Saturday, April 9, 2011

Week to Eat

28 March sambut birthday party di Full House Jalan Ampang. Tempat tu semua orang tau memang cantiklah kan. Abis keje terus shoot ke sana.



Ini dia birthday girls, si kembar - Nur Mustika & Seri Mustika. Sorang penah keje dgn RGS dan sorang lagi masih bersama RGS. Actually diorang nie secretary pada Mr. VP. Si adik, Seri yang jadi secretary dulu. Tapi lepas dia sambung belajar, si kakak pula yang ganti tempat si adik. Ha.. camtulah citenya.


Nur Mustika & Seri Mustika












Dalam minggu yg sama juga kami beramai2 pegi makan durian kat SS2, Petaling Jaya. Makan style buffet. RM20 satu kepala makanlah banyak manapun. Kalau dh buffet, mmg tak abislah jawabnya. Kenyang dengan durian jelah.





2 Hari 1 Malam

26hb March ekspedisi ke Kuala Selangor. Pulang ke kampung salah seorang teman, Diyana. On da way ke sana, singgah makan Mee Udang Banjir yg sangat popular. JJCM penah ke sana. Kawan2 aku yg lain sume penah merasa kecuali aku je. So aku pun orderlah menu utamanya, mee udang. Memang puaslah makan. Kuahnye secukup rasa, tak terlalu manis dan paling penting udang memang banjir!!









Abis je makan singgah pasar malam jap. Layan jelah gambar ea. Cite dh lama, basi sudah. Tak tau nk cite ape. Hehehe....




Sampai je kampung Diyana, wow aku suka sangat. Indah permai gitu. Paling best kampung Diyana ni selalu masuk tv. Ramai orang berlakon kat situ. Antaranya dah tentulah cite favorite aku, Nur Kasih. Memang cantik gile!... Dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku masuk ke dalam sawah bendang. Sangat mengujakan! Bestnye...........




Dapat pula kawan yg wat freelance photography. So apalagi, kami jadi model kejap la kat sana. Tapi tak semualah gambar aku dpt upload. Penat seyh nk tunggu gambar utk di upload. Mana yang ada jelah ye...







Memang sungguh tenang berada di sana. Cuaca pula seolah2 menyambut kehadiran kami. Cantik sangat tempat die.











Selepas puas jalan2 kat sawah padi, main layang-layang pula. Selama ni kalau main layang2 main yg cikai punye. Juz buat pakai surat khabar je. Tapi kali ni layang2 yg betul punya. Main kat tengah sawah, memang bestlah. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Yang aku bulatkan tu, itulah layang2 yang telah aku terbangkan. Actually bukan aku, kawan aku yg terbangkan. Aku juz tukang mainkan saje. Hehehe....









Banyak sebenarnya aktiviti yg kitorang buat. Memancing pun tak ketinggalan. Dan aku buat pertama kalinya belajar memancing. Bukan saja belajar memancing tapi belajar menggunakan joran, belajar memasang mata kail dan paling best belajar memegang cengkerik untuk dibuat sebagai umpan. Jangan tak caya, aku boleh dapat ikan tau. Tapi aku tak ingat ikan ape yg aku dapat. Panjang sangat nama dia. Kawan2 aku yang lain dpt ikan puyu, ikan belida dan paling best dapat ikan haruan.















Penat memancing, sesi photo shoot pula bermula. Yang banyak jadi model dh tentulah dua beradik tu, Sufi Shahleena dan Na'il Shaheem. Kami yg besar ni hanya jadi model tambahan plus project director jelah.



















Taiping

3 minggu sepi tanpa cerita. So, kali ni aku nk update abis2an. Tengok jelah gambar2 sume nie. Start pada 19 March, ekspedisi ke Taiping. Menghadiri kenduri kawin seorang teman punye teman.











Abis je kenduri kawin, tukar baju then terus round2 sekitar Taiping. Of courselah kalau dah ke Taiping mesti akan singgah ke Zoo Taiping punye. Ingatkan nk pergi Safari Night tp memandangkan masa masih awal dan kami pun tak tau nk ke mana2 makanya pergilah waktu petang tu. Jalan2 di zoo dengan menaiki train. Elok je dh abis pusing satu zoo, ujan pun turun dgn lebat. Nasib baik naik train.





Thursday, March 31, 2011

RGS - Satu hari tanpa support

Kebizian mula melanda. Kerja semakin banyak. Stress?? Tension?? Erm.. taklah rasa sangat pun. Cuma rasa penat dan mengantuk sahaja. Cuaca tak menentu. Kejap panas kejap ujan. Dalam opis, aircond. Akibatnya dah 2 minggu aku batuk. Dan selama 5 bulan aku di RGS, semalam buat kali pertamanya aku amik MC. Nak dijadikan cerita, bukan aku sorang saja yg bercuti semalam tapi de 3 org kawan aku yg lain juga. Memang takde orglah jawabnya.

Saturday, March 12, 2011

masak masak

Tarikh : 8 Mac 2010 (Selasa)
Lokasi : AU4, Keramat
Masa : 7 ptg - 11:30 mlm


Tujuan
Ada orang dok bercerita aku masak sambal udang petai weekend yg lepas. Jadi, ada pula yg demand minta aku masakkan. Kononnya teringin nak makan sambal udang petai yg orang lain dok sibuk bercerita tuh. Nak tak nak aku penuhi jugalah permintaanya. Dengan muka yang berminyak lagi kepenatan dan badan melekit2 tak mandi tuh, maka bermulalah operasi masak memasak.


Setelah penat balik keje, amek kau... terus kena dera!



Menu yang sama... sambal udang petai



Bukan saja anak dara, anak teruna pun nak tunjuk skill memasak juga



Yang ini tunjuk skill memotong buah tembikai


Our dinner on that day



Ayam kunyit cili padi



Sosej & nugget sweet sour



Sayur taugeh goreng



Pembuka selera - ikan masin




Kari daging


Ayam goreng panggang



Yang ni hasil kerja aku - sambal udang petai




Macam biasa 2 jam aku berada di dapur. Tapi kali ni aku masak agak cepat berbanding sebelumnya. Almaklumlah masing2 dh penah dan perut dah berbunyi2. Then, ikut perancangan sepatutnya weekend kali ni nk masak nasi lemak. Tapi memandangkan aku pulang ke Seremban dan separuh drp kawan2 pun balik kampung sbb cuti sekolah maka rancangan tersebut ditangguhkan. Jadi, next week lah operasi membuat nasi lemak!