Monday, October 31, 2011

Menghitung Hari

Hari ini merupakan hari terakhir aku berkhidmat di RGS. Selama setahun di RGS plus 6 bulan di RBSB memang satu pengalaman yang amat berharga bagi aku. Perasaan sedih tu taklah rasa sangat sebab aku rasa aku akan sentiasa keep-in-touch dengan member2 rapat aku di RGS. Cuma rasa sedikit terkilanlah sebab tak dapat nak jumpa orang2 yang sentiasa bersikap baik dan ramah dengan aku. Tak kiralah dari RGS ke, RBSB ke, RB ke, REC, RP, RUB, RWT mahupun SDE. Terima kasih semua!!

Dengan melepaskan jawatan aku sebagai secretary kepada Mr VP, bermakna kenikmatan utk bersenang-lenang di waktu pejabat secara rasminya telah pun hilang. No more Internet, broadband, facebook, youtube, YM, blogger dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.

Walaupun tadi Mr VP try utk pujuk aku supaya stay kat RGS then offer lak gaji yang lebih tinggi... erm, nasib baik aku nie bukanlah jenis yang bekerja semata2 kerana duit. Erk.. maksud aku bukanlah duit tu tak penting tapi biarlah sekali dengan kepuasan yang kita dapat. Siapa yang taknak kan kalau orang offer gaji yg agak best pastu byk kemudahan yg kite dapat, boleh rilex2, sesuka hati je nak masuk opis kul bape. Tapi disebabkan aku ingin belajar sesuatu yang baru, sesuatu yang dicari.. makanya.... "Im sorry boss"!

Aku tak tau camne cara kerja di tempat baru tu nanti, tapi bahang 'kepanasan' tu rasa semakin dekat jer. Apa yg aku harapkan semoga aku dapat serasikan diri dengan rakan2 yang baru dan of course aku boleh adapt dengan environment di sana. Mudah2 an segala2nya dipermudahkan oleh-Nya.

Sunday, October 30, 2011

Babies October

4th, 24th and 29th
We are babies of October
Celebrated at City Park, Seremban 2
Enjoyzz!!!!!










































Happy birthday to us!!!


Friday, October 28, 2011

Check-up

Fuyoo!!... First time masuk healthcentre yg wallah!... Hehehe.. gayat sekejap. Actually segan sebenarnya. Sbbnya yg datang situ bukan calang2 orang. Healtcentre ni bukan cam klinik atau hospital biasa tapi tempat yg eksklusif utk but diagnosis, treatment atau ape2 yang berkaitan dengannya. Receptionistnya dahlah macam amoi2 kat hotel yang cantik lagi seksi tu. Orang2 yg datang tu lak semuanya dari golongan atasan. Segan aku nak masuk. Lagi bertambah segan bila time aku masuk je sume orang dok pandang2 aku. Taulah aku nie biase2 jer. Pakai t-shirt pakai jeans. Nama yg dipanggil kebanyakkannya berpangkalan "Datuk". Rawatan dan layanan yang diberikan memang terbaek!!!

Thursday, October 27, 2011

Trapped

Semalam ingat nak balik umah cepat2 sbb satu hari tu rasa ngantuk je. Almaklumlah kena jadi babysitter kejap. Huhu... Dari stesen Taman Jaya menghala ke Datuk Keramat, penumpang taklah ramai sangat. Okla.. siap leh lelap kejap. Tgh sedap2 nk tido tu tetibe tren tu brek mengejut. Hampir sume orang tersorong ke depan. Aku still boleh maintain lagi la. Entah ape yang rosaknye pun aku tak tau. Sib baik aircond still pasang. Kalau tak mesti ada yang pengsan. Orang yg berdiri semuanya duduk kat lantai. Dah tak larat agaknya nk berdiri lama2. Siap tu de yg amik gambar lagi.

Hampir 45 minit tersangkut antara stesen Kg. Baru - KLCC, barulah tren tu jalan semula. Tu pun pandu guna manual. Aku tak tau lak dari mana org Rapid tu muncul. Tau2 je die dok pandu tren tu. Mungkin setiap tren ada orang yang jaga kot. Elok je tren bergerak, sume orang tepuk tangan. Cam kelakar pun de gak...

Monday, October 24, 2011

24 Oktober

Hari ini genap setahun aku bekerja di RGS. Banyak yang aku pelajari. Banyak pengalaman yang aku kutip. Pahit manis baik buruk semuanya ada. Dulu aku mmg berat hati utk masuk ke RGS. Dan aku pernah berkata pada diri sendiri yg aku akan berada di sini hanya utk setahun sahaja.

Ya, tepat sekali. Mulai minggu hadapan aku akan mula berkhidmat di syarikat yang lain. Mencari angin baru.. mencari pengalaman baru dan mencari sesuatu yg aku pelajari. Mudah2 an semuanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Berada di RGS selama setahun.. berkawan dengan rakan2 yang datang dari latar yang berbeza menjadikan aku seorang yang lebih berfikiran terbuka dan of course banyak pengalaman yang aku dapat.

Dan sepatutnya hari ini aku patut berasa gembira kerana hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiranku. Bukan tak gembira tapi aku rasa sayu je lebih2 lagi apabila aku dirai secara mengejut. Itu membuatkan aku bertambah sedih utk meninggalkan mereka semua. Walaupun hanya tinggal 3 orang rakan yang rapat, perasaan sayu dan sedih itu tetap ada.

Buat teman2 ku yang sudi meraikan hari jadiku sambil membuat surprise kononnya, menyanyikan lagu 'happy birthday to you' dan membelanja aku makan terima kasih banyak2. Tak lupa juga buat cik Niniey yang telah meraikan hari jadi aku di restoran yang eksklusif lagi gempak... Terima kasih kawan2!. Semoga anda semua dimurahkan rezeki oleh-Nya.



(p/s: erm.. baru perasan satu perkara. kat RGS akulah yang paling muda sekali dan tinggal aku sorang je yang bujang kat situ.. hehe...)

rutin harian

Hari2 aku biasa jer. Macam orang lain gak. Pergi kerja balik kerja. Tapi mungkin waktu dan rutin kite yang berbeza. Macam aku hari2 kuar rumah pukul 8.20 pagi. Tunggu driver datang, sampai opis dalam kul 8.30++. Tapi kalau Isnin tu awallah lagi sebabnya datang dari Seremban. Sampai2 jer kena amik newspaper utk Mr VP dulu. Duduk jap then buka pintu bilik dia. Pastu kena tukar air, kemas meja, cek mana2 dokumen yg dia dah sign dan teruskan kerja cam biasa.

Time lunch mesti kuar dalam kul 12 suku. Tp kalau Mr VP takde kul 12 dah kuar dah. Hehehe... Masuk opis balik dalam kul 2. Sesuka hati je kan. Takpe.. Mr VP tak kisah pun (walaupun kdg2 aku rasa guilty gile). Time balik aku tak selalu balik on time. Paling awal pun dalam kul 6. Sambil tunggu driver datang mesti pk nak balik rumah terus atau nk jalan2 ke Ampang Park dulu. Huhu... Tapi kalau ari Jumaat lain lak citenya. Kul 5 je aku dah siap kemas2 barang. Dalam 5 suku get ready nk curik2 balik kalo Mr VP ada. Kalau die takde senang sket nak balik. Hehehe....

Dalam masa sekarang ini itulah daily routine aku. Tapi lepas nie dah tak sama dah. Aku kena jadi orang yang berdisplin. Must be punctual. Bila dah tinggalkan benda tu sume rasa kekok pula nak kena mulakan semula. Harap2 semuanya akan okey. Mesti aku akan rindukan saat2 sekarang nie...

Thursday, October 20, 2011

siapakah dia??...

Setiap orang mempunyai cerita yang berbeza. Apa yg kita nampak bukanlah seperti apa yang tersirat. Kegembiraan seseorang tidak mencerminkan kebahagiaan diri. Kitalah yg mencorakkan kepada kehidupan sendiri. Kita buat sesuatu seperti apa yg kita inginkan tapi kadang kala kita tak suka dengan apa yg kita bina.

Hidup ini tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yg harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu berlandaskan kenyaataan. To let go doesnt mean to stop caring. To let go is to learn there's something beyond. To let go means to accept the reality. To let go is loving more cause we only want the best.


(p/s: bila rasa itu hadir........................................)

Monday, October 17, 2011

Di Antara Dua

Antara keinginan dan keseronokan... yang mana satu menjadi pilihan?... Dua2 aku nak tapi aku tak perlu tamak nanti diri sendiri yang rugi. Tapi aku rasa keinginan itu lebih penting daripada keseronokan. Sebabnya bila kita dah dapat apa yang kita inginkan perasaan seronok itu boleh dipupuk kemudian. Berbeza pula kalau kita sentiasa rasa seronok tapi takde kepuasan. Sebabnya apa yang kita inginkan sebenarnya tidak menjadi milik kita.

Friday, October 14, 2011

Sebaik baik hari

Pagi tadi kuar rumah tetiba tgk ada ramainya polis berkumpul kat depan masjid. Polis trafik ada polis tak trafik pun ada.. heheh... Pastu nie tengahari nie otw balik rumah, lalu lagi depan masjid.. pergh makin ramai polis2 tu kat area Keramat nie. Owh.. ini ari Jumaat. Memanglah jem sket sbbnya orang gi sembahyang Jumaat kan. Jalan punya jalan smbil mendengar khutbah, tetiba khatib tu mention nama Yang di Pertuan Agong. Owh... rupenya Sultan datang menunaikan solat Jumaat kat Masjid Al-Aqram arini. Patutlah ramai abang2 pakcik2 polis dari pagi tadi dok tercongok depan masjid.

Wednesday, October 12, 2011

life is in your hand

Semua orang nak hidup senang. Nak jadi kaya. Nak punya macam2. Rumah besar, kereta mewah, duit banyak, nak gi holiday, shopping... macam2 nak buat kalau punya segala2nya. Tapi kalau setakat kerja makan gaji, bangun pagi2 datang kerja pastu balik rumah. Then kadang2 kena stayback tapi hasilnya still takleh nak dapat apa yang kita nak.

Manusia memang tak pernah puas. Kalau nak puas bukalah business sendiri. Tapi mampu ke nak jadi risk taker? Nak jadi good leader?.. Owh tidak!! I'm not a good leader but I'm a good follower. Walaupun orang kata orang jadi pengikut nie tak berapa bagus but at the same point we need to play as a follower.

Attend business review tadi membuatkan aku terpikir dua tiga empat lima enam kali. Actually aku nie tak minat langsung dalam dunia perniagaan nie. Nama je belajar dalam jurusan perniagaan tapi sikit pun tak mendorong aku utk nak ada business sendiri. Tapi bila kita dah bekerja dalam dunia korporat nie secara tak langsung kite kena amik tau selok belok dunia perniagaan.

Dengan tak pasal2 aku kena pergi business review tadi utk dengar segala macam jadah perniagaan nie. Balik keja ingat nak rehat, nak tido awal tapi xleh nak kasi excuse dah. Pastu kena sambung esok pula. Nak tak nak aku dah create satu appointment kul 6 petang esok. Biarlah esok petang hujan turun dengan lebatnya so aku de alasan utk cancellkan appointment. Tapi kalau kena buat appointment lain tu lain hari punya citer. Heheheh....


(p/s: moga hari Jumaat ini adalah hari yang terbaik utk aku. Amin~)

Wednesday, October 5, 2011

silence is much better than words

Actually macam2 aku nak luahkan hari ini. Tapi ada banyak benda yg tak boleh nak reveal. Even ini blog aku, lantak aku nak tulis apa pun tapi still kenal jaga adab dan kesopanan sebagai orang Melayu yang bertamadun.

Aku sepatutnya dah boleh rasa lega tapi aku tetap rasa tak berapa nak best. Sebabnya aku tau esok esok lusa lusa tulat tulat dan hari berikutnya pasti ada yang mengacau aku. Even aku dah prepare awal2 tapi tak mustahil gangguan itu datang. Dia bukan peduli aku kat mana sekalipun. Masalahnya bukan si A sahaja tapi ada si B yang aku rasa selalu menguji tahap kesabaran aku. B yang takde kena mengena langsung dengan aku. B yang kadang2 aku rasa dekat kadang2 aku rasa jauh. B yang suka suki je nak buat apa pun. Owh... rasa nak lari jauh2 jer. Tolong jangan ganggu aku!!!!!

p/s: (Yeah.. esok hari Khamis. Ada apa dengan Khamis??.. jeng.. jeng.. jeng...)

Tuesday, October 4, 2011

gegaran = gempa

zapp!!!!!!
macam rasa terkena renjatan letrik je
memang gugur jantung aku
sib baik tak melatah
slalu camni mmg cepatlah aku dapat sakit jantung

tension... tension... tension
tak sabar nak gi bercuti ni
tapi sebelum tu nk ilangkan tension senang je...

jom makan kek!


cappuccino cheese + white dark chocolate cheese
memang mengeyangkan

btw... to my DK
seems like i celebrate your birthday alone without you
but never mind
let me eat the cake for you
huhuhu...

my lovely darling DK
wish you a happy birthday
miss you so much!!!!
can't wait to see you..
hope we can meet soon
and your turn to celebrate my birthday, ok!

Thursday, September 29, 2011

kenapa meja aku bersih?

Selalunya kan orang kata kalo time keje meja tak leh bersih sangat. Kalau meja orang tu bersih maknanya dia takde keje. Eh, betul ke??? Aku tak setuju sama sekali. Sebab meja aku bersih tapi aku banyak keje. Banyak sesangat. Tapi aku cam biasalah... cool itu penting. Huhu...

Btw workstation aku taklah bersih sangat pun cuma kemas dan teratur je. Tu yang sebenarnya. Lgpun aku ni mmg suka tgk keadaan yang tersusun. Bak kata kawan aku, aku ni terlebih rajin dok nyusun segala benda yg boleh nak di susun. Hehehe.. nk wat camne..

Tapi ada masa meja aku mmg penuh dengan timbunan fail2, kertas2 dsb. Tapi sebelum balik aku mesti pastikan meja aku berada dalam keadaan yg kemas dan tersusun. Kerusi kena sorong masuk dalam. Kalau tak mau simpan fail2 atau pun kertas2 yang banyak tu at least susunlah cecantik. Baru de motivasi nak buat keja bila datang pagi2 esoknya. Tapi lain orang lainlah penyuntik motivasinya.


Ni workstation aku yang dlu. Time tu tgh bz wat P&P. Tempat pun tak berapa nak besar dan tak berapa nak strategik


Inilah kawasan aku sekarang. Tempat mmg strategik gila. Jauh sket terselindung. Nak tido ke, nak online sesuka ati ke buatlah. Memang orang tak nampak. Even Mr VP pun xleh npk aku. Hahahahah....


Kat sini juga tempat aku dan kawan2 yg lain berkumpul sambil bergosip2. Huhu... At least leh release tension sambil dok ngadap KLCC atau nak tambah lagi tension tengoklah kereta yg berderet2 kat Jalan Tun Razak tu


Dan juga boleh berposing tanpa pengetahuan yang lain2. Hehehe.... Tengok tu meja aku taklah bersih sangat pun cuma teratur je

Wednesday, September 28, 2011

I need a fresh air~

Tahap kesabaran melebihi paras ketegangan. Kesian.... Jadi camne nak hadapinya? Nasib baik tak meletup. So scared!!! Hope next week will be okay. Banyak rancangan aku dah buat. Makanya jangan sesiapa berani untuk mengacau aku!!!

Thursday, September 22, 2011

Jeritan Batinku

Pe kehalnya aku hari ni. Itulah padahnya bila otak tak berapa nak jalan. Lately nie kebizian memang super duper triple quadrupole dahsyat. Tapi aku tetap mengekalkan tahap kemaintainan aku. Rilex, cool dan curi2 masa nk update blog. Kalau orang len dia suka post kat fb tapi aku suka menzahirkan perasaan dalaman aku dalam blog.

Lepas ni aku rasa nak kiralah dalam satu hari berapa kali Mr VP panggil nama aku. Dahlah tadi kawan aku terkejut sbb takde deringan aku dah terus angkat phone. Tu sume sbb Mr VP lah. Actually tipon aku ni kdg2 pelik sket. De masanya dia kasi gegaran dlu kat aku pastu baru anta deringan kat caller. Sekarang nie hp kena pegang 24jam sbb Mr VP akan call bila2 masa je dia nak. Tu yang payah. Paling payah bila Mr VP sesuka ati rasa dia je nak kasi nombor aku entah kat sape2. Client dialah.. kawan seperniagaanlah. Senang katanya kalau dia takde kat sini diorang tu sume leh call aku direct. Hello!!! even incoming calls je tapi tu personal number okey bukan company yg provide. Tapi tak sampai ati lak nak cakap camtu....

Dulu masa time praktikal kat RBSB ingat lagi, keje mmg banyak giler sampaikan kena bawa balik rumah. Ku fikirkan perkara camtu dah takde dah rupenya ada lagi. Dengan tak pasal2 aku kena sambung keje kat rumah. Ingatkan nak dok opis je, tp bile memikirkan nt susah aku nak balik lupakan jelah. Lagipun Mr VP ada. Tak nak aku dok berdua je kat situ dengan dia. Kang lagi bertambah2 keje aku. Dahlah nak kena submit pagi2. Nak tak nak mmg kena datang awallah besok. Lupa sudah camne nak datang awal. Almaklumlah selama nie mmg aku datang lambat. Sesuka ati aku je kan. Takpelah as long as Mr VP okey aku lagilah ok. Janji kena sampai dulu daripada dia.

Korang nak tau tak.. semalam mmg aku rasa sunyi. Rindu pada kawan2 lama. Aku tak taulah hari ni.... tapi tiba2 pagi tadi salah seorang kawan lama dlm gambar tu muncul kat opis. Terkesima japlah aku tadi. Tak taulah kebetulan ke atau dia baca blog aku ke.. tu tak dapat nak dihuraikan. Allah itu Maha Mendengar kan. But more surprisingly dia akan kembali join RGS.

(p/s: kdg2 terfikir gak.. aku nie kerja utk company mana sebenarnya???)

Wednesday, September 21, 2011

Sexy-tary

Hahahahah.... sungguh lawak perkataan itu. Ada-ada saja mereka semua ni. Hari ini... ramai yang takde. Tiba-tiba.... aku rasa sunyi, rasa rindu.... pada mereka2 semua...


9 bulan yang lepas semuanya happy. Tapi sekarang... 8 daripada mereka bukan lagi berada di sini. Agak2 lepas ni giliran siapa pula? Semoga anda sume berjaya dalam hidup masing2...

Tuesday, September 20, 2011

Bukan Minat Aku

Susah betullah kalau kita terjerat dengan sesuatu nie. Last week, teman one of my friend jumpa business partner dia. Aku tak tau pun de business meeting sebenarnya. Ingatkan berdua je dgn dia. Kalau tau confirm awal2 lagi aku dah reject nak keluar dengan dia. Sekarang ni kan dah tak pasal2 aku pun turut terlibat sekali. Untuk event esok bolehlah aku mengelak tapi untuk next week punya cite, apa alasan aku nak kasi? Erm.. thinking.. thinking....

Monday, September 19, 2011

Request or Demanding?

Kus semangat!!!! terkejut mak!.. Agak2 kalau hari2 camni leh dapat sakit jantung tak? Daripada ngantuk terus buntang biji mata aku. Telinga lak nak kena alert selalu. Kalau tak mmg confirm melompat aku daripada kerusi nie. Hehehe....

Btw, ini ari Mr A sangat concern pada aku. Adalah sket misunderstanding tadi. Tapi xde kena mengena dengan aku pun. It's between Mr VP and Mr A. But for sure Mr VP akan refer pada aku. When things like that happen, Mr A thoughts I was scolded by Mr VP. Owh.. aku sangat terharu bila Mr A menanyakan tentang keadaan aku. I really appreciate it. But dont worry... xde pun adegan baling2 fail atau maki hamun macam Adyputra dalam cite Suria di Cordoba tu. Tu dah kira melampau dah tu. Apa punya bosslah kan.. Syukurlah aku dapat boss yang boleh bertoleransi dalam sesetengah perkara.


(p/s: Cepatnya aku dapat feedback. Tapi yang mana satu? Do the right things or do the things right?...)

Tuesday, September 13, 2011

Beli dan Belah

Selalunya kan.. kalau korang sume pergi kedai atau shopping mane2, then kamu bayar pastu de baki. Agak2 baki yang korang terima tu korang kira tak? Betul ke balance yang korang dapat? Tengok tak resit yang korang terima tu? Kalau akulah kan... tu lah kelemahan aku. Memang confirm aku tak kira. Dapat balance terus je masuk purse. Pastu aku nie pun bukannya peduli dengan harga yang dia tulis. Rasa nak beli sesuatu tu amik jer pastu bayar. Tapi tu utk barang runcit yg biasa2 lah. Contohnya nak beli megi ke, sardin ke, telur ke... Malas nak compare2 harga.

Aku ni bukanlah jenis orang yang teliti sangat. Certain things tu maybe lah. Tapi kalau bab2 nombor nie agak lemah sedikit, huhu... Pernah gak aku dapat balance yang kurang. Padanlah muka aku kan. Sape soh tak mau cek dulu. Tapi tu untuk kepentingan diri sendiri je. Mmg aku tak kisahlah. Lainlah kalau melibatkan orang lain. Tu akan jadi super duper lebih teliti. Contohnya kalau time belajar dlu nak beli barang2 rumah utk kegunaan bersama kenalah cek balance yang dapat. Tengok balik resit. Pastu siap tampal dalam buku khas lagi. Hehehe.... Nak bayar bil letrik pun sama gak. Aku tampal sume resit2 yang ada. Nanti senang nak rujuk balik. Camtu gaklah sekarang ni bila kena jaga petty cash company kenalah lebih berhati2. Kang bila ada short tak pasal2 kena ganti balik, tak ke haru???

Monday, September 12, 2011

monday morning

Hari nie rasa mengantuk. Yeke hari ni? Erm... rasanya hari2 kot aku rasa ngantuk. hahaha... eh tak... arini extra ngantuk. Sebabnya skrg tgh musim raya lagi. Weekend mmg keje aku pergi beraya, makan, berjalan, layan tetamu, tengok tv, pergi kenduri kawin dan sebagainya. Akibatnya bila balik dah lewat memanglah rasa malas nak pergi keje. Pagi2 bangun cam takde mood jer.

Otw ke KL selalunya mmg aku akan tido la dalam bas walaupun dah masuk Sg Besi baru mata nie nak tertutup. But its okey what janji dapat rest kejap. Tapi ini ari tidak maa.... Kalau ingat cite aku yang lepas, aku de terjumpe classmate aku. Dan arini baru dapat berbual2 dengan dia. Pagi tadi kira agak lewat gaklah gerak pergi terminal. So bas pun agak penuh. Adalah kosong kat seat2 belah belakang. Jalan punye jalan punya jalan... alamak! kawan sekolah aku. Nak duduk sebelah dia ke tak nak. Ikutkan ati aku nak je aku dok kat belakang die tu tapi tak syoklah pulak kan. Dah jmpe kawan lama tak mo tegur lak. Pastu nak menyombong pula.

Makanya sepanjang perjalanan tu kami pun dok berbuallah. Banyak cite yg kami kongsikan. Tak sangka member aku nie rupe2nya lawyer. Kat sekolah dlu loyar buruk bukan main lagi. Nakalnye leh tahan lah. Tapi sekarang nie die dah behave sket. Nakal2 tu tetap ada cume nampak lebih matured dah. Time sekolah dulu dia nie kira agak rapat gaklah. Mana taknye dari Form 1 smpai form 3 kitorang satu kelas. Then masuk form 4 dah bw haluan masing2. Dulu beraku-engkau. Tapi lepas je 11 tahun terus jadi formal. I-You-I-You lak yg digunakan. Aku pun layan kan jelah. Kecik rupenya KL nie kan. Pergi memana pun mesti de jumpe sorang dua yang kita kenal. Betul tak?