Tuesday, August 31, 2010
Bila tiba musim raya
Monday, August 30, 2010
Hari yang ceria
Tengoklah mataku yg tak cukup tido tu....
Thanks to Niniey coz belanja aku makan. Almaklumlah orang dapat bonus. Pas nie leh belanja kat restoran berputar lak ye.. *_*
Sunday, August 29, 2010
Karipap vs. Ketupat = LULUS

Walaupun karipap nie kakak Angah yang buat dengan bantuan ibu, tapi aku de gak try buat lima enam ketul. Dan hasilnya tengoklah yg de symbol pointing hand tu. Ha.. yg tu aku yg kelim sendiri. Cantik tak?... Oklah kan, not bad. At least menjadi gak. Dan aku masih ingat lagi kata2 Dr. Fazley. Waktu tu dia still belum kahwin. Dia kata mak dia bilang, kalau nk cari isteri carilah isteri yg pandai buat karipap dan yg pandai menganyam ketupat.
Aku tak tau apa kaitan antara nk cari isteri dengan karipap + anyam ketupat. Maybe sbb dua perkara nie memerlukan kesabaran yg tinggi di samping kreativiti. Almaklumlah di zaman yg serba moden nie tak semua orang boleh mengelim karipap dan tak semua orang boleh menganyam ketupat. Dan aku telah mempelajari kedua2 bidang nie. Kira okeylah kan. Lengkaplah ciri2 perempuan melayu sejati... *_*
Wednesday, August 25, 2010
Ilalliqa'
Monday, August 23, 2010
Puasa ke-13
Thursday, August 19, 2010
Tajuk ape nk taruk....
Wednesday, August 18, 2010
Puasa ke-8

Monday, August 16, 2010
Monday's story mori...
Sunday, August 15, 2010
Diari Ramadhan
First day pose, kat office rasa sunyi sangat padahal orang ramai je. Tak taulah np sume orang senyap je. Simpan sore kot. Abis je keje, misi aku adalah mencari bazar Ramadhan. Kata Acik kat kawasan rumah aku tu mmg de bazar. Sampai je bazar tu, perkara pertama yg aku buat ialah dengar dulu peniaga tu "cakap". Owh... okey, aku suka bazar nie!
Hari ke-2
Kunci jam kul 4 pagi nk bangun sahur tapi kul 6:05 baru aku terjaga. Alamak, dah terlajak sudah. Hari kedua aku kuar opis lambat. Dekat kul 6 gaklah. Keluar lambat alamatnya memang jem teruklah. Jem kat bazar. Huish.. menyampah betul dengan keadaan yg sesak mesak tu. Sakit jiwa gaklah. Abis nk wat camne kan, dh sibuk sgt nk gi bazar kenalah tahan. Nak masak malas. Tapi dalam dok ramai2 orang tu aku pun tercari2 gaklah kot2 kalo terjumpe Acik ke... yelah, diorang nie suka shopping kuih muih kat bazar Keramat nie. Huhu....
Thursday, August 12, 2010
Salam Ramadhan
Saturday, August 7, 2010
Blues di pagi hari
Wednesday, August 4, 2010
pre-RAMADHAN mood
Minggu depan dah nak puasa. Kalo tahun sudah aku berpuasa di Melaka tapi tahun nie di Kuala Lumpur. Tapi tahun sudah de member2, tahun nie kesoranganlah. Sebelum nk puasa nie, murah rezeki aku. Semalam de sorang staff nie dia masak makaroni goreng dan sedekah pada department kitorang. Pagi tu pula, de orang belanja aku breakfast.
Then, ari Isnin aritu aku dapat sourvenior dari Libya. Actually minggu nie ramai staff2 dari Libya balik ke Malaysia. Ada drafter tu dia baru je abis project kat sana so bile dia balik sini, dia bagi aku cenderahati berbentuk kasut. Sangat comel ^-^. Selain tu dia bagi coklat gak. Memang bestlah coklatnya.
Pastu tadi de sorang engineer nie dia balik bercuti ke Malaysia, jd bila singgah ke office macam2 yg dia bawa. Dan of courselah HR department yg akan dapat segala macam yg dia bawa tu. Antaranya buah kurma, buah thin, kismis, coklat, gula2, minyak atar pun tak terkecuali. Memang banyaklah yg aku dapat. Syukur Alhamdulillah... De lagi..... untuk next Monday department aku de wat makan2. Of courselah makan free kan. Boss aku tak bagi bawa apa2 tapi tak syoklah pula kalo aku xbawa apa.
Cite pasal boss aku nie, tadi aku discuss dengan dia pasal research aku. Erm, tak sangka aku dalam diam2 dia ikut gak perkembangan aku. Ingatkan juz tau sket2 je tapi... dahsyat juga dia. Yelah, selama nie aku byk rujuk pada AM. AM yg jadi aku punye supervisor. Tapi tadi macam2 yg boss aku bagi idea dan dia sangat membantu aku.
Thursday, July 29, 2010
Bila aku nak balik lambat
Sampai je kat stesen Ampang Park aku tengok orang dah makin ramai. Erm.. macam pelik gak sbb selalunya kalo dalam kul 6 lebih orang dah makin kurang. Then, turun je bawah.... fulamak makin penuh dengan orang. Lagilah aku rasa pelik. Penuh teramat sangat. Pastu tren yg menghala ke Kelana Jaya masih terbuka lagi pintunya. Agak lama juga aku berdiri kat situ tapi tren tu still xjalan2 lagi.
Dalam 15 minit camtu sume orang yg dalam tren tu disuruh keluar. Bila diorang keluar je, pergh... lagi xingat sesaknya kat bawah tu. Nasib baiklah stesen nie berair-cond. Pastu de announcement dibuat, katanya de masalah teknikal dari stesen Masjid Jamek sampai Ampang.
Pastu staff kat sana panggil penumpang2 yg menghala ke Gombak naik train KJ tadi. Akulah antaranya penumpangnya tu. Cam kelakar lak bila train tu reverse balik. Huhu.... Stesen yg berikutnya Damai. Sampai sana tren tu berhenti lebih kurang 10 minit dan kami diarah untuk keluar dan tunggu tren di side yg berbeza lak. Aisehmen, bertukar2 tren nampaknya.
Instinct aku nie leh tahan kuat jugalah. Patutlah aku rasa nak balik lambat je rupa2 nye de masalah yg berlaku. Tapi takpe, nasib baiklah rumah aku hanya beza 2 stesen je. Kalo tak gila rasanya asyik tukar2 tren nie. Yang penting esok aku nak balik awal sbb esok Jumaat. Tapi boleh ke? Macam tak boleh je sbb esok kena settlekan pasal gaji. Nak tak nak esok juga.
[p/s: selain dr masalah tren, actually dari pagi tadi banyak perkara2 yg xbest dah berlaku. Tapi xpe, untuk arini still de perkara2 yg membuatkan aku gembira]
Tuesday, July 27, 2010
RBSB SRC Family Outing





Pertandingan karaoke. Entah sape judgenya pun aku tak tau. Tau2 je dah de pemenang.
Start je time aktiviti bebas sumenya dah berkeliaran entah ke mana. Yang bawa family sibuk melayan anak masing2. Yang tak de family nie juz berfamily sesama sendiri jelah. Group bujang2 lah familynya. Dan kami yang perempuan2 nie cam biasalah jadi mangsa buli kaum lelaki. Tapi takpe, kami still enjoy. Adalah lebih 5 kali aku naik gelongsor yang katanya terpanjang di Asia tu.
Acara penutup lebih kurang jam 2 petang. Tapi kami yg berfamily sesama sendiri nie teruskan berendam dalam air sampailah ujan turun dengan lebatnya, barulah kami berhenti. Tapi tak terus balik umah, singgah jap gi minum. Adalah dalam 6 kereta berkonvoi.
Esoknya kena pergi keje cam biasa. Ramai gaklah yg mengadu sakit2 badan. Mana tak sakit kalo asyik main tak ingat dunia. Huhu.... Actually nak wat ari Sabtu tapi memandangkan ari Sabtu banyak sangat halangannya maka sebab itulah dibuat pada ari Ahad. Sakit2 badan tak mengapa asalkan H.A.P.P.Y.




Saturday, July 24, 2010
R.I.N.D.U
Isnin nie aku diminta untuk turut serta dalam perbincangan tentang projek tu nanti untuk mewakili orang HR. Tiba2 aku rasa nervous lak. Takut kalo orang2 project tu soal macam2 ditambah pula ada H.O.D dari department lain. Dahlah tadi de 'pop kuiz' dengan HR Manager. Kalo HR Manager company aku xpe, (tu boss aku sendirilah kan)... nie Manager dari HR Group. Besar punye!!! Macam2 yg die tanya tentang Employment Act1955. Asal die soal je aku terbayang wajah Miss Afzan. Huhu... Bukan pop kuiz pasal EA je tapi pasal company handbook pun de gak. Syukur alhamdulillah, nasib baik aku dapat jawab dengan betul.
Even arini ari Jumaat, time aku balik Seremban tapi aku still balik lambat gak. Tak apalah, keje banyak2 leh dapat OT banyak2. Hehe... Ikutkan keje aku masih tak abis lagi dan kena datang esok. Tapi awal2 lagi aku dah 'apply' cuti sbb kononnya nk gi Melaka tapi last minit tak jadi pula.
Azam aku untuk minggu depan nak abiskan keje cepat2, nak balik awal dan tidur awal. Iya ke, boleh ke??... Actually aku tak kisah kalau balik lambat. Balik awal2 pun bukannya ada apapun kat umah. Tapi sekarang nie dah tak boleh. Masa aku terhad. Aku tengah kejar masa nak siapkan proposal tulah sebabnya aku teringin sangat nk balik awal. Adakalanya aku rasa kepenatan yg teramat sangat. Mana tak penat kalo dari pagi smpai petang asyik bekerja. Sampaikan waktu lunch pun kami kena curi2 kerja sebab dateline utk project dah makin hampir.
Thursday, July 22, 2010
Seremban - KL

Okeylah dapat pergi. At least tak perlulah aku bertolak dari Seremban ke KL subuh2 adam. Kang jadi cam semalam baru tau. Bayangkan... aku keluar rumah cam biasa kul 6:10 pagi tapi aku smpai pukul 8:31 pagi, lewat seminit. Ini sume sebab jem yang teramat sangat. Kalo jem kat KL tak pe lagi, benda dah biasa. Yang jadi masalahnya jem kat highway. 45 minit terperangkap dalam kesesakan dari Bangi sampailah ke persimpangan UPM jem dengan teruknya sbb ada accident. Tu pun nasib aku kira baik sbb dapat pemandu bas yang sangat mementingkan masa dengan menggunakan laluan emergency. Walaupun aku tak berapa suka dengan pemandu yang suka-suki nk menggunakan emergency lane pada waktu kesesakan, tapi pada hari tu aku sangat setuju dengan tindakan pakcik driver tu. Huhu.....
Tuesday, July 20, 2010
My new experience
Monday, July 19, 2010
New advisor - Part II
Emiko
Even aku practical tapi aku masih terikat dengan company's rules and policy. Aku pun dilayan sama seperti staff2 yg lain juga. Apa yg staff lain dapat aku pun dapat. Aku juga terima OT, kena datang kerja ari Sabtu kalau perlu, balik lewat malam, dihantar juga pergi training, wajib sertai aktiviti syarikat dan lain2 yg patut aku kena patuhi. Company tu pun xlah kejam sangat. Mereka faham aku practical tp kalo selalu sangat minta cuti, last week cuti then minggu nie pun nk cuti susahlah kan. Kata practical. Kalo practical kenalah praktikkan betul2. Kalo asyik cuti je alamatnya sampai bila aku nk praktikkan apa yg dah aku belajar.
Kak An
Actually Aidah dh call koordinator program tu. Kata die advisor tak boleh nk request. Macam bias pun ade gak sbb de student yg request advisor dan ternyata nasib diorang baik diorang dapat advisor yg diorang minta. Nie bukan gosip tapi lecturer yg telah 'direquest' tu yg beritahu sendiri. So nk tak nak terpaksa terima ajalah.
Dayah
Masa interview dulu kite dh bitau tentang perkara nie. Time tu Assistant Manager (AM) tu dh tanya macam2 perkara. Dia bukan tak benarkan tapi tak galakkan. Dan kite pun kena ikut polisi kalo nk apply cuti kenalah isi borang juga.
And for your information, kite sepatutnya kena jumpa advisor ari Jumaat lepas tp AM tak benarkan. Katanya, "Awak baru cuti minggu lepas. If possible, let have a gap for one or two weeks. Why not you see your lecturer next Friday?" Hurm.. bila die dh cakap camtu nk tak nak terpaksalah call semula advisor minta tukar date. Dan advisor tu pula minta hari Selasa. Bukan kat kampus bandar tapi kena pergi kampus Alor Gajah. Nasib baik AM tu benarkan bercuti ari Selasa nie walaupun gaya suara die cam tak berapa nk suka je.
Monday, July 12, 2010
New advisor
Saturday, July 10, 2010
Off day
Appointment dgn lecturer kul 2 petang. Tapi biasalah... dekat kul 3 baru dapat jumpa. Alhamdulillah nasib baik aku dapat advisor yang okey, kira sporting gaklah. Dan dia juga tak paksa kami utk datang sebulan 2 kali utk jumpa dengannya. Itu yang paling aku suka sbb agak leceh bagi aku utk minta cuti daripada AM dan byk procedure yg aku kena ikut. So, nanti kalo aku de apa2 masalah berkenaan thesis aku, aku boleh anta email saja.
Tapi insyaAllah next 2 week aku akan ke Melaka lagi sebab de jemputan di rumah seorang lecturer nie. Almaklumlah dari dulu kami dh janji nk datang jenguk anak dia... Ilham Nur Kasih tapi sampai sekarang xmuncul2. So, lec tu ajak datang umah die 24hb nie. Erm... camne tu ek sbb 25hb tu company de wat family day. WAJIB untuk aku hadir. Takpelah, tu nnti leh aku fikirkan.
Balik je dari Melaka aku terus ikut Kyra balik kampung dia kat Rembau. Actually aku xmau pergi sbb aku dh beli tiket bas balik Seremban. Tapi mengenangkan dia beria2 ajak aku dan sebab esoknya (Sabtu) de kenduri doa selamat utk abang dia yg nk bertunang Ahad nie... so aku pun bersetujulah ikut dia balik.
Sampai sana dok rehat jap pastu makan. Makanlah masakan kampung. Not bad. Then, sempat gak aku merasa durian kampung, tu yg best tu. Pas makan tolonglah apa2 yg patut. Pastu sempat gak aku ikut Kyra dan mak die pergi beli barang kat pasaraya. Dekat kul 10 malam baru Kyra anta aku pulang.
