Monday, September 4, 2017

Umrah 2016 - Part 2 (Airport)


Flight kami dijadualkan berlepas jam 5 petang pada 17 November 2016. Tapi kami diminta berkumpul kat KLIA2 jam 12 tengahari. Tapi rutin pagi kami cam biasa la kena keluar sarapan dulu. Hehehe... then balik breakfast buat final check barang2 yg nak bawa. Sebelum gerak dari rumah ada kawan ayah, sepasang suami isteri datang ziarah.

Sampai di KLIA2 dah tengahari. Orang ramai dari Group Ukhwah Firdausi Travel dah berkumpul kat KLIA2. Nasib baiklah KLIA2 nie besar so taklah rasa sempit sangat even orang memang ramai. Bayangkan Ukhwah Firdausi Travel mereka chartered 1 flight seramai 288 penumpang untuk bawa kami ke sana.


















Perasaan masa kat airport??? Macam2 rasa ada. Gembira, excited, sedih, sayu semuanya bercampur.







Tengok ni, sebahagian daripada group kami. Yang berdiri kat tengah2 tu adalah Azizul Khamis. Penyanyi dan pelakon zaman2 90an dlu kalau tak silap. Ada gak Ayu Damit (penyayi Malaysian Idol kalau tak silap). Dia kerja bawah Ukhwah Firdausi.

Masa ni tengah pembahagian passport, flight ticket dengan tag. Yang ni aku rasa patut kena perbaiki lagi. Yelah dok terjerit2 mana lah orang nak dengar sangat kan. Nasib baiklah berkumpul kat tempat khas. Taklah bercampur sangat dengan outsider. But still perlu banyak kena improve la part ni.




Yeay.. my tag... i like it very much !!!












Oke, ni masa dah berpisah dengan ahli keluarga yang lain. Dah masuk kawasan boarding. So get ready ajelah.













Kami naik penerbangan Maldives Airlines. So memang transit Maldives la. Tapi taklah sampai nak kena keluar flight. Just transit camtu je. Acah2 nak isi minyak je.









Untung nasib dapat duduk sebelah Anyah. Kitorang banyak yang dok pisah2. Ibu lain ayah lain. Kami ada rezeki dapatlah dok seblah menyebelah. Mereka kata kalau boleh jangan tukar tempat. Yelah, nak memudahkan urusan semua eloklah duduk mana2 tempat yang dah diberikan. Taklah dalam flight nak cari mak ayah laki bini anak sume kan. Oklah, nak pergi buat ibadah taknaklah susahkan orang lain. So kita follow jelah rules selagi tak melanggar batas2 dan syariat Islam..








Kalau ikutkan dari KL ke Madinah perjalanan lebih kurang 5 jam tapi sebab kami transit Maldives dulu jadi perjalanan tu makin panjang. 12 jam okey. So bayangkan lah betapa lamanya dok dalam flight tu. Nasib baik kami dapat duduk kawasan emergency lane. So memang lapang dan besar la. Memang selesa sangat. Tapi kesian kat ibu ayahlah mereka dok kawasan yg agak sempit sket. Nak buat camne kan. Katanya emergency lane ni tak digalakkan untuk mereka yang berusia. Takut apa2 terjadi so yang muda2 ni dulu lah harus kena bantu. 

First time fly jauh nie so macam2 rasa. Flight kami berlepas lebih kurang jam 5.30 petang camtu. Kebetulan pulak time tu ujan lebat. So memang akan nampak kilat sabung menyabung kat atas ni. Flash sana sini. Asyik goyang2 je flight kali ni. Debau nye toksah cakaplah kan. Banyakkan lah berdoa.

Masa kami nak berlepas ada satu incident yang terjadi dalam flight. De sorang atuk ni die tak berapa nak sihat. Actually sihat sebenarnya tapi mungkin Tuhan nak uji kan. Dia ada semput. Pastu Maldives Airlines ni sebelum berlepas mereka ada buat satu semburan. Aku pun tak berapa pastilah semburan ape tu.

Elok je berlepas, atuk ni pun sesak nafas. Kelam kabutlah flight attendant sume. Kami yang jemaah ni apatah lagi kan. Tengok flight attendant tu bawa satu tong gas besar. Maunye kami sume tak panik. Takut ape2 terjadi kan. Siap buat announcement lagi tanya sapa2 yang Doktor atau Jururawat minta tampil beri bantuan. Tapi sayang takde sape2 antara kami yang bergelar Doktor mahupun Jururawat. So flight attendant tu cubalah sehabis baik. Alhamdulillah atuk tu pun takde apa2.

12 jam memang sangat lama okey. Pegi tandas pun berulang kali. Tapi bukan aku lah. Aku sekali je. Atuk2 nenek2 yang lain memang beratur nak ke toilet.




Bab makan tak ingat lak berapa kali. Kalo tak silap dalam 3 kali kot ke lebih. Heheh.. tak ingat sudah. Yang aku ingat asal nak tidur je dan2 tu flight attendant anta datang makan. So memang tidur2 ayam jelah. Flight depart petang tapi makan ada breakfast ada lunch. Mungkin peredaran masa kot tu yang bagi 2 kali tu. Entahlah...




Makanannya biasa2 jelah. Rasa tak leh lawan Air Asia kot. Hehe.. tapi bersyukurlah janji ada makanan..




Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Abdul Aziz Jeddah. Kalau tak silap rasanya dalam waktu subuh kami sampai. 



Kena naik bas dulu untuk sampai ke Terminal






Muka 12 jam dalam flight




Alhamdulillah proses di Imigresen tidak begitu lama. Adalah dalam 45 minit kira oklah kan sebab aku ada baca dan dengar dari pengalaman yang lain, kat imigresen mesti lama. Mungkin masa kami tiba takde lagi penerbangan yang lain. Ada la juga tapi bukan penerbangan khusus untuk jemaah nak buat umrah. Jadinya taklah beratur panjang ataupun sangkut kat Imigresen. Kalau di Malaysia nak scan jari kita selalu guna ibu jari je. Tapi di sana mereka guna kesemua sepuluh jari tangan ye. Apa lagi letakkan semua jari jemari anda di atas mesin pengimbas tu. Huhu...

Lepas tu, mereka akan scan keseluruhan badan kita. Yang pompuan kena masuk dalam bilik khas. Siap buka kasut lagi. Kalau perlu tanggal tudung atau jubah pun kenalah buat. Tapi taklah sampai aku nampak kena tanggal semua tu.




Settle kat Imigresen terus naik bas. Bas mana?? Mana2 pun boleh. Hahahha.. Ok, bab ni Ukhwah Firdausi perlu perbaiki juga. Sebab mereka takde bas yang khusus atau yang tetap. Maksudnya takde penerangan tentang bas dan penumpang. Susah kalau apa2 terjadi. Kot silap bas ke orang tertinggal ke kan susah. At least awal2 mereka kena bagi nombor bas senang kami jemaah2 nie naik bas.





Semasa kami kat sana passport disimpan oleh agent. So bawa saje tag sebagai  pengenalan diri. Bagus juga senang kami nak buat ibadat. Karang tak pasal2 ada yang cicir passport naya je..

Dari airport kami terus bergerak ke Madinah. Rasanya dalam 7-8 jam perjalanan kot dalam bas. Subuh kami gerak then sampai Madinah dah nak dekat waktu Zohor.





Berhenti solat Subuh dahulu. Ramainya orang toksah cakaplah. Ni baru buat umrah belum lagi haji kan...





Lepas solat Subuh mereka ada sediakan makan. So duduklah depan masjid makan ramai2. Meriahnya suasana kat sana. Seronok je rasa walau makan di tepi jalan



Nasi berlaukkan ayam, telur dan timun. Sedap gak makan time2 Subuh gini









Suka bas kat sana. Selesa dan cantik. Laju pun laju gak driver tu bawa




Pemandangan di sepanjang perjalan ke Madinah. Memang panas, tandus dan kering



Bandar Madinah







Madinah sangat bersih dan teratur berbanding di Mekah




.... bersambung

No comments: