Labor day yang lepas 3 hari 2 malam, 4 bukit ditawan. Bermula Jumaat malam, kami de makan2 di Kajang. Macam biasa abis je keje ramai2 konvoi ke sana. Bersempena dengan hari terakhir Hakim, iaitu student practical di RGS family dia ada wat makan2. Sempat gaklah kami sume dok berkumpul menyaksikan Maharaja Lawak. Abis je ML, terus sume gerak balik. Thanks to tuan rumah sbb menjamu dgn pelbagai makanan. Antaranya ada nasi arab, sambal udang, laksa, chocolate cake, rendang ayam, satay dll...
30 April, Sabtu
Around jam 8 pagi kami sume gerak ke destinasi yang pertama iaitu Fraser Hills. Sampai sana tempat pertama yg dituju dah tentulah kedai makan. Breakfast dlu. Nasi lemak kat situ memang sedap gile. Harganya pun berpatutan. Abis makan, jalan2 la apalagi. Kat sana byk gak tempat2 menarik yg boleh dilawat. De taman rama2, taman bunga, pemandangan yang cantik. Pastu sempat gak kami naik Paddle boat. Harga memang murah. RM6 utk satu boat selama setengah jam. Okey ape kan. Kalau setengah jam tu pun dah penat nak mengayuh apatah lagi satu jam kan.
Then, tengahari kami terus gerak ke Cameron Highlands. Perjalanan boleh tahan jauh gak. Dalam kul 5 baru kami sampai di sana. Sampai2 terus check-in hotel dulu. Kami menginap kat Country Lodge Hotel. Betul2 kat tengah2 pekan Brinchang. Dan betul2 berhampiran dengan pasar malam.
Last aku gi Cameron tahun 2008. Time angah nk konvo dulu. Time tu rilex je. Tapi sekarang sebelum sampai Ringlet lagi dah jem teruk. Mungkin sbb cuti lama kot. Pastu time kitorang nk gi pasar malam, perghhh.. memang menyesakkan. Tapi still enjoy. Makan pun murah. RM8 satu kepala leh dapat tomyam, sayur, telur, kerang bakar dengan kerabu dan termasuk minuman. Pastu sempat gaklah kami makan durian Cameron. Sejuk pun sejuklah!
Tapi kali ni aku pegi Cameron tak sempat ke mana pun. Kitorang sempat gi ladang teh dgn ladang strawberi je. Tapi tak berapa nk best sbb ramai gile orang. Jalan pun asyik jem je. Boringlah kan...
1 Mei, Ahad
Disebabkan banyak lagi tempat kami nak pegi so dalam kul 10 pagi kami dah check-out. Next destination adalah Bukit Tinggi. Tapi pada pendapat aku lah kan, tempat nie taklah menarik sangat untuk dilawati. Sebabnye masuk kena bayar. Satu kepala RM12. Tu tak termasuk kalau nk amik gambar pakai kimono. Tak termasuk nak tunggang kuda. Nak masuk taman arnab. Pastu harga makanan pun agak mahal sket. Lepas tu bukan ada apa yang menarik sangat pun. Entahlah.... aku tak berapa gemar. Aku rasa baiklah Fraser Hills lagi daripada Bukit Tinggi. Tapi takpelah. Kalau tak pegi, kite tak tau kan camne tempat tu.
Agak dah petang sket kami terus gerak ke Genting Highlands. Actually 2 minggu sebelum ni aku dah ke sana dulu buat pertama kalinya. Saje jalan2 buang tebiat. Agak stress bekerja then member2 agak buat keje gile. Abis keje terus naik Genting dengan baju keje. Dekat kul 12 malam baru turun balik. Sampai umah dah kul 1. Esoknya, ari Jumaat pegi keje masing2 rilex je. Makin bersemangat adalah. Hahahahah.....
Okey, sambung cite ttg percutian last week. Paling aku suka dah tentulah dapat duduk kat 5 stars hotel. Kami menginap kat Awana Golf & Country Resort, Genting. Wow... memang best gile. Rasa cam tak nak keluar pegi mana2 pun. Sayang nak tinggalkan hotel yg gah macam itu. Bayangkan utk peak season, harga paling murah iaitu bilik yg kitorang duduk boleh masuk 4 orang ialah RM495. Gila mahal! Dan harga utk hari biasa, RM250++. Kalau dah harga camtu, mmg macam2 lah kemudahan yg ada. Service pun memang terbaiklah!
2 Mei, Isnin
Lepas je breakfast kat hotel, terus check out dan kami terus naik ke Genting Theme Park. Ikut perancangan awal kami ramai2 naik sana dengan kereta terus. Tapi disebabkan dah menginap kat Awana maka kami sume dapat tiket free utk Skyway. Jadinya sume orang naik cable car. Walaupun orang ramai dan beratur panjang tapi sangat cepat okey. Baguslah camtu kan. First time aku naik cable car. Aku rilex je. Tak rasa ape pun. Cuba telinga je berdengung sket.
First kitorang decide nak naik Solero. Sorang kawan aku nie die awal2 lagi dah menyerah kalah. Tak berani naik. Dan aku nie excited nak naik. Bayar mahal2 takkan tak mo main sume kan. Rugilah. Jom tengok aksi aku masa nk naik Solero. Huhu...
Time tengah nk tunggu turn. Nasib baik tak ramai lagi. Makanya taklah lama nak menunggu.
Turn aku dah nak sampai. Time tu lak aku rasa sakit perut. Nervous sket. Huhu..
Yeah.. itu dia. Aku dah berada kat atas. 6000 kaki kalau tak silap aku.
Masa naik tu memang bestlah. Taklah laju mana pun jadi aku tak rasa apa2. Time naik atas tu time tulah sibuk berborak dengan orang seblah. Tapi bila turun ke bawah, hanya Tuhan je yang tahu. Macam nk gugur jantung dibuatnya. Mana taknya, die tak kasi apa2 isyarat kot. Sampai atas terus die berhenti lebih kurang 10 saat. Soh kite menikmati keindahan alam. Pastu tiba2 terus ke bawah. Mau tak melayang jiwa raga aku. Time tu aku rasa terapung betul. Seat yang aku duduk tu mmg tak rasa. Serious menakutkan. Tapi lepas nie kalau ada peluang, aku nak naik sekali lagi. Sebab rasa seronok sangat. Heheheheh.....
Abis je Solero aku dah jadi berani sket. Hilang terus rasa sakit perut. Lepas tu excited nak naik macam2. Roller coster, flying dragon, superman, macam2 lagilah. Tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan jadi mmg banyaklah yang kitorang tak sempat nak main. Rasanya ada lebih kurang 5, 6 permainan je kot yang sempat. Yang lain sume sbb malas nk beratur panjang. Orang memang ramai gile. Lepas tu ujan lak. Game yang terbang2 sumenya ditutup wat sementara. Yang sempat main bumper boat, masuk rumah antu, roller coster yang biasa2 tu, naik kapal terbang, naik boat, dinosour, apa ntah lagi.. lupa dah. Pastu selebihnya bergambar jelah.
3 comments:
amboii..staff RGS ni kemain berjalan yer...
ehem...jom join contest nih..hadiah besh....
http://tucintiut.blogspot.com/2011/05/2nd-ga-potretkan-aku.html
dis is my new blog..~niniey~
bestnyee...rindu nk gi genting lg lah..huhu..
Post a Comment