Monday, October 24, 2011

24 Oktober

Hari ini genap setahun aku bekerja di RGS. Banyak yang aku pelajari. Banyak pengalaman yang aku kutip. Pahit manis baik buruk semuanya ada. Dulu aku mmg berat hati utk masuk ke RGS. Dan aku pernah berkata pada diri sendiri yg aku akan berada di sini hanya utk setahun sahaja.

Ya, tepat sekali. Mulai minggu hadapan aku akan mula berkhidmat di syarikat yang lain. Mencari angin baru.. mencari pengalaman baru dan mencari sesuatu yg aku pelajari. Mudah2 an semuanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Berada di RGS selama setahun.. berkawan dengan rakan2 yang datang dari latar yang berbeza menjadikan aku seorang yang lebih berfikiran terbuka dan of course banyak pengalaman yang aku dapat.

Dan sepatutnya hari ini aku patut berasa gembira kerana hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Bukan tak gembira tapi aku rasa sayu je lebih2 lagi apabila aku dirai secara mengejut. Itu membuatkan aku bertambah sedih utk meninggalkan mereka semua. Walaupun hanya tinggal 3 orang rakan yang rapat, perasaan sayu dan sedih itu tetap ada.

Buat teman2 ku yang sudi meraikan hari jadiku sambil membuat surprise kononnya, menyanyikan lagu 'happy birthday to you' dan membelanja aku makan terima kasih banyak2. Tak lupa juga buat cik Niniey yang telah meraikan hari jadi aku di restoran yang eksklusif lagi gempak... Terima kasih kawan2!. Semoga anda semua dimurahkan rezeki oleh-Nya.



(p/s: erm.. baru perasan satu perkara. kat RGS akulah yang paling muda sekali dan tinggal aku sorang je yang bujang kat situ.. hehe...)

1 comment:

tucintiut said...

weewiiittt....!!chakri palace tuuu...