Alhamdulillah akhirnya pertama kali aku dijemput untuk menjadi tetamu Allah SWT bersama ibu ayah dan anyah. Ini semua rezeki yang tidak di sangka. Kami memang tak rancang pun. Tau2 ibu tanya nak gi umrah tak sebab kawan ibu aka jiran kami, cik enon ada tolong anak buah dia utk uruskan jemaah umrah. Time tu mmg cakap nak jelah tanpa fikirkan apa2. Tapi tipulah kan mesti kena fikir gak bab duit. Ok, duit dalam bank stakat ni alhamdulillah cukup. So apa lagi teruslah kata nak kan.
Bulan 8 tu terus letak nama, anta borang sekali dengan passport dan gambar. Lepas tu tunggulah apa2 tindakan. Tapi serious cakap masa aku anta borang tu aku tak yakin aku boleh pergi sebab passport aku akan tamat bulan 1 2017. Almaklumlah nak pegi sana passport kena sekurang-kurangnya valid 6 bulan sebelum dari tarikh berlepas. So aku pun buat endah tak endah je sbb aku rasa permohonan aku akan reject punya. Jadinya memang xde persediaan langsung. Dan ada banyak benda yang berlaku pada aku yg aku rasa aku belum layak jadi tetamunya.
Sampailah pertengahan bulan 10 masa nak bayar deposit tu. Time tu baru aku sibuk nak renew passport. Nak dijadikan cite time tu lak ada isu kata passport sekarang susah nak renew. Dari subuh lagi orang ramai dah beratur kat Immigresen.
Tapi memang betul. First aku try gi UTC Datuk Keramat. Kali pertama pergi katanya tak boleh buat waktu malam. Kena datang waktu siang. Yelah, aku ni kerja makan gaji. Pagi sampailah ke malam. Nak tak nak mmg kena buat time malam la. Ok fine... kata dah tak boleh buat. Then minggu tu balik Seremban pegilah kat Wisma Negeri. Pergh... beratur panjang. Kul 7.30 pagi aku sampai. Malas nak tunggu balik ajela. Next week try lagi pegi UTC Datuk Keramat. Jawapan yang sama aku dapat. Pastu gi pulak UTC Pudu. Lagi panjang nak beratur. Aku kan malas pastu hati pun rasa cam nak tak nak je pegi. Sebab xde persediaan langsung.
Tapi bila fikir2 kan balik bila lagi aku nak gi sana. Bukan aku leh gi sorang2 selagi umur tak cecah 45 tahun. Kena ada mahram. So by hook or by crook aku kena settle sebelum 24 October. Sebab ape 24hb. Sebab 24 October birthday aku. Hehehe.. no lah. Sebab utamanya 24hb aku nak gi Sabah. Dah plan holiday awal2. Jadi kena settlekan lah cepat2 passport ni.
Aritu kul 7.30 pagi aku gi Wisma Negeri. So kali ni gi awal sket. Dalam 7 suku aku sampai sana tapi still dah beratur panjang. Nombor yang ada hanya 150 aje. Aku pun tawakal jelah beratur. Dah nak sampai ni turn aku. Depan aku ada 2 orang. Then pegawai tu cakap tinggal lagi 2 nombor je. Kira2 balik memang sampai budak pompuan depan aku tu je. Sedih mak weyh....
Tapi tetibe budak tu kata die tak renew passport. Dia just teman kawan dia je. Alhamdulillah memang rezeki aku. Dapatlah nombor 150 untuk aku. Nombor terakhir. Sian pakcik belakang aku tu.
150 - nombor terakhir
Siap je passport terus serah pada Cik Enon sekali dengan bayaran penuh. Next action, kena amik vaksin pula. Vaksin ni namanya Meningococcal Meningitis kalau tak silap aku. Tapi senang cakap suntikan umrah la. Aku gi amik kat Klinik Rantau. Harganya RM120 sekali suntikan. Dua tiga kali gaklah pegi klinik ni. First, kena buat appointment dulu. Maklumlah tak tau. Ingat datang klinik jumpe doktor then terus inject. Rupa2 nya kena tempah dulu vaksinnya. Nak tak nak kena datang lagi sekali untuk second time. Third time lak pegi untuk ambil pil perancang. Maklumlah orang pompuan ni special sket. Kenalah ada precaution sebelum apa2 terjadi.
Ok settle. Pastu 20hb ibu cakap weekend ni de kursus perdana untuk jemaah umrah. Alamak sekali lagi aku diduga. Weekend ni aku nak ke Sabah. Tiket flight, hotel sume dah settle. Awal tahun aritu prepare. So macam mana? Discuss punya discuss ibu kata tak pegi kali ni xpe boleh join next kursus. Oklah kan.. tapi still aku tetap rasa ralat. Yelah, kite ni ilmu taklah tinggi mana. First time lak tu nak gi umrah tapi satu persediaan langsung takde. Oklah, redha jelah~
Tapi nasib baik ada satu lagi kursus umrah buat di masjid dekat dengan rumah aku. Alhamdulillah bolehlah aku belajar kan.
Awal bulan 11 nak tak nak aku kena bagitau boss.Yelah, next month nak fly. Bulan Disember banyak benda nak buat. Dengan annual dinner lagi, company trip lagi then bonus lagi. Sebelum jumpe lady boss aku doa banyak2 semoga dipermudahkan. Yelah, mereka ni non-Muslim, so tak tau camne penerimaan mereka. Nasib baik si lady boss ni faham.
Pastu buatlah persediaan sikit2. Beli barang2 keperluan umrah. Apa yg perlu bawa apa yg tak perlu. Ikutkan banyak juga baju aku bawa. Rasa2 dalam 7 helai jubah kot. Ikutkan tak perlu bawa banyak sebab kat sana kite boleh basuh baju. Tapi dah kebiasaan aku baju mesti bawa lebih so keinginan nak bawa baju banyak2 tu memang melampau. Hehe...
Barang dah beli tapi beg tak kemas lagi. Yelah sebab tau masih ada masa kan. Lagi sebulan lagi. Tapi tup-tup malam Sabtu tu, adik aku Boy datang kat aku. "Ateh.. ko tak nak dengar cite baru ke? Minggu depan ko kena fly tau".. Aku yang dengar tu boleh buat tak tau je. Yelah, time tu aku dok sibuk layan drama Korea aku. So aku buat taktau jelah sbb aku tau dia nak kacau aku.
Tapi aku boleh dengar suara Anyah dan Ibu sedang berdiskusi. So aku pun apalagi, tanya betul2 kat Boy, betul ke? Aku tak puas hati terus aku masuk bilik dengar sendiri dari Anyah dan Ibu. Yeszza, memang betul. Aku akan fly next week. 17 November 2016 bukan 15 Disember seperti yang dimaklumkan. Alamak!
Dalam fikiran terus terbayangkan kerja. Camne ni? Aku ditugaskan untuk annual dinner company. Tahun ni GenP jadi tuan rumah. Then, kerja2 yang lain sape nak take over. Ada seminggu je lagi. Pastu time tu baru aku rasa nervous yang teramat sangat. Baru sekarang aku terfikir macam2. Dah bersedia ke aku? Cukup ke ilmu aku? Ya Allah... time tu aku hanya berdoa dan berserah aje. Kata cik enon fikirkan yang positif. Mungkin Allah nak kita jadi tetamu yang awal datang. Ada hikmah yang tersembunyi. Kita jangan fikir macam2.
Esoknya, pepagi lepas breakfast terus gi jumpe Cik Enon. Sian Cik Enon dia yang paling serabut sebab nak settlekan jemaah umrah dan persiapkan diri dia lagi. Kata Cik Enon kami kena naik flight awal sebab kerajaan saudi dah naikkan harga visa pada mereka yang dah pernah pegi sebelum ini. Maknanya sape yang dah pergi gi umrah sebelum ni dan nak pergi lagi, then mereka kena bayar visa tambahan. RM2,000++ tak silap aku. Harga sebenar aku tak berapa sure. Ada hikmah juga visa dinaikkan sbb at least boleh bagi peluang jemaah lain yang tak pernah pegi. Lepas tu, mereka taknak umrah ni dibuat macam pegi melancong. Ada duit, tiap2 tahun boleh pergi. Niat dah lain. Hurm.. bila difikirkan betul juga tu. Oleh sebab itu, ramai yang tarik diri dan kami yang dah settle passort dan visa, tarikh penerbangan dipercepatkan.
Bulan 8 tu terus letak nama, anta borang sekali dengan passport dan gambar. Lepas tu tunggulah apa2 tindakan. Tapi serious cakap masa aku anta borang tu aku tak yakin aku boleh pergi sebab passport aku akan tamat bulan 1 2017. Almaklumlah nak pegi sana passport kena sekurang-kurangnya valid 6 bulan sebelum dari tarikh berlepas. So aku pun buat endah tak endah je sbb aku rasa permohonan aku akan reject punya. Jadinya memang xde persediaan langsung. Dan ada banyak benda yang berlaku pada aku yg aku rasa aku belum layak jadi tetamunya.
Sampailah pertengahan bulan 10 masa nak bayar deposit tu. Time tu baru aku sibuk nak renew passport. Nak dijadikan cite time tu lak ada isu kata passport sekarang susah nak renew. Dari subuh lagi orang ramai dah beratur kat Immigresen.
Tapi memang betul. First aku try gi UTC Datuk Keramat. Kali pertama pergi katanya tak boleh buat waktu malam. Kena datang waktu siang. Yelah, aku ni kerja makan gaji. Pagi sampailah ke malam. Nak tak nak mmg kena buat time malam la. Ok fine... kata dah tak boleh buat. Then minggu tu balik Seremban pegilah kat Wisma Negeri. Pergh... beratur panjang. Kul 7.30 pagi aku sampai. Malas nak tunggu balik ajela. Next week try lagi pegi UTC Datuk Keramat. Jawapan yang sama aku dapat. Pastu gi pulak UTC Pudu. Lagi panjang nak beratur. Aku kan malas pastu hati pun rasa cam nak tak nak je pegi. Sebab xde persediaan langsung.
Tapi bila fikir2 kan balik bila lagi aku nak gi sana. Bukan aku leh gi sorang2 selagi umur tak cecah 45 tahun. Kena ada mahram. So by hook or by crook aku kena settle sebelum 24 October. Sebab ape 24hb. Sebab 24 October birthday aku. Hehehe.. no lah. Sebab utamanya 24hb aku nak gi Sabah. Dah plan holiday awal2. Jadi kena settlekan lah cepat2 passport ni.
Aritu kul 7.30 pagi aku gi Wisma Negeri. So kali ni gi awal sket. Dalam 7 suku aku sampai sana tapi still dah beratur panjang. Nombor yang ada hanya 150 aje. Aku pun tawakal jelah beratur. Dah nak sampai ni turn aku. Depan aku ada 2 orang. Then pegawai tu cakap tinggal lagi 2 nombor je. Kira2 balik memang sampai budak pompuan depan aku tu je. Sedih mak weyh....
Tapi tetibe budak tu kata die tak renew passport. Dia just teman kawan dia je. Alhamdulillah memang rezeki aku. Dapatlah nombor 150 untuk aku. Nombor terakhir. Sian pakcik belakang aku tu.
150 - nombor terakhir
Siap je passport terus serah pada Cik Enon sekali dengan bayaran penuh. Next action, kena amik vaksin pula. Vaksin ni namanya Meningococcal Meningitis kalau tak silap aku. Tapi senang cakap suntikan umrah la. Aku gi amik kat Klinik Rantau. Harganya RM120 sekali suntikan. Dua tiga kali gaklah pegi klinik ni. First, kena buat appointment dulu. Maklumlah tak tau. Ingat datang klinik jumpe doktor then terus inject. Rupa2 nya kena tempah dulu vaksinnya. Nak tak nak kena datang lagi sekali untuk second time. Third time lak pegi untuk ambil pil perancang. Maklumlah orang pompuan ni special sket. Kenalah ada precaution sebelum apa2 terjadi.
Tunggu nombor dipanggil
Sementara doktor tengah sibuk dok prepare vaksin kite bergambar dulu ye :)
Ok settle. Pastu 20hb ibu cakap weekend ni de kursus perdana untuk jemaah umrah. Alamak sekali lagi aku diduga. Weekend ni aku nak ke Sabah. Tiket flight, hotel sume dah settle. Awal tahun aritu prepare. So macam mana? Discuss punya discuss ibu kata tak pegi kali ni xpe boleh join next kursus. Oklah kan.. tapi still aku tetap rasa ralat. Yelah, kite ni ilmu taklah tinggi mana. First time lak tu nak gi umrah tapi satu persediaan langsung takde. Oklah, redha jelah~
Hari yang sepatutnya aku kena gi kursus umrah tapi aku di sini....
Balik je dari Sabah, dengarlah penerangan dari Anyah sikit2. Walaupun aku tak pegi, tapi still dapat belajar dari Anyah. Thanks Anyah!
Buku ni pihak ajen - Ukhwah Firdausi Travel yang bagi. Jadi, pandai2 lah nak belajar kan. Bukan harap pada kursus je. Boleh google kalau nak. Sekarang sume dihujung jari. Terpulang pada diri sendiri.
Tapi nasib baik ada satu lagi kursus umrah buat di masjid dekat dengan rumah aku. Alhamdulillah bolehlah aku belajar kan.
Masjid Taman Seremban Jaya
Belajar dari buku lain belajar dari ustaz lain
Study jangan tak study!
Anyah... nanti kat sana kalau Ateh tak tau Ateh tanya Anyah tau =p
Pastu buatlah persediaan sikit2. Beli barang2 keperluan umrah. Apa yg perlu bawa apa yg tak perlu. Ikutkan banyak juga baju aku bawa. Rasa2 dalam 7 helai jubah kot. Ikutkan tak perlu bawa banyak sebab kat sana kite boleh basuh baju. Tapi dah kebiasaan aku baju mesti bawa lebih so keinginan nak bawa baju banyak2 tu memang melampau. Hehe...
Barang2 umrah kalau nak murah boleh cari kat Mydin. Kami cari kat Mydin Subang, Mydin Seremban dan Mydin Senawang. Memang banyak pilihan dan murah2.
Mangga, face mask, ubat-ubatan, stationery, torch light nak kena prepare
Hanger kena bawa sebab nak basuh baju nanti senang
Barang dah beli tapi beg tak kemas lagi. Yelah sebab tau masih ada masa kan. Lagi sebulan lagi. Tapi tup-tup malam Sabtu tu, adik aku Boy datang kat aku. "Ateh.. ko tak nak dengar cite baru ke? Minggu depan ko kena fly tau".. Aku yang dengar tu boleh buat tak tau je. Yelah, time tu aku dok sibuk layan drama Korea aku. So aku buat taktau jelah sbb aku tau dia nak kacau aku.
Tapi aku boleh dengar suara Anyah dan Ibu sedang berdiskusi. So aku pun apalagi, tanya betul2 kat Boy, betul ke? Aku tak puas hati terus aku masuk bilik dengar sendiri dari Anyah dan Ibu. Yeszza, memang betul. Aku akan fly next week. 17 November 2016 bukan 15 Disember seperti yang dimaklumkan. Alamak!
Dalam fikiran terus terbayangkan kerja. Camne ni? Aku ditugaskan untuk annual dinner company. Tahun ni GenP jadi tuan rumah. Then, kerja2 yang lain sape nak take over. Ada seminggu je lagi. Pastu time tu baru aku rasa nervous yang teramat sangat. Baru sekarang aku terfikir macam2. Dah bersedia ke aku? Cukup ke ilmu aku? Ya Allah... time tu aku hanya berdoa dan berserah aje. Kata cik enon fikirkan yang positif. Mungkin Allah nak kita jadi tetamu yang awal datang. Ada hikmah yang tersembunyi. Kita jangan fikir macam2.
Esoknya, pepagi lepas breakfast terus gi jumpe Cik Enon. Sian Cik Enon dia yang paling serabut sebab nak settlekan jemaah umrah dan persiapkan diri dia lagi. Kata Cik Enon kami kena naik flight awal sebab kerajaan saudi dah naikkan harga visa pada mereka yang dah pernah pegi sebelum ini. Maknanya sape yang dah pergi gi umrah sebelum ni dan nak pergi lagi, then mereka kena bayar visa tambahan. RM2,000++ tak silap aku. Harga sebenar aku tak berapa sure. Ada hikmah juga visa dinaikkan sbb at least boleh bagi peluang jemaah lain yang tak pernah pegi. Lepas tu, mereka taknak umrah ni dibuat macam pegi melancong. Ada duit, tiap2 tahun boleh pergi. Niat dah lain. Hurm.. bila difikirkan betul juga tu. Oleh sebab itu, ramai yang tarik diri dan kami yang dah settle passort dan visa, tarikh penerbangan dipercepatkan.
Dengar nasihat dari Cik Enon yang dah ada pengalaman ke sana. Cik Enon minta kami sume banyakkan doa. Minta dipermudahkan segalanya.
Cik Enon yang busy. Ni sume buku suntikan jemaah Cik Enon.
Masuk je kerja pagi2 terus bincang dengan lady boss. Terkejut die dengar kata aku nak fly next week. Terus die suruh aku jumpe direct dengan boss. Aik, aritu kata die nak cakap dengan boss. Hmph... non hado! Oklah nak tak nak kenalah direct facing big boss kan. Bawalah surat yang pihak ajen bagi. Knock2 bilik boss.
Me : Can I discuss with you something? -sambil pegang kertas kat tangan-
Boss : What is it? Have a seat. -dengan muka terkejut tengok aku-

(Aik boss ni, tak penah2 layan aku gini. Selalu kalo aku kata nak discuss tak penah dia nak bagi aku duduk. Kali ni dah kenapa? Agaknya dia ingat aku nak resign kot sbb aku tunjuk surat kat dia tadi)
Explain punye explain then at last boss kata "means, you can't attend our annual dinner right? Ok, I have no objection if all your work is done and hand-over properly"
Yess, alhamdulillah settle bab cuti. Tapi terpaksalah aku amik satu hari unpaid leave sbb aku nak cuti lebih dari 12 hari termasuk hari rehat dan hari persiapan. Huhu....
Minggu weekend sebelum nak fly tu memang kelam kabut dibuatnya. Nasib baik barang dah beli. Ikutkan memang kami cadang nak shopping awal bulan 12. Tapi itulah, hati tergerak nk sediakan awal2.
Time nie baru kelam kabut nak pack barang. Tapi tak masuk dalam beg lagi sebab beg belum sampai. Last minute kan so memang kena sabar sket la. Just susun2 je mana yang nak bawa.
Dengar je kami nak fly next week, ramai sedara mara datang turun ziarah kami. Wah, time tu rasa sayu je. Huhu~
Hari Khamis kami akan fly tapi hari Rabu baru aku start cuti. Selasa malam tu balik Seremban terus kemas apa2 yang patut. Rabu pagi sekali lagi gi umah Cik Enon sebab nak amik beg.
Ni sume beg2 untuk jemaah dibawah Cik Enon. Kebanyakan mereka orang Seremban juga. Kami ni jiran selorong je so datang amik sendiri jelah lagi senang.
Dapat beg terus kemas barang2 yang nak bawa.
Jubah banyak aku bawa color yang gelap2. Senang sket tak mudah kotor camtu gak dengan tudung. Cari yang instant saja takyah nak berkerongsang bagai. Dan paling penting tak perlu gosok.
Ni malam sebelum nak fly. Esok flight kul 4 petang so kul 10 pagi dah kena gerak. Barang sume dah susun baik. Kami dapat 3 buah beg setiap sorang. Beg sandang, beg galas dan beg baju. Memang sangat cukup.
Pagi 17 November 2016, lepas Subuh macam biasa kami siap2 nak pergi breakfast. Along dan Asu dah standby arini nak anta kami ke airport sekali dengan Boy. So mereka sume amik cuti arini. Dalam 7.45 pagi Ibu dapat whatsapp dari Cik Enon. Katanya, flight MegaMaldives yang dijadualkan ke Jeddah hari ini ditangguhkan. Sebabnya kerajaan Arab tak benarkan MegaMaldives masuk ke negara mereka. Tak tau sebab apa. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Hanya Tuhan aje yang tahu perasaan kami ketika itu. Kami tak marah tapi kami rasa sedih. Sedih sebab tak dapat nak jejakkan kaki ke rumah Allah. Betullah kata orang, rezeki ni Tuhan yang beri. Kun Fayakun.
Masa tulah macam2 terlintas dalam fikiran. Betul ke ajen yang kami pergi ni? Cek sana cek sini, call ajen, call KLIA, call MegaMaldives sume mengesahkan yang flight kami akan tertangguh. Tak tau tangguh berapa lama. Sehari? Dua hari? Seminggu? Sebulan?
Hari Jumaat 18 November masih tak ada berita. Keluarga, kawan2 sume bertanya tapi kami takde jawapan. Jumaat malam pun masih takde jawapan. Bayangkan jemaah dari serata negeri. Sabah terutamanya. Mereka sume tiba kat KLIA2 Khamis pagi. Bila dapat berita macam ni apa yang mereka rasa. Nasib baik pihak ajen bagi mereka tempat tinggal dan makan minum. Hanya perlu berserah saje.
Sabtu pagi, 19 November 2016 barulah kami diberitahu yang kami akan berlepas pada petang Sabtu tu juga jam 5 petang. Masa dapat tau berita tu, memang rasa nak nangis. Sayu je rasa. Alhamdulillah, Tuhan memperkenankan doa kami. Dia mahu kami jadi tetamunya juga walau apa cara sekalipun. Tapi, biasalah kita sebagai manusia ni bila dah terkena baru nak berwaspada. Bagi aku, selagi aku belum jejakkan kaki ke sana selagi itu rasa tak selesa. Yelah, macam2 perkara boleh terjadi. Even, kat airport pun boleh terjadi macam2. Passport hilang ke, flight rosak ke. Hanya Tuhan yang maha mengetahui. Kita sebagai hamba-Nya perlulah banyak berdoa.
Bila dah dapat passport dengan flight ticket kat tangan, barulah perasaan risau tu hilang sikit2
Visa valid selama 30 hari
My passport sekali dengan tag. Tag nama ni harus dipakai selalu sebab passport akan disimpan oleh pihak ajen sepanjang kita berada di Tanah Suci. So tag ni lah yang melambangkan identiti diri kita.
....bersambung