Sunday, June 30, 2013

holiday

rasanya dlm tahun nie dah banyak tempat aku gi jenjalan.  tak kisah lah bersama keluarga, kawan2 mahupun company.  bila dah sekali berjalan rasa cam nak buat je aktiviti tu selalu.  ok, kali ni nak update terus perjalanan cuti2 malaysia bermula dari awal tahun.



Jalan2 ke Hadyai sponsored by Company.. thanks to GENP.  ok yg nie dah cerita aritu.. so xyah buang masa nk cerita lagi.


Awal bulan Februari aku pegi bercuti ke Kuala Terengganu dengan my friend, Niniey.  berdua saja ok.  aku amik gambar kau, kau amik gambar aku.  oklah tu:)







sampai2 je masih awal tak tau nk ke mana so kitorang pun pegi la melawat Masjid Kristal dulu



Lepas tu pegi Hutan Lipur Sekayu pula



Jangan tak tau kat Terengganu aku drive tau:)




Hari2 berikutnya pergila ke Taman Tamadun Islam.  Banyak rupanya tempat menarik kat Kuala Terengganu nie.


Menaiki bot



Taman Equestrian 



Boleh tengok kuda dengan jarak yang dekat


Tengah bulan Februari pula pegi bercuti ke Langkawi dengan family.  Time nie aku kena apply cuti untuk seminggu.  wah, satu cabaran yg hebat untuk aku bila mau apply cuti.  nasib baik cuti diluluskan.  tapi tu lah.. bak kata my boss, "every year u pegi holiday ke Langkawi.  why hah?"  so apa mau jawab???

kali nie bawa semua pakcik2 dan makcik sedara pegi sekali.  ikutan my family sume turut serta tapi biasalah last minit ada saja halangan walaupun cuti dah dirancang setahun yg lepas.  nak tak nak sape yg dapat pergi tu teruskan jelah.  so akulah kena jadi tour guide kat sana.



tapi tugas utama aku adalah untuk menjaga kanak2 ini supaya mengikut ke mana sahaja aku pergi dan makan apa yang aku makan.  hahahaha....



tapi tak susah pun.  hanya unmpankan saja dengan benda nie.  senanglah jaga.  dan nasib baik ada Asu yang turut sama ikut.  so memudahkan kerja aku kalau budak kecik ini minta di dukung:)



island hopping - sesuatu yang sangat menyeronokkan






Pulau Dayang Bunting - boleh nampakkan bentuk orang yang sedang mengandung.  ada kepala, breast, perut dan kaki.



sampai je kat tasik tu mmg banyak monyet yang berkeliaran. so hati2 bg sesiapa yang membawa makanan atau beg plastik.  tapi aku hanya bawa beg yang berwarna pink dan di isi susu masih lagi diragut oleh sang monkey.  mungkin monkey itu teruja melihat beg pink yang menyala kot.. heheh... tapi nasib baik beg tu berat so hanya putus tali saja.  melepaslah kau wahai sang monkey!




menaiki cable car.  hanya kami berlima saja yg naik memandangkan ramai pakcik2 makcik2 yang agak gayat sedikit dengan ketinggian. 




Mendaki Telaga Tujuh.  Juga hanya sebilangan





Inilah dia 5 pasangan suami isteri.  Ops, ada lagi sorang.  Usu dan suaminya tidak kelihatan di gambar kerana melayan kerenah anak kecilnya.



Sepatutnya bolehlah aku kongsikan satu lagi percutian tetapi memandangkan waktu itu adalah time waktu mengundi, dan kami pun telah membooking tiket lebih awal, maka kami batalkan sajalah percutian tu. rugi dah flight ticket.  xpe, de rezeki leh rancang lagi.  Lain2 tempat bercuti, just tengok sajalah gambar2 kat bawah nie.  Malas dah mau bercerita sbb aku pun tak ingat dah bila kitorang pegi sana.


cuti di Desaru





balik kampung - Kedah.  melawat rumah lama yang tersimpan banyak kenangan


  
jalan2 di Penang



nasi kandar beratur.  memang kena beratur weyh...



masa balik Johor - Kluang.  tempat wajib untuk breakfast, Railway Station



holiday di Beserah, Kuantan











ok.. itu saja.  sekian~