Thursday, March 31, 2011

RGS - Satu hari tanpa support

Kebizian mula melanda. Kerja semakin banyak. Stress?? Tension?? Erm.. taklah rasa sangat pun. Cuma rasa penat dan mengantuk sahaja. Cuaca tak menentu. Kejap panas kejap ujan. Dalam opis, aircond. Akibatnya dah 2 minggu aku batuk. Dan selama 5 bulan aku di RGS, semalam buat kali pertamanya aku amik MC. Nak dijadikan cerita, bukan aku sorang saja yg bercuti semalam tapi de 3 org kawan aku yg lain juga. Memang takde orglah jawabnya.

Saturday, March 12, 2011

masak masak

Tarikh : 8 Mac 2010 (Selasa)
Lokasi : AU4, Keramat
Masa : 7 ptg - 11:30 mlm


Tujuan
Ada orang dok bercerita aku masak sambal udang petai weekend yg lepas. Jadi, ada pula yg demand minta aku masakkan. Kononnya teringin nak makan sambal udang petai yg orang lain dok sibuk bercerita tuh. Nak tak nak aku penuhi jugalah permintaanya. Dengan muka yang berminyak lagi kepenatan dan badan melekit2 tak mandi tuh, maka bermulalah operasi masak memasak.


Setelah penat balik keje, amek kau... terus kena dera!



Menu yang sama... sambal udang petai



Bukan saja anak dara, anak teruna pun nak tunjuk skill memasak juga



Yang ini tunjuk skill memotong buah tembikai


Our dinner on that day



Ayam kunyit cili padi



Sosej & nugget sweet sour



Sayur taugeh goreng



Pembuka selera - ikan masin




Kari daging


Ayam goreng panggang



Yang ni hasil kerja aku - sambal udang petai




Macam biasa 2 jam aku berada di dapur. Tapi kali ni aku masak agak cepat berbanding sebelumnya. Almaklumlah masing2 dh penah dan perut dah berbunyi2. Then, ikut perancangan sepatutnya weekend kali ni nk masak nasi lemak. Tapi memandangkan aku pulang ke Seremban dan separuh drp kawan2 pun balik kampung sbb cuti sekolah maka rancangan tersebut ditangguhkan. Jadi, next week lah operasi membuat nasi lemak!

Wednesday, March 9, 2011

BBQ & Birthday Party

Ini last weekend punye cite. Kami adakan BBQ + birthday party anak2 staff RGS pada Jumaat yg lepas. Lokasi adalah di AU4 Keramat, rumah salah sorang staff RGS. Nape wat kat umah??? Saje... utk rasa lebih meriah dan lebih seronok. Jumaat lepas abis keje terus gerak ke AU4. Sampai sana rilex2 kejap, mandi dan setup apa2 yg patut. Oklah, malas nk cite lebih2, layan jelah gambar2 kat bawah nie....

Kaum adam ditugaskan untuk menyediakan minuman


Menu utama malam tu adalah chicken & lamb with black pepper source. Fuhh!!!! memang sangat best. Kalah Tony Romas tau! hehehe...





Makan malam tu memang mengenyangkan. Selain lamb & chicken grill, byk lagi menu2 yang lain. Ada nachos with salsa dip, grilled tomato with cheese, baked cheese potatos, sweet jelly desserts, snacks, banyak lagi lah. Paling penting... durian pun ada tau. D24 lagi tuh!








Abis je BBQ antara 8-10 malam, time for movie pula. Yang bestnye kitorang tgk movie cam tgk wayang. Tengok pakai projector lagi tu. Barulah puas bile tgk ramai2. First movie yg kami tengok adalah ROCK. Walaupun xberapa nk best tapi layan je lah.




Tepat je kul 12 malam time orang dok sibuk tgk cite Hantu kak Limah, wayang dihentikan buat seketika utk sambutan hari jadi Sufi, Na'il dan Dina yg sambut birthday pada bulan March. Utk Dina xdelah surprise sbb dia dah besar. Cuma Nai'l dan Sufi jelah yg telah disurprisekan.





Untuk sambutan birthday nie adalah 3 jenis kek disediakan. Cup cakes, lemon cheese cake dgn chocolate cake. Lebih kurang 1 jam sambut birthday party, sambung balik tgk kak Limah. Lepas tu cite Khurafat lak. Time khurafat tu lah mata aku dh xboleh nk buka. Sambil tgk sambil pejam mata. Tapi tak tido gak. Abis je khurafat, Paranormal Activity lak. Mula2 tgk 2nd punye pastu smbung yg first lak. Time tu aku dh tidolah. Sampailah kul 5 pagi, still de lg orang yg dok layan movie.

Pagi esok bangun kul 7. Sementara yg lain dok beli sarapan, aku ditugaskan utk buat air. Okey ape, senang sket. Agak tengahari sket baru balik umah masing2. Tapi malam tu, kami de misi iaitu masak beramai2. Tapi yang tak syoknye, anak dara saja yg kena masak. Wow! Dahlah anak dara tinggal 2 orang je. So nak tak nak terpaksalah. Paling tak ku sangka, aku diminta utk masak sambal udang petai. Mak ai! Time tu gak aku terkedu sebentar.

Yang bestnya bila kami berdua dok dapur tak de sape pun yg kacau. Cam tau2 je aku tak suka orang tengok bila aku masak. Hehehe... dan setelah 2 jam berada di dapur plus borak2 lagi, maka siaplah sambal udang petai aku dgn sup sayur. Pedas mmg tok sah cakaplah tp berbaloi2. Huhu....

Monday, March 7, 2011

i'm lovin' it!

Semalam Liverpool menang lawan MU 3-1. Seperti yg penah aku cite, aku bukanlah peminat bola. Tapi malam tadi sempat gaklah aku lepak2 dengan member2 RGS menonton bola. Ala, bukan tengok pun aku hanya dok sibuk melantak je. Hahaha.... Dan disebabkan bola juga, pagi tadi de orang sponsor McD as a breakfast. Big breakfast, hotcakes dengan hash brown. Terima kasih *_*

Tuesday, March 1, 2011

Bila lelaki kehilangan tulang rusuk


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak lalu menatap WANITA dengan pasti).. Kamu, tulang rusukku..

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yg indah dan manis utk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dlm kesibukan masing2 dan kelelahan hidup yg ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yg kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu mula menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan dia berteriak, "kamu tidak cintakan saya lagi!!!"

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak, "saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba2 WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yg sudah dia lafazkan. Tetapi seperti air yg telah tertumpah tidak mungkin utk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang2nya bertekad utk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing2."

Lima tahun berlalu....

LELAKI masih belum lagi berkahwin tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA yang selama ini berada di luar negara telah kembali. Dia juga pernah berkahwin dgn seorang lelaki asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu sepertinya. Dan di tengah malam yg sunyi LELAKI meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yg hilang?

LELAKI: Belum

WANITA: Saya akan terbang ke New York sebentar lagi. Saya akan kembali dalam masa 2 minggu. Telefon saya jika kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya bukan? Tidak ada yg berubah.

WANITA tersenyum manis dan berlalu. Di hujung katanya WANITA melafazkan "selamat tinggal"....

Satu minggu kemudian LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban menara WTC. Malam itu sekali lagi LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yg telah dia patahkan begitu sahaja.


********************************************

Kita menempiaskan 99% kemarahan walaupun kpd orang yg dicintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya. Akibatnya kita menyedari kesalah kita, semuanya sudah terlambat.

Kerana itu jagalah dan sayangilah org yg dicintai dgn sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata2 yg diucapkan itu akan menyakiti hati org yg dicintai.


Prinsip ABC

A - Ambil yg baik
B - Buang yg buruk
C - Ciptakan yg baru