kite kemas beg buat kali terakhir. Packing-packing apa yang patut. Terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi kami tumpang rehat dan mandi di sana. Orang Miri sangat baik.
jom kita timbang barang dulu. kang terlebih muatan lak.
barang aku tak perlu ditimbang atau di seal. aku kan melenggang je. so jom berselfie bersama zulaikha dahulu =p
oleh sebab sibuk sangat berjalan, mengemas, bershopping sakan tadi, tak sempat kami semua nak makan. so pengakhiran cerita kami hanya order je atas flight. makanlah nasi lemak pak nasir tu. oklah, boleh tahan sedapnya. alhamdulillah~
berakhirnya percutian kami di Miri. abis je cuti memasing sibuk dengan hal masing2. sorang ke shah alam, ke putrajaya dan aku ke Kuala Lumpur. moga selepas ni dapatlah kita rancang percutian sekali lagi ye teman2 ku.
thanks to the hospitality given by herself, families and friends.
No comments:
Post a Comment