Kami sampai di bandar Madinah lebih kurang jam 10 pagi. Sampai terus makan tengahari sementara nak menunggu check-in. Alhamdulillah Madinah bandar yang bersih, cantik dan tersusun. Hotel walaupun kecil tapi selesa. Kami dapat sebilik satu keluarga.
Makan dulu alas perut setelah 2 hari perjalanan (flight + bas)
Time waktu check-in dah menginjak ke waktu Zohor. Maka Zohor di hotel aje. Tak sempat nak berjemaah kat Masjid Nabawi. Maka kami putuskan untuk rehat berehat sebelum ke masjid untuk Asar.
Dari hotel nak ke Masjid Nabawi tak jauh. Lebih kurang 15 minit jalan kaki. First time pegi, kami pegi satu keluarga je tanpa ada Mutawif. So memang tak tau la nak pegi celah mana kan. Jadi tanyalah jemaah2 yang lalu kat tepi jalan tu. Alhamdulillah jumpa pun. Tak sesat punya kalau niat baik, insyaAllah.
Kalau sebelum ini aku rasa Masjid Ampuan Jemaah kat Bukit Jelutong tu lah yang aku rasa paling cantik. Tapi sekarang Masjid Nabawi dah jadi carta no 1. SubhnaAllah.. cantiknya. terpegun tengok masjid tu. Dahlah besar, bersih dan paling penting teratur dan sistematik.
Payung yang masih belum dibuka
Suka mendengar kanak2 ni mengaji. Rasa kerdil sangat...
Payung Masjid Nabawi
Tempat wuduk
Anyah dengan ibu
Selesai Asar kami jenjalan sekitar area Masjid Nabawi sementara nak menunggu ke Maghrib. Paling best rasanya waktu Maghrib sebab ramai sangat jemaah. Masa tu kita boleh tengok pelbagai orang pelbagai ragam.
Kat Masjid Nabawi peraturan amat ketat. Kat pintu masuk masjid (bahagian perempuan) ada pegawai yang bertugas. Diorang akan cek beg kita. Nak tau apa yang kita bawa terutamanya kamera. Kamera memang tak boleh ye. First day datang kami bawa kamera dan simpan dalam beg. Nampak je kamera tu terus pegawai tu kata "no..no.. haram.. haram.. hajjah.. haram"..
Jadi keluarlah kami dari masjid tu. So simpan dalam jubah dan masuk ikut pintu lain pula.. Huhu.. yelah, nak kalau nak balik hotel nanti terlepas lak nak jemaah kat masjid.. jadinya pandai2 la ye simpan kat mana2 dulu.
Cuma kalau bawa telefon tak pasti lah pula dia suruh simpan atau tak. Kami bawa juga telefon tapi biasanya simpan dalam poket. Tak simpan dalam beg. Bagus juga sebenarnya mereka buat begitu. Yelah, rumah Allah tempat nak beribadat perlulah kita hormat. Bak kata ustazah kami, kita dulukan mana yang utama. Apa niat kita datang sini. Nak bergambar boleh tapi nanti2 lah.. betulkan niat kita dulu. Yes, aku setuju...
Antara waktu Asar dan Maghrib. Atap akan ditutup. Tak boleh nak gambarkan...
Di luar perkarangan Masjid Nabawi
Antara Maghrib ke Isyak pun kami tunggu saja di masjid. Buatlah apa yang patut. Datang sini nak beribadah kan. Jadi gunakanlah peluang yang kita ada. Orang ada banyak duit ada harta kalau Allah tak izinkan mereka pun takkan ada di sini. Kita yang dah ada peluang ada rezeki gunakanlah sebaik mungkin.
Habis solat Isyak baru kami pulang ke hotel. Makan malam memang lepas Isya pun. So takyah naik bilik terus je gi dewan makan dan isilah perut anda. Pastu malam pertama kami di Madinah kami dibawa ke Raudhah oleh Ustazah yang bertugas. Muda lagi ustazah tu dalam lingkungan awal 30-an. Lama dah duduk di Madinah. Kumpulan kami semasa di bawa ke Raudhah taklah terlalu besar. Ada lebih kurang dalam 12 orang kaum wanita.
"Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-taman surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku."
— Riwayat Bukhari —
Untuk wanita kawasan Raudhah ni dibuka pada waktu tertentu sahaja tak seperti kaum lelaki memang 24 jam dibuka. Memang aku akui masuk ke sana bukanlah mudah. Semangat kena kental. Banyakkan berselewat ke atas nabi semoga dipermudahkan urusan.
Sebak sebenarnya bila bercerita tentang Raudhah ni. Sebelum masuk ke dalam kami solat sunat dulu. Sementara nak menunggu giliran macam2 perasaan yang ada. Sukar digambarkan. Bila tiba giliran kita ramai juga kumpulan2 lain yang cuba nak serbu masuk kat sana. Berpusu2 berlari. Tolak sana sini toksah cakaplah. Mula2 aku, anyah dan ibu jalan bersama2. Tapi bila dah keadaan yang tak terkawal maka anyah terpisah dari kami. Tapi tak perlu gusar sbb ustazah cakap apa2 tunggu kat depan kat pintu luar. Takde masalah.
Suasana di dalam Raudhah
Jadinya aku dengan ibu. Lain2 jemaah kumpulan kami aku pun tak pasti dah ke mana. Masing2 dah bawa haluan sendiri. Sebab kalau nk berjalan berkumpulan memang susah. Sampai kat dalam nak solat pun perlu berebut. Dilangkah, ditolak, dipijak itu dah biasa. Tapi Alhamdulillah aku taklah sampai dipijak. Ditolak sudah semestinya dan dilangkah juga mungkin. Serius cakap mmg tak puas nak solat di Raudhah.
Kami di Madinah tak lama, jadinya kalau tak silap kami hanya berpeluang pergi Raudhah 2x saja. Memang sangat ralat. Rasa rugi sesangat. Inshaallah lepas ni memang akan aku pergi lagi. Niat tu ada, jika ada rezeki inshaallah akan pergi jua.
Kali kedua kami ke Raudhah kami pergi sendiri dan kami terpisah. Aku, anyah dan ibu masing2 entah ke mana. Alhamdulillah walaupun terpisah Allah permudahkan urusan kami. Apa2 terjadi memang kami dah berbincang untuk bertemu di pintu masuk.
Kali kedua aku ke Raudhah memang lain perasaannya. Rasa lebih tenang dan lebih dekat. Entahlah.. mungkin aku keseorangan ketika itu. Memang mudah untuk dapat tempat solat. Walaupun sempit dan ramai orang tapi aku rasa macam sangat luas tempat aku. Takde kejadiaan tolak menolak pada waktu itu. Aku lebih fokus dan sempat membuat solat sunat taubat berulang kali. Malah perasaaan sayu tu masih aku terasa saat aku menulis kini. Ya Allah... rindunya aku nak ke sana lagi....
Sebelum sampai di bumi Madinah ada gak aku baca pasal Raudhah ni. Ada yang kata kalau nak mudah masuk ke dalam Raudhah, kita dinasihatkan pakai baju hitam dan ikut kumpulan dari Asia (Indonesia, Brunei, Singapore dll) jangan campur dengan orang2 dari Asia Selatan (India, Nepal, Pakistan, Sri Lanka dll). Erm.. tak juga sebenarnya. Kami pun ikutla kumpulan Asia tapi faham2 sajalah bila datang orang2 dari bahagian Asia Selatan, cabarannya memang dahsyat. Time tu kita akan rasa betapa beruntungnya dilahirkan di Malaysia. Jadi bersyukurlah anda jadi rakyat Malaysia:).
Semasa di Madinah tiada sebarang dugaan besar yang kami alami. Tapi ayah di duga dengan kehilangan kasut. Takpelah ayah kasut je pun. Rezeki untuk orang lain bukan rezeki kita. Itu hanya ujian kecil saja di bumi Madinah. Jadinya berkaki ayamlah ayah sementara nak menunggu beli kasut.
Sepanjang berada di Madinah kami juga dibawa melawat ke tempat2 bersejarah.
Masid Quba - Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW saat baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah. Salah satu keistimewaan Masjid Quba adalah bahawa Rasulullah SAW bersabda "Barang siapa telah bersuci di rumahnya (berwudhu), kemudian mendatangi Masjid Quba lalu bersolat 2 rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah".
Alhamdulillah dapatlah kami sekeluarga beserta jemaah yang lain melalukan solat 2 rakaat di Masjid Quba.
Salah seorang mutawif kami. Muda orangnya. Orang Malaysia tapi belajar di Makkah. Kerja sambilan jadi Mutawif
Dari Masjid Quba kami di bawah ke Makam Baqi pula. Di sini ada makam puteri Rasulullah SAW, Siti Fatimah, ibu susu Nabi - Halimatus Sa'diyah serta ramai lagi. Difahamkan bagi jemaah umrah/haji yang datang ke Madinah dan meninggal di Madinah, mereka juga akan dikuburkan di Makam Baqi.
Kemudian kami di bawa ke ladang kurma pula. Ramainya orang tak usah cakaplah. Macam2 jenis kurma yang dijual di sana.
....bersambung