Last weekend we all satu family telah pergi bercuti ke satu tempat nie. Di mana??? Tadaa~~
Tu dia... ke bumi kenyalang, SARAWAK. Hampir setahun kami merancang utk ke sana. Akhirnya hanya kami ber8 saje yg pegi. So, utk tiket my BIL burn camtu jelah. Nak wat camne, xde rezeki nk pegi sama2.
"My abah tak dapat ikut. Tapi xpe, saya ada Pak Su yg boleh layan saya.. heheheh"
"Saya belum mandi lagi time nie tapi sy dah lapar"
Di sana, kami menyewa di Chesu Homestay. Memang terbaiklah tempat tu. Rumah lengkap dengan perabot, ruang tamu dan bilik ada aircond, rumah yang cantik... ish.. mmg bestlah!
Kami menyewa rumah sekali dengan kereta. Kereta yg dibagi pun dalam keadaan yg baik. Sangat bestlah Chesu nie. And fyi, chesu nie orang semenanjung dan bekerja sebagai guru di sekolah. Bukan satu rumah je yg die ada utk disewa tapi dia banyak rumah lagi. Rumah yg kami sewa terletak di Matang Jaya. 10 minit saje nk ke bandar Kuching.
Posing jap kat depan rumah
Orang Sarawak mmg mudah mesra. Masa kami singgah di Petronas utk bertanya arah orang2 kat sana melayan kami dgn baik sekali. Mgkin sbb tempat yg kami nk pergi tu agak jauh sedikit dan dia pun sukar nk menerangkan kpd kami, jadinya kami hanya mengikut saja dari belakang. Begitu juga dgn situasi di mana kami ingin menaiki bot serta mencari tempat makan. Sarawakian mmg ramah2.
Kalau ikutkan, di Kuching sebenarnya taklah byk sgt pun tempat utk dilawati. Tapi still seronok bila berada di tempat orang. Kita dapat melihat budaya dan adat mereka, dapat merasa makanan tradisi mereka.
Hurm.. sebut pasal makanan, aku kasi rating 5/10 jelah. Sebabnya makanan kat sana taklah menepati citarasa aku. Takde makanan yg pedas2. Sampaikan cili2 yg dijual pun tak rasa ape. Bile time camtu, rasa tak sabar nk balik ke Semenanjung. Tapi de gak makanan yg boleh aku terima. Tapi kena pandai cari tempat yg bestlah. Antara makanan yg aku suka mee kolok yg dijual di Kubah Place tu. Then, dalam dok sibuk cari tempat makan yg best, secara tak sengaja kami pun makanlah di satu restoran yg pekerjanya berasal dari Senawang. Heheheh... jumpe orang kampunglah!
Aktiviti kami sepanjang berada di sana adalah makan dan jalan2. Yelah, dah nama pun pergi bercuti kan. Takkanlah nak dok umah jer.
Bergambar di hadapan Kuching Waterfront
Kuching Waterfront nie dikira satu tempat yg menjadi kemestian bg pengunjung2 yg datang ke sini. Ianya berhadapan dengan Sungai Sarawak. Kalau nk rasa lagi seronok, bolehlah cuba naik sampan. Murah je tau. 50sen sekali perjalanan.
Berbaloi lah dengan harganya yg 50sen tu sbbnye nk ke seberang sana tu bukanlah jauh mana. Rasanya 2 minit je kot. Duduk kejap, baru nk posing2 sket.. eh dah sampai?? ??
Kalau pergi Sarawak, tak sah kalau tak pergi tengok orang utan kan. Kami ke sana time waktu pagi2. Nasib baik sempat tengok orang utan sbbnye ada time2 yg tertentu je pelawat2 boleh masuk. Bak kata petugas kat situ, "ini bukan zoo".. heheheh.....
Firas yg excited dapat tengok orang utan
Sempat lagi aku menurunkan tandatangan di situ
Excitednya die bila dapat berjalan. "dah.. dah..." kata Firas tiap kali kereta berhenti (tu maksudnya dah sampai...)
Tengok tu.. pantang bila dilepaskan
Lagi tempat yg kitorang pergi, Little India. Tapi tempat tu tak macam tak kena je dengan nama "Little India" tu. Actually, kat Sarawak nie susah nak jumpe masyarakat India. So, ingatkan kalau pergi LI tu, kawasan peniaga2 berketurunan India atau mamak. Cam kat Jalan Masjid India tu. Tapi sebenarnya tidak. Dan tapak kawasan meniaga nye pun taklah seberapa besar mana. Tapi tak taulah kan kot time weekend baru meriah. Yelah, kami datang bercuti pun time weekday, nak elak drp ramai orang. Hehehehe.....
Negeri Sarawak juga terkenal dengan ikan terubuk masin. Kami pun sempatlah singgah di Pasar Tamu Daerah Kuching. Kat sana mmg ramai peniaga2 ikan terubuk nie. Kenalah pandai pilih kan. Adalah berkotak2 juga yg kitorang beli.
UITM bukan Universiti Teknologi Mara ye.. tapi Usahawan Ikan Terubuk Masin... huhu....
Pastu kat bawah nie aku dah tak ingat dah ape nama tempat yg kitorang pegi tu. Tapi dari situ leh nampak dengan jelaslah pemandangan daerah Kuching nie.
Masa nie time nak tunggu sampan datang
Antara tempat2 yg dilawati
Berhadapan kawasan Fort Margharitta
Hari2 berikutnya, kami sempat ke Serikin. Serikin ni hanya dibuka pada hujung minggu saje. Tempat nie macam ala2 Padang Besar kat Perlis, Betong kat Grik ataupun Rengit kat Johor. Lebih kurang je. Lepas subuh je terus kami gerak ke sana. Mengikut kata penduduk tempatan di sana, kalau nak ke Serikin kena pegi pagi2. Kalau tak nanti nk cari parking susah. Jadinya kul 6.30 pagi kami dah gerak dari Kuching. Alah, 6.30 tu kira normal kalau kat Sarawak. Bayangkan baru dok sana beberapa ari aku dah terikut dengan waktu di sana. Bangun dalam kul 4.30 pastu tido dalam kul 9.30 camtu. Hehehee....
Betullah seperti apa yg dikatakan. Time kami nak balik, masa tu dalam kul 10 lebih, mmg byk kereta yang beratur
Sebelum balik kenalah beli kek lapis dulu kan. Rugilah kalau gi Sarawak tak beli kek lapis. Kalau kat Semenanjung dijual dengan harga RM45-RM100, tapi kat sana cuma RM10. Murah aje kan.
Kalau masa datang setiap sorang hanya bawa satu beg sandang je, tapi bila balik.. faham2 jelah kan kalau dah pergi bercuti nie. Berbeg2 kitorang bawa balik. Mana taknye dengan sourvenirs, kain batik sarawak, kain pelikat, telekung, kek lapis, ikan terubuk... macam2 lah. Nak beli tuk diri sendiri, utk kenalan, utk sedara mara, pesanan orang lagi.. memang kenalah tambah utk luggage lagi.
Firas lah antara org yg paling excited sekali nak balik Semenanjung. Tengoklah aksi die tu..
Selamat tinggal bumi kenyalang. Moga kita berjumpa lagi di lain kali. Next time, by hook or by crook tetap nk cari obor2 gak!!!!!
2 comments:
kesian..xdapat mkn obor2 ye.nnt kite g len kali i'll make sure that obor2 must in the list k :)
wahhh gi sarawak...
seronokkk!!
nnt blh la mtk no.tepon tuan pnye homestay tu ek..hehe..
Post a Comment