Tuesday, November 26, 2013

demi masa

kalaulah masa boleh diputarkan, macam2 aku ingin buat. macam2 aku ingin betulkan. tapi apakan daya "KALAU" itu tidak mungkin akan terjadi sama sekali.

mmg senang utk kita bercakap, hargailah apa yang kita ada sekarang. jangan sia2kan peluang yang ada. tapi nama pun manusia kan. ada nafsu ada sifat tamak, ada pelbagai ragam. begitu juga aku. sukar untuk aku luahkan. sukar untuk ditafsirkan.

apa yg aku harap moga diberikan petunjuk dan dapat memperbaiki diri dan sentiasa bersyukur dengan apa yg ada. mudah2an MASA itu akan menghampiri aku. Amin~

Sunday, November 3, 2013

Assistant Manager's Conference

Date : 6 - 9 October 2013
Place : Pulai Springs Resort, Johor Bahru
Participant : Assistant Managers & Engineers (WM, Sabah, Indonesia)


Last minute baru boss cakap aku kena attend for the conference.  Not as a delegate but as a Secretariat.  As a HR what should you expect to do.  Of course kena buat kerja kan.  Cakap je ape2 event pun mmg tak pernah aku attend as a guest.  Xpelah, bila fikir balik dari sudut positif bagus juga sbb kita dapat merasa pergi merata tempat. Bekerja sambil makan angin. 


5 October 2013, Saturday
Sbg Secretariat haruslah kami kena datang sehari awal daripada delegates kan.  Lebih kurang jam 6 petang  kami sampai di JB.  Lepas je check-in terus kena buat kerja.  Perkara pertama of courselah kena inspection satu resort dulu.




Settle semua barulah aku boleh survey bilik hotel aku sepuas2 nya.  Moh tengok bilik yang aku duduk.
















6 October 2013, Sunday

Hari ini semua delegates2 dari Semenanjung, Sabah dan Indonesia akan tiba.  So apalagi kerjalah.. jangan tak kerja.  First flight sampai pukul 12.30 tgh tapi kitorang dh kena open table start pukul 8 pagi.  Penat tau nak tunggu dari 8 pagi sampai 5 petang.  Flight masing2 berbeza.  




Tapi nasib baik aku tak ditugaskan sepenuhnya untuk menunggu semua delegates tu.  Tugas aku adalah sebagai usher kepada 3 orang VVIP.  Tan Sri, Dato dan Encik.  Mereka ini adalah GENP punya Director. Nama je aku kena jaga 3 orang tapi sebenarnya tugas utama aku adalah menjadi Pembantu Peribadi kepada TSZ.  Awal2 lagi my boss dah warning aku supaya jaga baik punya TSZ.  

Mmg baik punya aku jaga ini TSZ.  Bayangkan setiap hari aku kena bangun jam 5.30 pagi untuk memastikan jam 6.00 aku dah terpacak kat depan suite dia.  Sbbnya dia nie sangat punctual.  6.30 tepat dia akan keluar pergi breakfast. So terpaksalah aku pun meng-ex-cort dia pergi breakfast.  Yelah, suite dia agak jauh dengan hotel kitorang.  Maklumlah tempat yg privacy kan.  So dari hotel aku kena jalan kaki at least 10 minit tau nk ke sana.  Aku kena pastikan buggy dah standby 15 minit awal utk pick-up dia. 

Ok, malam ari Ahadnya kami ada Welcome Dinner.  Temanya adalah batik bagi lelaki dan formal bagi perempuan.  



Nie sume kami punye Engineers... 



Yang ini delegates dari Indonesia.. our Assistant Managers.  Mereka ini memang orang Indonesia yang bekerja dengan GENP.  Tapi AM level la..


..

Inilah dia TSZ.  My boss dh pesan awal2 supaya aku jangan leka dok ngadap makanan jer.  Keje kena diutamakan.  Haish.. 




Ikut jelah mana dia nk pegi pun


7 October 2013, Monday

5.30 pagi ada jogging session. Ingatkan jadi Secretariat xyah join. Tapi entah camne aku kena join lak diorang nie sume.  Berdua je tu dengan aku punya member.  Kitorang berdua disuruhnya berlari.  Perempuan weyh.. Dahtu aku lak terlambat turun. Bila turun je sumenya dah start berlari. Then of courselah aku sampai lambat kan.  Bila sampai je sume orang dok tepuk tangan.  Konon tanda supportive la tu.  Banyaklah korang.  Tapi nasib baik aku bukan orang yang terakhir.  Ada lagi 5 orang dibelakang aku. Heheh...



Warm-up dulu sebelum berlari



Bila sumenya dah kepenatan


Abisnya jogging terus aku rushing pegi jemput TSZ.  Bayangkan bagaimana keadaan aku masa tu.  Settle sume baru aku leh bersiap2 dan terus breakfast.

Inilah acara sebenarnya - CONFERENCE.  Dah penat2 berlari pagi tadi terus dengar conference kan.  Memang mengantuk lah weyh.




Our delegates.  No of participant = 106







HR people = Secretariat


Malam ada barbecue dinner.  Sebelum pergi dinner aku kena escort TSZ pergi dinner kat luar.  Tapi taklah aku ikut dia.  Just pergi menghantar saje.  Amboi siap beranta kan.  Nak wat camne tu pun nasib aku hantar dia.  Sebabnya dia mmg tengah menunggu aku time tu.  Aku datang lambat weyh.  Rushing sana sini.  Semput aku berlari.  Sampai2 je terus dia bangun ajak aku pergi.  Tak sempat aku nk bernafas.  

Disebabkan aku dh kepenatan, lambat pergi dinner so barbecue pun entah ke mana.  Nasib baiklah one of our Manager tu baik hati bawa aku pergi makan kat Stulang. So aku pun angkutlah aku punya colleague merangkap roomate aku utk turut serta.  So takdelah aku segan sangat.  Almaklumlah kitorang pergi 3 kereta.  Ada AM yg lain.  Jadi time nielah pun kitorang nk kenal2.  Time conference mmg susahlah sbb masing2 sibuk.  Org HR nie mmglah kenal sume orang tapi hanya kenal pada nama sahaja.  Bila dah ada peluang haruslah kita gunakan sebaik mungkin.


8 October 2013, Tuesday

Masa yg ditunggu2 ramai.  Jalan2 ke Universal Studio Singapore (USS).  Conference tu takat pada nama je selebihnya sume mau berjalan.  Free kan company bayar.  So apalagi kite enjoy!!!  Tapi aku tak enjoy.  Sbb aku ikut kawan2 yg tak sealiran.  Dalam pada masa yg sama aku kena bertugas.  Aku kena jaga delegates dari Indonesia.  Sebabnya Secretariat yg lain sume Cha-Ya-Nun-Alif.  Org Indonesia nie mereka tak berapa paham slang Cina. Jadinya mmg akulah yang kena.  Patutlah my boss suruh aku pergi. Then kastam kat Singapore mmg sangat strict.  Bila Indonesian dtg masuk sana mmg agak susah nk lepas.  Kena masuk bilik siasatan dulu sbb pasport mereka lain daripada kita di Malaysia dan tak berapa nk lengkap.  Maka akulah yg jadi mangsa.  Satu pengalaman baru untuk aku:)

Masa mmg menjadi masalah.  Walaupun kami datang time weekdays, satu hari mmg tak sempat untuk menghabiskan semua permainan yg ada.  Aku sendiri tak sempat nk masuk Aquaria dia.  Tapi nasib baik tiket aku still valid sampai bulan April next year.  So ada masa nk rancang semula percutian nie. Heheh...

Layankan jelah entah gambar ape yg aku amik.  Aish.. nk ambik gambar pun terkejar2..

















9 October 2013, Wednesday

Hari terakhir di sini.  Sedih pun ada gak.  Yelah 5 hari kan aku kat sini mcm pahit manis sume ada.  So ari terakhir aku kena pastikan semuanya ok especially to my TSZ.  As usual pukul 6 pagi aku dh ada depan suite dia.  Settlekan luggage dengan golf set dia.  Make sure bilik dia takde ape yg tinggal then escort pegi breakfast.  Abis je dia breakfast, pukul 7 kereta dah tunggu nk bw pegi airport.  Yelah ari org bekerja kan confirm jalan jem nk ke Senai sana.

Elok je aku dah say hi-hi-bye-bye dengan TSZ dan die pun dh masuk kereta, suddenly my boss suruh aku pergi airport sekali.  What???  Tau tak aku tak mandi lagi.  Tak breakfast lagi.  Then hanya pakai t-shirt bodoh + cardigan. Boleh bayangkan tak keadaan aku time tu??  Ada dia suruh aku pegi anta TSZ and the VIPs.

Tapi apa leh wat.  Nak appraisal cantik tak?  Nak bonus tak?  Nak increment tak?  Of courselah tak boleh bantah kan.  Dengan xde IC nye aku pun pergilah ikut TSZ.  Tapi aku naik kereta lain lah.  Mana setaraf aku nk naik satu kete dengan dia kan. Hehehe..

Then sampai je airport TSZ terkejut sbb aku ada lagi.  Siap dia boleh cakap, "Eh, you ikut pula?" Aku pun senyum jelah tak tau nk jawab apa sedangkan tadi masa breakfast dia dah tanya sama ada aku ikut ke tak.  Buat malu aku jer.

Lepas je kat hantar TSZ balik baru aku rasa penat yang teramat sangat.  Abis je tugas aku baru rasa lega.  Balik hotel sambung lagi keje dengan delegates yg lain pula.  Settle sumenya tengahari baru kitorang sume gerak balik KL.  Esoknya mau keje bertimbun kat opis lak yg menanti.  Wah.. sepanjang perjalanan mmg aku tido dgn nyenyak.  

Kesimpulannya bagus adakan Conference ni sbb time nie lah dapat berkenalan dengan mereka.  Next year AM Conference Sabah punye turn.  Kat Sabah ada HR sendiri so diorang yg akan arrange.  So mmg akan buat dekat Sabah la.  Utk kami punye turn tunggulah 2 tahun lagi.  Entah aku ada lagi ke tidak time tu kan.  Kita tunggu dan lihat sajalah.


^_^ 
terima kasih pada yg sudi membaca~