Singgah halaman lain membuatkan aku rasa jauh ketinggalan kebelakang. Selama nie aku sedar tp kenapa baru sekarang aku begitu terasa sekali. Mungkin faktor persekitaran dan masa yang membuatkan aku berfikir sedemikian. Sangatlah sweet kalau perkara yg sama boleh berlaku kepada aku juga. Tak apalah, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti aku. Mudah-mudahan~
Sunday, April 25, 2010
Bila tiba saatnya
Singgah halaman lain membuatkan aku rasa jauh ketinggalan kebelakang. Selama nie aku sedar tp kenapa baru sekarang aku begitu terasa sekali. Mungkin faktor persekitaran dan masa yang membuatkan aku berfikir sedemikian. Sangatlah sweet kalau perkara yg sama boleh berlaku kepada aku juga. Tak apalah, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti aku. Mudah-mudahan~
Wednesday, April 21, 2010
Final Exam
Friday, April 16, 2010
Suratan atau Kebetulan
Thursday, April 15, 2010
A Day to Remember
Tiga kereta konvoi ke Umbai. Sebelum tu kami sume berkumpul kat Taman Rempah dulu. Thanks to abong's frenz sbb pinjamkan keretanya yg sangat bermakna buat kami berempat. - aku, Kyra, Farah, Aisyah. Masa pergi okey tp balik problem sket. Kerete tu xde air-cond so bile nk balik, ujan tersangatlah lebatnya. Jadi kami sume telah menjadi "viper" kpd abong. Haha... Kyra di depan, aku dgn farah di belakang dan aisyah di tepi. Sangat sweet....
Then, pas gi umbai kami sume lepak2 di Jeti. First time kot aku gi situ. Sangat teruja amik gmbar disana. Paling best, dapat naik "keretapi".. Pastu, singgah minum kat tempat biasa, Elizad.. Lebih kurang kul 3:30 baru kami sampai umah. So, pada kak Fiza, Ecah dan Nadiah yg naik kete dgn madam memang rugi sbb xdpt join kitorang. Huhu....






Tuesday, April 13, 2010
Which one is better?
Sebut pasal practical nie satu lagi masalah buat aku. Last week Prasarana de call tp aku tak angkat. So die call umah cakap dengan ayah. Then ayah terus call aku kata Prasaran offer tempat practical. Aisehmen, lambat sangatlah offernye. Tadi aku check email de gak offer letter dari Prasarana. So skrg aku dh berbelah bagi. Tak tau yang mane satu aku nk. Ranhill aku dh terima tp bila Prasarana offer tempat aku dh jadi rambang mata. Camne nie ek??.. Bak kata Kyra pilih je la dua2. Pagi kat Ranhill petang kat Prasarana. Owh... alangkah bagusnya kalo boleh buat begitu.
Kalo ikut benefit, dua2 company akan tempatkan aku kat bahagian HR. Kalo ikut kemudahan, dua2 company terletak berhadapan stesen LRT. Tapi kalo ikut allowance, Prasarana offer lagi tinggi. Dan secara kebetulan orang yang offer tempat nie nama mereka sama cuma ejaan yang berbeza. Ranhill - Rosmayati, Prasarana - Rusmayati. Opps, sebelum tu Allianz pun de offer tempat tp aku dah reject awal2. Even aku suka keja kat Allianz tp at least aku nk cari pengalaman kat tempat baru.
Sekarang ni aku dh dalam dilema pula. Bila takde tempat susah, tp bile de byk tempat lagi susah nk wat pilihan. Apepun aku dh terima Ranhill. Rugila kot, bersusah payah aku attend interview die aritu takkan nk reject camtu je. Hopefully company yg aku pilih ni dpt berikan byk pendedahan kepada aku. Amin~
Pre Graduation Night
So tadi abis je class terus rush gi CC sbb nk print segala bagai assignment tu. Ingatkan de gap 2 jam bolehlah belek2 notes Issues jap tp haram..... masa 2 jam tu byk dihabiskan di CC semata2. Tapi yg bestnya kat cc tadi jumpe Ecah. Dia mention madam tak masuk. Jadinya, open book test, leh discuss. Wah, leganya rasa. Thanks to PM Sha coz sangatlah sporting dlm hal2 camni. Huhu....
Abis je test dlm kul 4:30 terus balik rumah dan curi2 tido jap. Almaklumlah malam nk gi dinner. Pre-Graduation Night yg lebih pada Seminar Kecemerlangan Akademik, Etika & Protokol Pelajar Semester Akhir. Buat kat Dewan Seri Negeri Ayer Keroh memang nampak gah. Mana tak gah kalo dewan tu selalunya digunakan utk acara2 rasmi kerajaan negeri Melaka. First time masuk situ sesat gaklah kami sbb nk cari pintu masuk dewan.
Masa mula2 datang aku dah rasa ilang mood sket dgn PGN nie. Cam sedey jer rasa. Member2 aku pun sama gak. De lah something yg dh berlaku.... Tapi lama2 perasaan tu hilang camtu je. Mungkin sebab xnk spoilkan masa2 terakhir kami sebagai pelajar, tu yang masing2 bersemangat waja bila bab2 bergambar nie.
Bab makan susah nk explain. Cam biasa susah sbnrnya nk cari makan yg serasi dengan tekak kita. Walaupun style hidang tp still xmemuaskan. Makan je dh dekat kul 10 malam. Bak kata Datuk Pengarah Kampus, makan tu bukan agenda utama. Ish... mane leh camtu, orang sume dh lapar.
Secara overallnya aku rasa dinner HRS aritu lagi meriah kot. Iyalah, time tu suka hati kite nk buat apa. Pakai baju ape pun xkisah. Yang nie kena pakai baju kurung dan baju melayu lengkap bersamping bagi pelajar lagi. Dinner HRS aritu tak berapa nk ikut protokol sgt. Nie sumenya kena ikut etika. Dari segi pakaian smpailah ke sesi bergambar. Apepun okeylah kot, bile lg nk enjoy kan......
[p/s: sedey.... kali ni takde sorang pun group kami yg dapat lucky draw. 072 tak bertuah langsung!]





Friday, April 9, 2010
Apa Nak Buat
Thursday, April 8, 2010
Catatan Hari Khamis
Pastu tengahari gi jumpa Dr. Sujatha nk bincang pasal repot BEL. Nasib baik xde ape2 juz betulkan aje mana yg tak betul. Paling penting xyah nk kena redo tajuk balik. Dengar cite de group yg kena wat semula sbb dh lari tajuk. Susahlah camtu....
Patutnya arini leh terus balik awal tp de je yg menghalang. Tunggu En. Rosmi bukan main lama lagi. Tapi sambil2 tu jengah jap bilik En. Azree. Tahniahlah pada En. Azree kerana dh jadi ayah kepada Iham Nur Kasih. Pergh... nama dahsyat tu! Nie mesti terpengaruh tgk cite Nur Kasih dulu nie. Paling seronok bile dgr En. Azree citerkan pengalaman die bila pertama kali melihat bayi dia sendiri. Hahaha... Kesian kat nurse yg kena menjawab segala pertanyaan En. Azree tu.
Wednesday, April 7, 2010
Serangan Peluru Berpandu
Pastu present SM lak. Nasib baik arini Madam okey. Tak berapa nk kene tembak sangat compare masa ari Isnin aritu, ramai group yg present abis kene tembak dgn Madam Zaihan. Tapi kalo kene tembak pun taklah seteruk kene serangan drp Dr. Sujatha, tu lagi dahsyat!... Apepun alhamdulillah, presentation sume dh settle.
Paling best masa class Compensation tadi, En. Helmy kata program finishing school yg patutnya diadakan 3 hari bermula Jumaat nie dipostpone. Wah, syoknye.... Abis class terus gi MC beli tiket. Huhu..... Tp yg tak syoknye program tu tetap akan diadakan lepas final nnti. Lagi tak syok sbb cuti utk semester nie amatlah pendek memandangkan 1hb June dh start practical. Confirm dpt cuti kejap jer. Dahlah utk program asta-la-vista kemungkinan besar akan dibuat time practical atau lepas practical. Paling tak best tak dapat nk pergi Pulau Kapas. Asal kami je sume tak boleh. Jauhlah, bahayalah, budget takdelah..... Hurm...........
Tinggal satu minggu je lagi sebelum final exam tiba. Tapi sebelum tu still de lagi test yg tak settle plus satu lagi assignment yg perlu dihantar dengan report untuk event aritu. So, next week ari Isnin malam de Pre-Graduation Night kat Ayer Keroh. Tp yg musykilnye tu nape nama dinner tu diletakkan sbg Seminar Kecemerlangan Akademik. Kenapa perlu diletakkan perkataan "SEMINAR"? De ceramah ke???

Gerak Usahawan Siswa 2010
Seminar sampai petang tp biasalah kalo kata sampai petang je, aku adalah antara muka2 yang suka lari dari seminar. Huhu.... bukan tak mo pergi tapi sbb aku dan kawan2 terpaksa duduk di pusat pelajar yg panas dan sempit tu, maka kami rasa tidak dihargai. Orang len sedap je dok dalam audi yg berair-cond tu. Tapi kami?? Patutnya mereka dahulukan student yg dh final year compare junior2 nie. Bolehkah begitu?
Tapi petang tu aku hampir terkantoi la pula sbb tak pergi seminar. Masa teman Kyra gi HEP, aku doklah kejap kat luar tu. Then, de sorang lelaki nie dok seblah aku. Nk kata student cam tak. Nak kata lecturer cam tak penah nampak. Staff? Lagi tidak.... Pastu die tetibe tegur aku. Dan kami pun berboraklah kejap. Pastu tetibe je dia tanya soklan maut:,
Dia: Kamu tak pergi ke seminar kat bawah?
Aku: Tak... saya tak terlibat.
Dia buat muka pelik sambil berkerut2 dahinya. Mungkin dia teringat kata2 aku tadi yg aku nie final year student. So, seminar tu pun fokus pada final year student. Pastu cepat2 aku jawab.
Aku: Pagi tadi sy ada pergi. Sempatlah dengar slot Tan Sri tu pasal jihad bisness.
Fuhh selamat. Nasib aku ingat nama slot tu. Pastu die leh uji minda aku lagi.
Dia: Owh... Tan Sri memang bagus. Ada tak dia cakap pasal seekor kata yang mati tersepit?
Aku: ?????? Blur kejap. .Katak ea.. Saya tak perasan pula. Sebab saya dok kat luar. Kat situ sound system tak berapa jelas. Dapat tengok gambar jer. Nak masuk dalam dah penuh. Erm... Encik nie dari JCorp tu ke?
Dia: Eh, taklah. Saya speaker untuk slot Usahawan Kerjaya. Saya dari Takaful.
Dan nasib baiklah time tu Kyra pun keluar. Selamatlah aku dari terkantoi terus. Tapi aku rasa die pun tau aku nie lari dari seminar. Saje je nk kenakan aku.
Monday, April 5, 2010
Aku dah Penat
Kul 2:30 lak class issue. De post mortem pasal event kitorang Sabtu aritu. Alhamdulillah, sumenya berjalan dgn lancar. Overall, event kami PM Sha kata mencapai objektif dan berjaya. Tu yg nk dengar tu.. Huhu... Sini aku nk upload lg gmbar2 masa event kitorang aritu.






Seminar dah tamat. Tinggal beberapa test + presentation lagi. This week bagi aku satu minggu yg amat aku tak suka. Penuh dengan segala2nya. Sekarang aku dah rasa betul-betul penat. Letih sangat. Bukan sebab penat naik bas. Tapi dah penat nk belajar. Camne nie? Aku nk cepat habiskan degree nie supaya aku tak rasa tension, tak sakit hati. Aku tak hidup dalam kepura-puraan lagi. Boleh jadi gila aku camni. Aku tak mahu!!!! Aku nak idup aku teratur seperti sedia kala, aku nak rasa tenang seperti selalu. Bilakah sume ini akan berakhir.....
Sunday, April 4, 2010
Bas oh Bas!
Takpelah, at least dapat gak jumpa Firas. Firas yang skarang nie tak banyak nangis dan makin kurang bercakap. Huhu... selama nie die penah bercakap ke??

Tengoklah si Firas nie. Bila letak je dalam buaian terus tertidur sambil menggigit teether nye.
Oleh kerana balik dh last minute, so petang Sabtu tu terus gi Petronas nk beli tiket. Sampai sana computer system die dh xberfungsi selama 2 hari. Malas nk ajak along gi Seremban so minta tolong angah yang nun jauh di Kuantan tu tolong belikan tiket.
Then, pagi tadi angah call kata tiket yg tinggal hanya jam 5:45 je. Aik... 5:45??? Erm, cam pelik je. Sbb setahu aku tiket slalunya dijual setengah2 atau 1 jam-1 jam macam 5 stengah, 6 stengah, 7 stengah atau kul 2, kul 3, kul 4. Tapi bila angah kata 5:45 aku cam terdiam jap. Okeylah fine. Tiket ada dijual dan dah dibeli pun. So mestilah ada kan.
Bila angah bagi je tiket kat aku, aku lagilah rasa pelik bila tengok seat aku nombor 13. Selama aku naik bas transnasional seat paling last adalah 11. Pelik bin ajaib sungguh. Tadi masa tengah bersiap2 nk balik aku rasa malas je nk balik. Terdetik dihati aku untuk balik esoknya.
Dan betullah naluri aku selama ini. Sampai terminal 2 angah pergi tanya kaunter dan kakak kaunter tu kata bas jam 5:45 nie tak wujud. Paling tak boleh blah die kata kaunter untuk bas tu dah ditutup. Pergh...... gila dahsyat!
Then, rush pergi terminal 1 minta kepastian. Makcik kat situ pun cakap benda yg sama gak. Dia kata orang kat Kuantan tu yg silap. Patutnya tiket tu tak boleh dijual sbb kaunter bas tu dh ditutup. Hanya orang di Seremban je yg tahu pasal hal nie. Mana boleh camtu, patutnya pakai sistem online kenalah standardized, nie tidak. Makcik tu kata kami leh wat aduan kat persatuan pengguna kalau pihak Kuantan tu tak nak bertanggungjawab atau tak mahu bayar ganti rugi.
Aku dah tak de hati nk fikir pasal perkara2 sebegini lagi sbbnya aku memang dh selalu terkena dengan bas transnasional nie. Aku dh penat nak rasa marah, geram, tak puas hati dan sebagainya. Dan sebagai kesimpulannya aku beli tiket balik ari Isnin jam 6:30 pagi. Ha, awal tak... Leh balik sekali dengan angah. Apapun yg berlaku tetap ada hikmahnya. At least aku leh smbung wat assignment aku yg banyak tertangguh. Alhamdulillah, aku berjaya siapkannya.
Saturday, April 3, 2010
Sharpen your Knowledge Strive for your Success
Then, kul 11 aku call katanya on da way. Bangunan UiTM dah nampak tapi still tak jumpa2 jalan. Dan akhirnya, die pun tersesatlah sampai ke Jonker Walk. Time tu aku dh jadi serabut dah. Mana tak serabut kalo PM Sha asyik tanya bile Dr Fazley nk sampai sedangkan masa dh makin suntuk. Nasib baik abong ade. Abonglah yang pergi menjemput Dr. Fazley dengan naik motor honda die yg cantik tu. Dan tak boleh blah, ade ke abang cameraman tu soh aku ikut abong naik motor. Abang tu cakap, "pergilah ikut abong naik motor. Nanti sampai sana, mesti Dr Fazley ajak awak naik kereta sekali dengan dia." Pergh... tak kuasa aku!
Nasib baiklah selepas tu sumenya berjalan dengan lancar. Cuma adalah beberapa perkara yang aku tak berapa nk puas hati. Banyak sebenarnya tapi takpelah, benda pun dah berlalu kan. Selain Dr Fazley, aku salute gaklah kat Datuk Ameer Mydin yang sangat punctual orangnya dan tak berkira. Juga kepada yang lain2. Kat sini aku nk bagi credit pada:
Dr. Fazley - Thanks sbb sangat sporting utk mengorbankan sedikit masa bagi menyumbangkan sebuah lagu, Bila April + photography session. Especially time nk bergambar tu keadaan memang tidak terkawal. Walaupun ramai yang menyerbu dia, tapi die tetap layan dengan baik.
En. Ahmad - PA die yg masih dalam tanda tanya aku. Dari hari pertama aku berurusan dgn dia sampailah ke hari ni, macam2 persoalan yg timbul dlm kepala yg aku tak boleh nak luahkan disini. Walaupun aku tak pernah jumpa die tapi aku rasa die nie sorang yg sangat unik. Sebab apa aku kata dia unik?? Jeng... jeng... jeng!!!
Selain tu, die juga sgt committed dlm bekerja. Sebelum event start, dia de anta message ucapkan kata2 semangat dan good luck then pas abis event die tanya progress dan ucapkan terima kasih. Tersangatlah professional. Thanks to En. Ahmad kerana byk bersabar dengan aku especially bile time perubahan tarikh, khabar angin yg diterima dan macam2 lagi. Terima kasih atas segala2nya.
En. Farid - Seorang yg sangat peramah, bertolak ansur dan bersifat terbuka. Walaupun aku baru berurusan dengan dia tapi macam2 perkara yg kami boleh bualkan bersama. Mungkin sbb tarikh lahir kami cuma beza satu hari saja... huhu.....
Pakcik Library a.k.a cameraman - thanks sbb tanpa pakcik nie mungkin Dr Fazley & the crew akan sesat selama2nya. Sbb pakcik ni yg tolong terangkan pada En. Farid ttg jalan2 di sekitar Melaka nie bila kalanya Dr. Fazley sesat.
Paling penting, dah tentu2 lah pada sume committee members yg telah bertungkus lumus dlm menjayakan event kali ini juga kepada PM Shahariah. Thanks to all. Tak lupa juga kpd ad hoc marketing yg banyak membantu kami. Juga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih banyak-banyak.


Rehearsal
Rehearsal tadi start agak lambat gaklah. Almaklumlah banyak lagi perkara yg belum disettlekan lagi sebenarnya. Around kul 9:30, PA Datuk Amer Mydin (owner of Mydin) datang. Wah, bagusnye PA die. Datang nk tengok kitorang rehearsal plus setting ape2 yang patut. Hopefully besok, seminar kami berjalan dengan lancar dan sume pihak berpuas hati. Insyaallah......
[p/s: yeay! yeay! pas abis seminar boleh balik. Dapat jumpa Firas ^_^]
Wednesday, March 31, 2010
Ragam Seorang Pelajar
Nasib baik malam nie tak jadi wat rehearsal. Kalo tak mungkin lagi terasa penatnya. Then, esok nk gerak ke suatu tempat yang memakan masa lebih kurang satu jam gaklah. Kat mana??... Adalah..... tunggu!!!!!
Tak sabar nk abiskan 2 minggu dari sekarang. Minggu nie je dah macam2 perkara yg perlu disettlekan. Next week lagilah. Dengan presentationnya, dinner lagi dan paling aku tak suka de finishing school selama 3 hari. So tak leh balik lagi. Sedey~
[p/s: lagi tak sabar nk abiskan semester nie..]
Malam Gala Anugerah Kecemerlangan


Ikut tentative majlis start kul 8 malam tp biasalah tunggu VIP sume, kul 9:30 baru dapat makan. Makanan tu pula bukan mengikut citarasa aku. Berbaloi ke bayar RM30??... Tapi tak pelah. Dah nak abis majlis baru aku rasa hepi. Sebab apa? Sebabnya nombor bertuah aku, 168 telah memenangi hadiah cabutan bertuah. Dapatlah hamper sebiji. Hahaha......

Selain dapat hamper, dapat gaklah plague dari pihak urusetia. Then, dapat sijil untuk anugerah dekan. Tahniah juga kepada member2 yang dapat dekan dan juga Ain dan Kyra kerana berjaya dapat Anugerah Tokoh Akademik dan Anugerah Tokoh Kepimpinan.





Monday, March 29, 2010
Hari Yang Mendung
Cite pasal event nie, haisy..... susahnya aku nk contact dengan PA Dr. Fazley ni. Aritu email minta biodata terbaru Dr. Fazley, die kata dia akan bagi dlm masa terdekat. Then, minggu lepas message katanya sume org tengah bz skrg sbb Dr. Fazley baru dapat anak kedua. Pagi tadi message sekali lagi, tak berbalas2 smpai ke petang. Message nk minta full address pun still xbalas2.
Then, waktu class tadi madam soh call sbb nk tanya pasal cara pembayaran. Call2 memang tak berangkat. Alamak, camni nie? Esok dh nk kena bitau keputusan kat madam. Takkanlah, nk call malam kot.. cam tak profesional je call malam2 nie...
Tuesday, March 23, 2010
Melacca Heritage
Then, sampai sana carilah barang2 yg sesuai utk VIP kami seramai 3 orang. So dapatlah around RM40 - RM45 utk satu souvenir. Abis je tawar2 menawar, abang kedai tu yg kami panggil abang Wira soh kami pilih mane2 kipas yang kami nak. Wah, dapat free gift gitu! Kyra amik kipas jenis peacok, kak Fiza punye lagi gempak, kipas Lady Gaga... huhu... dan aku nye simple je. Aku nie semangat patriotik sket. Oleh kerana aku pergi kedai tu utk cari souvenir sempena seminar kami yang bertemakan merah + hitam, so aku pilihlah kipas yang colour merah hitam gak. Cantik tak cantik tu belakang kiralah, janji orang nk bagi. Ape2 pun terima kasih.....
Friday, March 19, 2010
Westport vs CaiRex
Rombongan dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka
Salah satu port yg aku suka, pantry.....

Bilik kawalan yg aku panggil rumah api. Bukan senang nk naik situ, hanya rombongan2 terpilih saje, huhu......

Bergambar di tingkat 16
En. Helmy, Abong, Kyra and me

Bergambar dulu sebelum memulakan tour ke pelabuhan
Then, esoknya pergi UiTM Shah Alam pula sbb de career expo (CaiRex). Kami naik bas yg sama dan pemandu yg sama juga. Sebelum pergi cairex, lecturer sume soh prepare resume + salinan2 sijil yg disahkan. Kelam kabut gaklah aku nk sahkan sijil, sampaika ibu terpaksa pos express pd aku. Pastu nk kena minta sijil kat En. Rozmi lagi, macam2lah. Tapi sebenarnya, tak perlu pun sume itu. Aku rasa tak banyak pun yg membantu pergi cairex tu, bosan dan buang masa adalah. Mana taknya, company2 sume utamakan student yg betul2 nk grade bulan 5 ni. Aku??? Hujung taun baru grade. Lagipun kalo nk gi interview, alamatnya malamlah baru kami sampai Melaka, orang ramai sangat. Last2 dok situ menghabiskan masa dgn melayan perasaan ngantuk, penat, tension. Gambar malas aku nk amik sbb bosan punye pasal.
Tuesday, March 16, 2010
Budi Bahasa Budaya Kita
Then, de sorang pakcik nie, staff kat post office tipon ckp pasal benda ni. Pakcik nie tersangatlah baik dan teramatlah baik. Cuba bayangkan ea, kalo orang lain bile dia dh bitau yg barang kite de kat post office dan soh kita dtg amik sendiri, kira abislah keje dia. Dia tak fikirlah tentang masalah kite, de transport ke tak de. Lantaklah, janji aku dh bitau. Tapi dlm kes aku nie lain sket. Pakcik nie seperti yg aku mention td memanglah terserlah KEBAIKAN die. Dia layan aku dengan sebaik mungkin dan paling penting dia sendiri tolong aku selesaikan masalah nie.
Aku nie dh lah tak abis khatam lagi dengan bandar Melaka. Even pejabat pos besar tu pun aku tak tau kat mana letaknya. Aku soh die tinggalkan je atas peti surat tu, dia kata bahaya sbb takut hilang. Bila aku soh tinggalkan pd pak guard die kata kena ikut policy, jgn bagi pada orang lain. So bila aku cadangkan soh pos kat UiTM lagilah die kata tak boleh sbb dah sah2 lah alamatnya berbeza. Lagilah tak ikut polisi.
Nego punya nego, last2 pakcik tu dengan sukarelanya menawarkan bantuan. Dia kata biar die sendiri yg hantar pada aku. Dia soh aku tunggu kat Elizad Cafe lepas abis waktu keje. Wah, pakcik nie TERSANGATLAH BAIK. Sekali lagi aku ulang, SANGAT BAIK......
Seperti yg dijanjikan, dalam kul 5:40 pakcik tu dah sampai. Selepas ucap terima kasih sume pakcik tu siap tanya lagi, nk dia hantarkan balik tak. Almaklumlah, die tau aku nie xde transport dan umah jauh. Oh tidak, cukuplah die dah bersusah payah hantar pos xpress tu pd tangan aku sendiri. Aku tak mau susahkan dia lagi. Tapi sayangnya, aku terlupa nk tanya siapa nama pakcik tu. Kepada pakcik tersebut, aku sangatlah2 terhutang budi padanya dan mudah2 an hidupnya dilimpahi rahmat dan diberkati. Amin~






