Tuesday, November 29, 2011

fresh air

Last weekend we all pegi bercuti di Cameron Highlands. Actually not all lah... my brothers with my BIL tak ikut just girls only plus my parents. Saje buang tebiat pegi sana balik hari. Actually kitorang nk stay 1 nite kat sana tp memandangkan musim cuti sekolah maka hotel sume penuh. Almaklumlah percutian kali ini tanpa dirancang. Last minit punye plan.

Tapi Cameron sekarang dah tak best. Percaya atau tak satu hari kitorang kat sana tak rasa sejuk langsung even ujan renyai2. Bak kata my ayah, aircond kereta lagi sejuk. Dahlah orang ramai dengan jemnya lagi so mmg tak abis explore lah satu Cameron tu. Balik camtu je.


Our lunch - Strawberry tea & Masala Teh Tarik with nasi lemak and a slice of blueberry cheese cake. Nasi lemak die boleh tahan sedap. 2 bungkus aku makan.



Super peak season



Lata Iskandar



DK with tok ibu and anyah



DK posing with tok ayah


Dis week once again aku akan ke Cameron semula. Tapi kali nie ikut company trip. Actually malas sebenarnya nak pegi. Senarai nama dah lama diorang submit. Tapi tadi ntah camne aku punye senior leh terperasan yg aku tak pergi. Aisehman... nie yg tak syok nie.

Lagi tak syok bile my senior announce pada sume orang HR kata aku tak pegi. Apalagi, boss bhgn payroll terus tanye aku... "why??". Alasan aku mau balik kampung. Dengar je reason tu, manager aku JL terus kata.. "HR wajib pegi okey"... alamak, dan dan kata wajib.

Tuesday, November 22, 2011

kring.. kring..

Aku : Hello??
Dia : Aida ye?.... Nie kak xxx nie. Aida kat mane?
Aku : Kat opis la kak, mane lagi..
Dia : Nape akak tipon opis tak angkat? Extension Aida 3150 kan?....
Aku : Hehehe.... saya kat opis baru lah kak!
Dia : La ye ke. Bila resign? Tak tau pun...

Malam tadi lak otw balik keje, my ex-boss.. Mr A call aku. Die nampak aku kat area Pavilion. Almaklumlah opis belakang Pavi je kan.. So, chit-chat la jap. Aku tanye pasal RGS, pasal Mr VP. Mr VP still xde secretary lg sampai sekarang. Aku tertanya2 gak, sape yg selalu sediakan air utk dia, sape yg amikkan newspaper utk die, sape yg nak tolong bind, scan atau photostat utk die... Sian.... bila lah die nk cr pengganti. Aritu die ada tanye aku. Tapi malaslah aku nak recommendkan sape2. Pandai2 lah die cari sendiri.

Monday, November 21, 2011

Free Breakfast

Hari Isnin mmg selalu kelam kabut sket. Dan arini aku de byk benda nk kene settlekan. Ingatkan datang awal leh prepare macam2. Tapi haraam... Pagi2 lagi sebelum kul 8.30 dah kena buat macam2. Then bile byk benda nk wat dalam satu masa of courselah akan ada yang silap punye. So tak pasal2 kene leter dengan kakak. Manager aku, JL pun still maintain cun lagi. Takde pun bebel2 nie. Bak kata die... die tak mau jadi cam makcik2 walaupun umur die hampir 40. Huhu... Tapi okeylah bukan kena marah sangat pun. Hanya nasihat jer. Kakak tu pun baik sebenarnya.

Kakak yang dimaksudkan adalah seorang senior tapi still amoi lagi. Muda lah tu maknanye. Selalu jadi mentor pd staff2 yg baru sbb tu kitorang gelarkan die sbg kakak. Selalu bila aku wat silap je... mesti die direct je tegur aku. Pastu die mesti tanya aku balik, "you paham tak nie?"... aku angguk jelah smbil tersengih2. Sebenarnya serious aku tak paham. Sebab die cakap laju gile. Susah aku nak tangkap ape yg dia cuba nk sampaikan. So pandai2 lah aku wat kesimpulan sendiri. Hikhikhik......

Wednesday, November 16, 2011

Girls only

Tak kisahlah kalau orang nk cakap aku nie ketinggalan. Tapi seriously memang aku tak tau camne nak guna mesin penghapus pad tu. Ape ntah namanye.... sanitary disposal kot. Ape2 jelah. Dahlah aku baru je tau kat opis aku de byk jenis toilet. Toilet buang air lain.. toilet utk make-up lain... dan ada lak toilet khas utk mereka2 yg datang bulan. Ha.. kat toilet tu lah ada mesin penghapus pad tu.

So bila time datang bulan nie sajalah aku nak try guna toilet khas tu. Dah ada kemudahan kan.. gunakan jelah. Toilet tu dahlah sunyi. Kalau malam2 aku selalu ajak member aku teman. Takut kot nk gi sana sorang2. Tapi tadi aku pergi lepas lunch hour lah. Then bila aku buka je mesin tu terus keluar satu bunyi yg agak kuat. Bunyi macam shredder. Tapi lagi kuat dari shredder. Dahlah kuat lama gila lak tu nak stop. Bile dah bunyi camtu aku pun rasa takut. Terus tak jadi nak guna mesin tu. Cepat2 aku keluar. Aku tak tau nk buat camne nak tekan ape... Arahan kat situ tak berapa clear. Tekan2 kang takut mesin tu rosak lak. Bunyi dahlah kuat then non-stop lak tu. Ish.. malu gile. Dahlah bila aku keluar de sorang lelaki nie kat area2 toilet tu. So memang dah sah2 lah die tau pe yg aku buat kat dalam toilet tu. Dengan bunyi yg kuat lagi. Ish... pasnie masuk toilet biasa jelah...

Tuesday, November 15, 2011

i love to eat

Perubahan ketara yg aku nampak sejak aku mula kerja baru - AKU ASYIK LAPAR! Haish... camne nie nak elakkan. Actually aku tak kisah pun kalau asyik nak makan je sebab bukan gemuk pun. Kalau badan berisi lagilah aku rasa happy. Tapi kalau 24 jam asyik nak makan je, bank negara pun leh tutup. Setelah dibuat kaji selidik aku rasa aku cepat lapar disebabkan 3 faktor:

Faktor 1
Office yang sejuk menyebabkan perut meminta utk diisi setiap masa

Faktor 2
Setiap pagi aku akan "jogging" selama 30 minit. Petang sambung lagi "exercise" 30 minit. So dah tentu2 lah byk tenaga aku telah guankan

Faktor 3
Setelah ditolak waktu lunch 1 jam, rupa2 nya aku telah berada di pejabat selama 11 jam. Erk???? Dahsatnya!!! Dan itulah sebab utama aku asyik rasa lapar, lapar dan lapar

Dalam byk2 faktor aku paling tak suka dengan faktor ke-2. Penat weyh ari2 kena "exercise". Keje bertimbun2 tak pe. Dok lama2 kat office pun aku tak rasa stress. Banyak mana sekalipun kerja, setakat ni aku still boleh handle lagi. Cool and steady. Dan sehingga hari ini juga aku masih happy dan enjoy dengan kerja aku. Alhamdulillah... Kata orang kalau kite suka dgn apa kerja yang kita lakukan, insyaAllah kita takkan rasa terbeban. Hopefully apa yg aku rasakan kini akan berterusan. InsyaAllah... Amin~

Saturday, November 12, 2011

Lucky Draw

Panasonic microwave oven
Panasonic LCD 42"
HP OMNI 100 PC
22 LED LCD TV (LG)
Samsung Galaxy SII
Samsung Galaxy Tab 10.1
2D 1N at Putrajaya Marriott Hotel & Spa
2D 1N at Lee Grandeur, Palm Resort Johor
3D 2N Festive Hotel for 4 persons & 4 adults Universal Studio, Singapore
iPad2 16GB WIFI
iPad2 64GB WIFI + 3G
Netbook HP mini 5103
Canon Powershoot A2200 digital camera
Nikon CoolPix S3100

Banyak lagi sebenarnya tapi itu antara hadiah yang menarik utk annual dinner nanti. Hadiah2 tu kebanyakannya atas sumbangan daripada suppliers dan of courselah ada gak drp company sendiri.

Kalau dlm bentuk barangan paling mahal adalah Velentino Leather Handbag yg harganya RM7,500 sumbangan drp UBS AG, Singapore. Tapi kalau aku... aku lebih prefer dapat cash. Tapi kalau nasib baik boleh bawa balik cheque RM5,000. Boleh beli apa saje yang aku nak. Wow!!!! kayo den.... kayo... (kalau dapek!). Harap2 aku boleh jadi antara insan yang bertuah. Tak dapat hadiah mahal2 pun xpelah. Dapat hadiah yg paling murah - Philip Iron tu pun syukur alhamdulillah.

Tuesday, November 8, 2011

hari ini

Bermula pada hari ini secara rasminya aku takkan boleh balik ONTIME. Manager aku, JL dah kasi can balik awal hanya utk 2 ari yg pertama saje. Oh tidak!! Maka bermulalah perjalanan career aku di saat nie. Tak kisah pun blk lambat tapi at least ari Jumaat kasilah aku balik awalkan. Nak kejar bas balik Seremban. Uwawawa!!!!!

Dan hari ini juga aku bangun lambat. Kul 6.05 pagi baru tersedar. Kelam kabut aku nak bersiap. Kalau nak ikutkan 6.05 pagi tu sebenarnya terlalu awal tapi disebabkan aku kena gerak dari Seremban, itu dah dikira lewat. Tu pun Angah yg kejutkan. Time2 aku sorang je yang keje, time tu lak lah terbangun lambat. Tak sempat aku nak bungkus lauk pauk wat bekal. Aish.. nak wat camne. 5 minit sebelum kul 8.30 aku baru terpacak kat opis. Itu pun dikira lambat tau! Buka je pintu bilik tu sume pandang aku. Haish.. komited sungguh la diorang nie.

Tadi my manager, JL tanya aku kalau2 aku nak masuk unit Compensation & Benefits. Uish!!! Kirim salam jelah aku nak gi sana. Alasan yg aku bagi... "I dont like numbering!"... hahaha.. kira reasonable gaklah kan. Lagipun time interview dulu die penah gak tanye antara nombor dengan fakta yg mana aku lebih prefer. So, aku harap2 lah sangat.. dlm masa terdekat nie janganlah die tukarkan aku ke sana especially time2 ujung tahun nie. Time2 nak closing.. time2 nak prepare bonus. Urm....

(p/s: from now on, NO MORE HEELS!!!)

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Uurgh!!! I hate first days at work. No one known, no friends... Tapi tu masa awal2 pagilah. Then lepas tu okeylah. Diorang sume pun banyak membantu aku. They showed me where things are and what to do and has even asked if I want to have a lunch with them. As a new employee, of course I agreed!

And as usual as a new hires there will be a orientation. Friendly familiar faces, unfamiliar names... there's so many people that I should know. Tapi aku tak ingat pun. Wat rugi je pergi berjalan satu bangunan nie tapi hanya 3, 4 orang je yg aku tau namanye. Yelah, mana nak ingat nama sume orang kalo majority sumenya CHA-YA-NUN-ALIF. Lagilah mengkonfiuskan aku nak ingat nama diorang tu.

Di company baru atau aku gelarkan sebagai GENP jelah ye.. is biasa2 jer. Company die taklah segah RGS. Tapi mungkin sebab GENP ini berpaksikan bangunan sendiri compare pada RGS yang menyewa bangunan, so mungkin GENP punya style and design agak ketinggalan sket. Taklah teruk sangat pun tapi yelah dah terbiasa dok kat company yang cantik. Yang nampak gah. Hehehe... Tapi dari segi facilities rasanya GENP lagi up sket kot. Kat sini aku pun leh access Internet, FB, blogger, twitter or what-so-ever. Tapi takkanlah first day masuk keje terus update status kot. Gila melampau!

Di GENP aku ditempatkan di HRA department. Department tu memang ramai. Sebab yg ramainya adalah bhgian Administration. Bahagian HR lak ada 7 orang je. Then dipecahkan pula pada 2 section. Recruitment dan Compensation. Dua2 section nie memang ditempatkan di bilik khas yang sentiasa berdindingkan kaca dan berkunci rapat. And I'm the only Malay in that section. So bored! But it's ok. Lama2 nanti aku akan jadi biasalah kan. InsyaAllah....

End of this month ada annual dinner. Tapi yang menjadi permasalahannya die punye theme adalah Glamorous Celebrities! Mak ai.. ape yg aku nak pakai? Takkan nak pakai ala2 Kim Kardashian kot! Diorang tu sume bolehlah jadi cam Katy Perry ke, Megan Fox ke atau Paris Hilton sekalipun. Aku hanya boleh wat style ala2 Wardina jelah. Takpun Norjuma atau Farah Adeeba ke?... Itupun kalau aku nak pergi lah. Tengoklah nanti camne. Tapi ne tau kalau de rezeki leh bawak balik Iphone satu. Hehehe....

Monday, October 31, 2011

Menghitung Hari

Hari ini merupakan hari terakhir aku berkhidmat di RGS. Selama setahun di RGS plus 6 bulan di RBSB memang satu pengalaman yang amat berharga bagi aku. Perasaan sedih tu taklah rasa sangat sebab aku rasa aku akan sentiasa keep-in-touch dengan member2 rapat aku di RGS. Cuma rasa sedikit terkilanlah sebab tak dapat nak jumpa orang2 yang sentiasa bersikap baik dan ramah dengan aku. Tak kiralah dari RGS ke, RBSB ke, RB ke, REC, RP, RUB, RWT mahupun SDE. Terima kasih semua!!

Dengan melepaskan jawatan aku sebagai secretary kepada Mr VP, bermakna kenikmatan utk bersenang-lenang di waktu pejabat secara rasminya telah pun hilang. No more Internet, broadband, facebook, youtube, YM, blogger dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.

Walaupun tadi Mr VP try utk pujuk aku supaya stay kat RGS then offer lak gaji yang lebih tinggi... erm, nasib baik aku nie bukanlah jenis yang bekerja semata2 kerana duit. Erk.. maksud aku bukanlah duit tu tak penting tapi biarlah sekali dengan kepuasan yang kita dapat. Siapa yang taknak kan kalau orang offer gaji yg agak best pastu byk kemudahan yg kite dapat, boleh rilex2, sesuka hati je nak masuk opis kul bape. Tapi disebabkan aku ingin belajar sesuatu yang baru, sesuatu yang dicari.. makanya.... "Im sorry boss"!

Aku tak tau camne cara kerja di tempat baru tu nanti, tapi bahang 'kepanasan' tu rasa semakin dekat jer. Apa yg aku harapkan semoga aku dapat serasikan diri dengan rakan2 yang baru dan of course aku boleh adapt dengan environment di sana. Mudah2 an segala2nya dipermudahkan oleh-Nya.

Sunday, October 30, 2011

Babies October

4th, 24th and 29th
We are babies of October
Celebrated at City Park, Seremban 2
Enjoyzz!!!!!










































Happy birthday to us!!!


Friday, October 28, 2011

Check-up

Fuyoo!!... First time masuk healthcentre yg wallah!... Hehehe.. gayat sekejap. Actually segan sebenarnya. Sbbnya yg datang situ bukan calang2 orang. Healtcentre ni bukan cam klinik atau hospital biasa tapi tempat yg eksklusif utk but diagnosis, treatment atau ape2 yang berkaitan dengannya. Receptionistnya dahlah macam amoi2 kat hotel yang cantik lagi seksi tu. Orang2 yg datang tu lak semuanya dari golongan atasan. Segan aku nak masuk. Lagi bertambah segan bila time aku masuk je sume orang dok pandang2 aku. Taulah aku nie biase2 jer. Pakai t-shirt pakai jeans. Nama yg dipanggil kebanyakkannya berpangkalan "Datuk". Rawatan dan layanan yang diberikan memang terbaek!!!

Thursday, October 27, 2011

Trapped

Semalam ingat nak balik umah cepat2 sbb satu hari tu rasa ngantuk je. Almaklumlah kena jadi babysitter kejap. Huhu... Dari stesen Taman Jaya menghala ke Datuk Keramat, penumpang taklah ramai sangat. Okla.. siap leh lelap kejap. Tgh sedap2 nk tido tu tetibe tren tu brek mengejut. Hampir sume orang tersorong ke depan. Aku still boleh maintain lagi la. Entah ape yang rosaknye pun aku tak tau. Sib baik aircond still pasang. Kalau tak mesti ada yang pengsan. Orang yg berdiri semuanya duduk kat lantai. Dah tak larat agaknya nk berdiri lama2. Siap tu de yg amik gambar lagi.

Hampir 45 minit tersangkut antara stesen Kg. Baru - KLCC, barulah tren tu jalan semula. Tu pun pandu guna manual. Aku tak tau lak dari mana org Rapid tu muncul. Tau2 je die dok pandu tren tu. Mungkin setiap tren ada orang yang jaga kot. Elok je tren bergerak, sume orang tepuk tangan. Cam kelakar pun de gak...

Monday, October 24, 2011

24 Oktober

Hari ini genap setahun aku bekerja di RGS. Banyak yang aku pelajari. Banyak pengalaman yang aku kutip. Pahit manis baik buruk semuanya ada. Dulu aku mmg berat hati utk masuk ke RGS. Dan aku pernah berkata pada diri sendiri yg aku akan berada di sini hanya utk setahun sahaja.

Ya, tepat sekali. Mulai minggu hadapan aku akan mula berkhidmat di syarikat yang lain. Mencari angin baru.. mencari pengalaman baru dan mencari sesuatu yg aku pelajari. Mudah2 an semuanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Berada di RGS selama setahun.. berkawan dengan rakan2 yang datang dari latar yang berbeza menjadikan aku seorang yang lebih berfikiran terbuka dan of course banyak pengalaman yang aku dapat.

Dan sepatutnya hari ini aku patut berasa gembira kerana hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Bukan tak gembira tapi aku rasa sayu je lebih2 lagi apabila aku dirai secara mengejut. Itu membuatkan aku bertambah sedih utk meninggalkan mereka semua. Walaupun hanya tinggal 3 orang rakan yang rapat, perasaan sayu dan sedih itu tetap ada.

Buat teman2 ku yang sudi meraikan hari jadiku sambil membuat surprise kononnya, menyanyikan lagu 'happy birthday to you' dan membelanja aku makan terima kasih banyak2. Tak lupa juga buat cik Niniey yang telah meraikan hari jadi aku di restoran yang eksklusif lagi gempak... Terima kasih kawan2!. Semoga anda semua dimurahkan rezeki oleh-Nya.



(p/s: erm.. baru perasan satu perkara. kat RGS akulah yang paling muda sekali dan tinggal aku sorang je yang bujang kat situ.. hehe...)

rutin harian

Hari2 aku biasa jer. Macam orang lain gak. Pergi kerja balik kerja. Tapi mungkin waktu dan rutin kite yang berbeza. Macam aku hari2 kuar rumah pukul 8.20 pagi. Tunggu driver datang, sampai opis dalam kul 8.30++. Tapi kalau Isnin tu awallah lagi sebabnya datang dari Seremban. Sampai2 jer kena amik newspaper utk Mr VP dulu. Duduk jap then buka pintu bilik dia. Pastu kena tukar air, kemas meja, cek mana2 dokumen yg dia dah sign dan teruskan kerja cam biasa.

Time lunch mesti kuar dalam kul 12 suku. Tp kalau Mr VP takde kul 12 dah kuar dah. Hehehe... Masuk opis balik dalam kul 2. Sesuka hati je kan. Takpe.. Mr VP tak kisah pun (walaupun kdg2 aku rasa guilty gile). Time balik aku tak selalu balik on time. Paling awal pun dalam kul 6. Sambil tunggu driver datang mesti pk nak balik rumah terus atau nk jalan2 ke Ampang Park dulu. Huhu... Tapi kalau ari Jumaat lain lak citenya. Kul 5 je aku dah siap kemas2 barang. Dalam 5 suku get ready nk curik2 balik kalo Mr VP ada. Kalau die takde senang sket nak balik. Hehehe....

Dalam masa sekarang ini itulah daily routine aku. Tapi lepas nie dah tak sama dah. Aku kena jadi orang yang berdisplin. Must be punctual. Bila dah tinggalkan benda tu sume rasa kekok pula nak kena mulakan semula. Harap2 semuanya akan okey. Mesti aku akan rindukan saat2 sekarang nie...

Thursday, October 20, 2011

siapakah dia??...

Setiap orang mempunyai cerita yang berbeza. Apa yg kita nampak bukanlah seperti apa yang tersirat. Kegembiraan seseorang tidak mencerminkan kebahagiaan diri. Kitalah yg mencorakkan kepada kehidupan sendiri. Kita buat sesuatu seperti apa yg kita inginkan tapi kadang kala kita tak suka dengan apa yg kita bina.

Hidup ini tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yg harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu berlandaskan kenyaataan. To let go doesnt mean to stop caring. To let go is to learn there's something beyond. To let go means to accept the reality. To let go is loving more cause we only want the best.


(p/s: bila rasa itu hadir........................................)

Monday, October 17, 2011

Di Antara Dua

Antara keinginan dan keseronokan... yang mana satu menjadi pilihan?... Dua2 aku nak tapi aku tak perlu tamak nanti diri sendiri yang rugi. Tapi aku rasa keinginan itu lebih penting daripada keseronokan. Sebabnya bila kita dah dapat apa yang kita inginkan perasaan seronok itu boleh dipupuk kemudian. Berbeza pula kalau kita sentiasa rasa seronok tapi takde kepuasan. Sebabnya apa yang kita inginkan sebenarnya tidak menjadi milik kita.

Friday, October 14, 2011

Sebaik baik hari

Pagi tadi kuar rumah tetiba tgk ada ramainya polis berkumpul kat depan masjid. Polis trafik ada polis tak trafik pun ada.. heheh... Pastu nie tengahari nie otw balik rumah, lalu lagi depan masjid.. pergh makin ramai polis2 tu kat area Keramat nie. Owh.. ini ari Jumaat. Memanglah jem sket sbbnya orang gi sembahyang Jumaat kan. Jalan punya jalan smbil mendengar khutbah, tetiba khatib tu mention nama Yang di Pertuan Agong. Owh... rupenya Sultan datang menunaikan solat Jumaat kat Masjid Al-Aqram arini. Patutlah ramai abang2 pakcik2 polis dari pagi tadi dok tercongok depan masjid.

Wednesday, October 12, 2011

life is in your hand

Semua orang nak hidup senang. Nak jadi kaya. Nak punya macam2. Rumah besar, kereta mewah, duit banyak, nak gi holiday, shopping... macam2 nak buat kalau punya segala2nya. Tapi kalau setakat kerja makan gaji, bangun pagi2 datang kerja pastu balik rumah. Then kadang2 kena stayback tapi hasilnya still takleh nak dapat apa yang kita nak.

Manusia memang tak pernah puas. Kalau nak puas bukalah business sendiri. Tapi mampu ke nak jadi risk taker? Nak jadi good leader?.. Owh tidak!! I'm not a good leader but I'm a good follower. Walaupun orang kata orang jadi pengikut nie tak berapa bagus but at the same point we need to play as a follower.

Attend business review tadi membuatkan aku terpikir dua tiga empat lima enam kali. Actually aku nie tak minat langsung dalam dunia perniagaan nie. Nama je belajar dalam jurusan perniagaan tapi sikit pun tak mendorong aku utk nak ada business sendiri. Tapi bila kita dah bekerja dalam dunia korporat nie secara tak langsung kite kena amik tau selok belok dunia perniagaan.

Dengan tak pasal2 aku kena pergi business review tadi utk dengar segala macam jadah perniagaan nie. Balik keja ingat nak rehat, nak tido awal tapi xleh nak kasi excuse dah. Pastu kena sambung esok pula. Nak tak nak aku dah create satu appointment kul 6 petang esok. Biarlah esok petang hujan turun dengan lebatnya so aku de alasan utk cancellkan appointment. Tapi kalau kena buat appointment lain tu lain hari punya citer. Heheheh....


(p/s: moga hari Jumaat ini adalah hari yang terbaik utk aku. Amin~)

Wednesday, October 5, 2011

silence is much better than words

Actually macam2 aku nak luahkan hari ini. Tapi ada banyak benda yg tak boleh nak reveal. Even ini blog aku, lantak aku nak tulis apa pun tapi still kenal jaga adab dan kesopanan sebagai orang Melayu yang bertamadun.

Aku sepatutnya dah boleh rasa lega tapi aku tetap rasa tak berapa nak best. Sebabnya aku tau esok esok lusa lusa tulat tulat dan hari berikutnya pasti ada yang mengacau aku. Even aku dah prepare awal2 tapi tak mustahil gangguan itu datang. Dia bukan peduli aku kat mana sekalipun. Masalahnya bukan si A sahaja tapi ada si B yang aku rasa selalu menguji tahap kesabaran aku. B yang takde kena mengena langsung dengan aku. B yang kadang2 aku rasa dekat kadang2 aku rasa jauh. B yang suka suki je nak buat apa pun. Owh... rasa nak lari jauh2 jer. Tolong jangan ganggu aku!!!!!

p/s: (Yeah.. esok hari Khamis. Ada apa dengan Khamis??.. jeng.. jeng.. jeng...)

Tuesday, October 4, 2011

gegaran = gempa

zapp!!!!!!
macam rasa terkena renjatan letrik je
memang gugur jantung aku
sib baik tak melatah
slalu camni mmg cepatlah aku dapat sakit jantung

tension... tension... tension
tak sabar nak gi bercuti ni
tapi sebelum tu nk ilangkan tension senang je...

jom makan kek!


cappuccino cheese + white dark chocolate cheese
memang mengeyangkan

btw... to my DK
seems like i celebrate your birthday alone without you
but never mind
let me eat the cake for you
huhuhu...

my lovely darling DK
wish you a happy birthday
miss you so much!!!!
can't wait to see you..
hope we can meet soon
and your turn to celebrate my birthday, ok!