Sunday, June 19, 2011

Family Gathering

Mula2 dengar nk wat gathering kat PD, owh... tade tempat lain ke??? Bosannye... asyik2 PD. Camping kat PD, hasta la vista kat PD, nk wat family gathering pun kat PD gak ke? Actually, ni bukan family gathering khusus utk family kitorang. Kami sume meraikan kedatangan orang Singapore yg tak penah lagi ke PD. So, kami ni yg dah dok lama kat N9 tentulah agak bosan sket nk ke PD. Tapi bile pk2 balik, sekali sekala berjalan gi PD, dok berkumpul dgn keluarga rasa seronok juga.

Ikutkan hati mmg malas nak pegi. Yelah, bayangkan pas abis keje ari Jumaat tu elok je smpai Seremban ayah dah dok ajak ke sana. Jalan... jalan jugak. Yang penting Maharaja Lawak mesti mau tengok. Jadinya pas je abis ML dlm kul 12++ kami 4 beradik terus gerak ke PD. Bukannya jauh pun, dalam 40 minit dah smpai.

Kami sume dok menginap kat apartment Bayu Beach Resort. Sampai sana, anta2 barang then kami keluar ke pantai. Saja jalan2 amik angin.


Muka yang keletihan



With my heroes


4 of us


Balik apartment dekat kul 2.00. Aku pun dah penat sangat teruslah masuk tido. Esoknye dalam kul 10 kot baru bangun. Huhu...

Walaupun namanya bercuti tapi aku rasa masa aku byk dihabiskan kat apartment kot. Malas ar nk kuar. Dasar pemalas betul aku nie kan. Hehehe.... So yg byk jadi travel guide dah tentulah org yg ada license. Jadinya, tugas dioranglah membawa tetamu2 tu pegi jenjalan sekitar PD. Beli layang2, gi pantai, gi pasar malam dan mana2 tempat yg diorang nk pergi.


Dengar cite banyak gak barang yg diorang borong


Abis memborong terus ke pantai main layang2. Yang bestnye pantai nie orang tak berapa ramai sangat dan pantai pun bersih je. Almaklumlah private beach. Dibuka khas untuk penginap2 di Bayu Beach Resort saja.


"Layang-layang terbang melayang...."



Operasi menaikkan layang2



Time to play



Panas kot time nie....



Inilah tempat kami sume menginap selama 3 hari 2 malam



It's me


One of the family from Singapore


Abis je aktiviti petang tu, dalam kul 6.30 kami sume gerak ke Melaka. Perjalanan agak jauh sbb kami ikut jalan dalam. Agak membosankan sket sbb lama sgt nk sampainye pun. Huhu...


Cam biasa, sebelum gerak kite bergambar dulu


Pegi Melaka semata2 nak makan malam saja. Mana lagi kalau tak di Alai. Alai nie dekat2 je dengan Umbai. Sama je sebenarnya. Tapi disebabkan kat Alai nie lagi murah dan dekat sket dan kitorang pun dah biasa kat kedai Ala Kassim tu, makanya situ jelah. Dekat kul 10 baru kitorang dapat makan. Antara menu yg di order ada ketam goreng, sotong goreng tepung, kepah, lala, pahat, ikan cencaru bakar, ikan pari.... erm pe lagi ye? Lupa sudah.


Dinner time



The boys

Abis je makan nasi time for dessert pula. Acik buat blueberry cake dengan kek coklat. Bila letak je kek atas meja, tetamu2 dari Singapore sumenye tertanye2.. birthday siapakah yg nak disambut. Oleh sebab aku pula telah diberi mandat oleh Acik utk memotong kek jadinya mereka mengandaikan aku punye besday. Hehehe....


Upacara memotong kek


Abis je makan2 terus gerak balik PD semula. Sampai sana dalam kul 2.30 pagi. Tapi tak terus tido. Tengok tv sambil minum2 then barulah tido dgn nyenyak.

Esoknya, subuh2 lagi diorang sume dah berjalan di tepi pantai. Tinggallah aku keseorangan. Sian... padan muka! Takpe aku tak kisah sbb aku mmg malas nak pegi. Aku lebih pentingkan tido drp jenjalan. Hahahahaha.....


Diorang bukan aje jalan2 tepi pantai tapi sumenya dok mandi sekali



Termasuklah budak kecik yg suka nanges nie



Jadi ke istana pasirnye??



Bila aku ditinggalkan.....


Balik je sume orang dari pantai, abis berpasir rumah. Penat aku jadi suri rumah kejap. Opps! lupe nk cite pasal Drama King nie. Firas mmg suka berdrama. Bile jumpe orang yg die tak biasa, yg dah lama tak jumpe mmg susah sket nk mesra alam. Dok malu2 kucing jer. Sanggup tu tundukkan muka lama2 bila dikelilingi ramai orang.


Ini dia budak itu. Firas a.k.a Drama King


Hari Ahad sudah tiba. Time orang Malaysia nak check-out. Orang2 Singapore de lagi 1 hari di PD. Kami nie sume esok dah keje kenalah balik. Sebelum balik, bergambar jap dengan duit pemberian Uncle Dol nie...


10 dollar Singapore bersamaan RM24.62



Our lunch.. let's have pizza!


Firas bersama uncle 3 pupunya, Fitri.. erk... betul ke ayat aku nie??


With our grandma


Acara wajib bila dah berkumpul beramai2 = bergambar.


Next time... see u all in Singapore!!

Wednesday, June 1, 2011

1st Anniversary

Hari ini 1 Jun 2011. Bermakna dah genap setahun aku di sini. Tetiba teringat kenangan pertama kali menjejakkan kaki di sini. Selama setahun di sini pelbagai perkara aku tempuh. Pelbagai kenangan aku dapat. Pahit manis sumenya aku tempuhi. Adakalanya kenangan itu menyakitkan tapi adakalanya ia memberi kita kekuatan untuk hadapi tiap cabaran yang datang.

Sunday, May 29, 2011

Amy's Wedding

Congrats to my frenz, Amy yg dah pun selamat bergelar isteri pagi tadi. Rasanye dialah pengantin paling riuh yg penah aku jumpe. Bukan reti nk dok diam. Perangai die memang tak berubah sejak dari zaman sekolah dlu. Itulah Amy yang aku kenal.

The bride


Pergi wedding Amy cam aku pergi reunion sekolah pula. Sebabnye jiran2 die majority budak2 sekolah dlu. Jumpalah kawan2 sekolah yg dah 9 tahun tak jumpe. Tapi seronok dapat mengembalikan zaman2 sekolah dlu. So, lepas nie turn sape pulak ye????


In the bridal room


Thursday, May 26, 2011

Legasi

Elok je aku abis belajar, de seorang lagi yg meneruskan perjuangan di UiTM. Ini menjadikan de 4 orang warga UiTM dalam Harun's family. Huhu.... Terbaru, ini die budak itu...


Ashiq Hazwani Kamaruddin

Dia amik jurusan yang sama dgn abang die, Seni Reka Grafik cuma belajar di tempat yang berbeza. Abang die di Shah Alam dan dia di Seri Iskandar. Maka ramai2 lah kite ke sana. Moh tgk gambar2 kat bawah ni.


UiTM Dihati



Dia ni kira generasi terakhir gaklah. Generasi seterusnya ada beza 10 tahun. So mmg ramailah yg amik berat pasal die terutama my father. Biasalah anak buah kesayangan *_*



Sapalah punye angkara ni kan~



Sambil menunggu sambil mengunyah sambil bergambar


Perbincangan terakhir. Pelbagai nasihat yang diberi



See my dad. Orang lain sume dh masuk kete time nie. Even his parents pun. My dad masih tak puas ati. Nak jumpa gak anak buah kesayangan dia.



Settle sume perkara lebih kurang dah tengahari. Oleh sbb dah dekatlah sangat dgn tempat msinsiyur belajar dlu, of coz ke situlah pula destinasi kami. Actually tu sebenarnya pilihan ayah. Teringin lagi nak ke sana. Ke mana, ke sinilah tempatnye.


Kepada kakak angah, tatapilah gambar nie ye. Of courselah tempat yg banyak meninggalkan kenangan.


Inilah dia - masjid UTP.


Atas permintaan orang dari Johor, destinasi seterusnya adalah ke Kelly Castle. Tapi tak sume orang yang masuk. Parents2 of courselah dah penat jadi diorang hanya berehat2 di bawah saja. And also my brother pun xmau masuk sbb nak tido katanye. Huhu... Okey, xmo cite byk.. tengok jelah gambar2 yg aku amik kat Kelly Castle tu.


RM4 for adult and RM2 for child



It's me


With Ijah



Cuaca mendung. Tunggu masa nak hujan je. Sib baik sempat turun. Huhu



On the roof



With my little cousin




The boys


Abis je lawatan sambil bergambar nie, terus gerak balik. Tapi sebelum tu banyaklah tempat persinggahan yang lain. Kalau ikut perancangan nak terus ke rumah Acik tapi memandangkan rumahnya rumah tinggi maka hajat itu terpaksalah dibatalkan. Sebabnya my mom mmg dah tak boleh nk jalan langsung. Kalau jalan kena papah. Apatah lagi kalau nk naik tangga kan sbb kaki dah sakit. So, balik ke Seremban sajalah. Dok umah tengok tv. Huhu....

Wednesday, May 25, 2011

My Convocation Day

Alhamdulillah.... setelah pelbagai rintangan yang aku tempuh, akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajianku. Tahniah juga buat kawan-kawan yang lain. Dan terima kasih pada mereka yang turut hadir sama meraikan hari graduasiku.



Wednesday, May 18, 2011

My new stori mori

Lately ni mmg agak sibuk dan keje pun makin lama makin bertambah. Sedar tak sedar dah 7 bulan aku kat RGS dan hampir setahun aku di sini. Makin hari makin stress. Makin tension. Nak update blog pun dah tak berapa nak sempat. Skrg ni nk update blog kena curik2. Huhuhu... Rasanya byk kot yg aku terlepas nk stori mori kat sini. De latest story, my convocation day last Sunday. Nak tau lebih silalah ke blog my sis http://msinsiyur.blogspot.com/. Untuk makluman sume tu adalah blog baru beliau. Tp baru tak baru sgtla. Sbb b4 dis die mmg dh de blog tp dh kena hacked. Jadi pd sesiapa yg slalu follow blog dia, rajin2 la pegi sana ya.


Sekian, terima kasih



Saturday, May 7, 2011

Kembara Salju

Labor day yang lepas 3 hari 2 malam, 4 bukit ditawan. Bermula Jumaat malam, kami de makan2 di Kajang. Macam biasa abis je keje ramai2 konvoi ke sana. Bersempena dengan hari terakhir Hakim, iaitu student practical di RGS family dia ada wat makan2. Sempat gaklah kami sume dok berkumpul menyaksikan Maharaja Lawak. Abis je ML, terus sume gerak balik. Thanks to tuan rumah sbb menjamu dgn pelbagai makanan. Antaranya ada nasi arab, sambal udang, laksa, chocolate cake, rendang ayam, satay dll...


30 April, Sabtu

Around jam 8 pagi kami sume gerak ke destinasi yang pertama iaitu Fraser Hills. Sampai sana tempat pertama yg dituju dah tentulah kedai makan. Breakfast dlu. Nasi lemak kat situ memang sedap gile. Harganya pun berpatutan. Abis makan, jalan2 la apalagi. Kat sana byk gak tempat2 menarik yg boleh dilawat. De taman rama2, taman bunga, pemandangan yang cantik. Pastu sempat gak kami naik Paddle boat. Harga memang murah. RM6 utk satu boat selama setengah jam. Okey ape kan. Kalau setengah jam tu pun dah penat nak mengayuh apatah lagi satu jam kan.








Then, tengahari kami terus gerak ke Cameron Highlands. Perjalanan boleh tahan jauh gak. Dalam kul 5 baru kami sampai di sana. Sampai2 terus check-in hotel dulu. Kami menginap kat Country Lodge Hotel. Betul2 kat tengah2 pekan Brinchang. Dan betul2 berhampiran dengan pasar malam.






Last aku gi Cameron tahun 2008. Time angah nk konvo dulu. Time tu rilex je. Tapi sekarang sebelum sampai Ringlet lagi dah jem teruk. Mungkin sbb cuti lama kot. Pastu time kitorang nk gi pasar malam, perghhh.. memang menyesakkan. Tapi still enjoy. Makan pun murah. RM8 satu kepala leh dapat tomyam, sayur, telur, kerang bakar dengan kerabu dan termasuk minuman. Pastu sempat gaklah kami makan durian Cameron. Sejuk pun sejuklah!




Tapi kali ni aku pegi Cameron tak sempat ke mana pun. Kitorang sempat gi ladang teh dgn ladang strawberi je. Tapi tak berapa nk best sbb ramai gile orang. Jalan pun asyik jem je. Boringlah kan...








1 Mei, Ahad

Disebabkan banyak lagi tempat kami nak pegi so dalam kul 10 pagi kami dah check-out. Next destination adalah Bukit Tinggi. Tapi pada pendapat aku lah kan, tempat nie taklah menarik sangat untuk dilawati. Sebabnye masuk kena bayar. Satu kepala RM12. Tu tak termasuk kalau nk amik gambar pakai kimono. Tak termasuk nak tunggang kuda. Nak masuk taman arnab. Pastu harga makanan pun agak mahal sket. Lepas tu bukan ada apa yang menarik sangat pun. Entahlah.... aku tak berapa gemar. Aku rasa baiklah Fraser Hills lagi daripada Bukit Tinggi. Tapi takpelah. Kalau tak pegi, kite tak tau kan camne tempat tu.






Agak dah petang sket kami terus gerak ke Genting Highlands. Actually 2 minggu sebelum ni aku dah ke sana dulu buat pertama kalinya. Saje jalan2 buang tebiat. Agak stress bekerja then member2 agak buat keje gile. Abis keje terus naik Genting dengan baju keje. Dekat kul 12 malam baru turun balik. Sampai umah dah kul 1. Esoknya, ari Jumaat pegi keje masing2 rilex je. Makin bersemangat adalah. Hahahahah.....

Okey, sambung cite ttg percutian last week. Paling aku suka dah tentulah dapat duduk kat 5 stars hotel. Kami menginap kat Awana Golf & Country Resort, Genting. Wow... memang best gile. Rasa cam tak nak keluar pegi mana2 pun. Sayang nak tinggalkan hotel yg gah macam itu. Bayangkan utk peak season, harga paling murah iaitu bilik yg kitorang duduk boleh masuk 4 orang ialah RM495. Gila mahal! Dan harga utk hari biasa, RM250++. Kalau dah harga camtu, mmg macam2 lah kemudahan yg ada. Service pun memang terbaiklah!






















2 Mei, Isnin

Lepas je breakfast kat hotel, terus check out dan kami terus naik ke Genting Theme Park. Ikut perancangan awal kami ramai2 naik sana dengan kereta terus. Tapi disebabkan dah menginap kat Awana maka kami sume dapat tiket free utk Skyway. Jadinya sume orang naik cable car. Walaupun orang ramai dan beratur panjang tapi sangat cepat okey. Baguslah camtu kan. First time aku naik cable car. Aku rilex je. Tak rasa ape pun. Cuba telinga je berdengung sket.

First kitorang decide nak naik Solero. Sorang kawan aku nie die awal2 lagi dah menyerah kalah. Tak berani naik. Dan aku nie excited nak naik. Bayar mahal2 takkan tak mo main sume kan. Rugilah. Jom tengok aksi aku masa nk naik Solero. Huhu...



Time tengah nk tunggu turn. Nasib baik tak ramai lagi. Makanya taklah lama nak menunggu.




Turn aku dah nak sampai. Time tu lak aku rasa sakit perut. Nervous sket. Huhu..




Yeah.. itu dia. Aku dah berada kat atas. 6000 kaki kalau tak silap aku.



Masa naik tu memang bestlah. Taklah laju mana pun jadi aku tak rasa apa2. Time naik atas tu time tulah sibuk berborak dengan orang seblah. Tapi bila turun ke bawah, hanya Tuhan je yang tahu. Macam nk gugur jantung dibuatnya. Mana taknya, die tak kasi apa2 isyarat kot. Sampai atas terus die berhenti lebih kurang 10 saat. Soh kite menikmati keindahan alam. Pastu tiba2 terus ke bawah. Mau tak melayang jiwa raga aku. Time tu aku rasa terapung betul. Seat yang aku duduk tu mmg tak rasa. Serious menakutkan. Tapi lepas nie kalau ada peluang, aku nak naik sekali lagi. Sebab rasa seronok sangat. Heheheheh.....

Abis je Solero aku dah jadi berani sket. Hilang terus rasa sakit perut. Lepas tu excited nak naik macam2. Roller coster, flying dragon, superman, macam2 lagilah. Tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan jadi mmg banyaklah yang kitorang tak sempat nak main. Rasanya ada lebih kurang 5, 6 permainan je kot yang sempat. Yang lain sume sbb malas nk beratur panjang. Orang memang ramai gile. Lepas tu ujan lak. Game yang terbang2 sumenya ditutup wat sementara. Yang sempat main bumper boat, masuk rumah antu, roller coster yang biasa2 tu, naik kapal terbang, naik boat, dinosour, apa ntah lagi.. lupa dah. Pastu selebihnya bergambar jelah.









Memang bestlah percutian kali nie. Sumenya tempat yang sejuk2 kami lawat. Paling sejuk aku rasa Cameron Highlands kot. Dan Cameron gaklah tempat yang paling aku suka pegi. Sangat menenangkan.