Ok memang aku mengaku aku suka sangat berjalan. Aku suka berjalan dengan naik flight. Tak tau kenapa. Mungkin salah satu sebab adalah perjalanan ke tempat aku nak tuju tu memerlukan aku naik flight dan satu lagi sebab nak jimat masa. Yelah, aku ni kalau nak amik cuti memang agak susah. Bukan aku tak mau cuti tapi tugas aku tu yang tak mengizinkan. Entahlah... tak reti nak explain. Cuba korang keje kat tempat aku baru korang tau susah senangnya. Waaaaaaaaaa!!!!! rasa cam nak nanges jer. Memang nak cabut gi tempat lain tapi nak amik cuti gi interview pun susah.
Ok takmo sedih2 cite pasal keje. Jom tengok gambar aku jalan2 gi Penang. Setiap tahun kalau time birthday memang kawan aku ajak gi jalan. Last year kami gi Langkawi so this year kami ke Penang.
Berdua lebih baik
Naik ERL dari Putrajaya ke KLIA2. Sangat convinience
Oleh sebab kami xde buat pre book dalam flight, so kami decide mau isi perut dulu.
Ini dikira kali kedua aku datang ke KLIA2. First time aritu masa nak gi Sabah. So memandangkan perjalanan taklah jauh sangat bila nak ke gate tu, maka kali ni kami jalan main2 la. Sempat lagi snap gambar dlu. Bila je smpai kat gate tu pelik juga sbb takde orang. Yang ada hanya pegawai bertugas je. Wah, orang pertama kami tau. Sampai je kat gate tu, abang pramugara dah panggil. Katanya kami baru nk tutup pintu. Hah??? tutup pintu??? rupanya kami orang terakhir sampai. Nasib baik tak kena tinggal kau!
Tapi bestnye pramugara tu wish happy birthday. Dia check kat boarding pass aku tengok "eh, 24 Oktober. Birthday awak. Happy birthday ye"... hahahhahah..... best ke? tak kisah yang penting kau hadoooo???
Birthday girl yang nyaris2 tertinggal flight
Sampai Penang, tempat pertama kami pergi adalah Bukit Bendera. Masa tu hari Jumaat so kami memang decide mau ke sana dulu sebab kalau pergi time weekend mesti penuh. Tapi tetap penuh gak sebab time tu kan cuti Thaipusam. Maka pelancong memang ramai. Tapi nasib kami baik sebab awal2 pagi dah terpacak kat situ. So kurang la sket orangkan.
First time aku gi Bukit Bendera dan first time gaklah aku naik tram. Menyeronokkan~
Dah puas jenjalan kat Bukit Bendera barulah boleh check-in. Kami menginap kat The Royale Bintang Penang. Fuh... memang terbaek la hotel ni.
Bilik yang sangat exclusive
swimming pool tapi aku tak mandi pun. bukan menjadi keutaaman aku
Posing saje
Ok lepas je check-in rehat2 jap pastu leh la sambung keluar jalan2 sekitar Penang. Matlamat utama kami adalah jalan-jalan cari makan. Makan sampai pengsan sebab kata orang Penang nie terkenal dengan syurga makanan. Betul ke? So mehla kite cari.
Penang Road famous Teo Chew Cendol
Char Keow Teow
Sup kambing bersama roti putih dan coconut shake
Actually banyak lagi tempat aku makan tapi disebabkan malas nk mengupload so mana yang ada je kan. Lain-lain kalau travel ke Penang, rugilah kalau tak cuba muzium 3D dan bergambar di Art Street.
sewa basikal RM10 je untuk sehari. so pergilah cari sendiri ye korang art street tu.
Sempat minum jap bersama Lim Guan Eng
zam zam ala kazam~
bajet cam retisss je..
panda... ada berani???
Masa ni katFort Cornwallis. Posing nak buat cover album jap
Penat berjalan haruslah rehat dulu kan
Jalan ke Penang tak lama pun. 3 hari je. Ini adalah hari terakhir. Entah kata mana pun aku dah tak ingat
sebelum masuk beli tiket dulu
yeay... sempoa! dulu pernah gak belajar kejap kat sekolah pastu dah takde dah.
yang ni bukan berlakon ye. betul2 tau. ada kuiz yang perlu dijawab. sambil jawab kuiz sambil minum jap
erm... dapnya kopi ni
jemput tengok
eh.. ada mr bean la sesat kat pantai
jangan di ikut ye!
dah jawab kuiz dapatlah poskad percuma tu
let's fly back to KL
No comments:
Post a Comment