Sunday, October 11, 2009

Seminggu Bersama FPP

Juz nk review balik tentang program hari raya Seminggu Bersama FPP (Fakulti Pengurusan Perniagaan) bermula dari 3 - 10 Oktober. Dalam masa seminggu banyak program yg berlangsung macam program hari raya, seminar, konsert UNIC, career's day, solat hajat, catur bestari, erm.... banyak lagi lah. Tapi aku taklah involve dlm sume program, de lah dalam dua tiga program je macam:

1) Program Hari Raya : Jadi fasilitator utk LDK bersama anak yatim
2) Konsert UNIC: Peserta
3) Seminar Menjana Keunggulan Diri: Peserta
4) Solat Hajat: Peserta

Sekarang nie, nk post pic tentang program hari raya pada 3 Oct aritu. Ape yang berlaku sepanjang satu hari, dari pagi sampailah ke malam.


8:00 - 10:30 pagi

Pendaftaran



Tak cukup kat rumah, kat sana pun kami masih lagi berbincang



Khemah HRS (Human Resource Society) menang khemah tercantik



Antara khemah yang terlibat: MASA (Marketing Society), FIASSO (Finance Association, IBUC (International Business Club) dan INSSO (Insurance Society)


Berbaju merah tu, koordinator kami.. orang kuat HRS... En. Ahmad Fadhly. Yang pakai jubah tu PM Shahariah


Masa nie kitorang tgh iring anak yatim, tp masih sempat bergambar...



Suasana kemeriahan Hari Raya UiTM 2009


10:30 - 12:30 tengahari


Ceramah motivasi oleh Pak Tam



Tayangan video


12:30 - 3:00 petang


Persembahan tarian dari Kelab Warisan & Budaya



Jejaka Kacak + Gadis Ayu bersama Dato' Dr. Mizan dengan En. Nor Azman


Sesi beramah mesra bersama Dato' Pengarah + anak yatim sambil diperhatikan PM Zaiton (berbaju hijau) dan dijeling oleh Ziela (berbaju biru)


Persembahan nyanyian daripada Nana. Kalo sape2 tengok rancangan bintang kecil 2007 kat tv 9 dulu, yang dapat no. 2 tu.. adik Nana, Syaz nama dier.... adik pandai nyanyi, kakak pun pandai nyanyi....


Nak pergi tandas pun kena escort


Mengiringi anak yatim untuk sesi LDK

3:00 - 4:00 petang

LDK: Ice breaking... me in a group 1 as a faci



Tutup mata utk permainan 'Burung Mencari Sarang'



Anak-anak yatim yang sporting...



Time nie memang happening giler...



'Win-and-lose'... teka peribahasa



'Ketupat Beracun'.. apa agaknya yg diorang kena wat.....



En. Azree tu tengok2, mesti nak wat penilaian tentang kitorang


4:00 - 5:00 petang



Sesi bagi hadiah + duit raya. Dimulakan dengan kumpulan 1.....
(Fasilitator dari kiri: Ku Ai, Kyra, Aida, Sue)


Adik-adik... sila beratur yea...


Rasa macam dalam tv lak... YB bagi hadiah... huhu....


Menghantar anak2 yatim menaiki bas


8:30 - 11:30 malam

Konsert UNIC


Thursday, October 8, 2009

Nak balik tengok baby

Rasanya cam dah lama tak balik rumah. Raya pun dah nak abis. Orang len ari sabtu ahad gie open house, aku sabtu ahad kena attend seminar. Eii... bosannya! Sabtu nie de program pembangunan pelajar lak. Hopefully next week, takde apa2 program. So, boleh lah aku balik rumah. Actually tak sabar nk balik umah sbb tengok anak buah aku tue.. Mesti dah besar kan... Bak kata Kyra "agaknya bila you balik nanti, anak buah you dah masuk darjah satu dah pun"... wow! giler dahsyat kalo camtu. Tu tidak benar sama sekali. Aku akan pastikan minggu depan aku akan balik rumah....


Gambar nie di 'mms' oleh angah. Time nie baby baru je beberapa jam selepas dilahirkan.


Monday, October 5, 2009

Aku Dah Jadi Makcik....

Yeay yeay.... akhirnya aku dah dapat anak buah. Tanggal 4 Oktober 2009 bersamaan 15 Syawal 1430H, dalam kul 10:30 pagi camtulah. Pukul 5:49 pagi semalam aku dikejutkan dengan bunyi message dari abang long mengatakan "along dalam bilik penilaian sekarang nie, tengah buat pemeriksaan". Bile je aku baca message camtu mestilah dlam fikiran aku along bakal melahirkan cahaya mata sulungnya. Pastu dalam kul 10:30 abang long message lagi, dier kata along dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Masa tue aku dalam auditorium, de seminar. Waktu minum pagi je, terus aku tipon angah. Angah kata dier baru sampai kat Hospital Selayang dengan ibu, ayah dan boy.

Akhirnya along dah jadi seorang ibu, aku dah jadi makcik, ibu dan ayah dah jadi atuk dan nenek. Cucu sulung dalam keluarga kami. Nama yang akan diberi (mungkin dah bagi dah kot), Muhammad Izz Firas bin Shahlan. Maksudnya aku tak tau, tunggulah bile aku balik nnti aku tanya along. Tapi bila aku nk balik? Sabtu depan de modul PPKP, Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar. Next 2 week takut de class ganti lak. Tapi hopefully tak delah. Erm.. ape dier nak panggil aku ea nanti?... Tengoklah aku pun belum fikirkan lagi.

Sunday, October 4, 2009

Dah abis pun....

Lega rasanya bile event utk PD (Personal Development) nie dah abis. Tak yah nak pk ape2 lagi... Sponsor ke, goodie bag ke, duit raya ke, aktiviti ke... settle sumenya. Cume tinggal nk wat report je la. Oke, juz nk update ape yg berlaku spanjang ari Jumaat sampailah ari Ahad nie...


Jumaat, 2 Oktober

Ikutkan ari Jumaat aritu patutnye xde class tp kitorang kene wat rehearsal utk PD. Tp rehearsal tak seperti rehearsal pun. Kyra xde so Alice yg conduct sumenyer. Dier juz briefing ttg serba sedikit jer. Tugas2 yg dier bagi pun xbrp jelas. Then, dlm kul 10:30 gi CIMB tukar duit RM740 untuk duit raya. Nasib baik Ziela ngan Huda ade, dioranglah yang temankan aku gi bank. Giler nk tukar duit banyak tu sorang2!... Pastu balik rumah, then dalam kul 12 En. Azree call. Dier tanye pasal duit raya dan sape yg tak datang masa rehearsal tadi. So, aku pun ape lagi... jadilah reporter jap.. huhu... (^_^)

Pastu die tanya gak camne dengan preparation utk goodie bag. Aku cakaplah sume dah settle. Goodie bag kitorang pack utk 80 je pastu lebihnya letak dalam kotak dan bahagikan pada 3 buah rumah anak yatim. Tapi kotak tu aku tak balut. Bila aku cakap camtu je, terus En. Azree kata... "kenapa kamu tak balut?.. Tak properlah camtu. Kalo kotak tu tulis MILO ke, kopi RADIX ke, tak ke malu kita nanti".... Aisheman.... nie yg susah nie. Aku dh sampai rumah malas nk keluar beli pembalut. Tapi nasib baik de Syaza. So aku minta tolong kat dier je la tolong belikan.

Soalan paling takut aku nk jawab bila En. Azree tanya "camne dengan rehearsal?"... Mati aku!!! Ape aku nk jawab. So aku terus terang je la camne rehearsal tadi. Aku cakap kat En. Azree kitorang juz wat simulation utk 2 games je. Pastu tak wat pun full rehearsal. Lina tak jadi MC, abong tak baca doa, perjalanan majlis tak buat. Dan yg paling pnting aku ckp kat En. Azree, LDK dah bertukar jadi sejam. Terkejut dier!!!!.. Then, malam nnti dier soh aku explain smula kat dier aper yg terjadi.

Dalam kul 8:30 Dee dengan Mai sampai. Diorang datang nk tolong angkat barang gie kampus. Memang berat gilerlah kotak2 tue. Then, Khairuddin dengan Abong lak sampai. 3 kereta konvoi gi kampus antar barang. Actually ikut perancangan 2 kete je. Pastu bile Khairuddin cakap die naik Kancil, terpaksalah panggil Mai datang sekali. Kyra lak naik Neo of courselah tak muat gak.

Sampai kampus dlm kul 9 suku. Ingatkan En. Azree dh smpai tp rupanya belum lagi. Dekat 9 setengah baru dier sampai bawa majalah dari Karangkraf. Barang2 sume simpan kat level 6. Nak angkut punyelah berat. Empat lima kali gaklah turun naik lif. Dee dengan Mai lak awal2 lg dh chow. Anta barang terus chow...

Lepas dah packing barang2 sume aku, Kyra dengan Abong nk gi makan. Khairuddin xnak join katanya de hal, dier nk balik terus. Iye ke??... Ke takut gf nampak dier makan dengan kitorang. Ala ape nk takut, Abong ade. Sampai je kat bawah, tetibe je En. Azree tanya "nak makan kat mane? Jom.." Hehe... En. Azree nk belanja. Dan tiba2 je Khairuddin ikut kitorang sekali... Ayoyo tadi Kyra ajak dier tak nak. Memang sahlah takut gf die nampak. So kitorang makan kat De' Mamak je la, paling dekat.


Sabtu, 3 Oktober

Sebenarnya malas nk citer ape yg berlaku pada ari Sabtu semalam. Apa yang dirancang tak berapa menjadi disebabkan beberapa faktor. Banyaklah terutama dari segi pembahagian tugas. Sampaikan En. Azree panggil kitorang dan tanye apa yg dah terjadi. Erm.. dier pun tak tau nk cakap ape. Tapi aku rasa, sepanjang perjalanan event ari Sabtu tu, LDK yang paling best sekali. Anak2 yatim pun sumenya sporting giler cume adalah dalam dua tiga orang yg malu2... Ala biasalah tue. Then, penutup dlm kul 5 pastu terus kemas dan balik.

Tapi bukan boleh balik saje jer. Malam tue de konsert UNIC lak. Wajib utk sume pelajar PD. Aduhai... malas giler nak pergi. Dahlah penat yang teramat sangat. Kuatkan semangat jelah. Tapi gi konsert seronok, tak bosan. Iyelah... nyanyi nyanyikan. UNIC pun leh tahan kelakar gak. Die bukan setakat nyanyi tp pandai berinteraksi sekali. De video diorang yg dah aku rakamkan tapi dapat rakam kejap je sbb tipon xde memory card tu yg susah, memory asyik full je.





(p/s: gambar2 xdapat nk post. Sumenya kat Khairuddin sbb dier jadi photographer)



Ahad, 4 Oktober

Semalam konsert abis dalam kul 11:30. Abis je kitorang terus gi makan, lapar giler. Tapi kedai tu punyelah lambat serve diorang. Sampai rumah dekat kul 1. Pastu pagi tadi bangun kul 6:30 sbb de seminar kul 7:30... Huh... tapi hampeh! Datang2 penganjur tak ready lagi. Kaunter pendaftaran lom buka lagi, handout tak masuk dalam fail lagi. Entah aper2 ntah diorang nie.. Penat kitorang bangun awal, datang awal tp tak ready lagi sampaikan penceremah datang dulu drp penganjur.

Tapi nasib baik seminar nie tak bosan langsung walaupun start kul 8:15 sampai kul 4:30. Kelakar aderlah dan yg penting dpt banyak pelajaran dan pengajaran. Thanks to Encik Osman Affan!


Friday, October 2, 2009

Sakit Pinggang Gue.......

Hari nie memang penat giler... Pagi tadi kuar umah awal dengan Kyra konon nk beli tiket balik Seremban tp last2 minute tak jadi lak. Actually Kyra dier de hal kat KL so dier sorang je la balik Seremban. Camne nie... Utk esok punye acara, Kyra serahkan semuanya pada aku. Oh God!... Dahlah malam tu En. Azree akan tanye tentang rehearsal tu dan die nk tau camne flownyer. So dier soh aku fokus esok. Esok pagi dalam kul 11 En. Azree soh aku gi CIMB bank jumpe kawan dier, utk tukar duit raya. Banyaknye keje nk kena buat.....

Nie aku baru je abis set-up sume goodie bag dgn bantuan Ziela n Huda. Sakit pinggang kitorang nie... Naik juling biji mata tengok sume barang2 nie. Daripada buat lubang utk bookmark, then poton reben, Ziela decorate cawan, bungkus gula2, kire barang lagi.. erm... memang penat. Rumah pun dah tunggang langgang dah. Dah xserupa umah lagi... Esok pagi2 de rehearsal then banyak barang kitorang nk bawa ke kampus nie. Tak tau camne. Malam tue, dhlah kene gi kampus lagi utk hantar barang. Hantar barang je xpe, nie kena susun balik utk sponsor dari Karangkraf.


Wednesday, September 30, 2009

Busy Dengan Event

Minggu nie agak buzy sket almaklumlah event this saturday, so macam2 nk kene settle dlam this week. Penat memang tok sah cakaplah. Arini patutnye leh balik kul 2 tp kul 5 gak baru leh balik. Iyelah, nk kene pegi amik calendar, then jumpe lec utk bincang pasal event nanti..... macam2lah. Rindu nk balik awal (^_^)... Semalam, Dee datang dengan Mai anta barang2. Memang banyak gilerlah, berkotak2. Penat kitorang angkat kotak2 tue. Tu de lagi tu barang yang belum sampai. Pastu terus kitorang susun sume barang dan decorate mug (tapi bukan akulah yg decorate). Penuh gaklah hall kitorang dengan goodie bag.




1. Mug tu Ziela yang decorate. Cantik kan...
2. Barang2 utk cenderahati anak-anak yatim
3. Goodie bag sponsored by ASWARA


Esok lak nk gi bank tukar duit sbb nk bagi duit raya kat anak2 yatim. Khamis nie rasa tak de apa2 kot cume Jumaat nie lah mesti lagi penat. Pagi de full rehearsal mayb sampai tengahari. Then, petang ikut Kyra balik Seremban sbb dier nk amik kereta tp mungkin aku tak dapat balik umah. Sob.. sob.. sob.... Iyelah pas amik kete terus gerak balik ke Melaka sbb malam tue nk kene anta barang ke UiTM, pastu nk susun barang lagi sbb sponsor daripada Karangkraf, ari Jumaat malam baru dapat. Dahlah pagi2 Sabtu dah kene berkumpul kat kampus walaupun slot kitorang start kul 12:30. Sampai ke petang lak tu nk tunggu. Malam de konsert daripada UNIC tapi nasib baik kitorang yang fasi nie tak diwajibkan pergi. Cume ari Ahadnyelah wajib dari pagi sampailah ke petang kene attend seminar. Boringlah!... Mesti penat giler.... Next week byk test lak, assignment lagi... Final de lagi lebih kurang 3 minggu.... Takutnye....


Sunday, September 27, 2009

Bengong Punye Bas!

Eee.. geramnye aku! Kul 5.40 lg dh smpai kat Terminal 2 nie sbb bas kul 6. Tunggu punye tunggu punye tunggu, bas tak sampai2 lagi. Then, dlm kul 6.20 angah gi tnye kaunter. Tau ape die ckp? Die leh kata bs aku dh lepas. Hello... excuse me!!! Aku tgu kat sne punyelah lama dgn angah dgn boy, die leh kata bas dh lepas. Siap ckp lg tu yg dreber bas kul 6 td dh panggil berulang kali. Entah bile masa die panggil pun aku xtau. Aku de gak npk satu bas td. Tp bas tu xsilap aku kosong dan xpanggil pun pnmpg2nye.
 Then die leh ckp, bs tu dr Kangar. Xpenah aku naik bs dtg dr Kangar. Geramnye aku!!..


Skrg nie aku dlm bas ke Melaka. Geram punye pasal, sampai tak sempat nk tunggu sampai rumah nk post kat blog nie. Guna handphone pun jadi janji dapat lepaskan geram. Dapatlah naik bas kul 6.30 punye. Huh.... 6.30 lah sangaattt... Kul 7:05 baru jalan. Lembab... terhegeh2! Tu pun puas angah bebel kat org tu. Thanks angah.. Kalo x, npk gaya esoklah aku blk. Dan tu pun nasib de kosong.

Geramlah aku dgn transnasional ni. Dah banyak kali terkena. Jgn smpai aku komplen dalam sok khabar... Beng-ong punye bas!!..


Kembara Raya - Part 2

Penatnye.... berlepas dari Perak tadi kul 5 setengah then sampai Seremban kul 11:30 malam. Tapi actually aku taklah rasa penat sangat sbb bukannye aku yg drive. Hehe.... Semalam lepas je turun tol Kuala Kangsar, tengok signboard menghala ke Gerik de lagi 150km. Fuh... jauh giler. Kalo ikut highway 150km tu kira kejap je tp kalo dh jalan sempit, gelap, bengkang bengkong, turun naik bukit hmm.... memang penatlah, dahlah time tu malam. Tu belum sampai ke tempat yg dituju lagi, Pengkalan Hulu.. memang jauh.

Ibu pula memang nampak cam seronok je. Iyalah, selalu kalo balik kampung ayah kat Johor tu ibu akan tido sekejap dlm perjalanan. Tapi bile nk ke Utara nie, ibu tak tido sangat. Berborak pun leh tahan gak. Agaknye excited kot nk jumpe adik beradik walaupun time kenduri kawin along aritu diorang dh berjumpa. Tapi tak sume yg ade. Adik beradik ibu yg datang. Yang ada cuma mama, auntie, omm, pak tam and of courselah pak ngah kan sbb dier tuan rumah. Actually pak su n family pun patutnye ade tp kebetulan lak pak sedara maksu meninggal dunie malam tue. Jadi terpaksalah paksu balik semula ke Taiping.

Sampai2 ingat nk sewa hotel, iyelah kalo musim kenduri kan dah tentulah rumah pun penuh. Lagipun kitorang tak beritahu awal2 nk datang. Tapi hotel lak dh tutup. So terus tipon Chik, tanya jalan menghala ke rumah, almaklumlah mereka nie dah pindah ke rumah baru. Sampai je kat rumah, ibu zah terus tanya:
"Hangpa makan lagi dak?"

Ha.. camtulah ayatnye. Atau dlm bahasa biasa, "korang dah makan ke?"... So Nuar ape lagi dah tentulah die kata belum. Dengar je jawapan Nuar, ibu zah terus masak nasi. Dalam kul 1 pagi tu, kitorang makan nasi berlaukkan ayam goreng, sambal tumis telur, sambal belacan, rendang daging. Walaupun simple jer, tp sedap. Baguslah ibu zah nie... Dah tengah2 malam pun masih sempat masakkan utk kitorang padahal esok pagi nk kenduri tu.

Pagi tadi pas bangun tido, terus gosok baju. Kalo gosok lambat2 kang susah. Then, terus tolong mama wat sarapan. Aku goreng roti telur. Pas makan, kopek kerang lak. Hmm... jenuh gaklah nk kopek. Satu periuk besar... giler tue.... Tapi nasib baik de Mak Long Leha dengan Mak Lang Maria yang tolong sekali. Cik Za pun de gak tp on off la...

Actually sebenarnya hari nie majlis pertunangan Chik. Sambil tu wat majlis rumah terbuka sekali. De laksa, mee kari, nasi tomato (iyer ke??... aku pun tak sure nasi ape tu), nasi himpit, ketupat palas, banyaklah. Tu belum kire keknye lagi. De kek batik, kek mentega, kuih ros, macam2 lagi la. Hui... tok sah cakaplah memang meriah giler. Agaknye kalo orang tak tau mesti diorang igt de majlis kahwin tak sbb Chik pun dh gaya nk bersanding, tinggal nk salam tok kadi je. Hehe..



Tema: Purple + Orked




Inilah orang yang diraikan
.....



Hantaran dari pihak perempuan colour purple, kalo tak silap aku de 14 kot hantarannye... kalo tak silaplah. Yang aku tau de sirih junjung, cincin, buah2an, biskut, kek, kain... dan lain2.




Dari pihak lelaki lak hantarannye aku tak sure berapa dulang. Yang aku tahu cume warna biru je. Hehe.... Ade coklat, kek, buah2an... manisan lah kot yg banyak. Iyelah majlis bertunang kan. Kata orang tua2, majlis bertunang hantarannye eloklah yang manis2 mcm makanan supaya hubungan tu pun jadi manis selalu. Kalo majlis nikah nnti baru bagi yg betul2 punye macam kasut, handbang, alat solek, jam dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.

Erm.. berbalik citer hantaran Chik tadi, yg belah lelakinya angah tak snap lak gambar2 hantaran satu persatu. Tapi yg cume satu je iaitu cincin. Cincin nie unik sket... Asyik berkelip2 jer.. Kejap biru, kejap hijau, kejap kuning. Aku pun tak tau camne dier leh bertukar warna. Pakai bateri kot. Sampai Damia pun terpegun dengan 'kekelipan' cincin tue. Tertonggek2 dier tengok sampai aku kena pastikan yg dier tak mengapa-apakan cincin tersebut dan barang2 hantaran yang lain.




Kalo hantaran dari pihak perempuan dh colour purple, of courselah tema utk majlis tunang nie pun colour purple gak. Tapi aku dengan angah lain plak citernye. Kami berdua pakai baju colour hitam. Sampai Cik Za ingat yg tu baju tema raya kitorang tahun nie. Oh tidak... itu baju lama lah Cik Za, baju tue zaman aku diploma lagi kot.



Sama tak baju kami?.. Orang sume pakai purple, tp kami pakai hitam.. hehe...



Tak pe tak pe.... de gak lagi sedara mara yg tak ikut tema. Tak kisahlah baju colour ape pun, yang penting gambar kena ambil. Hehehe....



3 dara pingitan







Nie pun 3 dara pingitan gak...



Kami kalo bab bergambar memang nombor 1, macam2 posing yang nk wat. Nie antara salah satunyalah....



Bersama anak menakan kami, Aqil Zikri


Kalo belah ibu, memang ramai anak2 kecik tak kiralah adik sedara ataupun anak buah. Tapi anak buah setakat nie baru sorang la kot. Lagi sorang on da way.... (hehe... tak sabar nk jadi makcik).



Yang kiri tu gambar aku dengan Irfan,
yg comel lote tak pakai baj
u cam anak mat salih nie Shazzy



Inilah anak buah kami, Aqil bersama mummy nye dan auntie2 nye...





Corat-Coret



Dalam kul 5 kami bertolak balik ke Seremban. Tapi sebelum tu, cam biasalah salam2 sume orang, then amik gambar. Ala... tak dapat nk post gambar kitorang ramai2 sbbnye gune camera abang chaq, Malek... Tak tau cane nk amik. Hopefully kat blog chik nanti, dier postlah gambar tu, dpt gak aku amik. Nak balik pun satu hal gak. Irfan die nk ikut kami balik Seremban walaupun tanpa ibu dan ayahnya. Tak nak hancurkan harapan dier ayah pun bawalah Irfan dengan Sazzy sekali jenjalan kejap naik kereta kat kawasan rumah tu. Then, bile dah sampai Nuar anta Sazzy pada auntie. Sazzy dier okey, dengar kata sket. Tapi Irfan nie die manja, tak nak turun kete. Sian omm, sampai kene pujuk dier. Pas je omm dukung dier, terus dier tak nak tengok muka kitorang. Nak babai pun tak nak. Merajuklah katakan.... Yang penting.... aku cam biaselah still lagi dapat duit raya. Tak kisahlah balik selatan ke utara ke duit raya tetap ada. Alhamdulillah.....


Friday, September 25, 2009

Kembara Raya - Part 1

Actually sekarang nie on day way nk gi Perak. Erm.. Perak lagi kan padahal semalam baru je balik dari Perak. Tapi semalam pegi Trolak, arinie nk ke Gerik plak. Nampaknye 2 hari berturut2lah lalu highway menghala ke utara nie. Kelakarkan.... Patutnye leh terus ke Gerik tp kitorang balik Seremban dulu. Sebenarnya ayah keje arinie tu yg kena ulang alik tu. Sebenarnya tak rancang pun nk ke Gerik, tp last minute ayah kata nk ke sana lak. Dalam kul 6 td baru kitorang gerak. Lagipun esok de majlis pertunangan Chik.

Sekarang nie masih dalam perjalanan tp kitorang berhenti jap kat R&R Rawang nie. Sambil orang len gi semayang maghrib, aku cam biaselah sempat gak post kat blog nie. Huhu.... Okeylah, nanti dah abis majlis leh sambung citer lak.

....to be continue

Thursday, September 24, 2009

Raya di Perak

Syawal ke-5 raya di Perak, rumah mertua along. Bertolak dari Seremban dalam kul 12 then singgah R&R Dengkil jap. Makan tengahari ke?? Erm.. bolehlah. Tapi aku just makan yong tau fu je. Ayah dengan angah je makan nasi. Ibu pun makan yong tau fu. Nuar dier sume die makan. Yong tau fu makan, sizling mee pun dier makan. Boy die tak pergi, keje....

Sampai Trolak dalam kul 2:15. Sampai2 je terus makan tengahari. Erm.. leh tahan makan kat rumah abang long nie. Ade sup ayam, ayam panggang, kari ikan, sambal udang, sambal belacan dengan kacang botol, ikan goreng, gulai nangka... erm banyak lagi la. Dioarang nie actually de bela ayam, so juz tangkap dan sembelih je ayam tu kalo nak makan. Utk makan tengahari nie adalah dalam 10 ekor kot kena sembelih. Menurut pak cik Basri, iaitu ayah abang long, dier kata ayam kat rumah dier ade lebih kurang 100 ekor. What??? 100 ekor??.. Terkejut aku. Dahsyatlah diorang nie. Along bawa gi tengok reban ayam kat belakang rumah. Leh tahan besar gak reban tu dan yg penting ayam2 nie sume sihat2 belaka.

Lepas makan tengahari, jalan2 gi sungai kat belakang rumah. Teringin gak nak mandi kat sungai tu tapi abang long tak kasi. Tak pelah... nak wat camne kan walaupun abang long dapat mandi dengan yang lain. Ish ish ish..... Tapi tak nak kecewa, aku juz main air je lah plus amik gambar sekali. It's okey janji dapat rasa airnya yang sejuk tu.

Bertolak balik Seremban dah petang. Dari Trolak dalam kul 5. Highway okey kereta banyak tapi tak jem. Cuma kat Lembah Beringin lak yg tetibe jem. De accident, treler langgar kereta. Rasa2 nye accident tu cam baru je lagi. Erm... ape2 pun berhati2 lah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat.


Tuesday, September 22, 2009

Raya di Johor

Hari ini dah 3 Syawal. Bermakna sekarang nie aku dah berada di Seremban. Actually malam tadi baru balik dari Johor, dekat kul 1:30 pagi kitorang sampai Seremban. 1 Syawal aritu raya kat Johor. Lepas je dari Simpang Renggam, terus ke Kluang. Then, dalam kul 4 ptg terus gerak ke Kota Tinggi. Pergi sana ikut Kulai so jalan pun jem. Accident tok sah cakaplah, memang banyak.

Sampai rumah pak long dekat nk maghrib dah. Sampai2 je terus makan. Kalo kat umah pak long makan memang bestlah. Tapi untuk raya mesti lagi istimewakan. Erm.. apalagi kalo bukan ayam bistik. Memang meletup!!... Pastu malam main bunga api. Actually aku tolong tengokkan Aiman dan Fiqa tapi dalam masa yg sama sempat gak main sekali. Huhu....

Erm.. raya kat Johor memang meriah compare kat Seremban. Iyalah... raya kat kampunglah katakan. Orang main bunga api, mercun... berdentam dentum sana sini tak kira masa, memang happening tambah lagi kalo kat kampung de pasang pelita. Lagilah terasa meriahnya. Kalo kat bandar susah nk dapat. Kalo ade pun yang moden punye, bukan pelita minyak tanah. Tak syoklah. Lagipun kalo kat Johor, time raya ade marhabban dari rumah ke rumah. Kalo tak malam raya mungkin pagi raya. Kat tempat lain tak tahu la ade ke tak. Tapi rasa2 nye tak de kot.....

Dan yang paling best kalo balik kampung dapat duit raya. Hehehe... Walaupun aku nie bakal menginjak ke usia 24 tahun bulan depan (jangan lupe bagi hadiah),.. tapi masih lagi dapat duit raya. Setakat nie jumlah duit raya yg terkumpul genap2 RM100. Okeylah tu, di usia yg dah lanjut nie. Lanjut ke???... Alhamdulillah... terima kasih kepada yang memberi. Mudah2an tahun depan kalo de rezeki lebih leh hulurkan lagi ya....

Selalunye kalo balik Johor, mesti nk bergambar kan. Tapi tahun nie takde lak gambar kat Kluang. Iyelah kami sampai pun dah petang, jadi mungkin masing2 dah kepenatan. Lagipun, Afiq si jurugambar kami, die pun dah nampak letih... almaklumlah bak kata mak uda malam raya tu yg lelakinye sume tido lambat sebab tengok bola., MU vs. Manc. City kot. Entahlah... aku pun tak sure sbb aku xminat bola. Tapi tak pe, aku nk post gak gambar raya tahun lepas. sbb tahun lepas kitorang sume sedondon.... chealsea team...


With our cousin beraya di Johor


2 Syawal kitorang dah balik. Dari Kota Tinggi kul 3:30 tp sebelum tu sempatlah bergambar dulu. Wajib tu tiap2 tahun amik gambar.... Then, terus gerak balik. Tapi jalan.......... ya Rabbi... memang jem teruk. Dahlah ujan pun leh tahan lebatnya. Patutnya dari Kota nk ke bandar ambil masa setengah jam je tapi dekat 1 jam setengah kitorang terkandas kat tengah jalan. Accident sana sini. Dan yg paling membuatkan aku sakit hati bila ade pemandu2 yg tak bertimbang rasa nie memotong di sebelah kiri. Kebanyakannya Chinese, Singaporean lak tu. Tp de gak orang Melayu yg wat cenggitu. Diorang tu yg sebenarnya membuatkan jalan bertambah sesak.


On da way nk ke Kluang semula, singgahlah umah Usu dulu. Lama gaklah dekat umah Usu, lebih kurang 2 jam. Abang Zahar n family pun de skali. Lepas maghrib terus bertolak ke Kluang, umah mak uda semula sbb nk amik barang. Sebelum balik, cam biasa singgah umah mak ndak dulu. Dalam kul 10:30 malam, baru gerak masuk highway.

Hari ni 3 Syawal. Tengahari tadi Acik Nazri dengan family datang umah. Adik die dari Penang pun de skali. Die tipon ayah nk datang dalam kul 3. So, ade masa lagilah nk masak. Angah dah masak utk makan tengahari, so aku lak kena masak utk tetamu nnti. Ingat nk masak kul 1:45 td tapi angah kata awal lagi. Okeylah... kul 2 lah masak.

Tapi tetibe ayah kata acik nazri dah sampai. Kelam kabutlah kitorang. Ibu dahlah keje, along lak baru je berlepas ke Trolak pagi tadi balik umah mertuanya. Tapi nasib baik aku dah sediakan bahan2 nk masak. Selamatlah sket.... Petang kang mungkin kawan2 Nuar dari PD lak nk datang. Hari raya kan... nampaknya kenalah bersedia selalu. Pinggan, mangkuk, cawan, gelas sume kene prepare. Air batu pun kena sediakan juga... huhu.....

Tahun nie tema warna kelabu kecuali along & husband je la... purple



With my niece... Afiqah Amani & Aisyah Umaira



Raya di Johor



Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga


Sunday, September 20, 2009

Balik Kampung

Balik kampung.... ooh ooh ooh balik kampung.... ooh ooh ooh balik kampung.... hati girang....

Actually skrg nie dalam perjalanan balik kampung. Kitorang bertolak dalam kul 10:30 pg tadi. Lepas je sembahyang raya dan bermaafan-maafan, terus gerak. Sekarang dah de kat Simpang Renggam, ziarah kubur arwah atuk Harun. Yang lain2 sume de kat kubur kecuali aku, along n angah. Almaklumlah cutilah katakan. Lepas nie nk ke Kluang plak. Then, ikut perancangan nk terus ke Kota Tinggi. Tapi tak tau lg bile.



Saturday, September 19, 2009

Di Malam Raya

Esok dh nak raya. So malam nie mesti ramai yang tengah wat preparation kan. Angah tengah gosok baju, along tengah masukkan duit raya (utk aidah lebih sket ye.. huhu....), ibu pun sama gak, masukkan duit raya. Ayah keje, nuar tido. Boy dengan abg long main game. Dan aku??? Biasalah kena update blog dulu walaupun di malam raya ini. Kwang, kwang kwang.....

Sume dah disiapkan tinggal nk masak lodeh je. Semalam tolong along anyam ketupat. Erm.. banyak giler ketupatnya. De 88 kelongsong tp yg masak cuma 40 je. Lebih tu simpan dulu. Pas raya leh rebus lagi. Petang tadi masak sambal goreng, kimcam, rendang ayam, sambal kacang, pe lagi ea... tu je kot.


Yang kat luar tu, ketupat yg aku anyam. Dalam baldi tu along yg anyam. Gambar seblah tu lak nk bagi jiran2. Namanye "ngunjung"


Esok nk balik kampung. Balik mana lagi kalo bukan Kluang, Johor. Rasanya tiap2 tahun wajib kot balik sana. Iyalah... ayah nak melawat kubur. Then, leh melawat sedara mara. Dan tahun nie gak ayah nak gi Kota Tinggi. Tapi... baju lom gosok lagi. Tak pe, tak pe... Jap gi leh gosok. Nasib baik angah dah gosokkan baju utk boy n nuar plus ayah nyer skali. Huhu.... so aku gosok yg pompuan punyer je lah.

Apa2 pun selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sume umat Islam seluruh dunia dan semoga syawal kali ini lebih bermakna dan diberkati. Amin~

Thursday, September 17, 2009

Again

Pagi tadi gi MC Kyra anta. Ziela, Huda n Abid pun ikut skali. Patutnye Syaza pun de tp ntah camne dier leh call teksi lak. Padahal masa aritu dh kata nk balik skali. Erm.. agaknye dia tak dengar kot. Takpelah... Sampai MC dalam kul 8:50. Aku dh nmpk dah bas ke Seremban. Pe lagi kalo bukan transnasional. Tapi tetibe lak driber bas KL yg dua tingkat tu dia panggil.

"Ha... Seremban... Seremban... Seremban kul 9"

So, aku cam pelik sketlah. Tapi aku tgok ramai gak yg naik then aku pun ikutlah skali. Pakcik tu kata:

"Nanti saya panggil turun, turun ya"

Owh okey... dah smpai Seremban mestilah die panggil turun kan. Tak pelah camtu. So, aku pun naiklah bas ke KL tu. Dok lah tingkat atas. Dok kat atas tu punyelah bosan. Kata bas kul 9 tp dlm kul 9:40 baru jalan. Lambatnye. Dahlah depan tu de roadblock JPJ. Lagi lambat.

Elok je keluar MC ape lagi aku pun smbunglah tido. Ngantuk giler... Then, tetibe je aku sedar dah sampai Batu Berendam. Depan tu de airport. Aik, pelik nie. Dan lagi pelik aku tengok ramai yg turun. Nasib baik aku perasan perempuan yg naik sama dengan aku tadi. So aku tgk dier turun aku pun turunlah. Sampai kat luar pakcik tu kata:

"Sapa pergi Seremban, naik bas nie ye!"

Oh gitu plak. De la dekat 11 orang naik bas ke Seremban tu. Then, bas ke KL tu pun chow. Tinggal kami yg 11 orang nie je kat Batu Berendam tu. Erm... tak taulah pe yg terjadi sebenarnya. Mungkin bas ke Seremban yg aku tgk kat MC td tu rosak kot, tu yg dier bawa kitorang di Batu Berendam naik bas KL tu. Tak pelah janji aku skrg dh selamat sampai di rumah. Cuma yg aku tak puas hati tu semenjak dua menjak nie perkhidmatan bas transnasional tak memuaskan.

Erm.. lupa lak nak mention. Mulai skrg sume bas express dh dipindahkan ke terminal 2 sekali dengan bas city liner. So, masa sampai kat terminal 2 orang memang ramai giler tak mcam slalu yg tak pernah ade orang. Ramai yg menunggu bas. Skrang siap dh de announcement lagi. Marrybrown dah ade. Aku rasa tak lama lagi memang penuhlah terminal 2 nie macam terminal 1 gak.


Finally...

Hari ni tamatlah segala presentation, test or assignment yg perlu disettlekan sblm raya. Erm.. tu sebelum raya punye citer, lepas raya nnti banyak lagi yg menanti. Ape2 pun rasa lega dh bile test eco abis pg tadi.

Pagi tadi dtang class juz utk test je. Actually de class HRD tp dibatalkan. Kampus pun sunyi je tak macam slalu, berebut naik lif, bising. Mungkin dh ramai yg balik raya kot. Walaupun arini class satu je, tp aku cam biasa lah tetap kena stay dgn Kyra smpai petang. Sebab apa? Dah tentulah sbb event kitorang pd 3hb nanti.

Abis je class terus gi kedai kalendar nk tengok draft. Cantik gaklah kalendar tu. Salute lah kat akak Niza tu sbb walaupun die baru create malam tadi tp still menarik. Then, bincang dengan akak tu pasal bookmark pula.

Abis bincang terus gi jumpa En. Azree tp die takde kat bilik sbb ada class. Then, aku dgn Kyra tunggu lah kat luar tu. Dekat sejam gaklah baru En. Azree sampai. So bincang utk kali terakhir dgn En. Azree pasal kalendar n bookmark, dari segi harga, kuantiti dan macam2 lagilah.

Abis je discuss dekat kul 3, gi balik kedai tadi utk finalizekan sumenyer. Bayar dulu deposit then lepas raya dah leh amik. Actually ari Jumaat nie dah leh siap tapi sape lak yg nk amiknye. Sume orang dah cuti. So tunggu lepas raya.

Balik umah dalam kul 4 pastu keluar balik gi TESCO. Arini buka pose kat Mahkota Parade makan kat chicken rice shop. Abis makan dalam kul 8:30 balik umah. Sampai je rumah terus tido dulu sbb penat.

Esok dah nk balik. Actually Kyra ajak balik dengan dier tapi tak naklah. Tiket aku dh beli awal2 so sayang pula. Lagipun kalo naik bas dapat rasa suasana raya sket. Huhu.... so esok gerak dengan Syaza, bas dier pun kul 9 gak. Then, Ziela pun nk joint skali katanya. Bas kul 10. Abid n Huda bas bile2 leh naik. So maybe gerak sekali kot sumenya.


Tuesday, September 15, 2009

Mari Bergambar.....

Lega sket bile presentation utk staffing dh abis. Smalam prepare wat role play sampai kul 3:30. Dahlah de test utk performance. Kunci jam nk bgn kul 4.30 sahur tp last2 tertido smpai ke pagi. Laptop tak tutup, lampu bilik tak tutup smpaikan atas tilam nie pun bersepah dgn barang. Malam tadi siap tido dgn gunting, air kotak, notes... dahsyatlah. Nasib baik tersedar kul 7 kalo tak mmg susahlah.

Arini kitorang de sesi bergambar. Ramai yang pakai kale pink. Tapi actually kitorang satu rumah mmg dh rancang nk pakai pink utk presentation. Cuma tak sangka lak ramai gak yg pakai kale pink. Takpelah, npk cantik sket kan.

Pinky Gurlz



Seorang jejaka diapit oleh 6 jelitawan... huhu....



Left to right: Huda, Aida, Farah, Ziela



Lihatlah aksi2 kami....



Cuba teka yang mana satu En. Azree, our lecturer...


Kalo ikutkan arini class abis kul 2.30 then cadang balik nk qada' tido puas2 sbb sok de test utk eco lak. Hurm.. tak de maknanya! Sibuk dgn event utk ari raya nanti tak dapatlah balik awal. Abis class terus jumpa En. Azree bincang pasal event. Then, gi HEA nk minta sponsor lanyard. Tapi tak dapat sbb takde peruntukan. Pastu turun bawah lak, gi kedai nk tempah calendar. Mula2 cadang nk confirmkan tempahan je, anta gambar esok. Tp kalo anta esok ari Jumaat baru leh tengok draftnye. Hari Jumaat cane lak, sume orang dah balik. Nak tak nak kenalah tunggu kat kedai tu 2 jam setengah utk tunggu email daripada Dee. Actually gambar kitorang tu kat Dee sbb pakai camera die. Die terlupa nk bawa kabel so takleh transfer gambar. Tu sbb lah die kena email.

Then, dh settle kat kedai tu kena lak jumpa En. Azree nk bincang smula dengan dier sblm kitorang wat final decision. Bincang dengan En. Azree pun ambil masa yg lama gak. Last2 kitorang balik rumah kul 6. Dapat tido sekejap jer... Takpelah.


Sunday, September 13, 2009

Parit Jawa, Batu Pahat

Pagi tadi dalam kul 8 ayah kol. Ayah cakap ayah nk gi Batu Pahat nk beli kerepek. What?? Kerepek?! Jauhnye nk cari kerepek smpai ke Batu Pahat. Erm... ayah mmg gitu. Nk cari kopi pun kena smpai Muar. So bile ayah ckp nk cari kerepek kat Batu Pahat tu aku tak rasa pelik. Jadinya ayah cakap kejap lg ayah akan smpai ambil aku. Aku sbnrnye malas nk pergi. Keje byk tak siap lagi. Dahlah aku rasa ngantuk yg teramat sgt. Malam td tido kul 4 wat report staffing. So, ayah cam biasa lah bila aku cakap tak nak pergi ayah nk create alasan. Ayah kata, "nanti angah ko sorang2 lak". Okey fine.... aku ikut jelah..


Lepas je ayah tipon aku tido balik. Ala aku tau walaupun ayah kata kejap lagi ayah smpai belum tentu akan smpai lagi. Dah tau dah... Then, around kul 9 aku pun dengan senang atinye bangun, mandi, gosok baju dan sempat lagi kemas barang utk diangkut bawa balik. Dah siap awal2 ayah still tak sampai2 lagi. So sambil tunggu ayah baik on9 dulu. Tengah2 on9 rasa ngantuk lak. Sempat gaklah aku tido2 ayam. Dekat kul 11 ayah sampai. Then, lalu AMJ ke Batu Pahat dlm 2 jam. Smpai kat Parit Jawa terus survey kerepek2 kat situ. Tapi aku taklah survey sgt juz ibu n angah je. Ayah pun jalan sekejap je. Nuar lagi lak. Tunggu dalam kete, tido. Aku juz tunggu kat tepi tu smbil memerhatikan gelagat orang. So aku tak sure sgt ibu beli kerepek apa. Yang aku tau satu beg plastik besar yg berat yg de kerepek ubi, kerepek pedas, batang buruk, popia.... apa ntah lagi....

Then, sebelum balik dalam kul 3 tu singgah pasar kat Parit Jawa. Ayah n ibu masuk pasar. Aku jenjalan dengan angah kat bazar ramadhan depan pasar tu. Tak beli apa pun juz beli kuih tepung gomak yg susah nk dpt kat Seremban. Tapi kat Parit Jawa nie melambak2. Cume yang kurang, lauk pauk je. So sblm anta aku balik ayah tanya nk singgah bazar kat Melaka tak. Memandangkan time tu dh dekat kul 4 ptg so tak yahlah. Nanti kul bp lak ayah nk balik rumah. Dahlah kat rumah ade boy. So aku balik terus masak je.


Arini turn aku masak. Juz masak sardin, telur goreng dgn sayur campur. Tu jer..... Pastu lepas makan tido jap. Memang penat.... Mulai esok kena strunggle lebih sket sbb macam2 assignment, presentation dan test yg menanti.

Friday, September 11, 2009

The End of PD's Presentation

Yea yea! Presentation utk PD (Personal Development) dh abis. Bestnye rasa. Arini dtang class smata2 nk present je. So bile dh abis lega rasanye. Igtkan balik nk smbg tido tp xleh lak. Tu yg update blog jap. Dahlah malam td tido kul 6 bgn kul 7. Nk present punye pasal mmg nervous. Nervous bkn sbb ape sbb takut kena tanya soklan yg bukan2. Dahlah aku dgn Kyra group yg terakhir. So mmg banyaklah soklan yg ditanya. Nasib baik En. Azree tak tanya soklan yg pelik2. Huhu.... Malam nie nk prepare presentation utk Staffing lak. Iye ke?... Tengoklah dulu... Hehe....

Tuesday, September 8, 2009

Dateline

Dateline dh nk dekat nie. Hari2 ade je yg kena buat. Sumenye nk kene settlekan sebelum cuti raya. Rasa2 nye hari2 aku tido kul 4 pg bangun kul 6:30 pg. Dapatlah tido dlm 2 jam lebih. Tu pun tido2 ayam je kot. Kat class tok sah citerlah, memang mengantuk giler especially class HRD. Then, balik class slalu dlm kul 4:30. Kdg2 balik terus masak. Malam nk kena study. Tensionnye.... Tak pelah, kenalah berkorban sket kot. Nama pun student. Lagipun eloklah kalo sume settle seblom raya. So nanti raya taklah tension sangat.

9 September - Test HRD
11 September - Presentation PD
15 September - Presentation Recruiting
15 September - Role play goal setting interview
15 September - Test Performance
16 September - Test Economics
16 September - Due date for Economics group assignment

Banyaknya nk kena buat. Tak sabar nk tunggu 17hb tu sbb nk balik Seremban. Tiket bas kul 9 pagi. Dahlah lepas raya pun de presentation lagi. Pastu elok je pas raya, de event utk anak2 yatim. Kena jd faci. So lepas raya, 2minggu tak leh balik. De sambutan hari raya [Seminggu bersama FPP].

Monday, September 7, 2009

Weekend Activity - Part 2

Sekali lagi aku gi Jonker Walk. Tapi kali nie dengan housemate except Abid. Actually kitorang gi tengok wayang. Citer Final Destination 4. Fuh... memang dahsyat giler la citer tu. Mengerikan! Kitorang tgk midnight punyer, kul 12. Tapi dalam kul 9 dah kuar rumah sbb takut tiket habis. Tu pun kitorang dpt tempat duduk no 6 dr depan. Nasib baiklah tak mendongak sangat.


Then, dh beli tiket kitorang tak tau nk ke mana terus je la jalan kaki gi Jonker Walk. Ramainya orang kali nie. Compare last nite malam nie lg ramai. Mungkin malam minggu kot. Macam biasalah aku tak beli ape pun. Huda n Ziela je yg beli barang. Then, dalam kul 11:30 patah balik pegi Dataran Pahlawan.

Balik rumah dalam kul 2 sampailah. Orang lain balik sume terus tido. Kepenatan agaknya kot. Aku terus on9. Tapi kejap je pastu wat assignment PD. Next Friday nk present. Bestlah org len dh abis present. Nasib lah aku dgn Kyra dpt turn no 11 second last. Berjanggutlah tunggu.

Sambil2 wat assignment masak nasi jap. Dalam kul 4:45 kejut Kyra ajak sahur skali. Aku makan leh tahan banyak gaklah. Lauk ayam masak kicap, sup sayur campur dengan sambal belacan. Kyra makan sket je, ngantuk katanya. Then, pas makan terus tido.

Bangun dekat kul 2 gaklah. Hehe... penat punyer pasal. Bangun je terus kemas bilik. Sapu sampah, mop lantai dgn basuh kipas. Pastu Kyra ajak gi bazar. Gi bazar jumpe Aisyah dgn Farah. Aku hari ni buka pose makan nasi rasamas dengan roti pita ayam. Roti tu cam banyak so aku kerat bagi separuh kat Syaza.

Saturday, September 5, 2009

Weekend Activity - Part 1

Bosannye minggu nie tak dapat balik umah. Next week pun xleh balik gak, de class ganti. So nk tak nk kene tgu raya la.. Walaupun skrg dh de broadband tp kdg2 bosan gak. Balik umah best sket tak.. terapi minda..

Arini buka pose makan kat umah. Masak ayam masak kicap, sup sayur campur, ulam timun dgn sambal belacan dengan ikan masin. Smalam Ziela masak nasi lemak. Petang tu kitorang shopping barang dapur. Kat mane lg kalo bukan tesco.

Then malam sahur kat luar. Aku ikut Kyra jmpe member dier. Dalam kul 10:30 kitorang keluar. Nasib baik de member lg sorang yg aku kenal. So taklah segan sgt. Kitorang gi Jonker Walk. Gi sana terjumpa lak Aisya dgn kawan dier. Tak taulah bf dier ke atau tak. Jalan2 kat Jonker Walk ayah lak tipon. Ayah tanya pasal broadband. Aku ckp la aku tak on9 skrg sbb keluar jalan2.

Then, ayah call sekali lagi. Tapi kali nie bukan call yg biasa2 tp wat 3G lak. Aiyo... ayah kalo aku ckp aku kluar mst nk 3G. Then aku pun cam biasa la, angkat kejap pastu matikan. Iyalah... takkan nk 3G kat tengah2 orang ramai tu. Seganlah aku. Kalo aku bawa handsfree tak pe gak. Sorilah ayah... ala ayah pun tau gak yg aku nie tak ske di 3G di tengah2 tempat awam. Aku rasa bukan aku je, kalo along atau angah pun gitu juga tak.

Dah jalan2 kat Jonker Walk terus gi sahur. Ntah kat mane tempat tu pun aku tak pasti. Kitorang makan sate dengan yong tau fu. Memang sedap la makan kat situ. Dok kat kedai tu lama gaklah. Lepak2 borak2.... Dekat kul 3:30 baru kitorang sampai rumah. Nasib baik esok class start kul 2:30 jadi taklah ngantuk sgt.

Friday, September 4, 2009

?@;&%

Tetibe je rasa arini cam sakit tekak. Badan pun de sket2 panas. Pagi tadi bangun tido rasa sakit pale sesangat. Hm... cam nk demam je. Takkan nk demam lagi kot. Hari tu baru je baik dr demam denggi seminggu. Tak sanggup dh nk gi sepital amik darah lagi. Dahlah seblom raya nie byk test. Next 2 week ader role play utk recruitment. Aiyo...

Actually semalam gi Dataran Pahlawan + MP dengan Kyra. Sempena bln pose nie die bawa kete. Kat sana leh tahan ramai gak oranglah. Takut gak kalo2 terkena virus H1N1. Hopefully takde apa2 kot.

Tuesday, September 1, 2009

Business Class Konon...

Smalam balik Melaka naik bas transnasional. Angah belikan tiket kul 3:30 dari Seremban. Slalunye harga tiket RM6.9 je tapi sbb cuti merdeka agaknya tiket jadi RM15, business class punye tiket. Giler mahal!!! Tak berbaloi lak rasanya harga tiket tu. Tapi nk wat cane, tiket tu je yg ade. Then gi terminal 2 ayah yg anta dengan boy. Kul 3 dah kuar rumah. Rasa cam dah lambat jerk. So masuklah highway.

Sekali masuk, panjang giler kereta beratur. Jam teruk skali. Nak patah balik dh tak boleh, highway kan. Almaklumlah org ramai nk balik KL, cuti sekolah pun dh abis. Tapi nasib baik sempat sampai T2. Tapi sebelum tu de lg halangannye. Ayah langgar lampu merah. Dan tetibe je de polis trafik kat blakang soh benti. Benti je tepi jalan, polis tu tengok ayah. Then kawan dier lg sorang dtang. Nasib baik tak kena saman. Hehe....

Patutnya bas dtg kul 3:30 tp janji melayu kan... kul 3:50 baru sampai. Konon kata business class tp xmacam business class pun. Ekonomi class yg aku naik slalu tu lgi canggih. Single seat lagi. Tapi xpela nk wat camne. Cume yg aku xpuas ati, kitorang byr sampai RM15 tp service xbagus. Dahla lambat pastu tempat duduk tak cukup lak. Nasib baik aku naik cepat. Sian dak laki nie, die kena duduk kat tangga belakang bas. Siannyer... Yg lagi sorang lak dier turun. Agaknya sbb sakit hati kot. Entahlah.....

Ade ke patut beli tiket mahal-mahal, takde tempat duduk. Agaknya kalo perjalanan tu jauh camne lah kan. Tak patut betullah! Business class konon.............

Friday, August 28, 2009

Ramadhan di Melaka

Ahad, 23 Ogos

First pose kat Melaka arini. Balik dr Seremban naik bas kul 2. Sampai Melaka dlm kul 3:30. On de way nk gi tmpat teksi ternampak org jual asam pedas ketetel. Wah, cam sedap je. So terus aku beli. Then, amik teksi kat Mydin. Murah je, seploh inggit. Compare naik kat MC 15 inggit. Sampai umah aku sorang je. Dalam kul 6 Abid n Huda sampai. So berbuka dengan diorang. Kongsilah lauk yg bawa dr rumah masing2. Then, aku sahur kul 2pg. Sensorang je. Yang len nk bangun awal pagi. Aku malaslah. Sebab nnti ngantuk lah dalam kelas.


Isnin, 24 Ogos

Hari pertama je dah penat giler. Iyalah kami sume jalan kaki. Arini clas abis kul 4. Lepas class je terus gi bazar kat taman cempaka. Kitorang tak beli banyak pun sbb lauk smalam de lagi. Aku juz beli sup perut dengan satar je. Tu pun kongsi dengan Kyra. Abid n Huda beli nasi kerabu. Ziela n Syaza beli char kuew teow. Then, tunggu bas kat tepi jalan. Dahlah panas terik time tu, memang penat. Balik rumah sume melepek. Lepas je berbuka terus tido. Penat sangat.


Selasa, 25 Ogos

Cam biasa jalan kaki waktu bulan Ramadhan memang mencabar. Dengan matahari yang panas terik lagi. Fuh, gilerlah.... Hari ini tugas aku dgn Kyra masuk dapur. So, kitorang juz wat sup sayur yg rasanya macam sup daging (sbb pakai perencah sup masam manis) memang sedap! Dan yang paling penting menu kitorang yang paling spesel dah tentulah TEMPOYAK GORENG. Terangkat bile sume orang makan. Satu lagi menu tambahan, roti goreng hotdong. Tu Huda yang masak. Tu macam ala2 sampingan la....


Rabu, 26 Ogos

Hari ni berbuka kat luar sbb class abis kul 6:30. Kitorang gi Subaidah Corner. Tapi arini hujan memang lebat giler. Sampaikan 4x kitorang berpindah tempat duduk. De la dua tiga kali gak kitorang tetap buka payung masing2 kat Subaidah. Sampaikan mamak2 kat situ pun tersengih2 tengok gelagat kitorang. Abis nk wat camne, ujan... tempias....

Sume org order mee goreng pak hitam special. Aku minta yg pedas2. Kyra minta yg biasa tapi tambah cili potong. Yg len2 sume nye biasa. Bila dapat Kyra kata dier punye yg pedas. Bila aku rasa taklah pedas pun. Huda try pun tak rasa pedas. Pelik, sejak bile Kyra tak tahan pedas nie. Terbalik pulak dengan Huda.

Daripada 5 bintang dapatlah 3 bintang. Sotongnya banyak. Tapi aku rasa kalo aku masak lagi sedap kot. Huhu... perasan je lebey... Then, dlm kul 7:50 tu kitorang gerak balik.




Khamis, 27 Ogos

Seronoknye arini satu kelas pun xde. Kebanyakkan lec de meeting kat Lendu. Memang heaven... Tapi bosan gak sbb dok umah tak tau nk wat aper. Nk tgk tv pun xde citer menarik. Ikutkan ati nk je balik arini tp sayanglah nk skip class. Arini tugas Huda + Abid lak masak. Diorang masak sambal telur dengan sayur campur. Then, seperti biasa de menu tambahan iaitu mihun goreng. Dan ade lagi satu menu tambahan iaitu rendang ayam dari Kyra. Hehe... mak dier yg masaklah....


Jumaat, 28 Ogos

Yahooo... arini balik Seremban. Satu rumah balik. Mula2 Ziela kata xnk balik tp tetibe lak dier tukar fikiran. Sian Syaza. Tiket dier dah abis. So dier akan balik Sabtu pagi. Nasib baik aku beli tiket awal bulan aritu. Hari ni menu ape ea??... Entah.... tak tau lak ibu masak aper kat dapur tu. Tengok je la nnti...

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan

Hari Jumaat aku balik Seremban. Kalo aku tau class xde selama 2 hari ni, pagi2 hari Khamis lagi aku dah chow. Tapi nk wat camne kan, subuh2 Jumaat tu baru tau. Tu pun nasib baik Madam Azura bg tau, kalo dh sampai UiTM baru tau lagi tension. So, dapatlah aku balik dari apartment terus ke MC dan bolehlah bwa byk barang sket.

Kan best kalo 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad. So dapatlah cuti utk hari Isninya sbb Melaka ambil cuti sempena Ramadhan. Tapi apa nk wat kali ni 1 Ramadhan jatuh hari Sabtu. Tapi xpelah sbb next week Isnin cuti merdeka, so dapatlah balik umah lama sket.

Cakap pasal cuti nie, tetibe2 teringat lak pasal cuti sem. Macam2 rumors aku dengar. Ramai yg kata UiTM mungkin akan cuti selama 1 sem disebabkan H1N1 yang dah merebak. Lagipun de student UiTM Segamat yang dah meninggal dunia disebabkan virus nie. Hmm.... betul ke cuti? Itu aku xpasti sbb lec pun xcakap apa2. Ade baik dan buruknye sbnrnya kalo cuti nie. Yang bestnye, dh tentulah aku dapat duduk rumah lama2 tp yg xbestnya nanti lambat lagilah aku abis belajar. Tapi kalo study on9 pun xpe kot. Hehe.... Apa2 pun hopefully sume tu khabar angin semata-mata.

Sambutan Ramadhan kali nie aku rasa cam biase je. Taklah excited sangat macam sebelum2 nye. Ntahlah, tak tau ngape. Tapi mungkin salah satu sbbnye umah aku jauh dari kampus kot. Dalam bulan pose nie macam2 dugaannya. Dahlah jalan kaki 20 minit, pastu banyak anjing. Then, tengah panas lak tu. Tu belum lagi class yg abis kul 6:30. Kul bape agaknya nak sampai umah. Apepun harap2 dapatlah aku menempuhinya dengan penuh kesabaran.

Friday, August 21, 2009

Surprise yang tak surprise

Susahnya nk wat surprise party sebenarnya kan. Lebih2 lagi kalo org yg kita nk surprisekan tu adalah org yang selalu ada dengan kita. 19hb aritu besday Kyra. Ziela cadangkan nk wat surprise party utk dier. Start ari ahad aritu kitorang dah wat preparation. Macam2 tempat dah kitorang rancangkan.

"Kite wat kat swimming pool lah. Sronok sket, baru meriah."

"Eh tak bolehlah... malam2 ramai orang mandi kat situ."

"Iyalah. Kalo nk wat tengah malam, management mana kasi masuk. Bahaya katanya."

"Kita wat kat umah jela camtu. Kita wat pijama's party nak, baru best!"

"Wow!.... pijama's party. Seronoknye.."


"Kite wat kat luar jela. Kalo kat umah kena masak. Lagipun susah nk prepare."

"Kat luar kat ne?... KFC? Secret Receipe? Pizaa?"

"Buat kat luar lg xboleh. Skrang nie H1N1. Bahaya nk kuar."



Akhirnya kitorang wat keputusan wat party kat umah jelah. Dah alang2 wat kat umah tu kitorang pun cadanglah nk wat kenduri doa selamat skali plus dengan bacaan yassin sekali dengan sambutan ramadhan. Satu class kitorang jemput siap dengan invitation card skali. Tapi pakai kertas A4 je lah. Huhu....

Cuma yg jd masalahnye camne nk wat preparation. Nak masak, nak pasang belon lagi. Dengan kek lagi... Dahlah ari rabu tu clas abis 6:30 so masa mesti xcukup. Last2 kitorang dh xtau nak wat ape, kitorang pun terus terang ajelah kat Kyra. So dah tak surpriselah. Tapi de lagi satu surprise. Ape dier??.. Jeng jeng jeng.....


Inilah satu2 nyer yg jadi surprise. Itu pun susah sebenarnya nk wat. Lepas je kitorang cakap yang parti tu xde kek, cume de makanan je terus Kyra tpon mak dier minta sponsor kek. So, esoknye dier ajak aku teman gi TESCO bli kek. Macam2 alasan yg aku bagi. Penatlah, malaslah, jauhlah... Tapi die xputus asa die ajak aku g kedai kek yg dpan UiTM tu. So aku cakap kat dier:

“Takyahlah nk sponsor. Makan je aper yg ader. Lagipun xsyoklah sbb majlis ni kitorang yg anjurkan.”

Dier tetap xpuas hati. Die ajak orang lain pula temankan dier. Tapi nasib baik aku dah kaw-tim baik punye dengan sume budak class. Hehe...

Balik je class Ziela n Huda dah prepare sume. Almaklumlah diorang berdua nie xpegi class. Rumah pun dah kemas, belon dah tiup cume tak masak je lagi. Ader ke patut Ziela soh aku masak. Aku masak dahlah lama. Masa dah suntuk. Last2 kitorang soh besday girl yang masak. Masak mee goreng. Hehe... Then, second round (sebab kuali kecik sangat), Ziela plak yang take over.

Our menu... mee goreng, walnut cake, fries and eggs


First tetamu kitorang adalah Ima. Kul 7 die datang lepas abis class. Masa tu kitorang tgh goreng mee. Tapi sempat gaklah Ima rasa. Yg kitorang xsangka tu Ima siap sponsor 4 botol air coke + cawan plastik lagi tu. Wow, bagusnye Ima. Tapi dier xleh lama sbb dier dengan bf dier. Tapi bf dier tunggu bawah jelah. Dalam kul 7.30 dier balik.

Then, Ku Ai lak datang dengan Sue. Siap bawah hadiah lagi. Yang klakarnye Ku Ai kata bf dier muncung sedepa bila soh anta sini. Nak tau nape? Sbb bf die tu peminat setia Roda-roda Kuala Lumpur. Ku Ai kata janganlah kacau bf dier kalo time cite Roda2 Kuala Lumpur. Kuing kuing kuing... lawaknye. .

Pastu geng2 dari Taman Cempaka lak iaitu Aisya, Farah, Ain dan Dilla. Diorang pun bawa hadiah gak. Actually kek tu kitorang pesan melalui Aisya. So bile Aisya datang, Kyra pun bukalah pintu. Dan time tulah SURPRISE!!!!!!... Hahaha... menjadi jugak surprise pasal kek tu.

Meriah giler malam tu. Bergambar toksah cakaplah. Macam2 posing yg kitorang wat. Then, Ku Ai teringin nk bergambar kat pool tapi bf dier dah dtang so xsempat dah. Dekat kul 11 majlis dh abis. Yang jadi tukang kemas dah tentulah Kyra sbb party die. Huhu... tapi xsusah lah sbb kitorang pakai pinggan kertas so senang xyah nak cuci.

Ape2 pun hepi besday to Kyra. Dier kata kitorang sume nie xpandai berlakon. Nak wat surprise tapi xjadi. Lebih2 lagi aku. Takpelah... yang penting sume orang hepi. Jom kite layan gambar2 dibawah...


Our crazier classmate




Kemeriahan yang sungguh meriah




Hepi 22nd birthday to Kyra


Wednesday, August 19, 2009

First time tak balik

Dalam sem ni, ni la kali pertama aku xbalik umah. Kalo tidak setiap minggu akulah pengunjung setia MC tu. Sampaikan hausemate aku yg len pelik np aku xbalik umah.. Np aku xbalik?... Erm, entahlah.. Mgkin sebab kena byk keluarkan duit kot. Iyalah, pergi je dh RM6.9 kalo pergi balik dah RM13.80.. Tu belum kira tambang teksi lagi dri MC nk ke umah aku. Ha.. tulah sebab utama mgapa aku xbalik. Sebab dari MC nk balik umah kene naik teksi. Takkan nk jalan kaki kot. Bas mane lalu situ....

Of coz kalo naik teksi harganye mahal. Minggu lepas aku balik sorang2 naik teksi kena RM15. Mahal giler. Agaknye sbb aku naik teksi Mercedez kot. Hehe.... Dahlah sesat, konon pakcik tu kata dier tahu umah aku tp last2 sesat gak. Nasib baik dier xminta tambang lebih.

Tapi aku rasa lepas ni aku tetap akan jd pengunjung setia MC. Bosanlah duduk rumah nie bile hujung minggu. Kyra die balik. Syaza pun sama. Ziela walaupun xbalik tp dier slalu kuar dengan bf dier. Tinggallah aku dengan huda n abid. Tapi huda dgn abid selalu on9. Diorang de broadband. Aku???... Buka laptop, wat assignment. Dah bosan, main game. Tak pun main sudoku. Nak tengok tv pun bosan. Ish... bosan gilerlah dok umah. Baik aku balik seremban je. Tak pe takpe.... next week aku akan balik. Tiket pun dah beli. Tiket utk next 2 week pun aku dh beli. Hehe... awal tak?... xsabar nk balik punyer pasal.

Saturday, August 8, 2009

Kenduri

Sabtu lepas wat kenduri doa selamat. Juz kenduri kecil-kecilan je. Yang datang cuma sedara mara, kawan2 boy dengan nuar dengan kawan2 ayah sket. Tapi bab makan boleh tahan banyakla. Ibu masak mee jawa. Then, order kuih karipap dengan agar2 kat makcik blakang umah nie. Pastu adelah yg bagi buah, muffin, kurma dan macam2 lagi lah. Kenduri wat lepas asar. Malam de wat sambutan birthday gegirl yang ke-9. Acik wat kek aiskrim, then dekat kul 12 diorang balik KL. Sebelum tido smpat gak aku soh Nuar urut kaki dan tangan aku.

Jemputan di kalangan keluarga



Makan time



Kek hari jadi utk gegirl



Hepi 9th birthday


Then, esok pagi around kul 10:30 aku bangun. Bila bangun tu memang terasa lenguh2 dan sakit badan. Mungkin sebab penat sangat kot dahtu kena urut lak malam tadi. Barang aku pun xabis kemas lagi macam ner nak balik. Sebelum balik of coz makan dulu. Tengahari tu makan ikan belah belakang, sambal udang, sayur lemak, de sambal belacan dengan cencaluk, macam2 lagi lah. Memang kekenyangan.

Tiket bas aku blom beli lagi. Malasnyer nak balik Melaka. Iyalah, aku dah 2 minggu cuti. Jadi bila nak balik memang terasa malas ditambah pula dengan penat kenduri semalamnya. So, aku nak gi beli tiket pun bak kata ibu mungkin dah abis. Sebab orang dah mula sibuk nak balik UiTM. Jadinya boy dengan nuar lah yang kena anta aku ke Melaka. Sian diorang, penat2 kena anta aku.

Disebabkan aku balik berhantar, so angah pun mencadangkanlah agar aku bawa kesemua makanan kenduri. Aku okey je tp janganlah semuanyer aku nak kena bawa. So, aku juz bawa mee jawa, nasi putih dengan buah-buahan. Mee jawa utk dimakan beramai2 dan nasi putih utk makan malam aku. Hehe....

Dari rumah bertolak kul 6 then smpai Melaka dlm kul 7:30. So malam tu aku makan nasi yg aku bawa dan Kyra pun bawa lauk dier. So kitorang juz kongsi jelah. Yang lain2 sume dh makan dan ada yg bawa makanan sendiri. Jadi mee jawa tu aku simpan utk sarapan esok. Esoknyer bila aku kata aku bawa mee jawa ade yang kata mee jawa tu apa?... De gak yang cakap macam mee bandung dan de yg cakap macam mee rebus. Apa2 jelah korang..... Sarapan makan mee jawa memang best. De lebih sket dan aku simpan utk malam.