Hari ini merupakan hari terakhir aku berkhidmat di RGS. Selama setahun di RGS plus 6 bulan di RBSB memang satu pengalaman yang amat berharga bagi aku. Perasaan sedih tu taklah rasa sangat sebab aku rasa aku akan sentiasa keep-in-touch dengan member2 rapat aku di RGS. Cuma rasa sedikit terkilanlah sebab tak dapat nak jumpa orang2 yang sentiasa bersikap baik dan ramah dengan aku. Tak kiralah dari RGS ke, RBSB ke, RB ke, REC, RP, RUB, RWT mahupun SDE. Terima kasih semua!!
Dengan melepaskan jawatan aku sebagai secretary kepada Mr VP, bermakna kenikmatan utk bersenang-lenang di waktu pejabat secara rasminya telah pun hilang. No more Internet, broadband, facebook, youtube, YM, blogger dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.
Walaupun tadi Mr VP try utk pujuk aku supaya stay kat RGS then offer lak gaji yang lebih tinggi... erm, nasib baik aku nie bukanlah jenis yang bekerja semata2 kerana duit. Erk.. maksud aku bukanlah duit tu tak penting tapi biarlah sekali dengan kepuasan yang kita dapat. Siapa yang taknak kan kalau orang offer gaji yg agak best pastu byk kemudahan yg kite dapat, boleh rilex2, sesuka hati je nak masuk opis kul bape. Tapi disebabkan aku ingin belajar sesuatu yang baru, sesuatu yang dicari.. makanya.... "Im sorry boss"!
Aku tak tau camne cara kerja di tempat baru tu nanti, tapi bahang 'kepanasan' tu rasa semakin dekat jer. Apa yg aku harapkan semoga aku dapat serasikan diri dengan rakan2 yang baru dan of course aku boleh adapt dengan environment di sana. Mudah2 an segala2nya dipermudahkan oleh-Nya.