Sunday, June 30, 2013

holiday

rasanya dlm tahun nie dah banyak tempat aku gi jenjalan.  tak kisah lah bersama keluarga, kawan2 mahupun company.  bila dah sekali berjalan rasa cam nak buat je aktiviti tu selalu.  ok, kali ni nak update terus perjalanan cuti2 malaysia bermula dari awal tahun.



Jalan2 ke Hadyai sponsored by Company.. thanks to GENP.  ok yg nie dah cerita aritu.. so xyah buang masa nk cerita lagi.


Awal bulan Februari aku pegi bercuti ke Kuala Terengganu dengan my friend, Niniey.  berdua saja ok.  aku amik gambar kau, kau amik gambar aku.  oklah tu:)







sampai2 je masih awal tak tau nk ke mana so kitorang pun pegi la melawat Masjid Kristal dulu



Lepas tu pegi Hutan Lipur Sekayu pula



Jangan tak tau kat Terengganu aku drive tau:)




Hari2 berikutnya pergila ke Taman Tamadun Islam.  Banyak rupanya tempat menarik kat Kuala Terengganu nie.


Menaiki bot



Taman Equestrian 



Boleh tengok kuda dengan jarak yang dekat


Tengah bulan Februari pula pegi bercuti ke Langkawi dengan family.  Time nie aku kena apply cuti untuk seminggu.  wah, satu cabaran yg hebat untuk aku bila mau apply cuti.  nasib baik cuti diluluskan.  tapi tu lah.. bak kata my boss, "every year u pegi holiday ke Langkawi.  why hah?"  so apa mau jawab???

kali nie bawa semua pakcik2 dan makcik sedara pegi sekali.  ikutan my family sume turut serta tapi biasalah last minit ada saja halangan walaupun cuti dah dirancang setahun yg lepas.  nak tak nak sape yg dapat pergi tu teruskan jelah.  so akulah kena jadi tour guide kat sana.



tapi tugas utama aku adalah untuk menjaga kanak2 ini supaya mengikut ke mana sahaja aku pergi dan makan apa yang aku makan.  hahahaha....



tapi tak susah pun.  hanya unmpankan saja dengan benda nie.  senanglah jaga.  dan nasib baik ada Asu yang turut sama ikut.  so memudahkan kerja aku kalau budak kecik ini minta di dukung:)



island hopping - sesuatu yang sangat menyeronokkan






Pulau Dayang Bunting - boleh nampakkan bentuk orang yang sedang mengandung.  ada kepala, breast, perut dan kaki.



sampai je kat tasik tu mmg banyak monyet yang berkeliaran. so hati2 bg sesiapa yang membawa makanan atau beg plastik.  tapi aku hanya bawa beg yang berwarna pink dan di isi susu masih lagi diragut oleh sang monkey.  mungkin monkey itu teruja melihat beg pink yang menyala kot.. heheh... tapi nasib baik beg tu berat so hanya putus tali saja.  melepaslah kau wahai sang monkey!




menaiki cable car.  hanya kami berlima saja yg naik memandangkan ramai pakcik2 makcik2 yang agak gayat sedikit dengan ketinggian. 




Mendaki Telaga Tujuh.  Juga hanya sebilangan





Inilah dia 5 pasangan suami isteri.  Ops, ada lagi sorang.  Usu dan suaminya tidak kelihatan di gambar kerana melayan kerenah anak kecilnya.



Sepatutnya bolehlah aku kongsikan satu lagi percutian tetapi memandangkan waktu itu adalah time waktu mengundi, dan kami pun telah membooking tiket lebih awal, maka kami batalkan sajalah percutian tu. rugi dah flight ticket.  xpe, de rezeki leh rancang lagi.  Lain2 tempat bercuti, just tengok sajalah gambar2 kat bawah nie.  Malas dah mau bercerita sbb aku pun tak ingat dah bila kitorang pegi sana.


cuti di Desaru





balik kampung - Kedah.  melawat rumah lama yang tersimpan banyak kenangan


  
jalan2 di Penang



nasi kandar beratur.  memang kena beratur weyh...



masa balik Johor - Kluang.  tempat wajib untuk breakfast, Railway Station



holiday di Beserah, Kuantan











ok.. itu saja.  sekian~

Thursday, April 25, 2013

bilikku syurgaku

lamanya tak menulis. makin hari makin sibuk. keje mmg toksah cakaplah.  mmg xkan abis punya.  aku pun xtau smpai bila boleh tahan.  pagi2 harus keluar bekerja dan pulang lewat malam. nk jmpa os-met sndiri pun susah. dhla kitorang jarang jumpa nak borak2 lagilah payah. kalo jmpe pun selalu ckp benda yg sama. "baru balik?".. pastu aku pun jawab "aah.. baru balik."  tu jelah dialog kitorang. weekend mmg xkan jumpa punyalah kerana aku berada di luar kawasan..♥♥

Monday, February 18, 2013

Gong Xi Fa Cai

mengikut kalendar cina tarikh arini adalah 9hb.  setiap 9hb pd kalendar cina, bagi orang Hakka@Hokkien, mereka akan adakan upacara sembahyang yang bermula jam 11 malam. abis saja upacara tersebut mereka akan membuat satu firework. makanya malam tadi memang berdentam dentumlah bunyi yg kita dengar.  tu tandanya mereka sedang bergumbira menyambut perayaan mereka.

dan utk pengetahuan semua, hujung minggu ni merupakan hari terakhir mereka menyambut perayaan tahun baru. mengikut masyarakat tradisional orang Cina, bagi perempuan yg masih belum berkahwin, mereka boleh mandapatkan jodoh dengan menulis nama dan nombor telefon mereka pada buah limau.  then mereka akan mencampakkannya ke sungai ataupun laut. dan kaum lelaki pula akan mengambil buah limau itu utk mencari jodoh mereka. itula kepercayaan masyarakat cina.  to all my Chinese friend, wishing u a happy new year.


(sumber: GENP's colleague)

Tuesday, January 8, 2013

Headaches

Awal tahun mmg memeningkan kepala. uish.. time2 camni la rasa stress yg teramat sgt. nk xnk terpaksalah tempuh semuanya. setiap yg berlaku ada hikmad yg tersembunyi. apa2 pun bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yg diberikan. alhamdulillah..

Tuesday, December 18, 2012

Super Genting Style


we are going to Hatyai soon!!!!!!... f.o.c ^_^

Monday, December 10, 2012

Annual Dinner 2012

Date :  30 November 2012, Friday
Venue :  Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur 
Theme : A Musical Night


dinner tahun nie GENP yang jadi host.  owh, mmg teramatlah sibuk sekali.  sehari suntuk dari pagi ke petang memanglah kami kena standby di hotel. tu belum kira seminggu sebelum event. boleh dikatakan setiap hari balik tengah malam.  penatnya toksah dikhabarkan.

tapi hasilnya berbaloi. aku sbg stage crew dapat rasa tempiasnya.  nasib baik nama aku tercalon jadi stage crew.  even tak glamor tak boleh melaram sakan tapi aku seronok. Broadway adalah kami punya main performance.  all the cast mmg terbaik lah!  tabik spring sama diorang...



they are our director, choreographer and team members from Broadway Academy


dan disebabkan kami semua dok belakang pentas (cast & crew) so confirm2 lah xdpt makan kan.. so sbgai balasan kami ada kami punya private dinner.  tempat yang sama dan served menu yang sama.  then sambil2 makan ada berita baik kami dapat.  all cast & crew akan dapat pergi trip 2days 1 night sama ada ke Cameron atau ke Awana Kijal.  even dua2 tempat tu taklah menarik sangat pun tapi FOC mmg okeylah kan. team2 glamor yang lain macam usher dgn registration tu mmg jeles. huhu...then kami juga dapat voucher RM100 setiap sorang.  Alhamdulillah~

Tuesday, November 27, 2012

Company Trip 2012

ini awal bulan punye cerita.  company trip. pegi mana???

TADA~



pada pandangan akulah drp 10 bintang aku kasi 6 jelah.. tempat nie ok actually tapi byk yg masih belum siap lagi. kalau nk pergi aku rasa tahun depan ok kot sbb katanya 2013 baru akan siap hotel dan waterpark gmes. so bg aku kalau sape2 pegi skrg dgn bayaran masuk RM140 rasanya macam tak worth it kot.  

drp legoland aku rasa baik lagi Genting. bukan bermakna aku keje genting so aku mau promote lebih tp rasanya lagi berbaloi. baru RM66 hengget utk indoor + outdoor plus genting sejuk, legoland sangat panas. sgt2 panas okey. atau baik pegi USS tambah je lagi lebih kurang 40hengget macam2 ada (hahaha... promote lagi ^_^).  bezanya Legoland lebih sesuai utk family yg ada anak2 sbb bila difikirkan semula ia baik utk perkembangan minda kanak2 especially games yg melibatkan permainan lego. dan Genting pula lebih pada entertainment bg org2 dewasa. 

kat sini paling aku suka adalah dia punya Miniland. sangat impressed dgn dia punya reka bentuk dan ciptaan yg berasaskan lego.  kerja2 seni yg sangat halus.  tabiklah!


 Bangunan Sultan Abdul Samad




Monorail Station



KLIA













then satu lg perkara yg aku suka diorang ada photographer utk tourist.  maknanya diorang tolong capture kan kitorang punye pic then nt kite boleh collect gambar tu.  tp of courselah kena byr kan.  rasanya RM15 kot sekeping.  tp kitorang tak belilah.  just amik kesempatan pd photographer diorang minta tlg snap guna kita punye camera.. hahaha... jom layan~










ok ini antara games yg sempat aku snap gambarnya..


game yg selamat - Wave Racers



ini yg aku rasa plg adventure. apa ntah nama game nie.  kecut weyh sbb mgkn hanya ada 4 orang saje kot yg boleh naik.  tapi semua game aku repeat 2 kali sbb choices tak banyak.



 Dino Island - game nie best sbb basah kena air..huhu...



tapi boleh kering sbb ada bilik kering. bayar RM5 sepuluh orang boleh muat  sangat berkesan.




Remote Control Boat




Pemandangan drp Observation Tower


Ok abis dah pasal Legoland.  nk cerita benda lain lak.  gi company trip selama 3 hari 2 malam kami bermalam di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru.


Inilah dia bilik aku. tapi nie bilik je tau.  aku dapat EXECUTIVE SUITES hokeyy... ambik kau! mmg terbaek... 




Living Room - kwn2 aku yg len jelous ok.  tv ada 2 set. satu lagi kat dalam bilik.  dlm bilik siap ada mini office lagi.. peace yo!



Kitchen




 satu suites nie share 2 orang. ikutkan aku patut dpt superior room.  tp service hotel tu lambat sgt. org len sume check in kul 3 aku dekat pukul 5 baru dapat bilik tau. dapat2 terus kasi suites. rezeki... rezeki...


ok abis cerita bilik. kita cerita pula ttg bagaimana nk mengeratkan silaturrahim sesama pekerja.  eh yeke.. boleh pakai ke sume teori nie.  rasanya smgt lagi bersaing sesama sendiri lagi tinggi kot sbb sume nk menang main apa games pun.  ala games pun simple saje.  typical games~ 



 antara member dlm group aku.  nama group aku VERSACE. nama xboleh blah...





yeay... VERSACE dapat jadi juara mengalahkan group2 yg lain - Burberry, Coach, Zegna dan Ferragamo.  Nama sume tak agak2...



inilah hadiahnya.  dapatlah kupon KFC, Pizza atau Ayamas. kiralah brp hengget sang juara dapat..huhu.. dan pilih jelah mana2 nak makan.  smpai skrg aku still tak guna lagi tau.. hikhikhik...




GENP group photo




malam lepas BBQ dinner kami pun keluarlah jenjalan ke pasar karat.  tak ada apapun sama saja macam uptown or downtown kat KL nie..  then malam besoknya jenjalan pula ke Danga Bay.  pun xde apa2.  sangat membosankan kot kat sana. dahlah harga teh tarik mahal giler.  kedai tepi jalan je kot. satu cawan yg standard macam kat NZ kite boleh dapat RM1.20 kat sana harganya RM3 ok.  sangat dahsyat. pastu tgk dlm tv Danga Bay tu macam best je tp xde apapun.  rs macam kosong.  entah.. mgkn dh biasa kot dok KL yg sentiasa sibuk dan tak pernah sunyi. nk apa sj sume ada. wow! statement tak hengat!




then sebelum pulang ke KL haruslah kena singgah JPO.  melawat company kan. tp gambar takde sbb xde mood dah nk jalan. masing2 dh penat then pegi sn siap dapat keje lagi.  ada ke patut  kitorang dtg jejauh nk jenjalan dia baginya kita segala macam HR form utk dibawa pulang.  ish ish ish...

pegi sana apa aku nak beli.  kitorang dapatlah VIP voucher tapi taulah kan voucher utk Zegna, Canali,  Polo, Coach dan kawasan2 yg sewaktu dgnnya.  erm apalah yg aku nk beli.  kdg2 pelik gak bila org suka sgt pegi situ.  bagi aku biasa2 je kot.  entah mgkn sbb aku tak berapa minat nk beli barang2 macam tu kot.  haha.. sbnrnya xde duit ^_^...

sbg kesimpulan aku rasa company trip kali ini ok sajalah. FOC mmg oklah kan. tak payah nk keluar duit pun.  apa2 pun kite enjoy!!


insyallah jumpa lagi tahun depan.  hopefully ke tempat yg lebih interesting ^_^

Friday, November 23, 2012

we are everything

sudah setahun aku bersama GENP.  Alhamdulillah masih bertahan sehingga kini walaupun mcm2 cabaran yg datang.  itu sudah lumrah.  dah nama pun kerja.  yg penting gaji dapat, benefit ok, increment ada, bonus pun insyaallah msti ada.. hehe... tp sbg org HR byk masa yg diperlukan utk company.  apa2 event yang ada mesti tak boleh elak.  3 bulan sepi tanpa berita.  byk benda yg ingin aku kongsikan.  tapi utk sementara ini just nk kongsi antara 'tugas2' aku.



Usher - Annual General Meeting 




Malaysia Career Training Fair 2012




HR Representative for Management Trainee - GPRC, Tebong Estate




On duty for registration - KL Convention Centre



Career Fair - UTAR




Industrial Day - Shah Alam




Rate Race 2012 - Bursa KL




Closing STP for new Prob. Assistant Manager - GTME, Tangkak Estate



banyak lagi sebenarnya tp tu yg ada gambar saja.  Sekarang ni bz dengan Annual Dinner.  tahun nie GENP jd host.  so confirm2 lah lagi bz.  tema utk tahun ini adalah 'MUSICAL'.  so kami di HR dipaksa utk masuk Broadway. kena menari sambil menyanyi. wajib utk org HR datang audition. bila "konon2" dah terpilih mmg masaklah jawabnya.  tapi secara halus secara pelan2 aku mengelat, tarik diri mmg pedih jugaklah telinga bila dengar bebelan dari sorang ke sorang.  aish.. last2 kena jadi stage crew.  okla tu xpayah menari. hehehe....

(p/s:  year end bonus)

Monday, August 13, 2012

kehidupan

sedar tak sedar ramadhan sudah sampai hampir ke penghujungnya.  tahun ini merupakan tahun pertama aku berpuasa di GENP. mungkin kerana aku tidak di kelilingi ramai rakan2 yg beragama Islam membuatkan aku rasa kurang sedikit merasai kemeriahannya.  yg paling seronok tentu sekali aku berpeluang pulang awal.  agak teruja bila aku sampai di rumah apabila langit masih lagi cerah, jalan raya masih lagi sesak, masih berpeluang curi2 tidur di waktu petang.  sangat seronok. tapi lepas nie bersedialah utk kembali ke alam nyata.  lepas nie dah takde dah "babai... sy balik dulu"...  hahahahha....

Thursday, July 12, 2012

putaran hidup

hari ini kita gembira esok kita berduka. hari ini kita kaya esok kita miskin.  hari ini kita sihat esok kita sakit. what goes around comes around. trying to be perfect but no one is perfect.  praying the best for tomorrow and hopes everything is ok.  

Tuesday, June 26, 2012

the worst week

ya... aku mengaku byk yg aku pendamkan selama ini.  sbb aku tahu aku siapa dan dia siapa? jadi terima sajalah. cakap pun xde guna.  tp sampai bila aku harus bertahan????

Tuesday, June 19, 2012

nothing to say

bersyukurlah dengan apa yang ada dan berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.  insyaallah akan menemui apa yang di inginkan.  amin~

Tuesday, June 12, 2012

hot story

- HR TAK BOLEH BERCINTA DENGAN ORANG DI GENP -

beberapa bulan aku berada di sini baru aku tau policy yg sebegini.  kalau dulu masa kat RBSB apa yg aku tau orang HR tak boleh berkawan rapat dengan orang department lain.  tapi kat sini tak boleh bercinta, jatuh cinta atau berkahwin dengan orang2 yg terlibat dengan GENP.  kalau perkara ini berlaku salah seorang daripada anda haruslah meletakkan jawatan.

ok fine tak jadi masalah.  yang jadi masalah bila orang HR terjatuh cinta.  nak buat macam mana kan.  bak kata JL love is blind.  tak boleh dipaksa meh.  ok fine lagi.  tp yang bertambah jadi masalah bila orang lain dapat tahu then orang tersebut telah pun menghantar email kpd VP-HRAD tentang perkara ini.  yang paling menjadi masalah bila tiba2 nama aku pula yang disebut2 sbg org HR tersebut.  aish... asal ada masalah je msti refer kat bhagian kitorang.  i mean bhgn recruitment la.  aku, JL dan CY.  mentang2 lah C&B tu unit yang sudah lama then diorang senang2 je kata kitorang.

KAKAK tak abis2 suruh JL tanya aku.  "are you sure not Aida?"... aku tak tau la knp dia syak aku.  dan of course la JL akan back-up aku sbb kami bertiga tahu siapa org yang sedang bercinta tu.  dan akhirnya orang itu telah pun mengaku yg menyebabkan KAKAK terdiam sekejap.  hehehehe.. so pandai2 la unit korang settlekan ye.. bukan aku orang yang dicari....

Wednesday, May 2, 2012

akar umbi

bak kata JL kite sbg orang HR yg duduk kat HQ, berair-cond bagai selalu2 lah kena jenguk orang kat bhgn operations especially org2 estet so barulah kita tau susah senang keje diorang.  ya, betul kata JL. orang2 operations mmg sangat humble. very nice persons.  kdg2 rasa segan lak aku bile diorang panggil aku Cik Aida.  takyah la bercik-cik bagai.  kat hq main hentam kromo je even manager aku pun aku panggil nama je. hahahahaha....

JL kata kalo diberi gaji 7-8K sekali pun mmg die takkan dok kat estet.  kalau akulah kan okey je meh.  cool, rilex lagi leh jimat byk duit.  aku suka environment yg tak serabut camtu walaupun dari main road nk ke estet tu mmg agak jauh.  tp xlah sejauh estet kat Sabah esp Pulau Jambongan yg kena naik bot. tp kalo nk soh aku dok estet kena ada syarat.  aku mesti ada teman.  maksudnya teman serumah.  takmo lah dok sensorang kat situ.  mst mati kebosanan aku.  dhlah nk gi lunch tadi kene g kwsan Gemenceh... eerkk... apakah itu???  apapun mmg aku salute lah dgn org2 estet.  mmg mereka yg bagi byk keuntungan pada company.  almaklumlah nama pun PLANTATION.